April 6, 2010

Adventerous...anyone ???




Dulu masa bujang2..masa takde tanggungan, masa takde anak2 aku mmg orgnya adventerous. Panjang bukit, redah hutan, camping, climbing, jungle trekking...apa jer yg aku tak buat. Masa tu sumanya penuh bersemangat, penuh tenaga sbb first and foremost...takde benda nak fikir. Takde benda yg diingat. Tp bila dah tua2 ni, anak2 makin membesar ttba semangat adventerous aku tu gone mcm tu jer. Pertama aku fikir, aku dah nak approaching angka 40 (ehem2 walaupun still ada 2 tahun lagik), kedua bila aku dah jumpe 2-3 helai uban kat kepala....ketiga bila aku selalu fikir perkara penting dalam hidup aku sekarang ni ialah keluarga dan anak2. Jadik aku rasa benda2 tu suma dah tak menarik minat lagi. Adventure for me now ialah jaga anak2..pekik kat anak2 kalau dorang gaduh dan nakal dan tentunya menghabiskan masa2 yg ada dan terluang tuk bersama keluarga dan anak2. Aku lebih rela abiskan masa bawak anak2 berjalan2..bercuti or makan2 ataupun nengok wayang (walaupun selalunya aku lah yg paling tak enjoy) tp demi anak2 aku tak kesah.

Bila ada kwn2 aku yg start the new life at fourty dgn merempit aku agak terkesima. Bukan sbb apa, pada aku merempit tu bkanlah cara yg betul untuk menikmati hidup kita yg ada ni. Sbbnya aku fikir marabahaya nye. Buatnya masa merempit tu eksiden ler. Ajal pulak sampai, apa jadik gaknya dgn anak2 kecik yg kat rumah tu..?? mmg lah ajal maut tu ditgn Allah tapi aku tak sanggup menggadai risiko begitu. Masa naek keta kabel kat genting tu pun kecut perut aku walaupun masa tu satu family ada. Aku dok fikir kalau ler jatuh, mati katak ler aku. Jadik aku rela berfikiran negatif untuk benda2 begini. Sbbnya aku TAKUT.

Aku kena terima hakikat kot skg ni, umur makin meningkat, tanggungjwab makin berat. Jadik aku tak tefikir nak enjoy diri buat perkara2 begitu. Kalau ada pun aktiviti2 yg nak dibuat semestinya aku kena ambil kira anak2. SP pun mcm tu, kalau dulu2 dia suka memancing sampai memalam, ikut kengkwn, skg ni tak lagi. Sjak ada anak dulu semua aktiviti dia kat rumah jer. Paliing tak pun menebeng dng kengkwn kat kedai mamak. Dia pun dah tak adventerous lagi mcm aku. Paling adventure pun aku rasa pi keje balik keje naek moto. Sungguh risiko nya pun agak tinggi gak, tapi aku selalu berdoa jer semoga aku selamat pi keje dan balik keje. Bkan tak terfikir kemalangan ke apa, cuma aku takmo sgt membayangkan benda2 yg tak elok. Aku masih fikir untuk pi kerja sbb nak cari rezeki untuk anak2 untuk keluarga. Dan sbb tu jugalah aku beli insuran tambahan. Mana tau kalau2 ada perkara tak diingini berlaku ada gak sket2 untuk bdak2 tu karang.....bkan mintak tp sekadar bersedia.

Biarlah org nak kata apa. Aku tak kisah. Biarlah aku tak enjoy the daring excitement mcm gitu. Biarlah org kata aku x tau enjoy the life...bagi aku, my enjoying life tu dah lama berakhir sejak aku berkeluarga. Biarlah kami enjoy the life dgn cara kami sendiri. Yg pasti dgn cara yg less risky...............




No comments: