December 17, 2008

Tahun 2008 hampir habis dah...

Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung 2008 tak beberapa lama lagi. Banyak dah yg berlaku di sepanjang 2008 ni. Ada suka, duka, gembira, sedih semua ada. Yang paling aku bersyukur ialah di tahun 2008 ni lah aku berjaya melangsaikan segala utang piutang kad kredit yg telah sekian lama sejak aku berhenti keja tahun 2006. Dua tahun bukan masa yg singkat. Tapi dari kesungguhan aku membayar berdikit2 akhirnya habis 3 kad kredit ku bayar yg utangnya berjumlah berbelas ribu. Alhamdulillah. Dan sejak itulah aku rasa hidup aku aman bahagia, takperlu nak pikir nak bayar kad2 yg dah tak bole guna tu. Cuma yg ada skg 2 kad sajer..tu pun jrang digunakan..iaitu digunakan disaat2 kecemasan dan perlu sahaja..selebihnya bayar walaupun takat dua tiga ratus sebulan. Percayalah hikmah dari aku berhenti keje, keje gaji kecik menjadikan aku org yg pandai mengawal hal ehwal kewangan. Aku dah tak boros lagi berbelanja dan beli pada keperluan sahaja. Lagipun di tempat keje baru aku ni, disamping dapat gaji yg lebih aku tak perlu entertain client, tak perlu outstation jadi kad aku langsung tidak digunakan ke arah itu..ada tak de entertain diri sendiri...kenkadang.
Dan dalam tahun 2008 ni lah kami dah tak de bibik. Suma kena buat sendiri, dari pada keje rumah sampailah kesegala2 pasal2 anak2. Masa mula2 bibik takde aku cam kelam kabut gak, tapi akhirnya perlahan2 dah back to control. SP banyak tolong selesaikan keje2 umah, basuh kain, sidai kain basuh bilik air, mengemas sapu sampah....pendek kata kami sekeluarga jadi semakin rapat sbb berkongsi kerja..believed me, aku rasa umah kami terasa aman dan lebih kemas sejak bibik tak de. Belanja dapur dan belanja rumah dah jimat. Kalau dulu gas sebulan sekali kena tukar la ni dah 4 bulan pun gas aku tak abis2. Perbelanjaan barang dapur pulak, dari RM300 sebulan dah jadi RM250 for 3 bulan!!.
Rezeki kami pun makin murah Alhamdullillah. Kami takyah risau pasal bayar loan rumah, sbb EPF dah take over, kami dapat berjalan makan angin sbb ada duit lebih. Tahun ni jugalah kami dapat bercuti ke Cherating, ke Cameron, Ke PD ke melaka dan ke bebrapa tempat lain yg aku sendiri dah lupa...SYukur...

Anak2 pulak dah makin pandai berdikari, kalau dulu masa bibik ada suma bibik bibik..skg tak lagi. 2 org yg kecik tu dah pandai nak kemas mainan sendiri, dah pandai nak letak baju kotor kat mana dan dah pandai tolong angkat kain dari ampaian..satu pencapaian tu..
Dan semestinya, keja aku makin mencabar lagi la ni. Sejak bos aku si Umar tu blah in Feb, mamat wahid dari Algeria yg take over. Dah mamat ni dulu keje dok layan client main golof jer mmg tak reti keje apa pun...jadi aku lah yg kena buat suma macam keje dia. Dari pada sekecik2 filing hinggalah sebesar2 melibatkan P&L dan revenue. Wlaupun kadang2 aku tension tapi aku buat gak. Dan Alhamdulillah tahun ini gaji aku dinaikkan lagi dan by Jan dapat lah skit bonus...
Kesihatan mak pulak lately tak bape bagus, selalu sakit2. Tak taulah mgkin faktor umur ke ataupun mmg Allah sengaja bagi dia sakit supaya dia dok kat umah. Yelah dia tu kalau sihat merata kg dia berjlan. Merata dia lepak. Aku paham sejak bapak takde, dia bosan dirumah tapi aku mmg tak berapa gemar dia bercampur tetangga yg salu kejenya mengumpat. So bila dia tak sihat, dia byk dok dirumah biar dia berehat melayan astor prima atau astro ria..
Tahun ni gak aku antar kakak pi intensif tuition for UPSR kat kg sepanjang cuti sekolah ni. Dapat gak mak teman. Sungguhpun aku bayar mahal, aku harap masa cuti dia tak terbuang jer..lagipun tahun dpn dia nak UPSR, baguslah kalau dia dapat menambah ilmu sket time2 cuti nih..untuk persediaan tahun dpan.
Aku tak nak la menyentuh isu global, pasal tanah runtuh bagai...tu suma aku nak jadikan panduan jer. Cuma yg aku suka harga minyak makin turun....jgn lepas ni naik mencanak sudah....
Hakikatnya, aku mmg tak sabar nak menempuh tahun baru, azam baru dan semestinya nak menghadapi 2009. Kakak ke UPSR dan deelyn ke darjah satu..satu cabaran tu sbb masa kakak dulu 2 minggu aku dok bertunggu tangga kat sekolah..harap2 kali ni takde...
Selamat Tahun baru pada suma....selamat bercuti panjang..ada umur jumpa lagi...

October 24, 2008

It was a Good Breakfast Indeed

Today, i wake up at 5am purposely to fill one of best friend's request. To have cokodok bwang cicah sambal ikan bilis. She had it when came to my house 2 years ago..so few days ago bila dia kata she missed that a lot, i thought of memenuhi impian dia..manala tau kan dia teringin ...pregnant ke.
Jadik sesubuh buta dah menggoreng cokodok yg dah dibancuh pada malamnya. Sambil tu memblender cili kering untuk dibuat sambal ikan bilis. Sekilo tepung aku kerjakan. dapatler 2 tupperware besar cokdok dan setupperware sambal ikan bilis..
Sp pulak dgn baik hati sudi menghantar aku ke Bangsar seblum pi keje. Then from there aku bole naik train ke KLCC pi keje. Of course lah kena melapurkan ke pejabat untuk bagitau datang lwat sikit. Dgn alasan nak settle somthing kat Bangsar. Sampai je aku terus kol kwn ku ini. Ala kat opis lama ku kat Bangsar tu...which aku try to avoid jumpe muka2 yg aku tak ingin nak tgk, aku tunggu jer si Reen kat port lama ..port selalu dorang dok lepaks for breakfast sejak dulu hingga kini.....
Sampai je ke situ, jas dah ada lepaks dgn roy...aku dtang dgn reen. Dorang suma cam terkejut apsal aku bole sampai ke bangsar di pagi2 buta...well, bila reen kuarkan tupperware tu sume cam teruja...sampai x jadi jas nak makan roti canai..sahih la dorang dah missed sgt sambal ikan bilis tu. Kejap tu pula si Rez satu lagi x click aku yg tampan tu sampai..apalagi semakin meriah aku rasa. Gembira betul dorang dapat makan tu terutama si Reen dgn Rez. Kisahnya masa ada family day ke Pangkor 2 thn lepas dorang singgah kat umah aku ..dan masa tu aku sempat siapkan dua hidangan tu jer. Dorang pulak mmg time tu tgh lapar, siap bawk petai yg dorang beli dari tepi jalan masa on the way balik tu. Aku balik awal dari pangkor time tu. Since dorang masa tu comittee i guess dorang bertolak dari sana lepas kul 6 ptg. Masa tu ada click2 lain, jay, nur ....so meriahlah makan petai mentah cicah sambal bilis..bersama nasik panas. Si Jay walau tak makan petai berusha kopekkan untuk dorang..ha ha aha ...what a memories.
Tu sbb masa makan kat mamak tu, dorang dok flash back suma tu mcm nak ketawa pun ada..manataknya lepas balik dari umah aku tu suma depa tu kena cirit birit..ye lah perut kosong dan lapar, nampak sambal tak ingat dunia..tambah lagi makan petai yg begas tu mmg berdondang sayang ler perut dorang tu...
Dlm sembang2 tu, roy kata dia nak blah gak..hmmmm dia dapat offer kat B*$7$..company yg Sid off click aku yg kat sini pi tuh...satu gelas teh tarik abis..sambil makan cokodok cicah bilis tak ingat dan perasan yg waktu dah berlalu dgn cepat..dan dorang kena gerak kat off....
Aku pun cau pi LRT amik train pi opis...what a day..such a good breakfast..such a good friends i have...

October 14, 2008

Bosan

Aku intend nak sambung citer pasal raya tapi entahlah lately i am totally out of mood to continue. Firstly because of limited time to write secondly, I am so overloaded with my work. Mana nak pikir nak settle for sales closing, mana nak pikir update stocks. Tu pun belum campur dgn current submission for invoicing. Bisa pecah batu jemala ku ini. Itu pun blum lagi tambah dgn segala tugas2 harian dalam rumah yg memerlukan tumpuan jugak. Pendek kata full blast, full utilisied mentally and pyhsically.
Ever since Id gone, segala keja jadi byk gitu. Blum campur si JLo pnye karenah yg kadang2 rasa nak slapped on her face jer (kalau ikut hati ler. nasib baik ada sabar lagi). Mcm dia sorang yg sebok mcm dia sorang yg contribute to the company revenue..pendek kata macam dia sorang je yg buat kerja. Nyampah.
Tu belum campur lagi kes2 dia dok buruk2kan org lainkat boss. Boss pun seems bkan main lagi puji melangit. Aku malas nak ckp apa. For me let the time reveal the truth. Org lain pun buat keje jugak tapi not to the extend nak kasik tau sume..helloooo, tumit kasut tercabut pun nak kasik tau bos ke???
Itu hanyalah omelan aku untuk hari ni sebagai melepas perasaan yg terbelenggu aku ni. Nak mengadu takut tersalah tempat sampaikan pulak kat dia lagi haru.
Biarlah masa menentukan. Satu hari nanti org akan sedar betapa buruknya perangai JLO tuh, blum lagi citer bab client yg x mo deal dgn dia..sampai dok cari mamat yg dah lama berambus dari company ni dari berdeal dgn JLO. For all the bule...aku pun tak paham kenapa korang bole percaya dia 105% terima suma benda dan citer dia bulat2...ntahler..
Bagi aku senang jer....selagi fizikal aku ngak dicederain...aku biarkan jer..What comes around goes around..TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUU

October 8, 2008

Aktiviti Sebelum raya, semasa raya

Hari Jumaat - Seblm Raya 24 Sept
Aku dah mmg tak masak sejak khamis lagi. Sbbnya dah nak balik kg segala mala stok kat fridge tak dak, kedua aku malas nak ngemas lepas masak...dan yg paling penting aku tak mo ada sisa2 makanan tinggal bila nak balik cuti pjg raya tu.

Jadiknye ari jumaat tu aku bebuka kat luar, kat mana lagi kalu bkan favourite spot anak2...kat Azura Restoran kg Melayu..mmg superb makanan dia dah harga lak ok ok je. Balik keje ari jumaat aku dgn SP singgah order makanan..lepas balik umah tunggu kakak bersiap dan mandi..by 7 kami dah ada kat situ. lepas makan kitorang pi Giant..aku nak kena carik jugak MP3 untuk anak buah yg dapat 6 A dalam PMR ari tu...finally dapat melayang RM150...
Since esok nak balik kg, lepas balik umah jer aku beroperasi. pertamanya aku kerjakan dapur..kemas gitu gini, diikuti ruang tamu, dan last sekali sambil ngemas baju2 nak bawk balik kg, aku lipat kain..settle. SP lak sibuk basuk kain sidai kain..aku rasa by 12.30 mlm baru kami tidur..kat luar jer sbb esok pukul 4 nak balik kg ku...sambil sahur kat R&R Sg buloh.
First time subuh jalan sambil sahur kat luar. Singgah solat kat mesjid Ijok sambil gosok gigi...trus balik kg.
Hari Sabtu -25 Hb Sept
Aku sampai kat umah mak awal pagi. Since dah janji dgn kakak nak pi buat facial sblum raya, kul 9.30 dah tercongok kat salon. Sambil shopping beli barang2 kat pasar, sempat gak aku pi tukar baju kat zarith butik.tukar size sbb terlalu besar. Nasib ok, kalau tak haruss....nasible depa tak tau baju coklat tu aku dah pakai dua kali..isshhh jahat tul, abis besar sgt mcm gedobos jer dah ler mahal RM180 sepasang..nasib ler kan, dah kat situ terbang duit aku RM150 carik tudung mematching kan baju. pandai betul adik tu (lelaki tu) buat matchingg...
Balik umah dah masuk zohor, nasible ada laki yg bole dihrap jaga anak2 ..kalau tak mana mak ni nak melenjan...tido jap by 4 dah stat masak..since belum cukup korum adik beradik lagi, tak syok sgt lah.
Hari Ahad 26 OCt
Hari ni aktiviti diteruskan lagi...ke pekan beri barang2 yg patut. aku rasa kalau aku bwk sepuluh ribu pun blik sg besar ni tak cukup, byk sgt benda yg menggoda nak di beli. kali ni aku angkut suma termasuk mak. tgh syok2 dan sibuk membeli belah ada lah species yg menelipon semata nak citer perihal bodo...malas aku nak layan. last2 bila sume settle dah masuk kul 2..balik umah tido dan mula aktiviti masak lagi. ada gak aku ke bzar ramadan saje jer beli kueh apa yg patut.
By pukul bape aku tak ingat, abg ngah SMS kata dorang nak jalan dah dari Muadzam. anak buah tak sabar nak balik. tapi dek kerana mak dorang sibuk memenuhi tempahan buat kueh terpaksa ler balik lwat sket...
bebuka pun dah agak meriah sbb ada 6-7 jenis air....haiiyyoo berjenis2 kueh belum lagi lauk pauk yg bermcam sampai tak tau satu mna nak makan..honestly aku dah lupa lauk apa..could be sup, ayam masak merah, pajerri nenas kot..aku dah lost memory.
Since balik kg ni aktiviti amalan aku terbantut..nak terawikh pun susah sbb bising dgn pekikan bbudak termasuk anak2 aku yg dah setahun tak jumpe cousin2 dorang..
Hari ni gak aku dgn akak pi pekan, aku tergerak nak beli sinki baru untuk mak..sinki tu dah bocor..so aku kol Sp suh datang naik keta since aku dgn akak bermotorsikal jer..beli sinki gitu gine dah melayang lagi seratus lebih...takpelah berbakti utk org tua kan..SP balik dulu dan pasang sinki tu...dan baju yg aku tukar smlm pun tersalah saiz XL..so aku suh SP bawak jumpe kat town dan tukar kat Butik zarith buat kali ke 3..teruk betul kali ni.
Subuh Isnin -27 hb
Pukul 4 pagi kot, abang ngah dan family dia sampai..bestnya meriah sungguh sahur kami pagi tu...abg long??ntah aku tak nampak pun kelibat dia dari hri aku balik...Inna Lillah kot...mmg agak kejam bunyinya tapi ntah ler aku semakin berbulu dgn dia..sepanjang bulan ramadan ni takde pun dia antar sebijik kueh kat mak kat umah tu..lantak ler dia..bini pun serupa tak padan dgn gelaran ustazah. Lepas sahur aku sambung aktiviti tidor dan bangun kul 8.30pg..berkira2 pulak nak kepekan dgn wife abg ngah..nak shopping. nasib la ada laki yg sabar nak melayan. Aku akak dan wife abg ngah merendek pekan sampai tghari buta...melayang duit aku 3-4 ratus..tershopping carpet etc..hmmmm...punye lah sakan merendek, nasib baik amal tinggal kat umah mak. sampai letih bangat aku dan akak...tu pun wife abg ngah -kak anne dok ajak merendak lagi...taklarat..dgn panasnya..
By the time sampai umah mak dah separuh hari..haiyoo petang aktiviti masak diteruskan lagi. abg ngah ada bawak byk udang galah, so menu ari tu selain sambal ikan billis yg anak2 buah missed ada sup tulang, sambal udang...kali ni hampir sume korum ada...kcuali si sulong yg hampeh tu..yg bongsu lak balik umah mertua..so not in the list..bestnya makan..tak hinggat dunia...lepas maghrib tunggu pengumuman raya....raya rabu, so esok ada masa nak menyiput dan buat ketupat......petang tu aku dan akak2 pi kubur bapak....sedih betul teringat bapak........
Hari Selasa 28 hb
Hari ni aktiviti diteruskan lagi, ke pasar mencari barang2 last minit..since esok dah raya, shopping kat pasar pun dkat beratus abis, dapat beli daun ketupat, palas ikan, daging dll....by tghari gak sampai umah...rebus ketupat, menyiput...bebuka pun dah buat kali terakhirnya...mmg happening giler.....
dan malam yg dinanti bebdak..main mercun. best sungguh. tak sesia aku melabur dkat 200 rm beli mercun2 ganas..begitu seronok dorang main..sampai semua isi umah kuar melangak nengok..abg long?//hmmm stilll tak nampak kelibat pun...
Hari Rabu 29hb
hari raya pertama ada baraan ke rumah..umah mak dapat turn no2..so kami dah siap2kan soto. nasib aku ada boleh tolong akak...2 thn skali je aku dpt tolong dia dek kerana giliran..next year aku beraya kat johor dia sorang2 lah siapkan..kak anne?? hmm mcm biasa lebih lepak dari menolong..akak no 2??...sibuk dgn laki dia, sibuk dgn anak kecik dia..berbulu jer aku nengok laki dia dok instruct amik itu ini..terlambak kat situ takleh gerak, gamaknya makan pun nak kena supa berakpun nak kena basuh. mentanglah akak aku tu tak keje...cinabeng betul dikulibatak nya akak ku tuh..aktiviti membagi duit raya pun bermula..masing2 kuarkan duit raya...
ada ketupat, soto dan aku masak nasik lemak..lepas solat raya smua orang datang makan jer termasukla kawan ku pembekal biskut kak sal tu....dia dtg 3 kereta sekali...bawak biskut yg ku order2 tu.........
Ptgnya pi beraya umah adek2 arwah bapak, on the way balik singgah KFC beli tapau untuk anak2 buah yg merayu2 nak makan KFC dan aku amik kek besday Kakak yg ke 11 thun..malam tu dorang happynye mkan termasuk mak bapak dorang sekali..beratus gak duit aku melayang...tak pe setahun sekali...
Penat dah aku nih....nanti sambung kat episod II lak.....

September 26, 2008

Pikirlah Sendiri

Aku selalu jadikan pepatah "what comes around goes around" atau dalam erti bahasa melayu, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. And only times will tell.

Ayat ni lah yang aku sematkan dalam hati aku selama nih. dan ayat ni lah yg menjadi penyejuk hati kalau aku tgh bengang.

Hari ni ari Jumaat last keje sebelum raya, aku mmg byk keje tahap gaban tapi itu tak mematahkan semangat aku nak bercuti raya selama seminggu. Pulaknya minggu ni minggu closing sales lah, stok lah P& L lah, pendek kata sejak ari isnin aku sgt2 sibuk.

Ada species kat opis aku nih mmg jenis suka merepot dan mengkomplen pasal staff lain. Pendek kata semua org serba tak kena, suma org salah dia aje lah yg betul. mentang2 lah dia baik dgn sume mat2 sal tu, jadik sume benda yg dia rasa tak kena dia akan report. Aku ada peristiwa yg tak disangka dgn dia nih. Kisahnya masa aku baru2 keje kat co. ni dulu aku ambil alih keje dia dok jaga inventory. So konon dia cam pandai sgt buat keje , everytime nak check keje aku dan report to the boss yg of course mat sal gak. Masa tu boss lama aku yg baik hati tu mmg kamceng giler dgn dia. Sbb smua dia report kat mmat tuh. Pendek kata kalau aku pakai spender kale apa pun dia nak kasik tau..betul sbb ada sekali kat lam meeting depan sume org dia bole ngadu kat boss butang baju dia tercabut..jgn tak caya.

Satu waktu makan tenghari, aku baru je balik dari makan, tgh lepak2 tunggu waktu break abis. Aku ada nampak email dari branch masuk bagi report inventory tapi idakle aku hingin nak tgk lagi.

Out of blue ttiba dia dtang kat aku, bla bla bla ...dia ni species kalau cakap nak jerit2 nak tengking2..mcm asoh kat lam bas bsembang tu...aku terkejut tapi aku diam jer .....jadi nak mereleasekan kebengangan aku tuh aku MSN si adi nak meluah kan perasaan...lebih kurang ginilah ayat dia...

"apekehal minah ni..aku tau la benda tu nak kena update, tapi tunggulah jap. Aku pun lom tgk lagi report tu,..pastu nak jerit2 kat orang. Macam anjing hilang laki"...kejam je bunyi dia kan...and aku hit send button. bbrapa saat lepas tu aku cam x sedap hati (instict aku mmg salu superb pnye) so aku tgk balik MSN apsal adi x reply2...rupa2nya benda tu tersalah pi kat dia...aku bodoh pi ter click nama dia ..aiyooo..cepat2 aku sign out...ingatkan benda tu abis kat situ jer..tapi aku ternyata silap.

aku buat2 bodoh lah 2-3 hari mcm, 2-3 bulan gak minah tu tak tegur aku, tak ckp dgn aku tapi aku buat bodo jer..buat tak tau jer dgn harapan kononnya aku tak tau tersalah antar....hih ii..padankan muka dia kan...

Sampai lah dkat 6 bulan kot dia buat tak layan jer aku, ttba satu hari dia datang kat aku ckp baik2..mintak tolong aku bla bla bla....aku ni malas nak bersangka buruk so aku layan baik gak ler...rupanya................

dia sudah kena sound dek boss dan hr manager pasal perangai dia yg suka suruh dan arah2 org tuh ckp kat phone jerit2..pekik2..tuh sbbnya dia dok print MSN aku yg tersalah tu pi tunjuk kat bos aku yg matsal tu..nasib baik dia tak paham. Kisahnya bos aku pi kat HR mgr amoi tu minta explain apa dah jdi, amoi tu pun sedia maklum sbb aku selalu gak bercerita kat dia camne perangai minah tu..(padanlah suma org x suka dng dia termasuklah client), so HR mgr ni sudah physco mat sall tu and they had a long chat..masa tu lah apa benda yg aku tak puas hati pasal dia terbongkar by the HR mger..dan dorang nasihatkan dia..ha ha aha....HR mgr sendiri yg bukak citer ni kat aku sbb dia pelik napa aku tak nak bertindak balas jumpe boss untuk membela diri atas apa yg dia komplen kan...

Dan aku rasa perumpaan aku d atas tadi menjadi bukti..skg minah tergedik2 terhegeh minta tolong aku. Kadang ajak aku bercerita dan sembang pjg...aku??? cam biasa..laaayaaaan....

Dan hari ni, minah tu start balik perangai lama dia..komplen pasal aku kat boss baru..nasib boss baru tak pernah ckp apa2 dgn aku..sbb mgkin dia sedar bahawa aku ni tgn kanan dan kiri dia untuk buat suma keje dia yg dia x reti tu.............................so segala macam komplen tentang aku by minah tu, dia refer kat HR mgr...dan hr mgr akan explain apa apa......yg penting aku buat keje aku tu jer.....

untuk ko minah..:LU PIKIR LAH SENDIRI..

September 22, 2008

Just Another Day in Heaven............

Hari ni dah hari ke 24 puasa. Mood raya mmg dah mari dah. Rasa kemalasan nak keja mmg tahap maksima. Tapi keje banyak beb, nak tak nak kena la buat. Boss ko itu dah siap2 ingatkan aku pasal nak cuti lama minggu depan.."make sure u settle ur urgent job..specially the revenue and stocks bla bla "..aku iyakan jer.
Hari ni pulak hari pertama lepas one of best friend blah from this company. Sid dapat tawaran yg sungguh2 dia tak bole nak lepaskan begitu saja. Di tambah kebohsanan dia dgn JLO mendorong untuk dia tak teragak2 antar surat resign. Since cuti dia ada 17 hari lagi so gedebak gedebuk jumaat lepas dia dah last day.
Aku ni dah terasa bosan sid takde. Dulu aku dan dia kami sama2 adu mengadu kalau ada benda tak puas hati ke, meluahkan perasaan ke. No doubt dia muda lagi dari aku. Aku anggap dia betul2 matured mengalahkan org yg nak masuk 4o thn yg tak insaf2 lagi tu.
Mula2 aku masuk dulu pun aku dah sense dia ni baik dan ok orgnye. Loyar buruk mmg terlebih tapi lama2 aku kat sini dia dah tak bole nak kenakan aku lagi..aku lebih bijak membaca apa benda yg dia nak kenakan kat aku...dan otak dia memang otak EB (entrepenur brain) segala menda dia nak buat bisnes..he has such a brght idea nak buat bisness apa. Dan pada aku mmg logik segala benda yg dia nak niagakan tu cuma aku ni malas nak menyesakkan kepala. Keje kat opis ni dah cukup banyak untuk aku pikir untuk buat duit..



Dan lagi satu aku kagum dgn dia, betapa pikiran dia tu sungguh matured. Salu aku dan dia berkongsi cerita, mengumpat tetapi secara silent. Sbb kat opis ni suma tak bole salah ckap atau salah dgr, mmg carik nahas. So method kitorang hanyalah thru MSN. Bila dia tak da ni aku taktau nak bercerita kat sapa kalau aku geram atau tak puashati terhadap mangkuk2 tingkat yg ada kat opis nih.
Dia percaya kat aku, sehingga mula2 dia dapat offer keje baru pun aku jer yg tau, berapa byk bonus dan gaji dia pun dia bagi tau kat aku. Masa dia buat calculation bape byk dia bole buat duit kalau dia accept offer keje baru tu pun dia tunjuk kat aku. Dan aku sgt setuju kalau dia tak pergi mmg rugi. Dalam msa 2 tahun jer dia bole buat beratus2 ribu hanya dgn pegi onshore beberapa hari je dlam sebulan. Aku doakan dia sentiasa berjaya, keluarga dia sentiasa bahagia dan anak2 dia semua gembira bila dah balik ke KB nanti. Goodbye friend, bon voyage...jangan lupa kat aku kat sini..klau ada keje kosong panggil2 la aku join tau...Wish u best of luck.
keje keje keje....dah kat umah pun keje tak abis. Since bibik left last Dec aku rasa aku dah bole manage sendiri hal2 rumah. cuma kalau hari keje tu agak bersepah barai la rumah tu, kain 2 pun menimbun nak di lipat..tapi since dah beberapa bulan nih aku rasa aku ok jer. hati aku senang, tak payah nak simpan bengkek kalau bibik buat hal. Duit jimat, barang dapur lagi jimat, since bibik tak de ni baru 2 x je aku tukar gas kalau tidak sebulan sekali mesti nak tukar. barang runcit dapur pun gitu. kalau dulu gula seminggu sekilo, la ni sekilo nak abis sebulan pun payah. Itupun kalau ada byk cuti . Sbb budak2 minum teh. Aku kadang2 tak paham masa bibik ada suma barang cepat abis..Minyak seminggu sekilo, sdgkan aku sekilo bole tahan dkat sebulan lamanya. Dari permerhatian aku bibik tu dulu agak boros sket..suma main boh jer.
Masa dia takde ni masa aku lebih tertumpu pada anak2..dorang suma nak perhatian terutama kalau cuti, nak layan makan nak mandikan dan make sure dorang tido..mmg though job aku rasa sbb kadang2 menguji sungguh kesabaran aku yg tak seberapa ni..ada bnyk kali juga aku naik hantu dek kerana sepah2...but i think not too bad. Lagipun more privacy bibik tak de nih..suka hati nak buat apa nak makan apa. Kalau dak dok nak pikir pasal dia.
Bab kerja pulak mmg nye tak pernah abisss..ari ni aku kena lagi. Since ni last week keje seblum cuti panjang byklah tahap gaban keje aku. Bos pulak jenis ckp nak je trus dapattt...geram betul dah ler 70% kerja dia aku kena buat la ni keja aku satu hapa tak jalan lagi..sampai bab2 revenue pun datang ke batu jemala aku...pepgi nak memekak..buhsan betul
Aku tak sabar nak cuti dah nak rehat. Walaupun aku akan bwk laptop dan broadband tapi tak hingin lah aku nak buat kerje. lantak pi la korang suma..cuti maaa......
Selamat ari raya pada suma. maaf zahir batin...

September 17, 2008

Setahun dah berlalu..........

Diam tak diam dah setahun lamanya tak update langsung blog ni. Bukanlah malas ke hape. Tapinya takde internet access dah. Kat umah CPU dah kaput..kat opis lak, block sana block sini buhsan betul.
Skg ni, sejak Ike pnye taufan melanda Houston, internet down suma pun down. Yg bole internal email jer. Aku pun mengambil langkah bijak dgn berkongsi dgn Adi amikMaxis broadband..hu hu hu..back to live again lah idup aku.
Ari ni dah masuk ari ke 17 kita puasa, Selangor cuti dan ada beberapa negeri lain pun cuti ari ni..jalan agak clear tapi aku rasa kat Jalan TAR dan yg swaktu dgnnya tu sure pack giler. Mujurlah aku dah siap awal2. Tak sia2 aku amik cuti seblm puasa dan shopping kat sogo pepagi buta. Tunggu sogo bukak. Skg ni dah x payah pikir apa. Cuma pikir duit nak bayar kuih yg ku oda itu dan duit untuk mercun. Mana meriah raya takdak mercun. Kali ni aku order mercun yg ganas sket maklumlah tahun ni aku nak beraya sakan kat umah mak aku.
Seperti 2 tahun sudah, masa tu amal baru setahun lebih aku dgn kakak enjoy main mercun. Mengalahkan bdak2. Sesekali seronok gile. Cuma tahun ni aku akan lagi sedih jer sbb bapak dah tahun kedua pergi tinggalkan kami.
Mengenangkan jammed nak ke selatan, aku kadang2 giveup. Tiap2 tahun tersangkut hampir 7 jam semata2 nak balik ke BP tu..
Apa2 pun, aku kena terima kan. So live with it..