June 6, 2007

Macam Macam Aznil eh silap... Macam2 Aku




Dah lama sangat aku tak berpeluang nak update blog aku nih. Kawan2 pun tnya nape jengok2 blog tak dak citer dari aku. Well mmg dah lama sgt dah. Dalam masa tu pun macam-macam berlaku yg aku pun dah lupa nak update.






Aku sibuk dengan keje, apalagi opis pindah jadi byk masa kena luangkan untuk mempack dan unpack, mengemas files gitu gini. Dalam masa sebulan tu pulak macam2 berlaku. Anak kepada kawan baik aku si Eni kawin pun aku tak dapat pegi, kawan2 kat CoD jadi kaya sbb share dorang naik lah, aku jumpe kawan lama lah, bapak pnye condition teruklah, dapat anak sedara baru lah. Dapat cucu saudara baru dan macam-macam lagi. Dah jadi rojak berserabut tak tau mana satu nak citer dulu.






Tak pelah aku ingat mulakan dgn citer pasal dapat anak sedara baru. Kakak no 2 aku tu dah lama nak baby, tapi sejak anak ke2 dia lepas 11 tahun barulah dapat sorang lagi ni. Baby boy. Aku berkesempatan pi Hospital Kelang jumpe dia. Janji dgn kakak sulung jumpe kat sana, mak dah tentu tak leh nak pi sbb jaga bapak, jadi aku rasa kesian kalau tak der orang dtg jengok dia. Kebetulan pulu Ar sepupu aku datang dgn family dia. Masa pagi tu aku dah siap2 masak nasik bawak bekal. Lauk ayam masak merah sayur, sambal dan air minum. Mana tau kot2 budak2 lapar. Makanan kat hospital tau jer lah. Time2 hari minggu melawat sure ramai orang tak terbeli kat kantin tu kang. Lupa pulak nama baby tu NurHidayat AlImaan.






Instict nak bwk nasik dan lauk lebih rupanya berbaloi sbb ada Ar dengan family so kitorang sempat piknik kat surau hospital kelang. Since baby under observation sbb dah lemas dan akak pulak terpaksa dioperate. Kami sempat jumpe akak kat wad pas tu intai baby dari tingkap, sbb icu wad dilarang masuk kecuali baby parents.






Habis kisah kakak aku, kisah anak sedara SP pulak si Milah. Milah ni dulu jaga budak2 kejap masa bibik balik kg. Dia pun baru bersalin dapat baby girl. Aku dah distribute kat dia barang2 baby yang masih elok. Mcm playmate, baju2 deelyn dan barang2 mainan untuk baby girl. Yg barang2 amal aku bagi kat kakak aku tu. Nama anak si Milah perrghh Shaizatul Shazreen Natasya....berbelit lidah.






Kisah pindah opis pulak, opis aku ni semua salu takde kat opis. ada 3 orang melayu pun salu attend meeting kat tempat client. Yg mat saleh lagi haram takde langsung kat opis. Yg tinggal aku dgn opis manager, maka kamilah yang penat mempack, uruskan perpindahan. Dorang2 sume tau datang dok kat bilik opis baru yg cantik dan besar ni jer..aku??...seminggu urat2 badan aku sakit giler. Terpaksa pi berurut.
Masa berurut tu punyalah sakit, sbb makcik tu kata urat aku dah stress dah.






Citer pasal share pulak, co d dah offer pinkform awal april haritu kat staff dorang termasuk ler beberapa org kat sini. Tapi tidak aku, sbb aku baru join. Kawan2 kat opis D joli katak sbb harga share dorang dah naik dekat dua ganda..kira untung gaban lah tu..tahniah lah korang..rezeki korang la tuh. Aku ni masih stuggle nak abiskan bayar utang2 kad kredit aku yg ada tu ha..pelan2 abislah. By end of the year aku bole joli katak beeb....






Aku kat opis baru macam biasa, cuma rasa selesa sket dari opis lama, sbb tmpat aku luas dan besar, pastu aku bole on radio aku all the time. Walau aku dok sensorang kat pigeon hall dilindungi partition, kengkwn lain dok kat bilik, tapi aku suka sbb dorang salu datang lepak kat tempat aku gebang2 sambil kunyah kudapan kerepek pisang, rempeyek dan ntah hape2 lagi. Since kat tempat keje aku ni bab makan minum mewah, milo 3in1, nescaffe3in1, tehtarik 3 in1 dan tak campur lagi air2 gas yg bercarton2 kat pantry tu. Coke, diet coke, sprite dan ntah hape lagi. Sbb mat saleh suka minum tu sume jadi company mmg beli benda2 tu byk every month.






Kadang2 opis manager aku suh aku amik 2-3 tin bawak balik bagi kat bdak2. Salunya ari jumaat mesti dia suh aku kutip beberapa tin bwk balik. Bab biskut lak bertin2, macam2 oat meal high fiber, mix ...first time aku keje kat co yg pemurah betul bab makan minum staff. Baru ni ada permintaan untuk 100plus, terus lepas tu tambah lagi air bergas tu kat opis. Aku jarang bahkan tak minum air gas, tapi bile teringin aku biasa minum diet coke jer.






Kami pulak mmg jarang kuar lunch. Biasa makan kat opis atau dorang makan biskut jer. Aku kadang bawak nasik dari umah. Panaskan jer. Kadang gak dorang makan maggie, siap cili api, sos cili, kicap...well guess who yang bawak dan supply..mestila
aku............






Kat almari aku penuh mamee, mee sedap, mee goreng dan hape2 lagi makanan Junk...sbb time aku shopping barang dapur biasa aku beli 3-4 paket mee segera dan sepeket aku simpan kat opis.






Ari jumaat hari paling aku suka. sbb ari jumat sume orang terutama bos2 balik awal..kul 4 petang. lepas bos chau, kami 2-3 kuli ni lepak nyembang..kadang2 aku pun tumpang balik sama. Kul 430ptg aku dah bole balik.






Minggu ni kat opis very quite. Bos aku tak dak, 3 org pi training. Ada pi outstation ada cuti..so tinggal 2-3 kepala jer. Termasuk si adi, budak paling loyar buruk kat opis ni...seronok gak ngemas sambil santai2 sbb bos tak dak. Lapar makan, haus buat air...best gitu.






Tapi dalam pada tu aku pun kena sedia untuk worldwide inventory, suspen gak sbb dgr2 last year ada 3 barang missing in action. Harap kali ni tak de...sementara nak tunggu 23hb June, aku rasa masih ada masa nak happy hour lagi. Minggu depan ada farewell lunch untk one of the manager yg kena transfer kat Holland office. Pastu minggu lagi satu manager baru matsaleh dari balik papan nak masuk. Dan ada satu manager baru lagi dari US..dgr2 nama dia Roger....Well, mari kita tgk hensem ke dak
dia..setakat ni sume hansem2 belaka mat2 saleh kat sini, kecuali bos aku..kaaakkaaa.....sbb dia dah tua....sori yek bos. Yg lelain sume muda. Ada satu tu aku suka betul tgk muka dia, hensem..sekali pandang macam itu pelakon Bradd Pitt cuma badan dia berisi siket jer dari brad...haaa kebetulan pulak nama dia pun brad....






Oklah, sehingga lain masa, aku bole update korang lagi dgn citer2 aku...member2 kat bangsar..bile nak open table sebb share naik ni..........aku tunggguuuuuuu.



















No comments: