March 23, 2010

menci...



Aku ni jarang benci and menyampah kat org. Tapi kalau aku dah benci, dah menyampah kalau bole sore org tu pun aku tak hingin nak dgr. Ala2 watak ibu mertuaku tu.."kalau ko aku dah tak suka..keturunan ko pun aku tak suka ". Aku rasa statement "first impression matters" tu for me betul2 sgt lah. Aku bkan ler tak suka dgn org kita, tapi kat sekor mat salleh kapiaq yg ada kat off aku nih.

Masa mula2 dulu ada sekor mat saleh lain yg dok kat tmpat dia. Aku totally respect kat mat tu yg biarlah aku nampakan si Brat jer. Brat ni low profile, tak suka huhahua..just buat keje dia and buat hal dia jer. But yet still ada high respect kat suma org kat off masa tu. Brat tu Engineering Manager yg handle regional belah2 Asia tenggara ni. Brat tu juga anak emas Regional mgr masa tu..just becaus abg dia one of the director kat company HQ kat Houston tuh. Jadik bila Brat kena balik ke Houston dtg ler mamat si botak ni. Mmg dari mula dulu dia pun botak cam tu..licin giler kepala dia. Masa dia stat2 dtg off lama dulu, sombong nak mampus.Tegur pun tak. Mcm bagus sgt la konon dia tu. Masa tu aku dgr dia datang dari Baku, Azerbaijan. Patulah pun tempat jin bertendang. Seblum Brat belah adalah dorang hand over gitu2 jer. Masa tu pun aku tak peduli lah pasal dia sbb dia bkan bos aku. Masa tu Sid ada, ada pun ada lagi..tentunya JLO pun ada gak. Sid mmg report kat dia directly so byk keje dorang mmg berkait2. Si botak ni mulut dia mak ai...celupar sungguh. Klau ada ler perbandingan keceluparan dia tu...ala2 azwan ali gitu. Tak peduli..maut pnye ayat kalau kuar dari mulut dia. Lpas tak lama adik angkat si JLO pulak masuk. Apalagi menjadi2 ler aktiviti JLO dgn sibotak dan si adik nya tu. Gugu gaga...gospen, gospan, mcm2 lah. Pendek kata depa 3 org ni selalu abiskan masa berborak bla bla bla..berjam2 lamanya.

Sid tak bape nak ngam dgn botak tu, tapi adik tu bkan main lagi. Pendek kata rapat giler..sampai suar dalam kale apa pun nk ckp lah. And botak ni pada aku selalu buat suka hati dia jer kat off ni. Nk kuar gi mana, gi gym..dtg keje naik beskal, bwk beskal naik kat off. Klau dia saliin baju tu, baju tu terbiar je kat depan pintu bilik dia tu...sungguh selekeh..dah kwin mamat tu. ada anak pun. Salah sekor anak dia pun lahir kat sini. Sibotak ni pnye mulut mmg tak de insuran. Klau nak ckp tu maen lepas jer..dan sbb tu lah gak sid blah pi tmpat lain. Adi jgn citer lah, ada je benda yg botak tak suka kat si adi ni, sampai ada satu ketika bila adi tertidur kat off, si botak ni dok panggil suma2 mat saleh lain tgk...buruk betul perangai.

Botak dgn JLO amat2 lah rapat. Aku rasa mcm dorang ada skandal lah pulak..tapi aku tak amik port; lgpun botak is not my boss aku peduli hape...satu hari aku di arahkan buat arrangement logistik antar barang dari Spore ke Brunei. Aku tak diberitahu detail barang tu. Jadik bila engineer suh aku arranged aku tnye suma2 via email bole ke pakai DHL. Si botak dgn konfiden jwp email aku tu "approved"..bos aku pun jwp yg sama..Mana tau lepas arrangement done, bill DHL tu RM25k ...mampus aku. Bkan main laai sibotak membebel, marah2 aku..aku wat bodoh jer.. Sbb aku rasa aku tak salah. Bila dia tnya "ko taktau ke benda tu besi..berat nak mampus" katanya..aku selamba katak jer jwp..tak tau pun..dorang tak ckp, takde sapa tau.. engineer tu pun rupanya tak tau.........wallaahai, kecoh giler si botak menjaja cerita aku buat arrangement suka2..aku diamkan jer..aku buat bodoh. Bos aku pun buat bodoh..sbb aku rasa dia tau dorang pun salah sbb reply "Approved"..tell me skg sapa yg bodoh?..nape tak baca email tu betul2..napa tak ckp masa tu benda tu besi and berat...??napa napa? terkesima gak aku, tapi aku pegang prinsip berani kerana benar...

Lepas dari insiden tu aku jadik semakin menci kat si botak tu..membuak2 kebencian aku. Bg aku dia ni org putih yg berlgak ckp ikut sedap mulut jer. Dan bila aku dgr dia nak berambus, kena pindah kat dubai aku gembira sakai dalam hati. Tak sabar2 aku nak tgk dia blah dari sini for good. Dahle budibahasa takde, manners pun ntah ke mana..bayangkan kalau dia selsema tu satu off ni bole dgr dgn kuat dia menghembus hingus dia tu eeeeeiiiiii.

Yg aku tak leh paham kdg2 aku rasa dia memandang sinis jer kat aku. Mcm aku ni jahat sgt ler kat off ni. I bet mesti JLO cerita mcm2 kat dia pasal aku. Tpi i dont give a damn..afterall dia bkan bos aku ..pedulik apa. Yg aku perasan ada bberapa kali bos aku bengang gak dgn si JLO tu sbb dok ckp and cerita memacam kat botak and botak dok sampai kan kat boss aku....well aku tau bos aku tak suka..tapi dia takleh nak ckp apa just because..kaler dorang sama....dari bulan 2 aku tgk tak berambus2 si botak tu...dgr2 pulak by April. Bagus sgt2. Pengganti dia mat saleh tu pun dah dtg, tp aku pun rasa semcm jer mamat tu pandang kat aku..mesti botak dah cerita memcam pasal aku kat dia...for me..I dont give a damn lah.

Lagi satu aku menyampah dgn botak ialah, selalu sgt mengutuk mesia ni gini..mesia ni gitu..mcm UK tu bagus sgtlah??. Tak sedar dia kat sini menumpang carik makan nak ckp byk. Ada sekali aku dgr driver dia cerita, keta nazaria yg company sewa untuk anak beranak dia tu dah rosak roof top dia...sbbnya anak dia yg mcm hape tu dok main bkak tutup gaknya...yg paling skit hati..ada ke dia kata..nilah keta mesia hampeh...issssh rasa nak ku cili jer mulut dia pakkal la dia tu mat salleh..tapi dasar tak sedar diri.

Yg aku tgk kat sini ada 2-3 ekor gak warga Britain tp perangai tak seburuk dia pun. Even boss aku pun Scottish gak tp mulu bersopan giler takde celupar mcm tu. Ada sekor lagi Irish..ckp pnye polite, takde pun celupar..eeeiii menci aku kat botak tu makin membuak2 tau...aku sampai tak sabar nak tgk dia berambus jer dari sini.


Org mcm ni pun ada..dah ler dtg negara org, carik rezeki tapi berlagak giler. Kdg2 dgn customer pun dicarutnya...apa pnye org???.....nasibla ko botak..kalau ler kepala ko tu mcm bole bole je ku campak kat bwh tu...isssh....


March 22, 2010

Nak Cepat kaya??

Lately ni aku mmg busy kat keje, busy kat umah. Byk sgt aktiviti, byk sgt nak kena settle. Jadi blog ni jadi cam terabai jer aku rsa. Kdg2 idea dtg mencurah2 nak menaip, tp dek kerana tekanan keje, tertangguh...langsung tak terbuat.
Baru2 ni one of closed friend ada lah terlibat dgn satu sistem called..vemma builder. Bg aku skim ni tak ubah jer cam skim pak man telo hari tu. Cuma bezanya ada product yg nak diniagakan. Product tu pulak jus manggis made in USA. Masa mula2 kwn aku tu join dia dok ushar2 aku supaya register. 'Ala, ko tak rugi apa2 pun..free register ktanya". Mula2 tu aku ignoredkan jer, tp sbb dok nag2 aku jer sampai aku MC kat umah pun dia dan berkempen kat sms tuh.
Oklah, lepas 3-4 hari tu, aku register lah kat link yg dia hantar tuh. Kwn ku tu mmg ler determined bab2 duit ni, disamping aku respect kat dia sbb pandai nak simpan duit, dan aku takmau mengecewakan dia setelah berkali2 suh aku register tuh. Jadik disuatu petang yg hening, lepas bos balik aku register lah menatang tuh....
Masa aku register tu, aku dapat lah masuk ke dalam website tu. Nampaklah yg dia ada ramai giler down line. Mula2 tu aku tak paham jugak kenapa ler ramai sgt, pulak tu dari ceruk negara mana ntah suma ada kat bwh down line tu. Aku ingat masa tu hari Khamis kot.
Aku ingat dah aku register "for free" tu kwn aku ni akan stop nag nag aku..isssh mmg aku tak suka org nag2 gitu..rimas u. Tpi mlm tu lepas maghrib, aku dpt sms dari kwn aku tuh...katanya gini "skg ni ko dah ada 16 org down line, kalau ko tak up ko pnye status by register, ko akan rugi..downline ko akn automatic pi kat tempat lain".. aku malas nk layan aku biarjer msg tu berlalu pergi..
Esoknya pulak, hari jumaat masa tu dia sbok lagi nag aku. Dari antar email, YM dan sms aku suh aku upkan status tu..bla bla bla cerita dia.. aku dah tak tahan...aku pun jwb dgn penuh perasaan...kenapa aku takmo terlibat dgn menda2 tuh...kat bwh ni ada pelan dia yg aku rasa tak masuk akal langsung. Klau kita dok bayar kita kena carik downline..and downline ke carik downline an so on...bg kefahaman aku lah, kalau gitu tentu org teratas semakin kaya and orang bwh kena bermatian carik org ..kalau tak hancus..bkan cam sistem pyramid ke tuh??. Aku ckp kat dia kalau MLM yg ada brang aku bole pham. Mcm avon ke CNI ke. ada brang nak jual. Keuntungan pun ada tapi very minimal.
Entahlah, aku kurang percaya benda2 gini. Kalaulah org dah kaya raya pasal ni pun aku tak heran. Sbbnya amik hak org lain. Dgn cara terhormat. And jus manggis yg berkotak2 berkaton2 tu nak wat apa? Bkan main kawn aku promo bagusnya jus manggis tu untk kesihatan tapi sure ke dia benda tu halal??. Mcm bisness E rafa jugak. Beria2 kak ipar aku melobi suh join. Tp aku tak tgk pun dia kaya lagi pasal tu?? :) jadik aku ckp kat friend aku tuh...aku nak tgk ko kaya dulu..then baru aku decided nak join ke tak?. Mgkin dia agak bengkek ler kot tapi nasib dia lah kan. Daripada aku melabur RM5 ratus ringgit kat situ baik ler aku simpan jer duit tu else aku guna duit tu pi bercuti kat gambang waterpark resort..harus berbalois...
:Wholesale Membership.


Jenis Ahli : Single Pack
Kuantiti Pek : 1 pekHarga : RM342Tempoh Keahlian : 1 bulanLayak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM3800


Business Package Membership.


Jenis Ahli : Silver Pack
Kuantiti Pek : 6 pekHarga : RM2052Tempoh Keahlian : 3 bulanLayak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM38,000



Jenis Ahli : Ultimate Pack
Kuantiti Pek : 15 pekHarga : RM5130Tempoh Keahlian : 6 bulanLayak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM1520 kalau sponsor Ultimate, dan layak untuk semua bonus di dalam VeMMA
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM95,000


Anda diberi masa 90 hari sahaja untuk upgrade kepada status Ultimate Pack bermula dari tarikh anda sertai sebagai 'wholesale membership'. Anda cuma perlu membeli pakej Ultimate Pack sekali sahaja sepanjang hayat anda dalam business Vemma, ini bagi melayakkan anda menerima kelebihan yang ada dalam Ultimate Pack. Selepas itu anda cuma perlu membeli Single Pack sahaja.


Cara Untuk Upgrade kepada Ultimate Pack.

First Time

1) Klik pautan Jumpstart your business with advanced builder packs semasa anda mula-mula ingin sign-up menjadi ahli.

2) Pilih Asia Ultimate Builder Pack.
Ni sume aku dpat dari kwn aku tuh. Cuba tgk la camne system dia works..totally tak masuk akal pun. And sampai skg aku tak dgr pun lagi kwn aku tu kata dia dah dpt pulangan??? berapa ramai org bole spend 2 jam kat kmputer sehari melayan web tu?. Sdg aku curi2 kat FB 10 min sehari pun susah..ni kan pulak 2 jam?? .
Baiklah aku main kutu. Kalau pun takde bunga dividen or bonus, its more to saving duit aku tuh..at least bila turn aku dapatlah aku sum amount yg aku bayar tiap2 bulan tu..believed me aku pernah try skim2 ni dulu. Tapi masa tu modal RM10 jer. Sbb aku nak tau keberkesanan dan hasil nya aku beranikan diri try..afterall RM10 jer. Caranya kita masukkan RM2 untuk 4 nama dan no acc yg diberi. Pastu bank in, kita injakan nama depa satu step ke atas finally kita letak nama kita yg last (yg ke 5) then antar kat 20-30 org. Kalaulah 20-30 org tu buat and ikut system yg sama, kita dapat lah untung tu..atas angin.. In my case??..aku tak ingat berapa ramai aku antar email tu..NAMUN hampeh..sbb takde sorang pun yg layan or else berminat nak continue...hasilnya RM10 burn cm tu jer. Tp tak pe at least aku puas hati, aku tau camne its work and kalau semua 20-30 org tu ada mentaliti mcm aku tak ke tak jadik??? ni kan pulak nak melabur between 5 ratus -beribu2...ish2..biar la irfan khairi tu jadik jutawan internet..bagi aku , apa yg ada ni dah cukup lah..janji ia berkat..
Tepuk dada tnya selera..bagi aku dalam dunia ni ada 2 cara jer nak kaya ..PERTAMA kita berniaga..or berbisness....KEDUA : Menipu org....renung2 kanlah..selamat beramal...