September 22, 2008

Just Another Day in Heaven............

Hari ni dah hari ke 24 puasa. Mood raya mmg dah mari dah. Rasa kemalasan nak keja mmg tahap maksima. Tapi keje banyak beb, nak tak nak kena la buat. Boss ko itu dah siap2 ingatkan aku pasal nak cuti lama minggu depan.."make sure u settle ur urgent job..specially the revenue and stocks bla bla "..aku iyakan jer.
Hari ni pulak hari pertama lepas one of best friend blah from this company. Sid dapat tawaran yg sungguh2 dia tak bole nak lepaskan begitu saja. Di tambah kebohsanan dia dgn JLO mendorong untuk dia tak teragak2 antar surat resign. Since cuti dia ada 17 hari lagi so gedebak gedebuk jumaat lepas dia dah last day.
Aku ni dah terasa bosan sid takde. Dulu aku dan dia kami sama2 adu mengadu kalau ada benda tak puas hati ke, meluahkan perasaan ke. No doubt dia muda lagi dari aku. Aku anggap dia betul2 matured mengalahkan org yg nak masuk 4o thn yg tak insaf2 lagi tu.
Mula2 aku masuk dulu pun aku dah sense dia ni baik dan ok orgnye. Loyar buruk mmg terlebih tapi lama2 aku kat sini dia dah tak bole nak kenakan aku lagi..aku lebih bijak membaca apa benda yg dia nak kenakan kat aku...dan otak dia memang otak EB (entrepenur brain) segala menda dia nak buat bisnes..he has such a brght idea nak buat bisness apa. Dan pada aku mmg logik segala benda yg dia nak niagakan tu cuma aku ni malas nak menyesakkan kepala. Keje kat opis ni dah cukup banyak untuk aku pikir untuk buat duit..



Dan lagi satu aku kagum dgn dia, betapa pikiran dia tu sungguh matured. Salu aku dan dia berkongsi cerita, mengumpat tetapi secara silent. Sbb kat opis ni suma tak bole salah ckap atau salah dgr, mmg carik nahas. So method kitorang hanyalah thru MSN. Bila dia tak da ni aku taktau nak bercerita kat sapa kalau aku geram atau tak puashati terhadap mangkuk2 tingkat yg ada kat opis nih.
Dia percaya kat aku, sehingga mula2 dia dapat offer keje baru pun aku jer yg tau, berapa byk bonus dan gaji dia pun dia bagi tau kat aku. Masa dia buat calculation bape byk dia bole buat duit kalau dia accept offer keje baru tu pun dia tunjuk kat aku. Dan aku sgt setuju kalau dia tak pergi mmg rugi. Dalam msa 2 tahun jer dia bole buat beratus2 ribu hanya dgn pegi onshore beberapa hari je dlam sebulan. Aku doakan dia sentiasa berjaya, keluarga dia sentiasa bahagia dan anak2 dia semua gembira bila dah balik ke KB nanti. Goodbye friend, bon voyage...jangan lupa kat aku kat sini..klau ada keje kosong panggil2 la aku join tau...Wish u best of luck.
keje keje keje....dah kat umah pun keje tak abis. Since bibik left last Dec aku rasa aku dah bole manage sendiri hal2 rumah. cuma kalau hari keje tu agak bersepah barai la rumah tu, kain 2 pun menimbun nak di lipat..tapi since dah beberapa bulan nih aku rasa aku ok jer. hati aku senang, tak payah nak simpan bengkek kalau bibik buat hal. Duit jimat, barang dapur lagi jimat, since bibik tak de ni baru 2 x je aku tukar gas kalau tidak sebulan sekali mesti nak tukar. barang runcit dapur pun gitu. kalau dulu gula seminggu sekilo, la ni sekilo nak abis sebulan pun payah. Itupun kalau ada byk cuti . Sbb budak2 minum teh. Aku kadang2 tak paham masa bibik ada suma barang cepat abis..Minyak seminggu sekilo, sdgkan aku sekilo bole tahan dkat sebulan lamanya. Dari permerhatian aku bibik tu dulu agak boros sket..suma main boh jer.
Masa dia takde ni masa aku lebih tertumpu pada anak2..dorang suma nak perhatian terutama kalau cuti, nak layan makan nak mandikan dan make sure dorang tido..mmg though job aku rasa sbb kadang2 menguji sungguh kesabaran aku yg tak seberapa ni..ada bnyk kali juga aku naik hantu dek kerana sepah2...but i think not too bad. Lagipun more privacy bibik tak de nih..suka hati nak buat apa nak makan apa. Kalau dak dok nak pikir pasal dia.
Bab kerja pulak mmg nye tak pernah abisss..ari ni aku kena lagi. Since ni last week keje seblum cuti panjang byklah tahap gaban keje aku. Bos pulak jenis ckp nak je trus dapattt...geram betul dah ler 70% kerja dia aku kena buat la ni keja aku satu hapa tak jalan lagi..sampai bab2 revenue pun datang ke batu jemala aku...pepgi nak memekak..buhsan betul
Aku tak sabar nak cuti dah nak rehat. Walaupun aku akan bwk laptop dan broadband tapi tak hingin lah aku nak buat kerje. lantak pi la korang suma..cuti maaa......
Selamat ari raya pada suma. maaf zahir batin...

No comments: