August 28, 2007

Masya Allah apa nak jadi budak skg nih??

Aku nak bercerita sket, supaya bole dijadikan pengajaran pada aku dan pada sume2 yg baca blog aku nih..terutama yg ada anak perempuan tu..mintak di jauhkan..


Sebenarnya aku pi makan dgn kawan opis lama semlam dan terkeluarlah cerita yg aku kira sgt menyedihkan dan sgt memalukan kita sebagai orang Islam nih...


Aku mulakan dgn citer, masa aku keje kat Shah Alam dulu aku ada sorang office mate perempuan yang 10 thn lebih muda dari aku, semestinya masih bujang.
Sebelum pindah kat Shah Alam dia dan aku duk kat opis sama kat KL, tapi bila company buka plant operation dia ditransfer ke sana, dan aku menyusul beberapa bulan kemudian. Dia ni consider naif juga ataupun aku suka panggil dia minah blur..dia ni baru umur awal 20an, anak yatim tapi mmg dari keluarga yg agakk kucar kacir dari nun di utara.
Masa kena pindah tu dia sewa apartment berdekatan dgn plant tu dgn sewa empat ratus lebih sebulan. Pendek kan citer minah ni ada pakwe yg keje kat KL. Since dia tinggal sorang2 aku rasa takde le orang yg ke 3 kecuali setan..aku mula2 moskel gak kalau pagi2 dia dtg keje pakwe antar..takkan ler pakwe yg dok kat kl ke sana semata2 nak antar pi keje ye dak..so aku tak amik port sgt. Ada masa dia akan tumpang aku balik atau pagi dia kan kol aku nak tumpang pi keje. Takle jauh sgt tapi kalu jalan mau berpeluh gak ketiak. Dia ni agak bossy gak sbb nak tumpang orang seolah2 buat kita ni drebar tak bergaji dia lah...perintah suka2, tak reti tak sebut perkataan tolong..
Masa awal puasa tahun lepas, aku sensored something wrong dgn dia ni. selera dia lain macam. pastu asyik pi toilet, tapi tak pulak aku dgr dia muntah..mgkin cover line kot.dia hari2 pakai baju sejuk macam orang sakit jer..bahkan kwan2 dari KL opis yg datang kat situ pun ckp cam tu...
Ramai gak mamat2 kat plant tu perasan yg dia ni dah pegnen tapi dorang buat bodoh jer..alah yg ada 2-3 orang dah kwin mesti tau...aku suspect jer, tapi akhirnya betul..mmg sah dia ngandung 2 bulan. Masa tu awal puasa tahun lepas. Dia suh cleaner kak indon tu beli nenas dgn ragi nak buang kandungan tu. Aku masih lagi berpura2 cam tak tau, tapi aku ada gak sindir2 dia kawin la cepat2 tak yah buat grand2..nikah jer cukup..dia senyum jer masa aku ckp cam tu.

Aku pun physco akak cleaner tu sbb bersubahat belikan dia nenas dgn ragi tu..last2 akak tu buang benda2 tu dan ckp kat dia, tak beli pun..


Kemudiannya 2 minggu lagi nak raya dia amik cuti panjang..dan pengakuan dia dgn akak cleaner tu dia nak pi buat pengguguran..Masya Allah..Lepas dia balik dari cuti raya, dia nampak ok, tak muntah2 lagi dan bentuk bdan tu nampak dan berubah..aku beritahu jugak 2-3 orang officemate yg bukan islam, dorang geleng kepala...cite tu abis kat situ sbb aku dah tukar keje lain dan jrang lah aku nak contact dia lagi..lagipun aku tak rasa ada keperluan berhubung dgn orang yg salu ckp bohong (dia salu bohong aku macam2 walhal kadang2 aku dah tau cerita sebenar, contoh kalau dia kata dia dok umah sorang2 tak der orang datang pun walhal masa2 lain dia tersebut pak we dia ada temankan)...aku ingat dia betul2 dah taubat...tapi TAK LANGSUNG....


Semlam aku jumpa untuk lunch kwn aku yg bukan islam tu, dan dia cerita kat aku yang budak tu mengandung lagi..MASYAALLAH..sbb budak tu sendiri buat pengakuan kat boss dia ..aka x boss aku baca kat entry aku yg tittle dia BOSS tu..boss aku tu marah sgt2 sbb ni dah kali kedua dia buat, dia kata bodoh betul ko..nape tak pakai K****M..bla bla bla..kwn aku kata dkt 2 jam gak ler die kena basuh dek bos tu.


Aku tak tau dah nak cakap apa...sekali kita buat kesilapan patutnya bertaubat atau susah2 nikah jer tapi tak..dia ulang lagi dosa paling besar yg dia dah buat..lelaki tu???...masih lelaki yg sama membuntingkan dia dulu...tak serik2 tak takut dosa dan tak takut balasan Allah...


Nauuzubillah.....

No comments: