August 30, 2007

Hepi Merdeka, Hepi Holiday

eerrm, aku rasa orang lain pun cam aku gak ari ni..holiday mood..kalau baca kat blog Mak andeh yg dah dok remind pasal pose is coming dan baca blog JoKontan yg baru abis bercuti sekolah smua teringat balik. Alamak pose tak lama lagi...dan utang2 yg patut diselesaikan dah a bis..lega rasanya.
Aku dok teringat rasa mcm baru jer celebrate merdeka tawun lepas kat depan KLCC , bdak2 pun ikut melepak sakan sampai kul 2 pagi, ttba tawun ni dah merdeka lagi..skejap sungguh masa berlalu..aku tak ler nak dok kat KL time2 cuti gini kan, aku kena balik kg sbb kami nak buat kenduri tahlil arwah bapak untuk yg ke 25 hari..aku tak tau la tempat lain, tapi kat kg kami, 3 hari pertama selepas arwah meninggal akan ada kenduri tahlil, pas tu followed by 7 hari, 25 hari, 40 hari dan 100 hari. Lepas 100 hari tu, maka tiap2 tahun sekali akan buat kenduri yg kami panggil "behaul"..maksudnya genap setahun.
Budak2 kat umah menjerit2 merdeka sejak awal minggu ni, I guess sbb kat tv dok promote giler2 pasal tu. Terkejut badak gak aku bila balik keje amal bisik kat aku sambil jerit Meerdeka..uuiii sore dia bikin telinga ku pekak deh...
As nak buat kenduri aku volenteer kat mak nak sponsor barang2 kering untuk kenduri, since menu pun dah agreed aku beli barang2 tu kat NSK jer..murah dan banyak. Terkejut badak gak bibik bila aku balik bawak seguni kentang, seguni bawang merah (guni kecik tu)..
Kalau bebrapa hari lepas pepagi jem nak mampus sbb raptai merdeka, ari ni jalan clear, smooth jer..ada tak de aku dgr pesawat2 tgh testing kat langit nun. Rata2 hari ni muka berseri2 jer..maklumler nak cuti panjang kan...aku pun..buat keje cepat2, siapkan apa yg patut, dan plan nak balik awal sket (kalu boleh le).
Semalam ptg aku balik pukul 5.15ptg cuba tahan teksi nak ke raja Laut, haram teksi nak pegi. Aku ingat adalah dkat 10 teksi aku tahan kat depan angkasaraya nun, smua geleng kepala. Tapi kalau orang putih tahan, cepat ajer...dorang ni betul2 tak paham erti merdeka kan..masih mendewakan orang asing aka penjajah tu..kat berita mlam tadi kata dorang nak mogok during merdeka..hmmm lantak korang ler kan..
Walaucamnepun aku kena gak masuk KL jap mlam ni, nak kena antar bibik..kesian pulak orang tua tu nak suh balik sendirik naik bas memalam..tak pelah lepas tu bole balik kg terus, lewat sket pun tak pe untung2 sempat nak tgk bunga api. Tahun lepas pnye le excited tunggu kat dpan Getah asli tuh, tapi tak nampak pun..sipi2 jer nampak bunga api tu.
Selamat bercuti panjang, yg balik kg tu, hati-hati di jalanraya...semoga selamat tiba...Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50, merdekakan diri, merdekakan minda.......jangan asyik pikir untuk berseronok tapi pikirkan apa sumbangan kita pada nusa dan bangsa..amin

August 29, 2007

Kesatuan Sekerja



Semalam aku dgn SP bersembang2 kosong pasal tuntutan NUBE untuk mendapatkan kenaikan gaji. Kalau ada yg tatau NUBE tu apa, NUBE tu adalah kesatuan pekerja2 bank, ala2 CEUPACs tu lah. Cuma bezanya NUBE hanya untuk pekerja2 bawahan atau lebih tepat lagi NON Exec group bagi bank2 semalaysia.


Untung betul mereka2 yang dilindungi persatuan sekerja ni, sbb dorang ni dibela nasib oleh persatuan tu. Mula2 masa SP keje kat bank tempatan ni dulu tahun 2004. Tu pun masa tu bangunan tempat dia keje tu dibeli sepenuhnya oleh bank tersebut. Kalau dulu dia under XX Properties, jadi bila XXP jual building tu, semua pekerja XXP macam hilang arah. Yer lah dah dkat 10 thn dorang keje alih2 kena take over pulak. Masa tu aku risau sbb SP dah kena carik keje lain. Dia ni pulak bukan macam aku , tak sabar kalau tak suka blah carik keje lain. Seingat aku company tu company ke3 SP keje dan dia dapat 10 years award service lah masa tu..yg untung aku, sbb bila dapat award tu staff bole beli jam berharga RM500. Aku pun mengendeng SP dan kami berjaya dapat sepasang jam berharga empat ratus lebih. First time dalam hidup aku bli jam memahe, standard aku nak beli jam below RM100 jer..so dapat jam harga 3 ratus lebih kira cukup baik lah tu…sepatutnya sepasang jam tu harganya RM600, tapi lepas tolak diskaun dapatlah dua ratus lebih satu. Barang elok, mahal dan berkualiti, buktinya dah dekat 5 thn aku pakai jam tu masih cantik dan elok lagi,..ada rosak pun masa jarum dia tertanggal.


Ok, termelencong lak, sambung citer, lepas confirm XXP handover building tu kat bank ABC on February 2004, SP dah sebok2 carik keje lain.. Aku nilah dok tlong dia buat resume, antar email..sbb utama SP mmg tak bape pandai computer. Masa tu aku ingat bnyk tempat SP apply termasuk kat KLCC convention centre.. Bidang maintenance dia hanya terhad kat bangunan2 jer so terpaksa cari bangunan2 yg baru nak bukak gitu.


Tapi yg aku respect SP dia sikit pun tak risau, kalau aku mau gelabah, yer lah nak ilang keje bukan ke sesuatu yg merisaukan ..mau aku dah mencanak carik keje..tapi SP dgn sifat2 tenang dan sabar dia tu , dia rilek jer..Masa tu pun XXP bayar pampas an kat pekerja2 dia, dan SP tak terkecuali, aku tak ingat exactly bape dia dapat tapi adaler berbelas ribu gak, and guess who dapt untung ..AKU…dapat ler sket duit gak..tapi tak semua 12 orang tu bank ambik seingat aku ada gak dalam 6-7 org yg bank tak nak amik, maka terpaksa la dorang berenti carik keje lain, ada yg berniaga sendiri ada yang keje kat company lain dan ada juga yang dah meninggal….


Mmg rezeki anak2 agaknya, hari XXP officially handover building tu, ari tu jugak SP di offer bekerja terus kat situ, same building tapi different boss and management. Sain kontrak dgn letter of offer pun the same date..Gaji?..mmg sama exactly tak kurang tak lebih macam XXP bayar kat dorang.

Aku pun tak bape tau dan amik port pasal keje dia, yg aku tau dia ada ckap dia join NUBE…tu 3 tahun dulu..


Skg NUBE sedang brjuang untuk mendapatkan kenaikan gaji sebanyak 30%. Maksudnya sejak 2004 tu lagi dorang takder naik gaji. Contractual bonus mmg ada 2 bulan setiap tahun tapi dorang masih nak memperjuangkan hak untuk dapt lebih sbb bank2 dah banyak buat duit, dalam risalah yg aku nampak kat meja SP…”Banks making a lots of money by sucking our blood…” cam ganas tu ayat dia..dorang pulak kalau majikan tak setuju, mogok, buat piket…


Kisahnya SP kata nak register dulu bayar RM21. pastu bulan2 dia akan potong gaji tujuh hengget jer, ada 2-3 ketul kawan sp tak nak join dulu..so dia pun tak amik port. Lagipun setakat Rm7 pejam mata jer lah…mana tau kemudian hari ada untungnya, dia pkir cam tu….TRUE Enough…



Bila skg dah sebok2 yg NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu pas tu kena backdate lagi selama 22 bulan semua tersenyum suma suka termasuk la aku (ehem2..harapan cerah nak dapat duit gak, padanlan tapak tgn kanan nih gatal2 semenjak dua menjak nih)…ha la kalau kira 30% increment = katalah gaji pokok RM1500 x 30% = RM450 x 22 bulan = RM9900.00. Tu lum termasuk OT yg dibayar pakai rate lama, pun kena calculate balik. Bila NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu, bank nak tarik balik pulak contractual bonus tu..jadinya bonus akan dapat ikut prestasi..tapi NUBE cuba fight kan LAGI untuk elaun COLA sebanyak RM450 sebulan, jadinya kalau COLA tu diterima, dorang tak kisah kalau bonus tak di contractual kan..janji COLA tu fix tiap 2 bulan masyuk dgn gaji..


Apa yg aku dgr, COLA tu belum approved lagi, tapi kawan2 SP dah tersenyum2 sbb ada yg bakal dapat berbelas2 ribu bergantung pada gaji pokok dorang..dan yg tak berdaftar tu menyumpah seranah sbb tak kan dapat hape pun…gigit jari, masa orang suh register NUBE tak mo join skg..sendiri yg rugi kan…


Gaji dorang pokok pun bukanlah besar sgt. Tapi sebb OT ada banyak dan elaun2 lain aku bole gak tarik nafas lega, sbb aku dah tak yah bayar bil2 sume, bayar bibik dan kadang aku sempat pau lagi duit dia..hmmm, tu lah gunanya susah senang bersama kan?...Well dkat 10 thn juga aku redha membantu SP untuk menyara keluarga sbb gaji dia masa kat XXP tu cukup2 jer tapi ALhamdulillah..berkat sabar dan ikhlas membantu tu yg penting…yg best jugak bank bayar gaji on the dot 25hb, kalau 25hb tu jatuh ari sabtu, ari jumaat 24hb dorang dah bayar gaji..on the time x pernah missed..OT dgn elaun plak dibayar tiap2 - 7hb walaupun tak banyak dalam 7-8 ratus jer tapi cukup melegakan kami nih..yer lah tgh2 bulan ada gak duit tambahan buat beli barang dapur, buat belanja anak2 makan luar kan,,rezeki….Berkat SP bersabar keje kat situ dgn gaji sederhana dan dia yg tak setamak aku nak gaji banyak…terinsaf kejap…pas tu aku Tanya la SP..yer lah tak adil lah pulak aku dok ngendeng dia tapi x tnya apa dia nak buat duit banyak2 tu…Jawapan dia “…buat downpayment, kita beli keta baru yg besar sket..mgkin Naza Ria”….Hu hu hu..aku pun senyum….bagus gak cadangan tu….

Apapun beruntung dorang yg dilindungi kesatuan sekerja ni, sbb majikan dorang takkan suka2 nak menganiaya..dan kalau ada kes2 buang kerja biasanya ahli2 nube yg akan menang, sbb dorang diconsider pekerja rendah kan. Mcm Ceupacs gak ler, tgk camne dorang berjaya dapat kenaikan yg begitu baik baru2 ni…


Bagi kita2 yg kat swasta nih, mmg takde kesatuan, tu sbb gaji kita dibayar mahal, Cuma kalau ada apa berlaku, kita mmg tak dilindungi apa pun..ada tak de majikan akan bayar compensation mgkin 2-3 bulan gaji..


Kadang2 gaji kecik lagi bagus , utang tak banyak, takde kad kredit, tak pening nak bayar macam SP…aku?..sampai la ni masih pening nak bayar utang kad kredit yg masih tinggal seribu situ, seribu sini,..balance yg tak abis2..camne nak abis, sebulan bayar seratus jer…
‘BAK KATA ORG TUA2..Beso Periuk Beso le Keraknya…..” hmm skg aku menunggu2 SP dapat arrears tu untuk shopping baju raya kami dgn anak2, INSYA ALLAH.

August 28, 2007

Satu Permintaan Kecil



Masa aku call umah petang semalam terdengar sore kakak samping ada background berebut terjerit2, mama..mama..nak tepon nak tepon....:



“mama nanti balik tolong belikan hadiah boleh tak”?

-Hadiah tuk sape?

“kawan meera, nama dia Athirah, esok besday dia lah ma”

-Nape tak cakap awal2, mama dah sampai kat opis ayah ni (aku amik bas sampai masjid India, ronda2 beli kain) pas tu jalan kaki hala ker Rj Laut.

“tadi meera dah tel hp mama tapi sore org laki angkat..dia marah2..”

-Ye ke..tak pe lah (aku sebenarnya lama dah tukar no, tapi malas nak tulis kat peti kat umah tu, kang bibik dok distribute no aku untuk sape2 ntah yg kol carik kat umah).
-K lah nak beli hadiah apa nih?..
“apa2 jer lah ma”…

So masa on the way balik aku ajak SP singgah kat memana, beli ler apa2..alah tuk budak 10thn senang sgt2 ler nak beli apatah lagi pmpuan..sambil tu aku teringat kat janji SP nak bagi kakak adiah sbb dapat no 2 dalam periksa sek agama dia..Sp kata dia tak tau nak bagi apa sbb kakak kata berilah hadiah apa2…

Nak jadikan citer, on the way balik ujan selebat2 alam..oleh kerna kami naik kuda besi, habis ler lencun…mula2 mmg rasa tak jadi nak singgah kedai, pikir2 balik SP kata alah kita singgahlah jap kat pekan kg melayu tu ada kedai stationery…

Dalam ujan lebat berbaju ujan aku singgah gak..cari pnye cari, belilah satu frem gambar ada katun2 comel kat tepi..tuk gambar 4R pyne size..harga hmmmm RM6.90 jer..aku grabbed dah suh adik kat kedai tu tolong wrappedkan…siap..kedai tu byk benda ada macam2 sampai aku terbeli kuali…ya Kuali untuk menggoreng jenis yg non stick tu berharga Rm 15.90.


Masa dlm perjalanan nak sampai umah dgn ujan lebat aku berjaya gak elakkan hadiah tu dari basah..dan sampai jer kakak dgn senyum…yeeee…tima kasih ma,.sambil terus aku suh sorok kat lam bilik…

See?..tak susah sgt pun, tak perlu yg memahal, tak perlu yg branded2.

Tak susah nak memenuhi permintaan anak kan..kadang2 is not the price matter..but the thought.knowing yg kakak sgt appreciate kengkwan dia, sampaikan kalau bawak bekal kwn2 dia yg makan lebih banyak dari dia...dan bila aku balik bibik akan citer betapa dia kelaparan balik sekolah terus meluru cari nasik...dan aku belajar satu perkara “hargailah permintaan anak2 walaupun kecil kerana satu hari nanti, bila dorang dah jadi seorang ibu, dorang juga tahu menghargai permintaan anak2 mereka…” dulu2 pun mak jarang menghampakan permintaan aku dan aku dapat rasa begitu seronok kalau dapat apa yang kita mintak dari dia.....

Masya Allah apa nak jadi budak skg nih??

Aku nak bercerita sket, supaya bole dijadikan pengajaran pada aku dan pada sume2 yg baca blog aku nih..terutama yg ada anak perempuan tu..mintak di jauhkan..


Sebenarnya aku pi makan dgn kawan opis lama semlam dan terkeluarlah cerita yg aku kira sgt menyedihkan dan sgt memalukan kita sebagai orang Islam nih...


Aku mulakan dgn citer, masa aku keje kat Shah Alam dulu aku ada sorang office mate perempuan yang 10 thn lebih muda dari aku, semestinya masih bujang.
Sebelum pindah kat Shah Alam dia dan aku duk kat opis sama kat KL, tapi bila company buka plant operation dia ditransfer ke sana, dan aku menyusul beberapa bulan kemudian. Dia ni consider naif juga ataupun aku suka panggil dia minah blur..dia ni baru umur awal 20an, anak yatim tapi mmg dari keluarga yg agakk kucar kacir dari nun di utara.
Masa kena pindah tu dia sewa apartment berdekatan dgn plant tu dgn sewa empat ratus lebih sebulan. Pendek kan citer minah ni ada pakwe yg keje kat KL. Since dia tinggal sorang2 aku rasa takde le orang yg ke 3 kecuali setan..aku mula2 moskel gak kalau pagi2 dia dtg keje pakwe antar..takkan ler pakwe yg dok kat kl ke sana semata2 nak antar pi keje ye dak..so aku tak amik port sgt. Ada masa dia akan tumpang aku balik atau pagi dia kan kol aku nak tumpang pi keje. Takle jauh sgt tapi kalu jalan mau berpeluh gak ketiak. Dia ni agak bossy gak sbb nak tumpang orang seolah2 buat kita ni drebar tak bergaji dia lah...perintah suka2, tak reti tak sebut perkataan tolong..
Masa awal puasa tahun lepas, aku sensored something wrong dgn dia ni. selera dia lain macam. pastu asyik pi toilet, tapi tak pulak aku dgr dia muntah..mgkin cover line kot.dia hari2 pakai baju sejuk macam orang sakit jer..bahkan kwan2 dari KL opis yg datang kat situ pun ckp cam tu...
Ramai gak mamat2 kat plant tu perasan yg dia ni dah pegnen tapi dorang buat bodoh jer..alah yg ada 2-3 orang dah kwin mesti tau...aku suspect jer, tapi akhirnya betul..mmg sah dia ngandung 2 bulan. Masa tu awal puasa tahun lepas. Dia suh cleaner kak indon tu beli nenas dgn ragi nak buang kandungan tu. Aku masih lagi berpura2 cam tak tau, tapi aku ada gak sindir2 dia kawin la cepat2 tak yah buat grand2..nikah jer cukup..dia senyum jer masa aku ckp cam tu.

Aku pun physco akak cleaner tu sbb bersubahat belikan dia nenas dgn ragi tu..last2 akak tu buang benda2 tu dan ckp kat dia, tak beli pun..


Kemudiannya 2 minggu lagi nak raya dia amik cuti panjang..dan pengakuan dia dgn akak cleaner tu dia nak pi buat pengguguran..Masya Allah..Lepas dia balik dari cuti raya, dia nampak ok, tak muntah2 lagi dan bentuk bdan tu nampak dan berubah..aku beritahu jugak 2-3 orang officemate yg bukan islam, dorang geleng kepala...cite tu abis kat situ sbb aku dah tukar keje lain dan jrang lah aku nak contact dia lagi..lagipun aku tak rasa ada keperluan berhubung dgn orang yg salu ckp bohong (dia salu bohong aku macam2 walhal kadang2 aku dah tau cerita sebenar, contoh kalau dia kata dia dok umah sorang2 tak der orang datang pun walhal masa2 lain dia tersebut pak we dia ada temankan)...aku ingat dia betul2 dah taubat...tapi TAK LANGSUNG....


Semlam aku jumpa untuk lunch kwn aku yg bukan islam tu, dan dia cerita kat aku yang budak tu mengandung lagi..MASYAALLAH..sbb budak tu sendiri buat pengakuan kat boss dia ..aka x boss aku baca kat entry aku yg tittle dia BOSS tu..boss aku tu marah sgt2 sbb ni dah kali kedua dia buat, dia kata bodoh betul ko..nape tak pakai K****M..bla bla bla..kwn aku kata dkt 2 jam gak ler die kena basuh dek bos tu.


Aku tak tau dah nak cakap apa...sekali kita buat kesilapan patutnya bertaubat atau susah2 nikah jer tapi tak..dia ulang lagi dosa paling besar yg dia dah buat..lelaki tu???...masih lelaki yg sama membuntingkan dia dulu...tak serik2 tak takut dosa dan tak takut balasan Allah...


Nauuzubillah.....

August 27, 2007

Weeken Beb...

Hari Jumaat petang tu, aku balik keje dgn berjalan kaki..dari KLCC sampai opis SP kat Raja Laut. Jauhnye???mgkin kalau first time mmg la jauh, tapi kalau dah biasa mmg tak de rasa ape..penat sikit la kot. Tapi kena jalan pelan2 menikmati pemandangan baru tak terasa sgt. Dari jalan ampang tu susur kuar ke Renaissance hotel pas tu ke Jalan Sultan Ismail.. Bila dah nampak maju junction mmg la dah tak jauh. Well kekadang nak juga naik bas ke, naik monorel, tapi melihatkan ke’jammed” an jalan ampang tu aku tak sanggup. Lagi bagus dan cepat aku jalan kaki lagi. Naik monorel?..adalah sekali aku naik tapi rasa tak berbaloi ngat sbb nak menunggu pas tu dah satu stesen kat medan tuanku dah nak turun..tak ke kejap sgt tu..kalau jalan bole cuci mata, percaya atau tidak aku ni dah bape kali terserempak dgn orang2 yang sesat kat dalam KL ni bertanya direction. Ada sekali tu masa aku jalan dgn slow motionnya kat depan UniKL ada satu kakak ni dgn segerombolan budak2 dari baby sampai le umur belasan mengarah ke KLCC. Dia Tanya aku cam ne nak pegi Sogo..dan aku pun dgn murah hati tunjuk jalan sbb aku pun nak ke sana…ibaratnya kalau dorang jalan nonong jer, mau sampai KLCC tu..sian kan dorang..dari loghat tu mcm mari dari Sabah..mgkin jalan2 kot.

So ari jumaat tu patutnya SP ada farewell dinner dgn boss dia. Aku cadang tak mo la balik dulu dan cadang2nya nak buang2 masa kat jalan tar atau sogo, tapi tah cam ne SP kata dia tak jadi nak join dinner tu sbbnya ramai kwn2 dia tak pegi..(dorang mmg tak bape suka mamat tu, so bila dia nak blah dorang kind of happy dan tak mo le join) . Aku apalagi ajak lah SP survey baju budak2..well survey je sbb aku blum gaji lagi nak beli. Merayau kat pertama reject shop, mahal2 jugak.aku ingat 3-4 thn lepas aku pi shopping baju budak2 kat situ masih bole dapat yg RM3 sehelai untuk tshirt, la ni tak dapat dah. Yg paling murah pun tshirt cekkai RM7. Yg cantik sikit untuk boys ada koler2 gitu, belasan ringgit..endup tak beli apa pun. Kad Kredit ada bole guna tapi semenjak dah ala2 INSAP tak nak guna ni, aku tak guna pun. Ajak SP pi Sogo pulak..mak ai ramainya manusia, ntah hape gaknye dorang beli kat situ..nampak adalah offer untuk KIKO pnya jenama, tapi aku still find mahal. Yer la kalau dah 70% seluar jeans harga masih lagi tiga puluh ringgit ke atas bukanke mahal tu..aku pulak kalau nak beli koman2 3 pasang tiap sorang (tuk baju raya la konon) kali paling kurang pun 30 = dah bape tu.. Bkanlah kedekut, tapi sejak2 barang2 mahal ni aku rasa tak berbaloi nak beli baju budak2 mahal2 branded2 sdgkan nak pakai kejap jer..brand cap ayam, janji ok apa salahnya. Tak bole nak ajar bdak2 pakai branded2 dan mahal2 ni bukan apa, takut la terjadi cam kawan aku tu, baju anak jenama Guess, suar jeans jenama OSh KOsh, kasut pulak sepasang 2-3 ratus. Tak payah ler..sbb kalau mampu tak kisah, tapi setakat nak tayang dan tunjuk2 aku rasa takde maknanye kan..kami pun bukan orang kaya sederhana jer, baikla gunakan untuk beli barang makanan dah tentu jadi darah daging…

Last2 mmg tak beli baju pun..namapun survey. Aku kalau nak beli baju budak2 ni kena pi sendiri, ye lah SP tu nak beratur bayar pun dia tak nak apalagi nak tunggu aku milih2..ada tak der dia bagi aku duit 2-3 ratus untuk beli baju bdak2, dan aku bole dgn senang dan gumbira pi mana2 dept aku nak..

Untuk tidak menghampakan hati yg berjalan jauh dari KLCC sampai Sogo tu aku influence gak beli sepasang kasut berharga RM10 untuk budak2 ka Juke Box.buat pengubat penat jalan..dah sudah by Maghrib kitorang solat baru balik umah…



Sabtu.&.Weekend untuk anak-anak..



Hari Sabtunya pulak aku ada peluang bawak anak2 kuar. Well kuar dari Rawang tu consider best outing lah tu untuk bbudak. Sbbnya aku mmg jarang2 bawak dorang kuar dari kariah rawang tu kecuali untuk dua perkara, antar bibik balik keramat sebulan sekali ataupun balik kampong. Aku mmg selalu bawak kakak kuar KL kalau ari sabtu, pi library ke teman aku pi facial kat pertama ataupun sengaja kuar buang masa time Sabtu tu. Tapi dua orang troop tu mmg tak bole. Pertama aku tak bole nak jaga dua2 sekali kalau ayah tak der. Amal mgkin ok la kot, tapi Aleeyn..sori. Sbb dah 3 kali kes ilang dia kat pasar aku tak nak amik risiko. Sat lagi ilang kat Sogo cam Yen ari tu…harus.

Pepagi lagi amal dah bangun kejut aku untuk mandikan dia..dok sebut2 nak pi KLCC..kitorang kuar dalam kul 10 cam tu lepas aku siap masak2 sikit untuk bekal makanan. Kang lepas naik mandi sure dorang lapar kan. Aku ada ler amik gambar 2-3 snap, nanti lain kali kalu aku rajin aku uploadkan..

Aku kasik can dorang berendam 3 jam. Smpai kecut2 gak ler tgn depa tu. Sbb tempat tu cetek aku tak risau sgt. Aku bole lepak dgn SP baca suratkhbar sementara dorang menikmati mandian dorang tu. Agak tak ramai orang lagi mgkin sbb masa tu awal lagi kot.. Aleeyn tak tahan lama mandi dah nak naik..sbbnya dia nampak padang permainan kat sebelah tu lah..so lepas dia naik SP bawak dia main2 kat taman sementara dua orang lagi tu masih kebah lagi mandi manda..dkat2 kul 1 kot baru dorang kata nak naik..lepas makan..kami terus balik..dapat la tidor kejap sampai kul 4 ptg..ptg tu gak abang SP datang dgn wife dia..kebetulan lak spaghetti yg aku buat pagi tu ada lagi so aku serve jer lah…Spagheeti mesia, sbb ada campur cili lah, dan ntah hape2 lagi..tak pure italian dah..

Ahad mmg totally aku jarang kuar dari Rawang kecuali kalau terpaksa. Sbb aku rasa macam tak cukup cuti dan rehat je kalau pi berjalan ari Ahad. Ada tak de pi pasar bawak budak2 makan roti canai…dah..settle.

Masak2 sikt2 tapi tgk mood la, ada mood ada la special tak de kalu biasa2 jer..ari ni aku cuma buat sup tulang dgn kerabu sayur pas tu goreng ikan masin sket, makan dan tidor sambil layan ler citer2 yg ada kat astro tuh..pendek kata weekend kalau kuar mmg tak terasa rehat cukup..bila bangun pagi isnin je aduh malasnya nak keje..ari ni pulak sekolah dah start..perrggh..


August 24, 2007

KANTOI...

Seperti biasa kalau ari jumaat, setan 2 ekor kat tempat aku ni mmg tak reti nak pi semayang jumaat pun (lantak ler...dosa tanggung sendiri kan)..ada tak de jumaat aku salu follow 2 ekor setan ni pi makan..tak kira lah kat mana lokasi pun. Port biasa, public bank food court, dah bosan situ pi AMBank foodcourt, bosan lagi pi Kg pandan kari kepla ikan....kadang pi Avenue K, Angkasaraya..ataupun Pelita Nasik kandar. Yg paling kerap samada KLCC atau Avenue K. Ikut orang gaji loaded ni kadang2 tension gak..sbbnya dorang makan mahal2..ada 2-3 kali aku kena. Ikut dorang makan dorang pi lantak kat American Chillis, kat pizza dan yang terbaru kat Nandos. Aku kalu bab makan sekali RM10 ke atas aku dah consider mahal dah..apatah lagi RM20 keatas..makan seminggu tu wei..dorang x kisah lah..gaji 10k, so tak heran. aku??..gaji ciput jer..baru2 ni dorang ajak aku join ke Nandos KLCC..aku pu ikutlah..dah ler tak sedap alih2 kena sorang RM23..mahe betul..
La ni kalau nak ajak aku pi lunch aku tnye dulu pi mna..agak2 mahe aku tak ikut..nak jimat..dorang kata aku kedekut, bukan kedekut tapi tak worth it lah..aku boleh beli memacam sayur dgn RM20 kat NSK tau...
So hari ni, cadangan si sid nak ke Pelita aku tolak mentah2..apa taknya sebulan 3-4 kali nak lawat mamak tu..dah ler mahal, orang ramai tmpat stuffy lak..walaupun makanan sedap tapi tak kosser aku nak pi lantak mamak selalu..jadinya kitrang pi le kat Avenue K. Masa sampai situ pun dah kul 12.45pm, order gitu gini kul 1.15pm baru dapat makan..campur dgn ngumpat senah, korang..kalu nak tau lelakis ni kalau ngumpat lagi dashyat woooii...yg lucah2 sume kuar selamba kodok jer..mgkn sbb dgn aku dorang tak segan, lagipun aku dgn sid dah kawin ada anak pun cuma si adi tu jer bujang lapuk...lagipun mggu ni Senah cuti, pepagi dah tiaw adi kat HP so apalagi byk ler topik nak ngata kan...ish buat dosa jer...
Si sid pulak cadangkan pi toys r us kat atas avenue K tu lepas makan tu, saje lah nak buang2 masa, walaupun time abis makan tu dah kul 1.30pm..ralit dan leka belek2 kat toy r us, dah pukul 2 beb..aku tak ler rasa bersalah, sbb aku jarang benornya kuar makan balik lewat nih..selalu on time jer..ataupun salu lunch dok kat opis jer..tak kuar pun..takkan sesekali nak bising, nak berkira yer dak...tapi tidak...mmg kali ni aku kena sedebuk..
Setan 2 orang tu dok sebok beli burung tiong..siap ada bunyi berdecip lagi..harga?..mmg harga runtuh..sbb biasa RM70 ari ni rm 19.90. Alah jualan tutup kedai..aku pun beli 2 goggle dgn 2 botol air (dah janji dgn bbudak nak ke KLCC sok mandi). Gitu gini, jalan bagai, pukul 2.10pm baru sampai opis. Dari jauh aku dah nampak Jenab pnye muka lain macam jer..cam marah gitu..siap aku dgn adi masuk jer (si sid pi jamban dulu) dia sound
Jenab : apsal lu orang lambat sgt balik
aku : ramai org la..tunggu makanan kat 40 min..jumaat maa
adi : haah lah ramai btul orang ari ni ..
Jenab : ur boss tnye la apsal ko lambat
aku : ya ka...ok ok..(buat muka bodoh)-biasalah geng propganda auta terrer pnye
Lepas balik tmpat memasing, aku buat2 tunjuk muka kat bos aku si Umar..tak de pe pun. Masa aku jenguk kat depan dia ckp inventory on line aku dah ok..dia senyum jer tak cakap apa pun..ceh mmg kantoi la jenab ni, nak tipu aku la tu..donkey la tu..
Tak abis tu, pukul 3.30pm dia panggil aku dgn adi..aku ckp macam tadi tunggu order ramai sgt org..si adi pulak lagi best..dia jawap "ari jumaat entitlement kitorang semayang sampai kul bape? (ceh, tak semayang ada hati nak tnya)..jenab tak jwap..bila adi kata gomen gazetted 12.30pm - 2.30pm tuk semayang jumaat, jenab buat citer lain pulak, citer ari2 biasa....ha ha ha...sah terkantoi..yang ianya aku rasa sbb kitorang tak ajak dia join..sbb pagi sblum lunch tu dia ada mentioned nak ajak pi reramai makan kat tmpat favourite dia tu..last2 kitorang tinggal jer...
jeles la tu..dia tak berani lak sound si Sid, maklumlah mamat tu mmg laser giler..silap ariblan dia pulak kena..lagi pun aku dgn adi kan junior ..baru join tu yg dia ada berani leeebeee sket tu..
Aku ckp dgn adi..pagi tadi aku masuk opis kul 7.05am..Umar pun ada masa aku datang..dia tak ckp apa pun..tapi ada orang lain buat auta, siap kata takut Khalid marah lak..allllooooo...setau aku Khalid dah seminggu dah x masuk opis..ntah travel mana la pulak..apa dia nak kait2kan nama khalid lak..ada CCTW ka?...............hai ...............kalau dah donkey tu memacam kan.......
Nampak gayanya rancangan nak ke Bangsar mggu dpan terpksa lah aku tangguhkan dulu..sat lagi ada yg kena lagi kang..malas lak aku..Nita...take note eh..ko pesan kat kengkwan, plan tu postponed dulu...lenkali..
Adious...gang Selamat Berhujung minggu..minggu depan cerita lagi..ba boi....

Ke Malaysiaan sempena 50 thn Merdeka

kat opis ku nih majoriti suma bangsa asing aka omputih dan ada seketul dua bangsa asing malaysia ie..cina dan india, serani dan yg sewaktu dgnnya.

Sempena 50 tahun merdeka ni aku dgn geng2 propaganda (alah 3 ketul jer, aku, adi dan sid) telah menciptakan nama melayu bercirikan kemalaysiaan. Ehem.. jadi senang nak kutuk depa depan2 pun depa tak pahe..

maka kami telah mengujudkan nama2 kod untuk depa2 tu mengikut ciri2 mika
Contoh Nama tu:-

Nama omputih nama mesia aka Melayu
Bradley Bakar
David Din @ ding
Terence Tapa
Jamie Jenab
Lawrance Umar
Phillip Puad
Keith Khalid
Robson Rauf
JLO Senah

Jadi untuk en3 akan datang aku akan guna nama2 kod dorang tu untuk cerita apa yg nak aku citer....

August 23, 2007

Susahnya jadi Mak

Bila aku pikir2 balik, kadang aku rasa aku ni belum mencapai piawaian tahap ibu terbaik lagi..nape aku cakap cam tu??...sbb kadang2 aku rasa aku ni bukanlah dari kalangan orang yang punya tahap kesabaran paling tinggi, walaupun aku ni susah nak marah kalau dgn kawan2 atau kat opis tapi kat rumah...man...i totally cant control my self sometimes...
Aku tak terimagine cam nak mak dulu jaga kitorang..bkan sorang tapi 6 orang..tapi aku 3 orang pun aku rasa tahap gaban maksima pun aku surrender. Agaknya tu lah hikmahnya yg aku ni tak bole nak tambah anak lagi, takut aku tak leh handle kang aku dera lak depa tu..
Anak2 dgn 3 perangai berbeza yang bisa bikin ku semput...
Anak sulong, kakak umur dah 10 thn, tapi semua perkara kena suruh, kena kerah. Macam pahat dgn tukul. Nak solat pun kena cakap baru buat, dia selalu khayal dan leka. Kadang2 kalau bagi instruction kena cakap berkali2 baru ler paham..aku salu tak sabar dan salu kata dia tk paham cakap melayu..agaknya sebb tu kot..kan ckp mak tu doa...
Tapi skg kalau bab2 keje dapur tu bole dah diharap..at least. Buat air, buat susu adik, basuh pinggan, kemas meja, susun sayur dalam fridge..basuh berak dan kencing adik (hmmm yg ni skg mmg tugas dia). Basuh kasut sekolah pun tak bole pakai..tak bersih. Selalu la bibik kan membebel kalau dia basuh ksut sbb tak bersih. Pencapaian kat sekolah kebangsaan boleh katakan stagnant..maintain. Dia dok kat kelas B sejak darjah 1 sampai skg. Periksa no jgn cerita biasanya no 20an..Tapi pencapaian kat sekolah agama mmg memberangsangkan..mengkagumkan. Sebelum2 ni aku salu letak sasaran no 1-5 untuk dia mintak adiah, tapi baru2 ni mmg aku terkejut bila dia kata dapat No 2. selalu no 5 atau 4 jer. Satu aku tak gemar perangai kakak ni, dia tak sabar..contohnya kalau nak makan, nak dan dan tu gak..kalau nak tunjuk kertas periksa atau report kad, tak sempat2. Aku belum masuk umah dari balik keje lagi dia dah excited..selalu gak aku fire kat dia..kena bagi time2 rileks..lepas makan malam, lepas maghrib..tak reti2..asyik buat perkara sama jer..tak paham bahasa melayu...mmg nak kena cakap jawa dia ni.
Masa kecik dia mmg tak banyak masalah..pendiam, paling senang masuk keta jer tido..kalau time balik ke Johor tu sepanjang jalan ler dia tido sampai umah MIL. Masa kecik aku antar dia kat Kak Tam (kakak kawan aku ) untuk baby sitter dia. Mmg kak tam kata senang sungguh nak jaga dia..makan tido, makan tido..nangis jarang2 sekali, hampir tak pernah ..masa ngandung dia mabuk mmg teruk, tak makan kat umah pun, asyik makan kat kedai jer, tak tahan bau dapur, tak tahan bau orang bkak peti sejuk..sure muntah. Morning sickness mmg flat terus dari pagi sampai malam...beranak paling susah..sakit dah 14 jam tapi tak beranak2,masa tu kat GH jer..sudahnya kena operate. Lepas operate lak luka bernanah sbb jahitan tak elok..kena berulang alik kat klinik dan hospital cuci luka..makan ikan haruan sampai nak termuntah, minum pati haruan bagai nak rak...paling tak leh lupa minum air gamat..uweeekkk mcm bau longkang..pantang kaw2 sbb nak cepat baik..2 bulan tak makan cili langsung..
Masa aku ada dia sorang , senang jer umah tak bersepah. Dia mmg pandai jaga mainan dia. Semua elok2 lagi sampai sekarang (x tau pulak nape skg dia tak pandai jaga barang2 dia) asyik rosak bersepah...baju dia pnye ler banyak ...turun generasi ke generasi masih elok lagi..semua barangan baby mcm walker, stroller, playing pan suma masih elok sampai skg. Ada yg aku dah bagi kat anak2 sedara ada juga yang aku dah pass kat cucu2 saudara..
Kecenderungan kakak aku rasa untuk matapeljaran agama. Dia suka belajar ilmu fekah, tauhid akhlak...sbb itu cita2 dia nak jadi Ustazah..mudah2 han...paling suka menyakat amal dan biasa gaduh bercubit2 dgn adik2..rapat dgn sume sepupu terutama yg perempuan...
Anak aku ke 2 pulak ..ha ni mmg paling licik antara 3 orang...badan paling kecik dan paling kurus antara 3 orang, masa umur dia setahun dia dah tak nak minum susu lagi. Paling lambat cakap dan paling lambat jalan. Badan nya cam tak balance..salu jatuh jer masa kecik2..masa umur dia 1.5thn aku amik bibik keje. Dia dgn bibik rapat amat, bibik jugaklah yang rajin ajar dan urut2 kaki dia sampai berjalan..aku ingat lagi masa mula2 bibik dtg dia komplen nape bdak tu kurus sgt..tak bagi makan ke..dan bibik suh aku beli kaki ayam yg dia buat sup tiap hari sbb katanya orang jawa pecaya makan kaki bole cepat jalan..layan jer lah..kalau nak ikut kan dah bebrapa kali gak anak aku yg ni hilang..pertama kali masa kat pasar tani kat kg mak..berderau darah aku, nasib baik jumpe..dia tiba2 jer ilang melilau nasib baik bapak dia jumpe balik..elok jer diri kat depan orang jual mainan..insiden terbaru 2 minggu lepas, masa aku balik kg..masa bapak meninggal. Masa tu kat pasar, aku tgh sibuk beli sayur untuk kenduri tahlil bapak..sbb bapak dia sibuk mendukung adik aku pegang tgn budak ni..tak sampai 2 saat aku lepaskan tangan dia sbb nak amik dui, dia lesap...melilau aku carik rupanya kat kedai runcit depan sket dari tmpat aku bayar sayur tu...sbb nak beli mainan..haeeiiiii,
Tak lama dulu gak, aku tgh masak kat dapur, masa tu bibik cuti. Aku tak nampak kelibat dia, so aku jerit nama dia.."alin, alin 2-3 kali...tak berjawap..dia ni kalau dipanggil menjawp..:YA..saya..aku tak sedap ati, pi kuar jap intai, rupanya dah kuar kat jalan bawak duit RM1 nak tunggu aiskerim..dan semalam kakak report kat aku dia dah separuh jalan nak pi kedai..ish ish bdak ni mmg tak bole lepa...kalau pi mkan kat luar pulak, mcam kuda lepas kandang..berlari2 sana sini..tu lah sbbnya aku tak pernah bawak pi shopping complek shopping..harus ilang macam si Yin tu kang..ada tak de kalau nak pi pasar malam jalan tar samada dia dok kat stroller ataupun ayah dukung..
Dia ni mmg kenal sume sedara mara dia..dia tau kalau orang tu sedara belah bapak dia atau belah mak dia ni ha..aku ingat lagi satu hari aku pi kenduri umah bang long SP, sambil aku sembang2 dgn biras aku dia mencari2 tgn biras aku aka mak long dia sbb nak bersalam, nak cium tgn. Kalau dgn belah aku pulak, dorang cukup takut kalau keluar aku bwk bdak ni. bukan apa takut ilang. Kakak aku bole siap pesan...kita kuar ko jgn bawak delin kalau ayah dia tak ikut..aku takut dia ilang..sampai cam tu sekali.
Paling aku risau kalau balik kg aku..dahler kg aku tu kawasan sawah, parit sume berair, dia pula suka ilang2 cam tu seram aku..bila aku balik aku pesan kat sume orang tgk2 bdak ni..dan biasanya adik aku yg bungsu Cu Dir akan monitor dia cukup2..sbb umah mak tu ada bwh umah tmpat bole lepak, dan kat situ ler cu dir akan tinjau2 mana budak tu pegi..kalau mak aku lagi senang..di tutup pintu sume..ha dok la kau dalam umah..
Dan dia ni paling arwah bapak sayang..sbb dia ni pandai layan bapak. Masa bapak sakit terlantar dia salu dok sebelah bapak, tgk bapak makan..kadang2 bole cilok bapak pnye bubur sekali. Bapak yg tanam uri dia kat kg, so dia pun kidal mcam arwah bapak jugak...dia mesti datang cium bapak kalau kami baru sampai kat kg..umur dah 5 thn tapi bercakap tak bape lancar, masih pelat2 lagi, kdang aku tak paham apa dia ckap..paling suka makan sup..tak kira la sup tahu ke sup ayam ke...tapi dia allergic..tak bole silap makan, takbole berpeluh..mesti ruam2 gatal2..dan dia ada asthma yg kalau selesema dia dtang, batuk datang sekali siap le kena amik gas kat klinik..
Dia ni pulak mudah dipujuk..nangis pun kejap jer...suka pakai gaun dan suka bermekap cantik2..macam kakak dia jugak..dia pun masa kecik tak banyak hal tak banyak karenah..senang nak bela..malam tido mmg tak bangun2 pun nak susu...paling senang antara 3..tapi masa ngandung susah. Aku langsung tak lalu makan masa ngandung dia, asyik mabuk dan muntah pulak time malam jer..lepas balik keje..salu makan biskut jer masa ngandung dia, nasik jarang sekali..sbb tak lalu..mee ..mee..mee tu je yg aku suka. Masa ngandung dia aku konon nak bersalin normal sbb yg pertama tu dah ceaser...last2 x bole juga sbb dia breech, jadi masa tu aku beranak kat Pusrawi, so lepas 3 hari luka aku terus baik, sbb bayar mahal maaa.....pantang pun dah kurang sket ketat mcm yang pertama..lepas 30 hari, aku tak leh tahan aku bedal je sambal...
Yang ke 3 dan yang terakhir..perrrgh dgn dia ni aku betul2 surrender gile..tak tau dah cam ne nak handle yang sorang ni..mcm aku ckp kat previous entry, dia ni anugerah Allah yang paling tak disangka..mana tak scan2 3-4 kali kat specialist lak tu kata pmpuan alih2 lelaki...mmg kami terkejut badak. Masa ngandung yg paling susah sekali, mabuk setiap masa, muntah toksah citer. Siap dok kat tepi longkang depan umah tu ha..masak langsung tak leh..nasib baik masa ngandung 5 bulan bibik dah ada..masa ngandung 5 bulan tu lah arwah bapak sakit...masa tu la dia kena stroke, aku ingat masa ngandung 5 bulan tu lah aku balik kg bawak 2 anak naik bas. Sbb aku tak sabar nak tunggu SP, dia x bole cuti, so aku naik bas dari puduraya dgn perut boyot tu then abang Ngah kutip aku anak beranak kat Kuala. Sbb bas express takdak tiket.
Masa kecik2 si hero ni comel, tembam yer lah berat dia masa lahir 3.8kg..besar tu beb..kakak dia yg sulong 3.45kg jer, yg no 2 lagi kecik 2.9kgs jer..tang kat dia ha kau..sume baju baby pulak nasib baik besar2 ..kalu tak harus. Jaga dia mmg yang paling susah. Sbb aku pnye luka pun bernanah balik masa seminggu lepas beranak. Lepas tu malam pulak bangun 2-3 kali sbb nak susu. tak cukup susu, so aku campur nestum sikit baru ler senyap malam tak bangun. Aku tak mandikan dia langsung masa dia kecik..bibik buat semua. malam pun ayah dia yg bangun buat susu..mmg dia anak bibik sbb bibik yg jaga dari kecik sampai skg dah 3 tahun lebih..
Nakalnya Masya Allah...dia ni kadang2 aku tak bole sabar rasa nak rotan jer..bila time2 nak tidur tu banyak le songeh dia, nak urut kaki lah, nak garu belakang lah..sbb dia yg bongsu dia manja tak ingat pnye..nak dok bawah ketiak..tapi dia ni tak berani merayau sorang macam yg no 2, kalau bawak pi jaln pun dia tak kan lari jauh, sbb dia penakut, tanyalah dia anak sapa..dia kan jawap anak MAMA..kakak anak bibik..kak lin anak ayah.
Rajin ikut2 solat..walaupun main2. Barang umah suma rosak akibat dia lah. kmputer, meja, vcd ape2 je lah sume rosak sbb dia..dia suka pomen..suka main sepana, buat2 baiki , suka tgk ayah bertukang dan suka manjat..semlam je meja kat hall dah roboh, akibat di enjut2nya..katil kat lam bilik pun dah bape kali tukar sbb patah juga sbb dia buas jumping kat situ..sofa pun da lendut akibat dihenjut hari-hari..umah conteng..well tok sah citer pantang dapat pen atau pensil abis le sumenya dia kerjakan dan time nak raya sok sibuk le ayah cat umah balik.
Aku mmg tak tahan kalau kat umah bising, menangis atau bergaduh. Aku jadi stress. Sbb ibu itu kalau ayah dorang tak de umah aku pun tak nak ada umah. Dorang nih sikit tak heran aku acu2 rotan atau hanger sbb tau aku pukul tak kuat mana. cuba ayah pukul tgk harus berbirat...kadang2 aku balik keje penat lagi tension kalau dorang bergaduh. Bkan gaduh sket2, siap tumbuk berdebuk2, hai..entahler..biasanya sore aku le dah terpekik2 cam bini tarzan lak..
Nak buat cam ne..bila dah tensi tu kan....bila aku citer dgn mak...mak dgn selamba kata..takpelah 10 tahun lagi ok ler tu..heaaaii..10thn????..lama sungguh tu..bila aku sembang ddgn cousin2 yg ada anak sama baya...masalah kami rupenya sama jer....sebijik..aku wonder anak2 zaman moden mmg cam tu kot..dulu2 aku tak ler cam tu...cuma aku ngaku dulu aku mmg malas nak buat keje2 dapur dan keje2 umah tu..as times flies automatic pulak pandai urus diri bila dah kena berjauhan dgn mak..rasa camne susah, sume kena buat sendiri nak makan kena masak...kena bli bahan2 kat pasar..dulu?..tau makan tidor jer..
Apapun aku harap apa yg org tua2 kata betul..kalu kecik2 nakal sok besar dorang ok..harap2nye lah...susah betul nak jadi mak kan?

August 22, 2007

Baru ku tahu rasa kehilangan


Sebelum aku kehilangan bapak, aku pernah gak rasa kehilangan Mbah (nenek). Tapi mgkin sbb aku tak rapat dgn Mbah, masa dia meninggal aku rasa biasa2 jer. Sbb nya mbah bukan anggap kitorang ni cucu favourite dia, mgkin sbb dia ada masalah dgn mak jadi kami pun terbabit sama. Hubungan kami pun tak rapat., masa mbah datang umah pun kejap2 jer. Tapi kehilangan bapak baru-baru ni betul2 memberi kesan dan aku dapat rasa sebenar2 kehilangan orang yang kita sayang. Kalaulah aku sedih cam ni agaknya mak cam ne le pulak. Mak dah bersama bapak 45 thn, mak jaga bapak masa sakit, masa kat hospital tentulah aku rasa mak 1000x sedih lagi dari aku.

Mmg kalau nak ikut2 kan aku terkilan gak tak dapat tatap wajah bapak buat kali terakhir, tapi nak buat camner, dah tak der rezeki aku.
Hubungan aku dgn bapak tak bape rapat masa aku kecik2 dan remaja dulu. Sbb aku takut dgn bapak. Bapak garang hatta nak mintak duit beli apa2 pun aku akan suh mak jadi postman. Bapak pulak mmg tak cakap banyak. Kalau dia berdehem pun aku dah kecut perut. Tapi aku bangga sbb bapak tak pernah marah kalau dia sain report kad aku..bapak akan dgn bangga sain report kad aku dgn tandatangan nya yang panjang tu. Mmg dia tak pernah cakap apa, apalagi bagi hadiah kalau aku dapat no bagus. Mmg dari sekolah rendah lagi mmg aku sentiasa dapat no 1-3. Kalau nak kira hadiah mmg banyak piala2 kecik aku kat umah. Bapak masih simpan elok2 dalam almari kaca bercermin tu. Walau dia tak pernah kata apa2 tapi aku tau dia bangga tiap kali aku bawak balik piala seblum cuti sekolah ujung tahun. Paling banyak piala aku ialah matapelajaran terbaik - Bahasa Inggeris. Mmg dari darjah satu lagi aku conquer hadiah tu sampai lah aku darjah 6.

Masa aku darjah 2 lagi aku dah dilantik jadi ketua kelas, masa tu pi sekolah pakai penafore, aku pulak kena pakai tie ketua kelas kale merah tu..bapak pnye stylo dia tak suka aku pakai tie yg main letak tu, so pagi2 dia akan ikatkan tie aku. Bapak mmg terror ikat tie tu mgkin sbb dia pernah keje kat opis dulu kena pakai tie jadi dia pun terror ikat tie..aku??...sampai skg aku tatau nak ikat tie, nasib baik dpat suami keje x yah pakai tie tak yah pakai smart2, pakai uniform maintenance sentiasa takle susah aku nak gosok baju pepagi..tak kosser..tak yah sibuk2 belikan dia tie mcm orang2 lain yang dapat laki keje opis. Kena gosok side tajam2, kena sibuk beri hadiah tie time besday…macam kawan aku si Nita tu…

Masa aku kat sekolah menengah lak, lagi best langsung bapak tak pernah complain. Pencaipaian sekolah aku standard, maintain jer tak pernah turun so dia macam konfiden..tak pernah dia suh aku baca buku ke, study ker sbb dia tau aku mmg buat semua tu tanpa disuruh, cumanya aku masa tu selalu ikut adik lelaki aku main layang2, carik ikan dia tak suka. Dia kata macam lelaki. Aku ingat bila aku naik tingkatan 2 aku dah tak campur adik lelaki aku dgn kwn2nya. Aku dok umah jer takde main layang2, takder menggagau carik ikan lagik. Masa aku tingkatan dua gak aku dilantik jadi pengawas so baju pun warna lain dari yang lain. Yang aku respect bapak kalau bab2 sekolah punya yuran ke semua settle, aku tau masa tu kitorang bukanler orang senang tapi bila mula bukak sekolah jer yuran semua settle. Untuk 5 orang sekali lak tu. Tapi bab2 beli pensil atau peralatan sekolah, bapak tak pernah bagi kami beli kat sekolah, suma beli kat luar sbb dia kata mahal. Kasut sekolah kami pun msti brand Marco kale hijau tu. Beg sekolah selalu kami pilih sendiri. Baju kurung bapak jahitkan untuk kami..pelik aku masa tu, sbb mak tak reti jahit tapi bapak pandai sgt, baju kurung, kain sekolah semua dia buat sendiri.

Masa aku tingkatan 4 aku rajin bersahabat pena, masa aku tingkatan 5 pulak aku ada antar tulisan aku kat radio, lepas tu berbakul2 surat sampai kat aku, orang nak berkenalan. Aku ingat satu jer bapak cakap masa tu…masa aku dpat surat banyak2 tu bapak kata " Nak sekolah betul2 jgn nak main surat2 cinta plak"..aku diam je masa bapak cakap cam tu..aku cakap yer lah..ni kawn jer..

Kerajinan aku mengutus surat tu menimbulkan aku hobi baru, mengumpul setem. Masa tu aku pun ada penpal kat filipina, africa dan beberapa negeri orang putih lain. Kat mesia tak usah citer, banyak sungguh kenalan2 aku…rupanya berbaloi gak sbb masa nak spm aku bertukar soklan periksa dan hasilnya aku dapat jadi best student SPM ….

Aku ingat lagi masa aku amik result SPM aku pi dgn mak. Masa tu mak pi pasar aku amik result. Bila aku jumpe mak kat pasar, dan bagitau mak apa aku dpat wah mak gembiranya, bangga…abis kawan2 dia kat pasar yg dia jumpe dia bagitau result aku tuh.
Bila balik lak aku bagi bapak tgk result aku, bapak diam jer Cuma satu je komen dia.."Apsal Bahasa Inggeris ko lagi bagus dari BM?"…ko nak jadi orang putih ke..aku diam jer masa bapak cakap cam tu..sbb nye BM aku dapat 4 (alah masa tu aku periksa BM 2 x sbb ada soklan bocor masa tu. SPM 1989. Aku dah dapat contoh soalan tu bulat2 sama dari MRSM KB, bdak kelantan penpal aku yg antar soklan percubaan dorang, mana tau soklan tu bocor, dan kena amik periksa lagi sekali. Bila jadi cam tu grade pnye range pun ttba naik daripada 80% bole dapat A1 jadi C3. Bahasa Inggeris aku mmg aku bangga masa tu..well nak dapat A2 bukan senang beb…tapi knowing bapak, tak suka tinggi diri, dia diam jer tak cakap apapun..Cuma lepas tu bapak buat kenduri doa selamat kat surau..sbb dalam adik beradik aku, mmg tulah SPM yg paling bagus..dan kat kg pun masa tu result akulah yang paling best…bangga betul aku kat bapak dan mak.

Tapi aku kecewa sket, sbb dgn result aku yg bagus tu aku bole apply buat TESL pas tu bole apply pi oversea, tapi mak tak kasi, mgkin ada bnyk sbb kot..salah satu sbb duit, lagi satu mak takut dgr citer macam2 pasal budak2 pi oversea ni..balik jadi sesat..so aku pun apply kat uni2 tempatan, tapi masa tu tak dapat lagi offer kat memana alah..mmg le result aku bagus tapi sbb maths kantoi jadi susah sket nak dapat mana2. Sementara tu aku apply ler course kat IPTS. Dapat ler tawaran nak buat certificate in management kat KL so aku pi la amik course tu..tak lama lepas tu aku dapat offer dari UITM (masa tu ITM) lagi untuk buat course Secretarial Science kat Kampus Kuantan, tapi melihatkan yuran dia tu mak dan bapak kata dorang tak mampu. Masa tu aku dah abis belajar kat Institut swasta tu dan dah dapat keje…so dgn sedihnya aku terpaksa lupakan hajat aku tu. Aku ingat mak ckp dgn aku , bapak kata dia takde duit…mak yg sampaikan kat aku..mgkin bapak tak sampai hati nak ckp sendiri dgn aku dia suh mak cakap..mak kata kat aku..takpe lah Na…esok anak2 ko, ko antar dorang belajar kat uni oversea…aku terharu gak dgr mak cakap tu, mmg ler keciwa....
Tapi berkat doa mak dan bapak, aku dah bole dikatakan berjaya, walaupun kelulusan tak setinggi mana, tapi rezeki tuhan kpd aku sekeluarga tak pernah putus. Rezeki anak2 sentiasa murah...berkat doa mak dan bpak.
Mengenang semua tu, hati aku ttba akan jadi sayu, teringatkan bapak. Betapa bapak selama ini bersusah payah untuk kami semua, sesusah kami dulu masa kecik2 bapak mampu jugak sewa keta setahun sekali bawak kami ke KL, pegi tasik perdana, tgk tugu negara. Itu yang aku sgt bangga dgn bapak. Dia rela buat apa sahaja asal kami bahagia.
Tu lah bapak.....semua tu tinggal kenangan, yg tak mungkin terpadam dari ingatan aku hingga ke akhir hayat. gambar bapak kat menara KL masih aku simpan dan aku letakkan dalam prem gambar biar aku sentiasa ingat bapak....
Ya Allah limpahkanlah rahmat mu pada bapak...tempatkanlah dia dalam golongan orang2 yang beriman dan bertaqwa. AMIN

AL FATIHAH....



Aku dah mintak tolong kwan tolong postkan entry ni last week, tapi mgkin sbb dia bz dia tak sempat nak buatkan..ari ni adi telah membawa balik booster untk WI FI sbb smlam aku ngadu kat dia boring tak der keje, dia janji nak bawak menatang ni...so ari ni aku berpeluang nak berblog..dorang pun berpeluang nak ber YOU TUBE..sbb bos tak dak...merdeka.
Ni entry yang aku tulis minggu lpas...

Hari Sabtu 11hb August 2007 bersamaan 27 Rejab, dalam usianya 74 tahun bapak kembali ke rahmatullah….

Sebenarnya minggu lepas byk sgt plan aku nak buat untuk hari Sabtu tu. Nak pi belajar buat roti, tapi entah kenapa hati aku rasa tak sedap so aku batalkan niat aku tu..mmg plan nak balik kg pun sabtu tu, tapi lepas maghrib sbb SP keje, kakak pulak sekolah. Aku pun tatau 2-3 hari tu aku rasa tak sedap hati. Jadi ari sabtu tu aku decided nak dok umah jer, buat muffin pastu nak balik. Mula2 nak balik ahad pagi, tapi sbb akak dah sms yang akak no 2 tu dah ada kat umah mak, aku jadi macam excited nak balik kg. Aku kol sp tnye balik kul bape, dan plan nak balik lepas SP balik keje, seblum maghrib.

Lepas siap2 masak, aku terlelap jap kat sofa, masa tu dalam kul 12tgh. Budak2 kecik dua tu tidor, jadi lepas mandi aku baring jap sambil terlelap..tetiba HP aku bunyi, aku tgk no, no tel akak. Ingatkan dia nak pesan beli apa2 ke seblm balik..sbb sebelum tu dia suh beli lauk lebih skit sbb ada ramai kat umah. Rupanya panggilan tu khabar duka..bapak dah meninggal..aku terkjut, tapi aku tak menangis pun…fikiran macam blank jap sbb mamai baru terbangun tido…aku pun kata ok…aku kol sp skg..jap lagi kami balik…

Aku kol SP, mula2 tak dapat..2-3 kali kol takde angkat. Aku kol control room pesan ada kecemasan..tak lama pas tu SP kol balik, aku bagitau dia..suh dia blik segera..rupanya dia tak dgr bunyi phone..ada kat genset room..

Kat umah aku kelam kabut ngemas baju2 aku..baju2 bdak bibik dah kemas, tapi aku suh dia tambah lagi baju sbb kena balik lama..tak lama tu dalam kul 1.30 tgh kakak balik dari sekolah. Aku suh dia makan, mandi dan siap nak balik kg..aku sempat kol abang SP- abg long bagitau bapak dah takde…honestly, aku tak ler sesedih mana, sbb bapak mmg dahlama menderita sakit terlantar. Aku salu gak berdoa kalau pemergian bapak akan mengurangkan seksanya menanggung sakit , kami REDHA.

Pagi tu aku dah siap masak pajeri nenas, sambal ikan bilis. Kebetulan kak ie singgah umah antar barang2 yg dia pinjam so aku pi tapau kan sume2 makanan tu. Aku tapau semua makanan..bagi kak ie...

Lepas SP sampai umah dalam kul 2 ptg kami rush balik, nak kena antar bibik ke keramat dulu. On the way aku kol kawan2, kol sepupu2 dan kol boss bagitau aku kena balik kg…bos suruh aku cuti 3 hari…

Entah nape hari sabtu tu jam sgt2, dan aku tak sempat menatap wajah bapak buat kali terakhir. Sesampai aku kat umah, mayat dah dibawa ke kubur dan kerana aku yg sedang uzur hanya SP menyusul. SP sempat sampai ketika bapak sedang ditalkinkan.

Patutlah hati macam tak sedap, malam tu masa aku baca yasin aku teringat bapak dan aku rasa sayu sgt rupanya masa tu bpak dah diambang akhir hayatnya. Dan…bapak diambil Allah pergi hari esoknya itu. Abg ngah di Pahang pun dah on the way kuar masa aku kol dia pukul 2 tu. Dia kena ke pekan menjemput anak sulong dia yang sekolah asrama..

Aku sampai di rumah, dah ramai sedara mara, ada adik beradik bapak, anak2 saudara bapak tapi aku tak lihat sorang pun adik beradik mak atau sedara mara sebelah mak. Aku masuk terus peluk mak, airmata terus keluar. Sedih sbb bapak dah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan2 bersama bapak. Masih terbayang wajah bapak kali terakhir aku balik kg awal bulan julai lalu. Wajahnya sayu, ekor mata melihat penuh makna. Bapak nampak tersenyum bila cucu2nya bergurau berdekatan dengannya, ketika itu bapak masih berselera makan, masih bole bergerak dan duduk sendiri, tapi dah tak bole makan sendiri. Mak terpaksa menyuapkan bapak. Masa tu pun bapak dah tak nak mandi lagi..dia selalu mandi sekali sehari waktu petang. Tapi sebulan seblum dia pergi dia sering mengadu sejuk, tulang2nya sakit. Sampai terpaksa berselimut dgn toto. Mak sempat selimutkan dgn toto baru yang mak beli…mak jugak sempat minum cendol dan makan mee rebus kesukaan dia beberapa hari sebelum dia pergi...

Aku ingat lagi kali terakhir aku jumpa bapak bulan lepas, bapak masih bole senyum dan dia seolah terkejut sbb kami nak balik pagi awal awal2. Sebab selalu kami akan balik lepas asar, tapi kerana abang SP buat akikah aku rasa tak sedap jadi kami rushing balik pagi ahad tu sbb nak hadiri kenduri tu tgharinya. Bapak sayu jer masa kami salam dia. Anak2 cium bapak, cium tangan bapak aku pun cium tangan bapak.. Dan itulah kali terakhir aku jumpe bapak.

Lepas aku balik tu, kakak kata bapak tak sihat, dia dah tak lalu makan, keadaaan kulitnya yang kering tu semakin teruk dan merekah dan bapak dah tak boleh bangun langsung aku ada juga beli lotion sebamed dan sabun sebamed untuk bapak. Dua kali juga aku sempat beli barang2 tu..berbuku2 sabun dan berbotol2 lotion aku beli. Aku selalu gak telepon mak tanya khabar bapak dan rancangan nak balik ujung bulan julai ter bantut sbb anak sedara SP nak mendaftar di Unisel dan kami kena tolong kakak SP menguruskan pendaftaran tu.

Dalam pada tu seminggu seblum tu kakak terpaksa ke Segamat kerana anak saudara suaminya kawin. Dalam perjalanan balik dari Segamat, akak singgah dirumah. Masa tu kami dah berbincang nak suprisekan mak. Aku nak balik kg ujung minggu berikut tanpa bagitau mak. Memang itulah rancangan aku dan akak. Kakak ada bagitau yg tempat keje dia buat rombongan ke Kelantan dan dia berbelah bagi nak pegi ke tak. Aku ckap dgn kakak..toksah pegi, takut kalau apa2 terjadi kat bapak nanti susah pulak. So akak tak jadi pegi mujurlah…kwn2 opis kakak pujuk dia pegi…tapi akak tak nak, aku pun taknak akak pegi..sbb bapak masa tu dah semakin lemah..

Pengkebumian selesai jam 6.30ptg. Kami di rumah bersiap sedia untuk memasak untuk tahlil malam tu. Sbb dah kelam kabut kami hanya sempat menyediakan bihun goreng..Alhamdulillah majlis tahlil berjalan lancar. Ramai sungguh orang datang. Lepas zuhur tu pun mak kata ramai sangat orang datang..dan kami kira wang yang jiran2 sedekahkan tu ada dekat Rm500. Duit tu kami gunakan untuk tahlil tiga malam berturut2... Malam tu sempat kami bersembang2 dgn mak dgn jiran2….rancangan awal dorang nak kebumikan bapak esoknya, tapi jiran2 tak setuju, sbb jiran2 sekampung kenal sgt dgn bapak, masa hidupnya dia salu pesan tak baik simpan mayat lama2 yang hidup tetap hidup yang mati harus disegerakan penyempurnaannya…atas sebab itulah dorang segerakan. Sampaikan ramai sedara mara sebelah mak dan bapak tak sempat diberitahu. Semuanya berjalan dgn pantas…Abang ngah tiba pukul 11 malam, lepas majlis tahlil habis...

Kakak cerita masa tu dia keje..tapi hati dia meronta2 nak balik cepat…belum sempat dia keluar opis dia dapat panggilan dari rumah bapak dah takde….pagi tu bapak sempat bersarapan, tapi dia dah tak kenal orang masa tu. Akak ke 2 yg kebetulan balik kg pun dia dah tak kenal. Matanya memandang kosong. Air pun dah tak boleh masuk…disudukan air ke mulut dia, air tu keluar balik..dan lepas tu bapak tidur. Pukul 12.45tgh mak kejutkan untuk makan tghari, bapak dah tak der..bapak pergi dalam tidur..dalam tenang. Malam seblum tu bapak mengadu sakit kaki, perutnya keras..mak usap perut bapak malam tu mak kata keras macam ada batu…kakinya sejuk , malam tu mak ada bacakan yasin kat sebelah bapak…bapak diam….dengar dgn khusyuk. Dan malam tu akak dgr bapak mengerang, mendengus beberapa kali sekitar pukul 2 pagi….agaknya tanda2 awal malaikat maut sudah hampir dgnnya.

Mayat bapak siap dimandikan dan dikapankan lepas zuhur, disembahyangkan disurau depan rumah kami, surau di mana bapak selalu mengimamkan solat, bertarawikh dan surau di mana jadi rumah kedua bapak. Bapak menjaga surau dgn baik, memastikan kebersihan dan surau sentiasa cantik di cat, tu ketika bapak masih sihat…ketika bapak boleh berjalan.

Ketika itu juga aku sering dgr bapak mengaji setiap pagi, tghari dan malam…4 tahun dulu seblum bapak diserang stroke dan dia menjadi lumpuh….Selepas subuh bapak akan mengaji, begitu juga seblum zuhur dan selepas asar, maghrib dan isya'..bapak akan sentiasa mengaji sehingga kalau tiba bulan ramadan bapak akan khatam mengaji 3 kali….Masih terngiang2 suara bapak mengalunkan surah2 AlQuran…
Dan bila bapak jatuh sakit, bapak dah tak bole mengaji, dah tak boleh solat. Tapi puasa tak pernah bapak tinggal. Bapak memakai pampers, jadi sukar untuk dia nak bersolat, mak pulak batal air semayang kalu tersentuh bapak, jadi bapak kata tak payah…biar orang kata apa sbb bapak tak bole solat, tapi bapak diam jer…

Masa bapak sakit tu sehari ke sehari keadaan dia semakin teruk…kerana banyak sgt makan ubat darah tinggi, bapak dah tak boleh dengar lagi, kena cakap kuat2..pertuturan bapak jugak jadi tak jelas..aku jarang paham apa bapak kata, Cuma mak dan kakak jer yg paham sbb dorang selalu ada kat umah, jadi dah biasa dgr.

Hari ketiga bapak meninggal, abang ngah terpaksa balik, anak2nya periksa anak sulungnya ada percubaan PMR hari selasa tu pagi tu abang ngah ke kubur bapak dulu, akak ke 2 pun balik ke Klang sbb suaminya dah kena stat keje, tinggallah aku dan kakak dan adik bongsu yang masih cuti, aku dan kakak juga yang sibuk menguruskan tahlil untuk malam ketiga tu…nak harap abang long?...hampeh, langsung tak peduli, yang dia pedulikan agaknya harta2 bapak jer….Hari kelima bapak pergi baru aku berpeluang kekuburnya, aku bawak mak sekali, mak uda (adik bapak) dan anak2 pergi kubur bapak. Aku dan mak baca yasin, aku suruh kakak baca fatihah banyak2..sayu hati aku melihat kubur bapak, mak menangis tersedu2, anak2 seolah paham yang Atuk aji mereka dah meninggal, mereka tau itu kubur atuk aji dorang…. kubur bapak dibawak pokok kekabu, redup, tenang dan sejuk…berdekatan dgn kubur2 jiran sekampung yang dah pergi terdahulu. Kubur bapak dekat tepi jalan..tanah kubur masih basah, dan aku nampak ada pokok puding di atas kubur bapak...

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, dan selama 3 1/2 tahun bapak sakit, semua dosa2nya terhapus, dia pergi dengan tenang, mukanya berseri2, ketika akak cium dahinya, akak kata dahinya sejuk umpama ais..wajahnya senyum tenang…Insya Allah, bapak akan ditempatkan dalam golongan orang2 bertakwa dan beriman..Semasa hayatnya, bapak amat disegani dikampung. Sbb bapak orangnya pendiam, tak pernah menyakiti hati orang, sentiasa dipanggil untuk membaca dan tahlil kalau ada majlis2 kenduri arwah, sering jadi imam sembahyang..bapak tak pernah mengata atau memburukkan orang, dan dia cukup marah kalau dgr mak bertandang dan bercerita perihal orang di rumah jiran..bapak juga seorang yang AMAT amanah, dia salu dilantik jadi bendahari sbb jujur dan amanah dia..aku ingat lagi masa kecik2 kalau ada pinggan mangkuk surau tersesat ke rumah kami, dia cepat2 suruh antar dan pulangkan ke surau dan kalau ada yang pecah dia kan cepat2 ganti..Semua sifat2 mulia bapak tu diwarisi akak. Pendiam tak banyak cakap, penyabar dan amanah dalam suma perkara termasuk duit…..

Bapak disayangi oleh anak2 sedaranya. Masa dia sakit suma anak sedarnya datang melawat, bahkan time2 hari raya pun kad2 raya anak sedaranya sampai terawal dari kad raya aku..betapa bapak sangat disukai oleh semua orang, disenangi oleh suma orang. Sungguh semasa bapak sihat, bapak sering datang ke KL dgn mak. Masa tu aku Cuma ada anak seorang, kami bawak bapak jalan2 ke KLCC, chow kit, bahkan Menara KL pun bapak dah merasa naik 2 kali.. Masa sihat bapak rajin berjalan dgn mak..dia dan mak selalu naik bas ke rompin dan suprisekan abang ngah dgn terpacul pagi2 buta kat umah abang ngah.. Kini kenangan itu tinggal kenangan…bila teringatkan bapak aku jadi sedih, aku menangis…bila baca yasin aku teringat bapak aku sedih, aku menangis..banyak betul memori. Masih tak puas bermanja dgn bapak, tapi Allah lebih sayangkan dia..aku REDHA...aku cuba nak baca yasin tiap2 malam sbb nak sedekah kat bapak tapi ada masa aku balik lambat dan dah penat aku tak berpeluang nak baca, sebelum tidor aku akan sedekahkah fatihah pada bapak..dan masa tu lah airmata aku kan mengalir...sedih. Aku tak tergambar lak perasaan mak sbb mak dah 45 tahun hidup dgn bapak, jaga bapak masa sakit, jaga bapak masa kat hospital, mandikan bapak, cuci berak kencing dia, suapkan bapak nasik..lagi lah dia sedih. Kalu aku ada 100x sedih mak mgkin 1000x lagi sedih dari dari aku..

Selamat pergi bapak…tenanglah kau di sana di Alam barzakh menemui tuhan..Alhamdullillah bapak telah tinggalkan kami anak2 yang soleh dan solehah, cucu2 yang soleh dan salihah yang akan sentiasa mendoakan bapak, mensedekah fatihah dan yasin untuk bapak..Tenanglah kau di sana….Nantikan kami di pintu Syurga…AMIN.

Aku tak dapat menahan airmata yg keluar semasa menulis ni, tapi aku gagahkan juga sbb ia akan jadi kenangan. Kenangan yang tak mungkin terpadam dalam ingatan kami sepanjang hayat…

Dan dah hampir 2 minggu bapak pergi…Rest in peace bapak…kami akan sentiasa mendoakan bapak, kami akan sentiasa bacakan yasin untuk bapak, sedekah ayattul quran untuk bapak. Kami akan datang ziarah kubur bapak bila kami balik kampung, kami akan ziarah kubur bapak beramai2 bila raya nanti..
Sedihnya bila ramadan nanti, bapak dah tak de.. bile raya lagi sedih. Tak lagi la aku belikan bapak baju melayu, takde lagi gelak2 cucu dgn bapak....
tenanglah kau di sana bapak...

Bapak,
payahnya menerima kenyataan
yg kau dah pergi
selamanya ke Alam
Barzakh...

27 Rejab kau dipanggil Illahi
mengadap Ya Rabbi
tatkala Isra' dan Mi'raj
menjadi saksi
dalam lena yang tenang sekali...

Sedihnya hati ni bapak
bila teringatkan kenangan2
dari zaman kecil hingga sekarang
sungguh tak puas kami bermanja
tak puas cucu2 mengulitmu mesra

Redhanya kami
bapak...adalah kerna hakikat
Yang Hidup Pastikan Mati
Tidak terlewat sedetik
Tidak terawal sedikit

Sesungguhnya Bapak
sakitmu itu penghapus dosa
oleh itu kau tenang
tika jasadmu dikapankan
Wajahmu bersih dan mulus
Senyummu terukir senang

Bapak......
Andai ada waktu
kita kan bertemu
Di alam Akhirat kita bertamu

Airmata kami bapak
sebagai bukti
yang kasih kami tak bertepi
walau dikau tiada lagi
Tunjuk ajar mu kepada kami
sentiasa kami kenangi sering kami ingati

Lena lah kau di sana bapak
menemui Allah yang satu
Fatihah kami bertamu
Yassin kami bersatu
setiap hari setiap waktu

Bapak..
Salam kasih kami
sejahtera hati
tenang dirimu di sana abadi.......
anna -22 Aug 2007

August 1, 2007

Berbintat di Hati, Berpinau di Mata

Aku kan sebenarnya nak tulis entry pasal weeknd ari tu, tapi sbb aku dah bengang sangat hari ni x jadi la pulak nak tulis en3 pasal weekend tu. Ingat nak citer betapa ramainya maknusia kat TTwangsa ahad tu, tapi lenkali lah..sbb aku nak meluahkan kebengangan aku nih.

Minggu ni lagi seminggu la aku nak menahan, getar, bintat, bengkak dan segala
macam bukuan dalam hati nih. Minggu depan boss balik so things will be normal as
usual. Awal1 minggu ni aku sebok sesangat. Sbb ada bnyak order nak kena submit
untuk Brunei region, pastu di tambah dgn songeh si JLO byk keje aku terbengkalai
cam tu jer. Minggu ni gak dah bape kali aku kena marah, sound direct, takde
ampun pnye. Being a human yang ada hati dan perasaan biar sekeras mata

hati pun sakit gak kan.

Aku mmg tak suka bile orang treat aku ni mcm budak bodoh plak. Kalau nak suh buat apa, ckp sekali jer cukup, tak yah ulang2. Aku paham. Pas tu kalau nak tegur pun tegur le cara hikmah. Jangan dok main boh, sembur depan2 orang tak kira masa. Dia ingat orang suka ke perangai dia cam tu.

Jantan2 malaya yg ada kat sini pun bengkek dgn JLO, sbb kalau nak arah orang mcam arah orang2 bodoh. aka budak2 sekolah. pot pet pot pet. Pas tu nak tegur org pnye keje, salah itulah ni lah..macam awak tu bagus sgt la kot..pleeeeease lah. Sales satu haprak bulum dpat bulan ni jgn ler nak eksyen sangat yek.

Ada benda yg dia suruh aku buat, contoh dia nak satu barang kat Sabah tu. Barang tu mmg aku tau boss dah reserved untuk cstomer kat sana, aku yg jaga inventory aku tau lah. aku dah kasik tau tapi tak nak dgr nak juga transfer menatang tu ke Temasik. Last2 bile bos anta email, pi marah aku sbb tak check kat temasik ada stock cam tu. nape tak check betul. Siap torture aku buat keje tak aware lah, nak alert lah. EEEEleh,kalau ko bagus sgt apsal masalah pribadi pun tak leh settle kat umah. Laki datang kat opis gaduh2, pekik2 semua orang dgr...tak malu..aku malas jer nak cakap.

Dalam dunia ni takde org yang sempurna, kalau rasa diri tu bagus, adalagi org yang lebih bagus dari kita, merendah diri tu org kata tak rugi.

Aku tak heran kalau semua customer beralih kat Adi. Mana tak nak minta tolong orang macam nak perintah orang buat keje..toloooong lah. lama2 sume mamat2 customer tu malas nak layan. Ko jangan ingat ko tayang t*t*k pi keje, pakai ketat2 orang nak beli barang yg kita jual, Kalau perangai tak semenggah mmg tak hingin orang berurusan dgn ko.

Aku ni meluahkan apa yang terbuku kat hati aku ni. Aku tak leh nak ngadu lebih2 kat 2 jantan malaya kat opis ni sbb dorang bukan jenis suka cakap gossip2 ngumpat2 nih..ada tak der aku layan sedih bengang dan bangang sendiri.

Aku buat keje ikut aku pnye style lah, aku pnye suka. Ko tak bole paksa orang buat keje cam mana ko buat, nak suh ikut bebulat, perasan yg awak tu buat keje bagus sgt lah...boleh blaaah.

Aku tak sabar nak tunggu bos balik, sbb hidup aku akan jadi bahagia ...dan lepas ni aku tak tau bila pulak aku update blog, sbb ari ni booster ni dah nak kena bawak balik...

Sabarla hati....tenang jgn sampai bosan..aku ni lain sket kalau aku bosan dan fed up kalu, aku blah jer...nyampah pulak.....
Entah bila lagi nak dapat update.....chiooowwww