July 25, 2007

Budak-Budak Sekarang

Malam semalam kat buletin utama diutarakan tentang budak sekarang, manja lembik tak boleh ditegur..ia adalah undi sms tentang pendapat orang ramai.
Aku terpikir nak bercerita perihal tajuk tu. Masa tgk berita tu pun perihal 200 org murid yang kena rendam kat dalam kolam ikan pasal buang pad kat dlm toilet.
Aku sebenarnya setuju sgt2 dgn statement tu sume. Berdasarkan apa yang aku pandang, baca dan apa yang aku alami melihatkan anak2.
Generasi aku dulu verses GURU / CIKGU
Aku ingat lagi masa kecik2 dulu zaman sekolah, generasi kami ni takut dan hormat sgt dgn guru. Tak berani nak melawan apatah lagi nak F*** guru kalau tak puas hati. Rotan mmg menggerunkan. Kalau cikgu disipilin lalu dgn rotan dia semua jadi kecut telor (yg lelaki la) / perut. Masa sekolah rendah lagi dah diajar untuk hormat dan takutkan guru dgn sebenar2nya. Masa tu guru mmg mulia sgt2 disisi masyarakat. Kalau ada majlis gotong royong bole nampak betapa guru ni ikhlas sgt mendidik anak2 bangsa. Masa tu kalau ada kelas tambahan pun tak de bayaran yg dikenakan. Cikgu buat free free jer. Cikgu2 bujang pulak tinggal kat kuarters guru dkat dgn sekolah, jadi takde hal nak buat sekolah tambahan, nak bersukan hari minggu. Bahkan petang2 hari minggu, cikugu2 bujang lelaki join sekali dgn budak2 kampung main bola sama2.
Masa tu aku pun rasa cikgu tak banyak beban. Sbb dok kat kuarters, makanan pun murah, transport tak yah nak risau. Jalan kaki pun sampai kejap je kat sekolah. Cat2 sekolah semua cikgu yang buat. Kalau nak hari guru atau sukan cikgu2 akan sibuk menghias padang, uruskan semua dan murid2 membantu.
Aku ingat kat satu cikgu nama dia cikgu Azam, dia cikgu disiplin kat sekolah. Cikgu ni dia orang kg kat situ, so time2 hari cuti dia akan pi jala ikan kat parit dekat dgn sekolah. Cikgu Azam ni mmg terkenal dgn garangnya..muka garang cara jalan pun garang. Tgn mesti ada rotan. Time sekolah jgn lah ada nak buat hal, bising, merokok, mengacau budak2 pempuan (well sekolah aku sekolah agama kan), bersurat cintan cintun mmg nak kena lah.
Cikgu azam ni kat sekolah mmg garang giler. Tapi kalau jumpa kat luar lepas waktu sekolah dia baik sangat macam dah kenal lama, walaupun budak tu kat sekolah kena rotan. Bila ada aktiviti luar sekolah dia tak campur aduk hal sekolah kat luar.
Tu lah aku rasa, masa zaman aku dulu kena rotan pun ambik jer terima jer...nak ngadu mak bapak?..kalau nak kena tambah lagi ngadulah, kalau tak diam jer. Kalau reportcard pun cam tu. Time nak bagi report kad pun kecut perut. Sapa ada bnyak merah kena la sedas dua.
Ada sekali tu, classmate aku masa form 3, dia ni pi tgk video lucah dgn few boys kat umah. Ntah camne org report kat cikgu azam tu..apalagi..pagi jumaat yang hening kat assembly kena lah 3-4 das rotan bebdak tu kat depan..kat bontot lagi. Masa tu sume murid2 takut..kecot sbb first time. Menghukum kat khlayak ramai. Masa tu pun tak de budak berani hisap rokok. Kena cekup kalu mmg kena. Time tu takde buang2 sekolah. Mmg kena rotan, pastu parents kena datang kat sekolah diskass dgn cikgu2, pastu bdak2 tu mmg totally berubah jadi baik tak nakal lagi..sbbnya "Balik umah kena bantai lagi dgn Bapak".
Cuba tgk zaman sekarang nih?..rotan sikit masuk paper, rotan sikit nak saman. Paper pulak seolah2 mmbuat provokasi, kuarkan suma citer2 tu sbb nak mensensasikan..sbb nak kasik suratkhabar laku. Cuba inga 20 tahun dulu, ada tak kita baca kat paper mende2 ni sume?..mmg tak der, aku pun tak pernah dgar kat berita. Sekarang ???? smua nak publish, semua nak mensensasikan..hatta kementerian pelajaran pun dah terbabit sama. Cuba pikir, kenapa cikgu skg jadi ganas, pukul dgn kasut tumit, lempang....sbb budak sekarang ni nakal dan ada yang macam setan. Cikgu pun manusia, dia pressure. Tekanan hidup kat kota, dahtu bdak2 tak dengar kata. Kita mak bapak pun adakala tak sabar dgn karenah bdak2, aku sendiri adalaka tak sabar apa dapat aku balunkan kat dorang...hanger ker..kita pun kena pikir, jadi cikgu bukan senang...kalau aku jadi cikgu aku rasa abis bdbudak tu aku kerjakan sbb kesabaran aku ni pun ada hadnya...tapi bila dgr cikgu 5 bulan tak de gaji aku rasa haruslah dorang tertekan..aku tak paham kenapa lama sgt dorang nak proses gaji guru2 baru bekhdmat nih..Kementerian Pendidikan mmg kena siasat nih..camne nak idup kat KL ni kalau seblan gaji takde pun dah semput ni kan pulak 5 bulan.
Aku setuju sgt2 pasal bdak2 MRSM yg kena buang tu. Baru padan muka dorang..sape suruh pukul nak jadi gangster ke?..yg mak bapak ni bole pulak merayu..konon dorang boleh insaf..tgk?? ni lah contoh manjakan anak. Kalau anak aku biarkan dia..pindah sekolah biasa, biar rasa susah, tau lah nak insaf. Kalu tak buat cam tu sampai bila dorang naik tocang naik lemak..sbb mak bapak ada maaa to support.
Aku setuju sgt2 dorang kena buang pas tu dok kat sekolah biasa..sbb dah bagi dorang sedar, biar dorang rasa hikmahnya lepas ni tk de layanan istmewa sbb sekolah kat sek budak2 pandai...sbb mak bapak ada..kena kat sekolah biasa, takde keistimewaan. Tapi aku harap guru2 kat sekolah biasa tu tak la pulak physco asyik ungkit2 cerita lama dorang..kena buat cam biasa layan equally...satu hari nanti dorang pasti akan jadi ORANG bukan jadi hantu atau pun Gangster..masa tu baru dorang sedar kalau tak kena buang MRSM dorang akan terus bermaharjalela membuli kawan2 lain.
Budak skg ni nak senang aje... tak reti susah. Suruh buat keje siket penat (ni pengalama nih) suh bsuh pinggan letih, suh sapu sampah ''kejap, kjeap..last2 tak buat pun". Dulu kta makan pun bercatu sbb adik beradik ramai..susah dorang?..hmm name it you got it..sebb kita parents ni tak sampai hati, tapi aku rasa once in a while kita kena ckp NO dgn dorang and explain why. Dulu..aku nak makan KFC MCD Pizza jgn mimpi..nak makan KFC, ayam kena tangkap dulu pas tu mak gaul garam kunyit goreng cicah sos cili lingham...itulah KFC paling sdap kita..nak makan pizza?...hmmm ada tak de mak buat lempeng pisang/kelapa cicah sambal atau ikan masin tu lah pizza kita...betapa susahnya kita nak merasa mende2 tu sume..tapi anak2 kita skg...ujung bulan menagih KFC Pizza, Kenny rogers, hatta dah pandai nak mintak coffe latte cappuchino kat starbucks pun siap tau pulak kalau tim2 25hb tu mama/ayah dah dapat gaji//hmmm. Ini semua berdasarkan penglaman sendiri..kasut sekolah pun suruh basuh sendiri, buat lewa tak bersih..dorang ni manja sgt. Nak makan memilih..nak ayam ikan tak nak..nak itu nak ini...sebagai parents aku pun kadang pening..camne nak ajar anak2 supaya dia jadi berdikari, tak manja...aku rasa kena bagi dorang rasa susah.dorang dah biasa senang nak apa dapat so naik lemak lah..aku pln nak antar kat sekolah asrama jauh2, jauh dari bandar lagi bagus kat ulu banat pahang sana ke, kat lenggeng ke..ulu kinta ke baru dorang tau, biar dia rasa camne susah kena hidup sendiri..aku mmg ada plan nak buat camtu, sbb kalau asyik dok bawah ketiak mmg manjalah, mewah nak duit ada...dorang tk tau mak bapak ni bekerja penat bagai nak rak untuk dorang..bukan tuk dorang joli dan abiskan..tapi untuk pelajaran dorang untk masa depan dorang.
Hakikatnya zaman dah berubah, kita tak mungkin dapat bagi kesedaran kat dorang sbb zaman kita dah tak sama, tapi kita kena buat something buat sesuatu supaya ia tak berterusan cam ni..zamn dah canggih, budak2 jadi rosak. HP dgn video lucah dan macam2 lagi..macam kat metro baru ni umur baruu 15thn dah pandai melanggan pelacur...MasyaAllah..nak kiamat gaknya dunia ni.

Mak bapak pulak kecoh kalau anak kena pukul cikgu..panggil press amik gambar..apa ni sume?..nilah salah satu sbb budak skg makin naik lemak, sbb dorang tau cikgu tak leh buat apa2..dorang ada mak bapak yg bole fight tuk dorang wlaupun dorang tu sebenarnya jahat macam setan. Cuba tgk budak2 skg. Liar semacam sbb puncanya kitalah mak bapak. Kita terlampau ikut sgt kata dorang..terlampau manjakan sgt.
Dalam hal ni suma, ibubapa memainkan peranan amat penting. Sbb suma bermula dirumah. Zaman dulu takde masalah remaja dan sosial yang berat mcm sekarang. Sbb mak bapak dulu pastikan anak2 ada kat umah seblum maghrib..tapi skg. Kita leka dgn dunia, leka mengejar harta tak sempat ambil tahu hal anak2..hal dunia dan akhirat kena balance. Anak tak balik umah pun tak tau..patutnya ada hp tu pantau dorang , pi mana buat apa dgn sapa..sekali2 buat spot check..bagitau dorang nape kita buat cam tu.
Tak kira camne nak bendung pun kalau mak bapak sendiri tak amik port, mmg tak jadi. Segalanya bermula di rumah. Aku pun naik takut..apa agaknya terjadi pada anak2 10 thn akan datang..tapi kita tak bole leka..kena sentiasa pastikan didikan dunia dan akhirat dorang cukup supaya dorang sendiri rasa tak nak terjebak dgn mende2 ni sume..lepas tu takde le kes pukul, dera, bunuh sesama rakan sekolah. Ini semua pengaruh luar, ni suma bole kena bendung dah cegah kalau kita mula dari awal..takde la kes kena pukul, cikgu jadi geram ha..amik ko tumit kasut aku. Tak de kes pukul guru, calar keta, pancit tayar. Asasnya senang jer..Institusi Keluarga kat rumah. Teknologi moden pun sama, bnyk buruk, tapi tak bermakna kita tak bole guna, cuma kena kena kawal....again kalau budak2 tu ada asas agama kuat suma tak kan jadi.
Macam anak remaja kawan2 yang aku kenal, Alhamdulillah dorang ok. Yg ada boleh tolong basuh baju mak, kemas rumah lagi walaupun dorang lelaki. Sbb asas dorang kukuh..dan dorang tau paham yang parents dorang bersusah payah keje cari duit untuk dorang untuk pelajaran dorang. Dan kalau ada duit antar dorang pi summer camp, biar dorang kena brainwash sket betapa bergunanya jadi anak yang baik....supaya bila ditegur tak merajuk, takla lari dari rumah, campur budak2 nakal.
Apapun, aku rsa tepuk dada tanya selera, leadership by an example. Kalau nak anak2 baik kita kena jadi baik dulu. Kalau nak anak2 tak tinggal solat, puasa kita kena tunjukkan dulu yang kita sempurnakan tanggungjawab kita kat Allah...Dengarlah masalah dorang kongsi masalah dorang, barulah dorang akan berkongsi masalah dgn kita..layan dia sperti mana patut dilayan..kalau remaja, layan seperti kawan. Supaya dia tak rasa terabai, terpinggir..mencari tempat lain nak ngadu.
Insya Allah, semoga anak2 ku, anak2 kita jadi orang yang berguna pada agama bangsa dan negara.............

No comments: