September 16, 2009

Raya dah nak dekat sgt2..


Sedar tak sedar dah hampir sgt kita ni nak berhari raya. Lama tak lama, pejam celik dah nak sampai kat ujung ramadan. Sedih sekali aku tak dapat memenuhi hajat nak berpuasa penuh tahun ni. Nak buat mcmna.. uzur azali. Tapi aku bersyukur sgt2 tahun ni Ramadan aku lalui dgn tenang. Dugaan bermacam2 kami tempuh dgn tenang. Yelah mana taknya, dgn amal dok kat hospital. Aku bersahur dan berbuka ala kadar jer kat hospital. Mana lagi anak dan bapaknya yg termissed sahur tak pernah2 dek kerana aku kat hospital. Tapi dugaan tu suma ujian dan ujian tu pasti ada ganjarannya Insya Allah.

Tahun ni pulak Ramadan penuh dgn peperiksaan. Kakak menempuh UPSR seminggu lepas puasa, abis UPSR periksa PSRA pulak. Insya Allah khamis ni abis lah.

Mcm tahun2 lepas jugak aku banyak solat terawikh kat rumah. Malas nak ke masjid dek kerana tazkirah tu dan selalunya aku ada byk masa lebih kalau solat kat rumah. Bole la berehat atau ngemas mana2 patut. Rezeki ramadan pulak tahun ni mmg murah. Buah mangga depan rumah tu mcm beria2 berbuah. Byk sungguh. Lepas abis kena curi berbuah lagi, itupun dah byk aku sedekahkan kat jiran2 dan kawan2...Alhamdulillah.




Baju raya bdak2 lama dah aku settlekan. Order dan beli sket2. Jadi menjelang raya cuma carik baju kurung dan baju melayu jer. Jimat masa dan tenaga. Bebuka puasa pulak, mana yg dan jer. Kalau awal2 tu sempat gak balik masak, tapi menjelang akhir ni sbb buka awal tak dan wat apa...dan jawabnya bazar ramadan. Tapi dek kerana hari2 naik bosan pulak nengok lauk yg sama jer. Ada takde sup tulang penawar duka. undangan berbuka kat hotel2 mmg aku tak amik sejak bibik takde ni. Ya lah, kalau aku pegi kesian kakak nak berbuka apa dia nak makan..bagi aku makan ala kadar tapi kat rumah sekeluarga lebih afdal dan lebih membahagiakan.................

Tahun ni pulak aku tatau kenapa berkobar2 semangat nak wat kuih raya. Mgkin sbb anak2 mendesak nak buat kuih raya, ataupun mmg ada oven baru dan nak mengtestnya...tapi mmg sbenarnya buat kueh sendiri lebih seronok dan lebih jimat. Walaupun penat, tapi puas hati. Sedap tak lain cerita...

Minggu2 terakhir ni jadual penuh jer. Dari hari isnin sampai khamis, aku dah plan nak buat apa. Nak mengemas dapur, nak mengemas bilik, melipat kain..cuci bilik air..kemas hall. Dan last sekali membakar dan mengukus kek pada malam jumaat nanti. Pakaian anak2 suma dah di pack ke dalam bag. Cuma pakaian aku laki bini jer belum. Since anak2 dah merengek nak kasut raya, insya Allah malam nanti bawk lah kejap carik apa yg patut...bunga api dan mercun pun apa kurangnya. Beli lah sket2. After all masa ni la dorang nak berseronok kan. Kita sebagai ibu bapa ni ikut jer. Bila dorang dah remaja nanti for sure dorang tak nak benda2 ni lagi.

Yang paling seronok mestilah anak2. Hari2 menerai baju raya..menghitung hari nak balik kg. lagu balik kg tu berkumandang dari pagi sampai lah seblum tido. Bahkan masa mandi pagi pun si amal sempat menyanyi lagu balik kg...seronoknya melihat gelagat diaroang.

Bagi aku dgn SP, tahun ni biasa jer. Aku beli 2 pasang baju raya ala2 biasa jer. SP pulak mmg tak nak beli baju melayu, recycle yg 2 tahun lalu...cuma katanya nak beli shelai dua suar jeans dan tshirt jer. Skg ni cuma tinggal nak make sure rumah kemas dan clear jer seblum bercuti panjang.
Tahun ni kami akan balik terus ke Sg Besar dari Johor. Takde singgah2 rumah lagi. Pendekkan masa dan perjalanan jadinya kena pastikan rumah are in order supaya balik nanti kepala tak serabut.

Oklah, selamat hari raya aidilfitri kepada suma....semoga selamat sampai ke kg masing2 dan hati2 di jalanraya..


No comments: