August 22, 2007

Baru ku tahu rasa kehilangan


Sebelum aku kehilangan bapak, aku pernah gak rasa kehilangan Mbah (nenek). Tapi mgkin sbb aku tak rapat dgn Mbah, masa dia meninggal aku rasa biasa2 jer. Sbb nya mbah bukan anggap kitorang ni cucu favourite dia, mgkin sbb dia ada masalah dgn mak jadi kami pun terbabit sama. Hubungan kami pun tak rapat., masa mbah datang umah pun kejap2 jer. Tapi kehilangan bapak baru-baru ni betul2 memberi kesan dan aku dapat rasa sebenar2 kehilangan orang yang kita sayang. Kalaulah aku sedih cam ni agaknya mak cam ne le pulak. Mak dah bersama bapak 45 thn, mak jaga bapak masa sakit, masa kat hospital tentulah aku rasa mak 1000x sedih lagi dari aku.

Mmg kalau nak ikut2 kan aku terkilan gak tak dapat tatap wajah bapak buat kali terakhir, tapi nak buat camner, dah tak der rezeki aku.
Hubungan aku dgn bapak tak bape rapat masa aku kecik2 dan remaja dulu. Sbb aku takut dgn bapak. Bapak garang hatta nak mintak duit beli apa2 pun aku akan suh mak jadi postman. Bapak pulak mmg tak cakap banyak. Kalau dia berdehem pun aku dah kecut perut. Tapi aku bangga sbb bapak tak pernah marah kalau dia sain report kad aku..bapak akan dgn bangga sain report kad aku dgn tandatangan nya yang panjang tu. Mmg dia tak pernah cakap apa, apalagi bagi hadiah kalau aku dapat no bagus. Mmg dari sekolah rendah lagi mmg aku sentiasa dapat no 1-3. Kalau nak kira hadiah mmg banyak piala2 kecik aku kat umah. Bapak masih simpan elok2 dalam almari kaca bercermin tu. Walau dia tak pernah kata apa2 tapi aku tau dia bangga tiap kali aku bawak balik piala seblum cuti sekolah ujung tahun. Paling banyak piala aku ialah matapelajaran terbaik - Bahasa Inggeris. Mmg dari darjah satu lagi aku conquer hadiah tu sampai lah aku darjah 6.

Masa aku darjah 2 lagi aku dah dilantik jadi ketua kelas, masa tu pi sekolah pakai penafore, aku pulak kena pakai tie ketua kelas kale merah tu..bapak pnye stylo dia tak suka aku pakai tie yg main letak tu, so pagi2 dia akan ikatkan tie aku. Bapak mmg terror ikat tie tu mgkin sbb dia pernah keje kat opis dulu kena pakai tie jadi dia pun terror ikat tie..aku??...sampai skg aku tatau nak ikat tie, nasib baik dpat suami keje x yah pakai tie tak yah pakai smart2, pakai uniform maintenance sentiasa takle susah aku nak gosok baju pepagi..tak kosser..tak yah sibuk2 belikan dia tie mcm orang2 lain yang dapat laki keje opis. Kena gosok side tajam2, kena sibuk beri hadiah tie time besday…macam kawan aku si Nita tu…

Masa aku kat sekolah menengah lak, lagi best langsung bapak tak pernah complain. Pencaipaian sekolah aku standard, maintain jer tak pernah turun so dia macam konfiden..tak pernah dia suh aku baca buku ke, study ker sbb dia tau aku mmg buat semua tu tanpa disuruh, cumanya aku masa tu selalu ikut adik lelaki aku main layang2, carik ikan dia tak suka. Dia kata macam lelaki. Aku ingat bila aku naik tingkatan 2 aku dah tak campur adik lelaki aku dgn kwn2nya. Aku dok umah jer takde main layang2, takder menggagau carik ikan lagik. Masa aku tingkatan dua gak aku dilantik jadi pengawas so baju pun warna lain dari yang lain. Yang aku respect bapak kalau bab2 sekolah punya yuran ke semua settle, aku tau masa tu kitorang bukanler orang senang tapi bila mula bukak sekolah jer yuran semua settle. Untuk 5 orang sekali lak tu. Tapi bab2 beli pensil atau peralatan sekolah, bapak tak pernah bagi kami beli kat sekolah, suma beli kat luar sbb dia kata mahal. Kasut sekolah kami pun msti brand Marco kale hijau tu. Beg sekolah selalu kami pilih sendiri. Baju kurung bapak jahitkan untuk kami..pelik aku masa tu, sbb mak tak reti jahit tapi bapak pandai sgt, baju kurung, kain sekolah semua dia buat sendiri.

Masa aku tingkatan 4 aku rajin bersahabat pena, masa aku tingkatan 5 pulak aku ada antar tulisan aku kat radio, lepas tu berbakul2 surat sampai kat aku, orang nak berkenalan. Aku ingat satu jer bapak cakap masa tu…masa aku dpat surat banyak2 tu bapak kata " Nak sekolah betul2 jgn nak main surat2 cinta plak"..aku diam je masa bapak cakap cam tu..aku cakap yer lah..ni kawn jer..

Kerajinan aku mengutus surat tu menimbulkan aku hobi baru, mengumpul setem. Masa tu aku pun ada penpal kat filipina, africa dan beberapa negeri orang putih lain. Kat mesia tak usah citer, banyak sungguh kenalan2 aku…rupanya berbaloi gak sbb masa nak spm aku bertukar soklan periksa dan hasilnya aku dapat jadi best student SPM ….

Aku ingat lagi masa aku amik result SPM aku pi dgn mak. Masa tu mak pi pasar aku amik result. Bila aku jumpe mak kat pasar, dan bagitau mak apa aku dpat wah mak gembiranya, bangga…abis kawan2 dia kat pasar yg dia jumpe dia bagitau result aku tuh.
Bila balik lak aku bagi bapak tgk result aku, bapak diam jer Cuma satu je komen dia.."Apsal Bahasa Inggeris ko lagi bagus dari BM?"…ko nak jadi orang putih ke..aku diam jer masa bapak cakap cam tu..sbb nye BM aku dapat 4 (alah masa tu aku periksa BM 2 x sbb ada soklan bocor masa tu. SPM 1989. Aku dah dapat contoh soalan tu bulat2 sama dari MRSM KB, bdak kelantan penpal aku yg antar soklan percubaan dorang, mana tau soklan tu bocor, dan kena amik periksa lagi sekali. Bila jadi cam tu grade pnye range pun ttba naik daripada 80% bole dapat A1 jadi C3. Bahasa Inggeris aku mmg aku bangga masa tu..well nak dapat A2 bukan senang beb…tapi knowing bapak, tak suka tinggi diri, dia diam jer tak cakap apapun..Cuma lepas tu bapak buat kenduri doa selamat kat surau..sbb dalam adik beradik aku, mmg tulah SPM yg paling bagus..dan kat kg pun masa tu result akulah yang paling best…bangga betul aku kat bapak dan mak.

Tapi aku kecewa sket, sbb dgn result aku yg bagus tu aku bole apply buat TESL pas tu bole apply pi oversea, tapi mak tak kasi, mgkin ada bnyk sbb kot..salah satu sbb duit, lagi satu mak takut dgr citer macam2 pasal budak2 pi oversea ni..balik jadi sesat..so aku pun apply kat uni2 tempatan, tapi masa tu tak dapat lagi offer kat memana alah..mmg le result aku bagus tapi sbb maths kantoi jadi susah sket nak dapat mana2. Sementara tu aku apply ler course kat IPTS. Dapat ler tawaran nak buat certificate in management kat KL so aku pi la amik course tu..tak lama lepas tu aku dapat offer dari UITM (masa tu ITM) lagi untuk buat course Secretarial Science kat Kampus Kuantan, tapi melihatkan yuran dia tu mak dan bapak kata dorang tak mampu. Masa tu aku dah abis belajar kat Institut swasta tu dan dah dapat keje…so dgn sedihnya aku terpaksa lupakan hajat aku tu. Aku ingat mak ckp dgn aku , bapak kata dia takde duit…mak yg sampaikan kat aku..mgkin bapak tak sampai hati nak ckp sendiri dgn aku dia suh mak cakap..mak kata kat aku..takpe lah Na…esok anak2 ko, ko antar dorang belajar kat uni oversea…aku terharu gak dgr mak cakap tu, mmg ler keciwa....
Tapi berkat doa mak dan bapak, aku dah bole dikatakan berjaya, walaupun kelulusan tak setinggi mana, tapi rezeki tuhan kpd aku sekeluarga tak pernah putus. Rezeki anak2 sentiasa murah...berkat doa mak dan bpak.
Mengenang semua tu, hati aku ttba akan jadi sayu, teringatkan bapak. Betapa bapak selama ini bersusah payah untuk kami semua, sesusah kami dulu masa kecik2 bapak mampu jugak sewa keta setahun sekali bawak kami ke KL, pegi tasik perdana, tgk tugu negara. Itu yang aku sgt bangga dgn bapak. Dia rela buat apa sahaja asal kami bahagia.
Tu lah bapak.....semua tu tinggal kenangan, yg tak mungkin terpadam dari ingatan aku hingga ke akhir hayat. gambar bapak kat menara KL masih aku simpan dan aku letakkan dalam prem gambar biar aku sentiasa ingat bapak....
Ya Allah limpahkanlah rahmat mu pada bapak...tempatkanlah dia dalam golongan orang2 yang beriman dan bertaqwa. AMIN

No comments: