August 29, 2007

Kesatuan Sekerja



Semalam aku dgn SP bersembang2 kosong pasal tuntutan NUBE untuk mendapatkan kenaikan gaji. Kalau ada yg tatau NUBE tu apa, NUBE tu adalah kesatuan pekerja2 bank, ala2 CEUPACs tu lah. Cuma bezanya NUBE hanya untuk pekerja2 bawahan atau lebih tepat lagi NON Exec group bagi bank2 semalaysia.


Untung betul mereka2 yang dilindungi persatuan sekerja ni, sbb dorang ni dibela nasib oleh persatuan tu. Mula2 masa SP keje kat bank tempatan ni dulu tahun 2004. Tu pun masa tu bangunan tempat dia keje tu dibeli sepenuhnya oleh bank tersebut. Kalau dulu dia under XX Properties, jadi bila XXP jual building tu, semua pekerja XXP macam hilang arah. Yer lah dah dkat 10 thn dorang keje alih2 kena take over pulak. Masa tu aku risau sbb SP dah kena carik keje lain. Dia ni pulak bukan macam aku , tak sabar kalau tak suka blah carik keje lain. Seingat aku company tu company ke3 SP keje dan dia dapat 10 years award service lah masa tu..yg untung aku, sbb bila dapat award tu staff bole beli jam berharga RM500. Aku pun mengendeng SP dan kami berjaya dapat sepasang jam berharga empat ratus lebih. First time dalam hidup aku bli jam memahe, standard aku nak beli jam below RM100 jer..so dapat jam harga 3 ratus lebih kira cukup baik lah tu…sepatutnya sepasang jam tu harganya RM600, tapi lepas tolak diskaun dapatlah dua ratus lebih satu. Barang elok, mahal dan berkualiti, buktinya dah dekat 5 thn aku pakai jam tu masih cantik dan elok lagi,..ada rosak pun masa jarum dia tertanggal.


Ok, termelencong lak, sambung citer, lepas confirm XXP handover building tu kat bank ABC on February 2004, SP dah sebok2 carik keje lain.. Aku nilah dok tlong dia buat resume, antar email..sbb utama SP mmg tak bape pandai computer. Masa tu aku ingat bnyk tempat SP apply termasuk kat KLCC convention centre.. Bidang maintenance dia hanya terhad kat bangunan2 jer so terpaksa cari bangunan2 yg baru nak bukak gitu.


Tapi yg aku respect SP dia sikit pun tak risau, kalau aku mau gelabah, yer lah nak ilang keje bukan ke sesuatu yg merisaukan ..mau aku dah mencanak carik keje..tapi SP dgn sifat2 tenang dan sabar dia tu , dia rilek jer..Masa tu pun XXP bayar pampas an kat pekerja2 dia, dan SP tak terkecuali, aku tak ingat exactly bape dia dapat tapi adaler berbelas ribu gak, and guess who dapt untung ..AKU…dapat ler sket duit gak..tapi tak semua 12 orang tu bank ambik seingat aku ada gak dalam 6-7 org yg bank tak nak amik, maka terpaksa la dorang berenti carik keje lain, ada yg berniaga sendiri ada yang keje kat company lain dan ada juga yang dah meninggal….


Mmg rezeki anak2 agaknya, hari XXP officially handover building tu, ari tu jugak SP di offer bekerja terus kat situ, same building tapi different boss and management. Sain kontrak dgn letter of offer pun the same date..Gaji?..mmg sama exactly tak kurang tak lebih macam XXP bayar kat dorang.

Aku pun tak bape tau dan amik port pasal keje dia, yg aku tau dia ada ckap dia join NUBE…tu 3 tahun dulu..


Skg NUBE sedang brjuang untuk mendapatkan kenaikan gaji sebanyak 30%. Maksudnya sejak 2004 tu lagi dorang takder naik gaji. Contractual bonus mmg ada 2 bulan setiap tahun tapi dorang masih nak memperjuangkan hak untuk dapt lebih sbb bank2 dah banyak buat duit, dalam risalah yg aku nampak kat meja SP…”Banks making a lots of money by sucking our blood…” cam ganas tu ayat dia..dorang pulak kalau majikan tak setuju, mogok, buat piket…


Kisahnya SP kata nak register dulu bayar RM21. pastu bulan2 dia akan potong gaji tujuh hengget jer, ada 2-3 ketul kawan sp tak nak join dulu..so dia pun tak amik port. Lagipun setakat Rm7 pejam mata jer lah…mana tau kemudian hari ada untungnya, dia pkir cam tu….TRUE Enough…



Bila skg dah sebok2 yg NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu pas tu kena backdate lagi selama 22 bulan semua tersenyum suma suka termasuk la aku (ehem2..harapan cerah nak dapat duit gak, padanlan tapak tgn kanan nih gatal2 semenjak dua menjak nih)…ha la kalau kira 30% increment = katalah gaji pokok RM1500 x 30% = RM450 x 22 bulan = RM9900.00. Tu lum termasuk OT yg dibayar pakai rate lama, pun kena calculate balik. Bila NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu, bank nak tarik balik pulak contractual bonus tu..jadinya bonus akan dapat ikut prestasi..tapi NUBE cuba fight kan LAGI untuk elaun COLA sebanyak RM450 sebulan, jadinya kalau COLA tu diterima, dorang tak kisah kalau bonus tak di contractual kan..janji COLA tu fix tiap 2 bulan masyuk dgn gaji..


Apa yg aku dgr, COLA tu belum approved lagi, tapi kawan2 SP dah tersenyum2 sbb ada yg bakal dapat berbelas2 ribu bergantung pada gaji pokok dorang..dan yg tak berdaftar tu menyumpah seranah sbb tak kan dapat hape pun…gigit jari, masa orang suh register NUBE tak mo join skg..sendiri yg rugi kan…


Gaji dorang pokok pun bukanlah besar sgt. Tapi sebb OT ada banyak dan elaun2 lain aku bole gak tarik nafas lega, sbb aku dah tak yah bayar bil2 sume, bayar bibik dan kadang aku sempat pau lagi duit dia..hmmm, tu lah gunanya susah senang bersama kan?...Well dkat 10 thn juga aku redha membantu SP untuk menyara keluarga sbb gaji dia masa kat XXP tu cukup2 jer tapi ALhamdulillah..berkat sabar dan ikhlas membantu tu yg penting…yg best jugak bank bayar gaji on the dot 25hb, kalau 25hb tu jatuh ari sabtu, ari jumaat 24hb dorang dah bayar gaji..on the time x pernah missed..OT dgn elaun plak dibayar tiap2 - 7hb walaupun tak banyak dalam 7-8 ratus jer tapi cukup melegakan kami nih..yer lah tgh2 bulan ada gak duit tambahan buat beli barang dapur, buat belanja anak2 makan luar kan,,rezeki….Berkat SP bersabar keje kat situ dgn gaji sederhana dan dia yg tak setamak aku nak gaji banyak…terinsaf kejap…pas tu aku Tanya la SP..yer lah tak adil lah pulak aku dok ngendeng dia tapi x tnya apa dia nak buat duit banyak2 tu…Jawapan dia “…buat downpayment, kita beli keta baru yg besar sket..mgkin Naza Ria”….Hu hu hu..aku pun senyum….bagus gak cadangan tu….

Apapun beruntung dorang yg dilindungi kesatuan sekerja ni, sbb majikan dorang takkan suka2 nak menganiaya..dan kalau ada kes2 buang kerja biasanya ahli2 nube yg akan menang, sbb dorang diconsider pekerja rendah kan. Mcm Ceupacs gak ler, tgk camne dorang berjaya dapat kenaikan yg begitu baik baru2 ni…


Bagi kita2 yg kat swasta nih, mmg takde kesatuan, tu sbb gaji kita dibayar mahal, Cuma kalau ada apa berlaku, kita mmg tak dilindungi apa pun..ada tak de majikan akan bayar compensation mgkin 2-3 bulan gaji..


Kadang2 gaji kecik lagi bagus , utang tak banyak, takde kad kredit, tak pening nak bayar macam SP…aku?..sampai la ni masih pening nak bayar utang kad kredit yg masih tinggal seribu situ, seribu sini,..balance yg tak abis2..camne nak abis, sebulan bayar seratus jer…
‘BAK KATA ORG TUA2..Beso Periuk Beso le Keraknya…..” hmm skg aku menunggu2 SP dapat arrears tu untuk shopping baju raya kami dgn anak2, INSYA ALLAH.

No comments: