December 4, 2009

MUSIM HUJAN

Aku rasa dah beberapa hari ni, pepagi lagi dah ujan. Bunyi je jam kul 6am , bila aku terjaga aku dgr bunyi2 ujan isshk..malas betul nak pi keje. Alangkah syioknya kalau dapat sambung tido lagi (as if boleh le kunun). Dah 2 hari ni gak, terpaksa antar bebudak 2 tu naik keta. Then balik umah amik moto. Nasib baik lah beli baju ujan baru msa balik kg mak kat sg besar ari tu. Berbaloi2. Dgn ujan lebat, baju ujan baru sungguh membantu. Mana taknya baju ujan suma dah koyak dek kerana sering digunakan akhir2 ni. Sungguhpun gitu, terpaksa gak aku bwk baju spares sbb suar aku suma basah lencun. Ujan pulak mmg takde ampun pnye. Kecik2 yet lebat. Dah 2 hari ni gaklah aku sampai off ngam2 jer kul 8.30am. Sib baik bos takde.
Musim2 ujan dan cuti sekolah ni patutnya jalan clear la..tapi tak pun. Sepanjang jalan kuching sampai ke Selayang tu manjang jer jammed. Walaupun terpaksa berlencun tp aku puashati tak terperangkap kat jem tuh..Tak sanggup rasanya. Stress giler beta kalau trapped in jam.
Naik moto selain jimat ia juga cepat. Kalau cuaca cantik aku dgn SP sempat lagi bersarapan kat Kedai Pak Hassan depan uni KL kg Kg Baru tu. Roti canai dia I tell u superb. Garing sedap..kuahnya pulak kalau campur sambal, mmg marvellous. SP selalu makan nasik lemak dia. Taste ala2 nasik lemak antarabangsa tuh. Harga pun bole tahan berpatutan.
Kalau pagi2 que for roti canai mmg panjang. Believed me aku dgr gaji budak buat roti canai tu RM2k seblan u. Kedai bukak for breakfast je. Heaven ke tak tu?.
Esok2 kalau dah tak makan gaji aku ada pikir buat kedai makan. Bukak kejap2 jer. Provided utang piutang masa tu dah abis. So dapat sket2 buat tampung harian pnye belanja ok jugak kan?.
Aku skg ni dah mula dapat keazaman baru simpan duit sket2. Di samping ada beli sket2 amanah saham, ada juga aku simpan kat tabung hj tu. Kalau dulu abis bulan abis gj Alhamdulillah skg ni tak lag. Ni suma berkat buku "kemana peginya wang anda tuh". Tak rugi membaca, dapat ilmu dapat idea dan dapat semangat. Tu yg penting.
Bdak2 pnye acc tabung hj pun la ni aku dah dapat simpan seorang seratus setiap 2 bulan. Mmg lah tak byk tapi at least ada gak. Aku pulak skg masih terikat dgn group kutus aku tu sampai bulan aug tahun depan so aku simpan pun agak2 jer. Kutu2 suma aku still kna bayar RM700 sebulan. By the time tahun dpn aku dapat bulan 6 dgn 7, cantik sgt lah tu. Lepas bulan 8 abis dah. Mgkin aku sambung kutu tapi cukup untuk satu group budget RM200/sebulan jer. Mgkin lebihan2 tu aku nak melabur or beli insurans ke hape. Untuk masa depan.
SP pulak la ni Alhamdulillah, gaji dah naik, elaun dah naik pun. Ot dia pun skg semakin tinggi ratenya. Aku doa2 moga2 dia dapat promotion tahun ni. Bole la aku paw duit dia lagi. Keh keh...Harus diingat, aku pun dlam diam tambah2 kan simpanan tabung hj dia tu. Dia taktau. Biar dia ingat aku abiskan je duit yg aku pow tu..:)
Skg ni cuma nak tunggu bonus SP jer (aku confirm lah takdek). Bole kami rancang beli2 barang persekolahan anak2 pulak. ALhamdulillah skg ni aku rasa lega sgt2. Kalau dulu susah hati bila dapat gaji la ni aku gembira, tak sabar nak dpt gj. Bila dah dapat aku cepat2 allocate untuk simpanan tu cepat2. Sekurangnya 2-3 bulan dah aku berjaya mendisiplinkan diri nih. Duit kat purse pun at this point of time still ada 2-3 ratus cukuplah untuk emergency ke hape. Belanja2 dapur suma dah settle. Ada takde barang2 basah jer. La ni aku kureng rajin nak memask time2 hari keje. Ada takde aku beli apa2 kat pasar malam on the way balik. Cuma budget aku selalu RM20 jer. Dgn bangganya kadang2 aku belanja tak sampai RM1o untuk 5 orang.
Aku rasa ini semua sbb keazaman aku. Keazaman aku nak berubah dari pemboros kepada penjimat but stll mengekalkan kesederhanaan. Balik kg raya hj baru ni pun walau pun spent beratus tapi untuk mak aku, aku rasa puas. Biarlah berkat apa jugak yg aku belanja utnk dia tu. Buktinya duit gaji aku masih ada lagi.
Sekejap jer dah nak abis tahun 2009. Kakak akan ke sek men, delin naik jah 2, ekhmal dah 6 tahun. Kejap je aku rasa. Tahun dpn SP masuk umur 40 thn. Aku pun tak lama lagi. Harap2nya semua berjalan lancar insya Allah. Moga rezeki kami sentiasa di murahkan Allah. Semoga cita2 aku nak membesarkan rumah tu krang tercapai gak akhirnya...AMIN.
Dan time cuti sekolah ni pun aku rasa lega. Balik rumah, kemas jer hall aku. Dapur pun gitu. Kain2 suma dah siap basuh dan lipat. Berbaloi aku gajikan kakak. Dia buat keje dgn bagus. Sampai aku pun x yah terkocoh2 nak masak pepagi untuk dia. Dia dah pandai goreng telur untuk makan sendiri. Kalau aku nak suruh dia masak nasik pun dah ok. Jd balik senang jer aku. Kalau agak2 malas tu, goreng jer nasik. Kalau tak beli je pe2 dari pasar malam.
Senang kalau ada anak perempuan. Mmg bole diharap. Kena lah train dari awal. Tapi aku rasa dia pun bermotivate nak buat semua sbb aku janji dan bagi dia sket duit sebagai upah. Tak pe lah, duit tu bebila jer bole carik belajar bertanggung jwb tu penting. Mana tau rezeki kakak nak dpt asrama sok, senang dia. Tak yah terkejut sgt.
Hari ni dah Jumaat, esok dah sabtu pastu ahad. Aku janji dgn bdak2 nak pi sureheboh kat bukit Jalil tapi tak bole gi hari sabtu sbb SP kena keje..Most probably Ahad la kot aku gi, alternatif lain kalau ujan lebat, jwbnya ke Jusco kepong je lah nengok wayang. Budak2 dah di maklumkan pasal ni suma and dorang tak kisah. Janji keluar and makan2 kat luar................selamat berhari minggu korang...

No comments: