March 18, 2009

Delin.....

I sent an email to old friend yesterday. Dia pakar ortopedik kat Kuantan. I knew him 20 years ago masa tu aku baru umur 15thn. Dia pulak 19thn. Dia datang kat sekolah aku under UKM pnye project. And masa tu dia ada bgtau dia akan buat Surgeon kat ireland...that was 20 years ago...
Satu hari masa aku dok melayar internet, aku tak ingat aku carik apa aku ter accross his name, biasalah aku ni kan agak advance sket pasal carik menda2 nih...mana belajar jgn tnye..tu suma anugerah tuhan...so aku browse bukak, baca and it seems aku rasa macam aku kenal dia tuh...mcm org yang aku pernah kenal dulu.
Aku pun sajerlah melayangkan email aku kat dia bertnya bla bla....true enough its HIM. Dia can still ingat tarikh, tahun tu dgn tepat bahkan dkat sekolah mana...sedikit sebyk kitrang bertukar2 cerita...and how its ended dgn facebook. Byk aktiviti dia aku tau melalui facebook, byk gambar dia pun kat situ dgn wife dia. Aku rasa dah lama gak dorang kawin tapi takde anak, dia masih buat master in Ortopedik seblum sambung PHD kat soon.
So, aku saja hantar email kat dia perihal anak aku si delin tu. Aku cerita dari a-z kenapa aku rasa delin ni tak mcm bdak2 lain yang normal. Aku pun ada mintak dia suggest pakar mana yg aku patut gi, kot2 dia ada kenalan2 kan. Maklumlah dia org terkenal, pakar lagi tu for sure ada cable..but unfortunately dia kata takde. But email dia sungguh insipiring. Dia bagi nasihat kat aku on where to go. Ye lah aku dah gi klinik gomen tapi feedback nya sungguh kureng. Dia bahkan kata delin ok, cuma slow bla bla bla. Masa aku pergi tu aku harap dia refer lah aku kat memane hospital or pakar kanak2 kan..tapi hampeh.
Jadi kawan aku yg pakar ni kata aku patut jumpe pakar kanak2..get delin to be check. Tgk apa sebenarnya masalah dia. Mcm aku kata based on symptom dia ni dyslexia. Tapi aku sendiri tak pasti. Dia nasihatkan aku jgn pegi ke private hospital tu suma cekik darah, dan klinik kejaan mcm biasa lah mana nak layan benda2 gini. Dia suh aku pi dapatkan referral letter dari mana2 klinik dan mintak dorang refer straight ke HUKM. Dia kata kat sana ada ramai pakar kanak2 yg bole handle the case. Bayar tetap kena bayar tapi tak le semahal SJM* and others tu.
Menurut dia lagi, kalau betul delin tu ada masalah, mmg dia tak bole bersekolah di sek biasa dia kena pi sek khas untuk bdak2 mcm dia. Dia bagi nasihat kat aku dgn SP supaya byk2 bersabar, bayk bertawakal sbb bdak2 mcm ni mmg susah nak handle. Mmg slow nak catch up apa pun.
Lepas balik keje smlm, masa lepak2 tgk tv aku bgtau pada SP. Aku kata kat dia aku tak kisah lah kalau delin masuk sekolah tu yg penting itu akan dapat membantu dia. Aku tak mau dia rasa rendah diri, tak mau dia rasa ketinggalan.
Kelas cahayaku yg dia amik tu aku tambah lagi 10 jam. Walaupun dia dah tau dan kenal abjad, tapi dia still ada masalah nak mengeja. Lebih dari 2 suku kata ( mama, lala, susu) je dia dah lost. Menulis pun baru terangkak2 ..tak smua huruf dia bole tulis pun.
Di segi percakapan pulak, delin still ada masalah. Byk benda yg dia ckp org tak paham bahkan aku pun kadang2 ambik masa untuk paham apa dia nak. Certain huruf tu dia tak bole pronouce dgn betul. Mcm L dgn F..sampai la ni tak dapat.
SP akan cuba slowtalk dgn dr panel dia kalau2 dorang bole kuarkan surat reference. Aku fikir kalau dapat ke Sg Buloh hospital pun ok sbb dorang pun ada pakar kanak2 kat sana. Cousin aku pun ada sorang anak dia mmg ada masalah mcm ni. Cumanya anak dia lagi teruk sket dari delin sbb anak dia lelaki dan sgt2 hyper. Bayangkan dah beberapa kali dia dok godek suis eletrik sampai hampir kena kejutan. At least delin tak seteruk tu, paling2 tak pun hilang kat pasaraya jer.
See what next lah, kalau dr tu suh kami pi ke hospital then kami akan pi. Aku tak berhasrat nak menangguhkan lagi kena buat cepat2. Aku tak nak sbb terlewat buat tindakan nanti memusnahkan masa depan dia.
Mmg delin ni sgt sensitif, suka dipuji. Tiap benda yg dia buat kalau kita puji akan bersungguh2 dia buat. Cuma yg tak tahan, kalau dia tnye soklan dia akan tnye sepuloh kali, dan jenuh gak nak menjawap. Jenis tak leh dok diam ada jer benda yg dia nak buat. Jenis ikut jer sapa pun. Pastu kalau bole bangla kat stesen minyak tu pun nak di tegur dan di buat kawan.
Apa2 pun, aku tunggu jer surat dari panel dr SP tu, kalau nak kena pi hospital we will go...

No comments: