November 10, 2009

Kalau Dah Sampai masa di jemput ALLAH

Lama dah tak tulis apa2 kat sini. Rather busy or malas sama jer. Kadang2 dah tulis byk2 ttba pulak rasa takde mood nak letak. As aku dok type kat outlook dulu then and then aku transfer kat blog. Cumanya kdg2 tu..nak menaip malas.

Minggu lepas ada tiga kematian berturut2 bagi org2 yg aku kenal and some of them mmg rapat. Mula2 kawan mak, Cik Wa. Cik Wa meninggal hari Khamis lepas. Cik Wa ni sekampung. Bole dikatakan kawan rapat mak. Kalau kami buat kenduri kendara mesti dia datang menolong or rewang. Dia pun everytime jumpa aku sure bertanya khabar. Cik wa ni ada kencing manis. Jari kakinya dah kena potong pun. Masa hari minggu tu khabarnya dia pi kenduri kat Perak. Balik tu terus demam dan koma dua hari. Tau2 hari ketiga dah meninggal. Masa aku dapat SMS kakak ku pun dah tghari .Innalillah.

Hari Jumaat pulak, Kakak pepagi dah meng SMS aku. "Hari ni suami kak Rahmah pulak meninggal"..Innallillah. Kak Rahmah kawan pejabat akak. Selalu juga aku jumpa kalau aku balik kg time hari keje. Selalunya aku singgah jap off akak sengaja je. Kdg ajak dia lunch kadar sekadar beli barang kat mini market bawah off akak tu. Suami kak Rahmah tu lagi setahun nak pencen. Khabarnya dia mmg ada sakit hati mcm Hepatitis A tu lah. Dok berulang alik jer Sg Besar ke SJMC.

Hari Sabtu, aku busy dgn aktiviti apa lagi kalau bukan mengemas rumah. Penat betul dari dapur sampai ke bilik air sampai ke bilik. Dok mengemas kain baju, memop, mengemas dapur. Yg aku tension kadang2 tak sampai setengah jam mengemas kat hall depa buat sepah lagi. Mmg tension aku. Sempat gak aku melipat segala mala kain yg dah lama tak terurus kat lam bilik tu. By the time siap pun dah kul 2. Nasib baik aku dah siap2 masak pg tu. SP keje jadik sempat aku buatkan meehun goreng buat bekal dia. Bdak2 pulak mcm biasa hari sabtu aku buat je nasik lemak. Makanlah dorang sampai petang. Bila dah pukul 4 tu baru aku masak untuk SP balik makan. Hujan pulak turun lebat masa ari sabtu tu. Kilat memancar2. Aku ada niat nak buat kek ke, roti ker. tapinya aku dah penat tahap gaban so aku lupakan jer. Itu pun kain kat bilik tengah tu belum siap lagi. Bilik tengah tu mmg aku letak baju2 sekolah bdak2 dan baju2 kerje jer. Jadikan bilik menggosok. Cuma ada byk kain baju tak berlipat..ni baju masa raya lah, baju bdak2 lah...berbakul2 pening aku. Masa ari sabtu tu, akak SP yg kat kg tu..Kak Rose (yg aku ada cerita di entry sebelum tu) menelefon bertanya khabar mgkin dia ingat SP ada. Aku baru je nak melelap mata kejap. Sambil gosip2 cerita gak perihal adik bongsu depa yg MIL dok sekali tu. Sampai la ni takde pun amik org jaga anak dia. Khabarnya minggu ni MIL nak turun sini dgn depa anak beranak...isssh...i dont mind MIL tu, tapi the inlaws tu males betul nak layan. Adik bongsu SP tu nak konvo kat PWTC. (dia amik degree pendidikan). Bak kata kak Rose, lepas dapat degree tu gaknya dapat mengajar sek menengah makin tinggiler tocang dia. Lepas kes anak dia kena air panas tu, hubungan dorang masih cam tu..dingin..sedih gak dgr keluhan kak Rose. Mmg tak reti berterima kasih betul adik SP tu..keras hati mcm batu taktau camne nak buat lagi. Bini pun sama. Makin jadi batu api pulak..ish malas aku nak pikir.

Hari ahad, dalam pukul 7.30 akak ku SMS ...."Salam, abang jamaludin meninggal malam td, kebumi pukul 10 nanti". Jenuh ler aku menggugah suma org termasuk SP. Abg jamaladin (AJ) ni sepupu aku belah arwah bapak. Arwah mak Abg Jamaludin tu kakak sulung arwah bapak. Since rumah dia kt Tg karang jer aku ajak SP suma pegi. Akak dgn mak dah bertolak pagi2 lagi dari kg kesana. By pukul 9.30 lebih kami sampai dah kat sana. AKu dapat jumpa mak, Mak uda, mak cik, pak cik paksu suma sekali adik beradik arwah bapak. Sempat aku bersalam dgn kak Maya isteri AJ. AJ ni org nya sempoi, lawak, tak pernah menyakitkan hati org. Kami suma kalau raya mmg tak ketinggalan singgah beraya kat umah dia. Masa raya baru ni pun kami sempat jumpa. Sempat dia beseloroh gelak bergurau. Walaupun umur dah dkat 50 lebih tapi masih mcm dulu mcm muda2...happy jer. AJ ni badannya gemuk besar dan dia ada bercerita yg penyakit dia cuma gout jer. Ada takde semput. Siapa sangka pertemuan kami masa raya tu yg terakhir, dan hari tu AJ meninggalkan kami suma. Alhamdulillah kak Maya kata AJ meninggal senang jer..sakit dada..sesak nafas dalam pukul 9 malam. Lepas bwk ke hospital dalam kul 11 Allah jemput dia..Innalillah.

Lepas selesai sembahyang mayat, mayat dibawa keluar naik van jenazah. Kami pun suma beransur2. Since akak yg bawak keta, kami plan nak mengeteh kat kedai2 dekat2 area tu jer sblum balik. Pegilah kami, mak, akak dan Mak uda yg tumpang akak ke Kedai Kassim. Dorang makan nasik, bdak2 order iceblended. Seronok gak dapat jumpe mak sambil makan2. Mana taknya dah lama gak tak jumpe...by 11 kami bersurai. Aku terus balik ke Rawang..akak drive back ke Sg besar.


Kalau dah sampai ajal kita, tak terlewat seminit pun. Mcm tu lah yg tercatat dalam Al Quran. Kita je tatau nasib kita kelak. Mudahan dipermudahkan..................ALfatihah untuk semua...AMIN



No comments: