September 3, 2007

Posa dan Raya..

Semenjak dua menjak ni aku dok berpikir2 pasal raya..walaupun bulan pose pun belum datang tapi ntah nape aku kalau bole tak nak ada RAYA, pelik. Ntahler mgkin aku takut kot kalau time raya mesti kami sume rasa sedih, teringat bapak..apatah lagi mak.
Weeknd baru ni masa aku balik kg untuk kenduri tahlil arwah bapak yg ke 25hari, mak dok asyik sebut2 mende ni, jadik macam dah tertanam pulak kat minda aku...dan sbb baru kejap SP tepon tanya pasal cuti raya buat aku lagi bimbang.
Memandangkan tahun ni raya turn kat Johor, mak pun sedia maklum yg raya kedua baru aku dapat balik kg sendiri. Tapi bila SP dok mengira2 jumlah hari nak ambik cuti dan jumlah hari nak berada di selangor dan Johor aku jadi cam blurr...
Kita raya pada 13hb Oct. Jadinya hari Sabtu. Aku mestilah dapat cuti earlier dari tu, most probably ari Khamis dah half day, dan sambung terus sehingga seminggu 20hb Oct. Ntah camne bila SP utarakan yg jumlah cuti semua 10 hari, jadi 5 hari di Johor 5 hari di Selangor, ttba mulut aku ni gatal dan jahat cakap 'taknak lelama kat Johor, I tak bape suka kat sana'-niat aku cma satu. Sejak akhir2 ni aku mmg tak bape interested nak balik umah MIL with only 1 reason..Biras aku..MIL tinggal dgn adik bongsu SP. SP mcm tersinggung...terus dia cakap 'Tak yah balik Johor terus lah"....alamak aku dah terdiam..tersyasul lak..
Aku ni bukanlah jenis orang berkira, tapi aku ni kan manusia biasa gak, ada hati ada perasaan dan semestinya umah yg MIL duduk tu umah pusaka yg telah di'upgradekan' oleh adik ipar menjadi banglo..kira converted la tu. Umah tu pun memang besar ada 5 bilik, ruang tamu yg luas gila, ruang makan yang boleh occupied 10 keluarga.
Mgkin sbb biras dan anak2nya terasa semua perabot umah tu dibeli depa, langsir2 yg begitu canggih tu dibeli olehnya, jadi bila2 ada masa adik beradik SP datang ke rumah tu dia tunjuk kurang senang..bkan aku jer berperasaan cam tu ok..suma biras2 pun.
Bahkan ada ketika bang long balik kg, kak long citer kawan tu dok kat lam bilik tak kuar2 seolah2 tak suka orang datang..anak2 sedara komplen kat aku yg dorang tak rasa welcome pun..jadi semestinya aku pun begitu kan..
Adik ipar aku tu suami isteri bertugas sbagai guru kat sekolah kg tu. Adik ipar aku tu mmg takkan biarkan mak dia tinggal sendiri sbb itu dia buat rumah tu untuk mereka tinggal sesama. Ada satu ketika anak sedara yg tinggal kat kg sebelah mengadu yg MIL terasa hati sgt2 tinggal kat umah tu..sbb apa aku tak tau...tapi MIL tak pernah sekali2 pun cerita kat aku keburukan biras aku tu kat sesapa termasuk aku..ada takde dia cerita kat kakak2 SP, dan dorang yg citer balik kat aku.
Knwing yg jiwa orang tua kan sensitif, mgkn ada tutur kata biras kot yg kurang dia senangi. MIL mcm ada masalh dgn pendengaran..aku salu dgr biras aku kalau cakap kasarnya bahasa..maklumlah mgkin dia rasa jadi cikgu dia pandai segala...aku tak kata aku baik tapi aku tak pernah ckp kasar dgn MIL.. ada aku tak puas hati pun aku telan jer..
Tiap kali balik raya, atau balik cuti kat Johor pun aku tak pernah lenggang kangkung. Aku akan check fridge dan penuhkan apa patut untuk lauk pauk sepanjang aku kat sana..yer lah anak2 aku suka dan kuat makan, haruslah aku beli untuk persiapan tu. Dan bila aku ada kat sana pun MIL akan suka hati sbb aku akan siapkan sarapan-makan malam..sume aku msak..pegi pasar beli barang, siang ikan semua aku dan SP yg buat..tak pernah kami simply balik tgn kosong. Sbb tu aku make sure at least ada 3-4 ratus kat tangan kalau nak balik sana..apatah lagi raya...
Hatta kalau balik before raya pun dan kena berpuasa 2-3 hari seblum raya, time sahur pun aku bangun masak atau MIL akan kejut aku surh masak. Bila aku citer kat kawan2 dorang suma tak caya..tpi tulah hakikatnya..MIL tak pernah segan nak suh aku masak..kadang2 aku terasa gak bila ramai2 tu, aku gak kena kerah tapi aku buang perasaan tu jejauh...mgkin dia dah anggap aku cam anak dia tu sbb dia berani nak treat that way..apapun aku tak pernah mengeluh. Kadang2 SP kesian dia akan tlg aku siang sayur atau ikan..
Dan aku akan masak makanan kegemaran anak2 buah ...tu lah sebabnya kalau kami balik kg, anak2 sedara Sp akan meriah datang ke rumah atok dorang..sbb nak makan sambal bodoh...
Sbb perangai biras yg tak bape aku berkenan tu membantutkan aku pnye keinginan tiap kali nak balik kg..percaya atau tak aku balik sana bole katakan time2 raya jer..ataupun kalau nak balik pun balik semlam dua...aku tak tahan lelama...anak aku salu gaduh dgn anak biras...dorang selalu berebut mainan, basikal atau apa je yg ada dalam umah tu...
Sampai ada ketika anak biras bole kata "tak suka amal, nanti nak bunuh dia, sbb amik beskal kita"...bagusnya maknya diam jer...aku terkejut bdak lah dgr tu apalagi aku pun balas la balik....aku jeling dia pastu aku cakap, berdosa tau cakap cam tu...dia terus waaaaaaaa.....geram betul aku..bahasa kasar sungguh tak padan mak seorang ustazah gitu...kok ye pun ajar lah sket2 berbahasa..
ada sekali masa buat kenduri yasin, ramai orang dtang..ramai bdak2 tgk tv, so anak biras ni pi halau semua budak2 tuh, suh balik jgn tgk TV dia..haii,
Tu lah sbb utama nape aku malas nak berlama2 kat sana bukan sbb MIL, tapi aku tatau camne nak explain kat SP. Sbb aku takut dia tersinggung pulak...byk lagi benda2 yg biras buat sampai aku betul2 malas nak balik ke situ, tapi aku malas nak recalled balik....
Masalah baju raya budak2 dah selesai..masa aku balik kg ari tu, aku dapat borong seluar jeans bdak2 murah giler RM10 sehelai..cap ayam jer tapi lantak ler...baju melayu pun dah settle..tinggal baju aku, baju melayu sp dan baju kurung 2 bdak tuh...alah beli siap jer ...
Kalau bole malas pulak nak pikir pasal raya, mana nak beli kuih lagi, nak reserved untuk perbelanjaan perjalanan lagi, mercun2 gitu , gini....aduh..penat lah nak pikir....

No comments: