November 17, 2009

membebel......

Aku taktau korang perasan tak. Kdg2 ada setengah org tu dia rasa dia hebat sgt, pandai sgt, cantik sgt. Sampaikan kalau dia bercerita kita ni langsung takde chance nak mencelah, else kalau bercerita tak ingat dunia. Tak tau org nak rushing ke, nak terkucil ker dia keep pot pet pot pet...sometimes aku tak tahan betul!!..
Kat tempat keje aku ni ha. Kalau korang notice cerita2 aku seblum ni ada byk kali aku cerita pasal dia. Alah J LO. The main reason aku panggil dia gitu sbb dia suka sgt mendedah top part dia tu. Walhalnya takde le besar sgt pun. Tapi yer lah kalau dah benda tu ditayang2 lurah dendam nye apeke hal ye dak. Sbb itulah aku gelar dia begitu.
JLO ni dulu dengki sgt dgn aku. Sampai insiden aku kena warning pasal gospen, gospan tu. Lepas insiden tu aku mmg menyendiri jer kat off ni, tapi aku malas nak pikir sgt pasal insiden tu. Pendek kata aku dah lupa. Tak memberi kesan apa2 kat aku. Life must goes on org kata.
Jadik, aku skg ni buat cam base jer. Buat je keja aku. Yg aku perasan JLO pulak semakin baik dan mesra alam dgn aku. Tapi aku sentiasa mengingatkan diri aku..'always ada border'..jadik mostly cerita2 tu tk de kena mengena dgn sapa2 kat off ni samada yg hidup atau mati. Aku elakkan terlepas dan termengata apa dgn dia. Paling idak mengomel and mengata pasal bos and Jenab jer lah...tapi still under controllabe org kata.
Si Jlo ni lately suka bercerita dgn aku perihal keluarga dia. Anak2 dia, laki dia hatta maid dia. Dari cerita aku dgr dari dia maid dia mmg bengap tahap gaban lah..(tak tau le benar ke dak kan?) nasib ler. Kata si JLO ni dia kena masak byk2 malam and the next day dia gi keje, maid dia panaskan je untuk anak2 dia. Taktauler betul ke tak kan. Malas aku nak pikir.
Lg satu tabiat si JLO ni aku rasa dia ni berlagak sket. Kalau bercerita pasal apa2 yg grand2 jer. Yg bagus2 and mahal jer. Bra and panty Marc and Spencer lah, pakai pinggan mangkuk noritake lah..dok umah harga 850k Rm lah. Tapi aku ni iya lah. Cuma bila dah selalu dgr aku jadik muak lah pulak. Kalau cerita bab2 masak memasak pulak, dia akan cerita betapa pandainya dia masak kurma lah, rendang lah mcm2 lagi. Pada aku dia ni ada sikap bongkak sket. Tak mau kalah dgn org.
Sejak akhir2 aku 'baik' dgn dia nih bkan main galak lagi dia nak bergebang dgn aku. Kdg2 aku rasa rimas dgn bosan pulak. Ye lah kadang dia datang menebeng dok dpn meja aku...masa tu pulak aku tgh ber YM ke ber FB ke ber Blog ke, kan ke mengganggu je. Pastu kalau dah stat cerita tak hengat dunia, pnye le payah nak abis.
Ada masa pulak, kdg2 kejap2 panggil aku masuk bilik dia. Cerita pasal keje sikit jer, selebihnya tu lah..cerita2 nonsense tu..malas betul aku. Kalau dulu haram dia nak amik apa2 aku bwak makanan n letak kat pantry tu. Skg ni ko pelawa jer dgn segera dia amik. Aku taktau lah nape. Tp baguslah. Ye lah selama ni org dok kata aku bwak makanan dok boh guna2 kat makanan tu..ish...takde kojer eeh. Yg menyebar cerita pasal tu pulak la ni tak cukup tanah nak berbaik semula dgn aku lepas kwn dia kena lay off tu. Tak cukup dgn tu, kalau nampak makanan kat tmpat aku tanpa segan silu mintak.."tak takut guna2 ker"??? moskel pulak aku. Dah ler gitu mcm takde rasa segan or malu jer dgn aku. Dah menganiaya aku memacam ttba buat mcmtakde pe pulak..manusia...
As for aku, kena sekali sampai mati akan ku ingat. Takat hai hai bai bai tu bole ler. More than that..sorry naik lorry yek. Minggu kena p ni mood aku mmg tunggang tebalik. Dgn rasa malas, rasa ngantuk..segala mala rasa suma ada....mentelah pulak bos dah pg charge battery dia kat Thailand tu spjg minggu ni..apalagi raya hindu ler aku.
Sementara nunggu2 UPSR kakak keluar ni, blum lagik isi borang apa2. Result sek agamanya bole tahan dan melayakkan dia dok sek men agama, tapi aku rasa patut tunggu UPSR results Khamis ni seblum buat final decision. Aku mmg nak dia dok sek agama kat Rawang tu. Mmg lah kena dok asrama tapi dkat dgn rumah, so every week bole balik. Apa2 hal pun senang aku nak gi. Kalau aku biar dia sek dkat2 rumah bkan tak bole...tapi dia tak bole nak belajar. Dua org rascals tu asyik mengacau. Dan itu permintaan kakak sendiri yg dia nak dok asrama. Dia nak merasa berdikari. Aku dgn SP pada dasarnya setuju dgn syarat sek tu mesti dkat2 dgn rumah jer..jadik senang kami nak menengoknya.....
Cuti sekolah dah nak start. Tak sabar aku. Sbbnya aku akan bercuti pjg masa raya hj nanti di kg ku. Nak berehat2 nak berjlan2 kepantai ker. Di samping tu bdak2 bole dikawal sket. Takut aku dgn kes bdak sekolah kakak kena culik minggu lepas. Nasib baik dilepaskan itupun lepas 3 hari. Nasib baik jugak tak dia apa2kan. Yg aku risau bkan pasal kakak, tapi delin. Takut2 dia tu ikut jer sapa2 yg ajak dia..tapi since insiden tu kakak kata sekolah dorang dah amik langkah ketat. Bdak2 x dibenarkan keluar dari pagar sekolah selagi bas2 sekolah tak datang. N pemandu2 bas sekolah kena tunggu dpn pagar kira2 bdak2 yg naik bas masing2. Nasib baik delin tak naik bas. Kalau tak sure kena tinggal. Naik dgn uncle safe sket sbb ada bberapa org bdak jer so uncle bole make sure sapa yg naik sapa yg tak....
Cuti sekolah jugak nanti kakak ada kat rumah, bole lah aku harap buat2 keje mengemas2 umah, lipat kain, basuh pinggan...hatta gosok baju keje aku. Since aku dah janji nk menggaji dia sepanjang cuti sek ni between RM150-200 dia sungguh teruja. Sungguh excited. Aku plan nak bayar deposit RM 50 ujung bulan ni. Biar dia seronok..ringan gak beban aku terkocoh2. At least dia bole masak nasik dulu and keluarkan apa2 patut. Else aku masak jer pagi sbelum gi keje..balik panaskan. Tak sabar nak becuti pjg nih..mood cuti pun dah mari...

No comments: