April 15, 2010

Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD or AD/HD)

Aku taktau korang tau tak pasal tittle kat atas tu. Masa mula2 pun aku taktau pekebende nya tuh. Lepas aku google, search internet then baru aku tau.. Walaupun dr tak 100% bgtau masalah si delin tuh, based on the notes2 yg aku baca aku yakin itulah sebenarnya yg ada pada delin.
3 hari lepas cikgu sekolah dia, cikgu Sarimah call hp aku bgtau yg baju sekolah delin terkoyak. Sbbnya ada sorang bdk cina kat kelas dia tu mmg super dupa hyperactive telah mengoyakkannya. Sebelum2 ni pun aku salu nmpak delin luka kena cakar. Kadang2 lebam2 kat badan, kat pipi. Aku ingatkan dia jatuh ke hape..tp bila ckgu sarimah bgtau barulah aku tau..ooh ni angkara bdak Chee Hon tu. Knowing delin, aku pun taklah 100% salah kan bdk tu. Sbb cikgu kata delin yg salu provoke bdak tu. Nak ajak main or gurau tp bdak tu tak nak. Bila delin dok paksa2 mgkin dia jadi fed up...agaknya lah. Sbb kat umah pun mcm tu gak. Klau ada benda dia nak or tak dpat mcm tulah karenah dia. Ada kala dia ajak amal main tp amal tak mau..dipaksa nya org tu sampai ditarik2. Mana ler org tu tak mengamuk kan.
Berbalik pada kes pertama baju koyak dia tu, Cikgu sarimah suh aku dtg sekolah wat report. Mak bdak Chee Hon tu ari2 dtg sekolah. Jadi masa baju delin koyak tu mak dia tau mak dia kata nak gantikan balik baju delin yg koyak tu. Aku ckp kat cikgu, tak apa lah. Sbb aku pun tau delin tu camne..tp ckgu kata kali ni mmg Chee Hon yg sengaja koyak kan baju tu. Jadik dia mintak aku buat official report kat sekolah supaya tindakan dapat diambil. Masalah delin tu mmg selalu aku pi diskass dgn cikgu...tp masalah Chee Hon tu pulak sbb maknya tak mau terima hakikat anak dia mmg bermasalah. Bila cikgu suggest suh pi bwk hospital mak dia marah sbb kata anak nya tak giler..
Jadik masa balik tu mmg aku nampak lah baju delin tu. Mmg besar koyaknya dan totally x leh pakai lagi lepas tu sbb baju kurung tu koyak dari paras leher sampai bawah...sib baik cikgu letak brooch kat situ kalau tak suma bole nampak. Aku tak rasa apa pun sbb baju tu mmg baju tahun lpas and mgkin dah nipis jadik senang jer dia ripped off..aku cabut lencana baju tu...and buat kain buruk lah apa lagi..masa malam tu kami slow talk dgn delin, byk kali dah pesan jgn kacau si Chee Hon tu..tiap hari ayah dia pesan but i guess..bdak mcm tu..cuma dgn pelatnya dia kata "mak chee hon janji nak ganti baju tu"... aku dgn SP ada plan nak jumpe pihak sekolah but not now. Sbb kena la amik cuti..and SP nak amik cuti kena la apply seminggu lebih awal..jadiknya plan nak amik cuti pi sekolah Jumaat dpn.
Mana tau smlm, bila delin balik jer aku tgk baju sekolah dia koyak lagi!!!..same sport..same ripped off exactly mcm smlm tuh. Masa ayah dia tnya Chee Hon koyakkan lagi ke???..aku mcm ada dgr delin jwp ' tak..alin koyak sendiri.. tp aku dgr sekali jer..bila ayah dia tnya ulang2 kali bdak cina tu ke yg koyak.dia jwap Ya... masa tu aku pun bit emosi jugak. Apahal ni, hari2 dok koyak baju sekolah anak aku nih..mampuuih ler cam ni hari2 kena koyak rabak nak beli baju sekolah lagi. So happen jugak itu baju taun lpas yg dah agak nipis. Masa tu angin aku dah go up stairs dah. Aku mcm membara2 nak buat komplen kat sekolah pasal bdak chee hon tu....
Lepas mandi dan solat maghrib aku dapt SMS dari ckgu Sarimah. Katanya baju delin tu koyak hari ni sbb dia koyakkan sendiri...smlm masa chee hon koyakkan baju dia suma org beri perhatian kat dia...mgkin sbb tu dia koyakkan sendiri!!!...mula2 aku terkesima gak baca msj tu..tapi cool je aku jwp "terima kasih ckgu sbb bgtau. mula2 saya takut jgak.ingatkan chee hon yg koyakkan lagi. Saya faham delin tu mmg selalu jugak buat mcm tu sbb nak tarik perhatian..saya dah biasa dah faham sgt dia pnye intention tu cikgu..terima kasih...
Lpas dpat SMS tu, ayah agak marah jugak...tapi dia biar aku yg handle aku kata..aku panggil delin one to one..tp dia x mo pandang muka aku pun!..aku paksa dia pandang muka aku and tnya kenapa dia koyakkan baju dia sendiri??..dia diam tak jawp..aku bebel, marah sket2...then aku kata...kalau awak buat lagi perkara x baik lg, lenkali mama x bawak pi jalan2 mana pun..not even pi main kat tesco!..dia x pandang muka aku..but i forced her to see my face and get her repeat tak mau buat lagi.. pening aku dgn bdak sorang ni and rsa mcm mengugut pulak..tapi apa cara aku ada lagi???
Pembelanjaran dia masih slow lagi walaupun skng nama sendiri dah tau pun tulis...aku cuma harap cepat2 lah dia pandai membaca..sekurang2 nya.................

No comments: