March 17, 2009

Penyakit dah Datang




Tak tau lah nape, sejak semalam penyakit M dah datang melanda. Bkan takde keje suma malas nak buat apa2. Mgkin bersempena mood cuti sekolah kot ?? atau sbb bos takde??? mgkin jugak. Tapi yg benarnya mmg mood keje takde. Badan mcm penat lesu2 gitu..






Since minggu ni dah stat cuti sekolah, rutin harian aku ada agak slow sket, tak yah rushing2 takyah nak gosok baju sekolah bagai. Walaupun kakak ada sekolah tambahan tapi aku suruh dia gosok baju sendiri. Mmg dasar lah tu kan..














Hari sabtu lepas, aku pi majlis bertunang anak buah belah suami. Anak kedua kepada abang dia yg sulong yg dok kat Selayang tu. Mulanya malas nak gi gitu, tapi memikirkan masa kami tunang kawin dulu dia laki bini sibok uruskan so ala tak sedap gitu. Aku gagahkan gak pegi. Sbb kami kuar dah lewat (bantailer tido dulu kan sejam dua)..jumpe kat Taman Bidara jer umah bakal pengantin pempuan. Berjanggut gak nunggu. Mcm yg dijangka berbuah2 kereta yg sumanya sedara mara belah biras jer yg ada. Belah abang ipar cuma kami je lah anak beranak.






Aku mmg tak bape gemar dgn sedara mara belah biras aku tu. Mana taknya kalau kenduri umah abg ipar aku tu berbondong2 anak cucu cicit suma datang. Pulak tu jenis yg berlonggok jer kat lam umah abg ipar aku tu sampai takle nak masuk. Dah la umah dia sempit..nak tumpang solat pun tak de ruang.Yg aku tak paham yg dlam pantang pun dok berbungkus bangkas kat umah sempit tu. Ngalahkan umah setinggan. Dah 28 thn menyewa tapi takde rancangan pun beli umah. Beli keta 3-4 biji tapi umah menyewa..tak kuasa aku.












Berbalik pada majlis tunang tu, bukan main gembira lagi abg ipar aku tgk kami dtg. Agaknya dalam hati dia..ada gak sedara mara belah aku dtg...lepas abis berdiskas bagai..turunlah bakal si pengantin bersma barangan hantaran nya. Umah dia bagi aku besar dan cantik. Umah taman yg dah diubahsuai nampak luas..hantarannya pulak RM11,250.00. Majlis kwin bulan 12 nanti...lepas selesai diskas kami dijemput makan..ala2 kadar jer. Lepas tu majlis tukar hantaran pun bermula dan kami terus balik ke umah abang ipar aku. True enough...berlonggok ler sedara mara biras aku tu dari depan sampai ke belakang..last2nya aku dgn hsband lepak kat luar..taklama pas tu kami angkat kaki..malas nak menyempit2 tu ....tak kuasa.

Hari ahad pulak delin ada kelas petang. Jadi pagi tu pegi pasar then lepak sampai tgh. Pkul 4 kelas delin start, melanguk lah kami lagi kat bwh pokok sawit tasik puteri tu. Cuma kali ni bezanya kami menjala..so dapat byk..berbaloi gak beli jala tuh..manataknya mancing tak dpat2 sekali jala..ha ko byk tu...................

Aku rsa segala aktiviti tu suma menyumbang pada tahap kemalasan aku minggu ni kot.....
cumanya aku takleh nak cuti jer.....adui.











No comments: