August 30, 2007

Hepi Merdeka, Hepi Holiday

eerrm, aku rasa orang lain pun cam aku gak ari ni..holiday mood..kalau baca kat blog Mak andeh yg dah dok remind pasal pose is coming dan baca blog JoKontan yg baru abis bercuti sekolah smua teringat balik. Alamak pose tak lama lagi...dan utang2 yg patut diselesaikan dah a bis..lega rasanya.
Aku dok teringat rasa mcm baru jer celebrate merdeka tawun lepas kat depan KLCC , bdak2 pun ikut melepak sakan sampai kul 2 pagi, ttba tawun ni dah merdeka lagi..skejap sungguh masa berlalu..aku tak ler nak dok kat KL time2 cuti gini kan, aku kena balik kg sbb kami nak buat kenduri tahlil arwah bapak untuk yg ke 25 hari..aku tak tau la tempat lain, tapi kat kg kami, 3 hari pertama selepas arwah meninggal akan ada kenduri tahlil, pas tu followed by 7 hari, 25 hari, 40 hari dan 100 hari. Lepas 100 hari tu, maka tiap2 tahun sekali akan buat kenduri yg kami panggil "behaul"..maksudnya genap setahun.
Budak2 kat umah menjerit2 merdeka sejak awal minggu ni, I guess sbb kat tv dok promote giler2 pasal tu. Terkejut badak gak aku bila balik keje amal bisik kat aku sambil jerit Meerdeka..uuiii sore dia bikin telinga ku pekak deh...
As nak buat kenduri aku volenteer kat mak nak sponsor barang2 kering untuk kenduri, since menu pun dah agreed aku beli barang2 tu kat NSK jer..murah dan banyak. Terkejut badak gak bibik bila aku balik bawak seguni kentang, seguni bawang merah (guni kecik tu)..
Kalau bebrapa hari lepas pepagi jem nak mampus sbb raptai merdeka, ari ni jalan clear, smooth jer..ada tak de aku dgr pesawat2 tgh testing kat langit nun. Rata2 hari ni muka berseri2 jer..maklumler nak cuti panjang kan...aku pun..buat keje cepat2, siapkan apa yg patut, dan plan nak balik awal sket (kalu boleh le).
Semalam ptg aku balik pukul 5.15ptg cuba tahan teksi nak ke raja Laut, haram teksi nak pegi. Aku ingat adalah dkat 10 teksi aku tahan kat depan angkasaraya nun, smua geleng kepala. Tapi kalau orang putih tahan, cepat ajer...dorang ni betul2 tak paham erti merdeka kan..masih mendewakan orang asing aka penjajah tu..kat berita mlam tadi kata dorang nak mogok during merdeka..hmmm lantak korang ler kan..
Walaucamnepun aku kena gak masuk KL jap mlam ni, nak kena antar bibik..kesian pulak orang tua tu nak suh balik sendirik naik bas memalam..tak pelah lepas tu bole balik kg terus, lewat sket pun tak pe untung2 sempat nak tgk bunga api. Tahun lepas pnye le excited tunggu kat dpan Getah asli tuh, tapi tak nampak pun..sipi2 jer nampak bunga api tu.
Selamat bercuti panjang, yg balik kg tu, hati-hati di jalanraya...semoga selamat tiba...Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50, merdekakan diri, merdekakan minda.......jangan asyik pikir untuk berseronok tapi pikirkan apa sumbangan kita pada nusa dan bangsa..amin

No comments: