July 1, 2010

Dah Lama

Sekian lama dah tak de masa nak menulis kat sini..malas pun iye, bz pun iye. Bulan June tiap2 tahun mmg kena buat worldwide inventory. Jadi itulah tugasan nya. Bercuti panjang masa cuti sekolah tu mmg best, dapat jumpe sedara mara, dapat rehat, paling best makan makan makan...gambar2 suma pun aku dah upload kat FB jadi malas nak cite pjg2. Tapi sepanjang aku kat sana aku observed bberapa perkara yg mmg aku rasa dah jadik peel anak2 sedara SP terutama yg anak2 dara.
  1. Malas bangun pagi. Pukul 10 baru nak bangun pulak tu dah bangun melangut jer taktau ler nak tolong sidai kain ke, nak tolong tgk2 kat dapur ke.
  2. Malas mandi. Nama je anak dara. Tp bangun pagi tak reti nak mandi terus, lepak lepak lepak lapar makan...
  3. Lepas tgn suka amik kesempatan..ada kakak2 SP yg mmg species amik kesempatan, suruh SP pi kutip anak dorang kat stesen bas lah, antar ke sana lah...tumpang balik lah..dah le gitu mak bapak pnye peel diikut pulak oleh anak2 masing..hampeh.
  4. Dalam ramai2 anak sedara SP, anak2 dari Kak dia yg mmg bermasalah kat Kg tu lah yg paling teruk. Teruk perangai. Bak kata org dah ler rupa takde, perangai tak semenggah...taktau ler besok sapa jadi laki2 dorang..malang weeh
  5. Pun begitu, anak2 sedara SP yg adakan kenduri tu mmg superb. Rajin, bangun awal. Bahkan ada sorang tu dalam sarat2 tolong aku didapur..begitu jugaklah adik2 dia yg mmg ringan tangan ringan tulang. Begitu anak akak SP, begitulah jugak mak bapaknya.
  6. Habit anak2 dara tu yg paling aku tak gemar, melonggok kain baju yg dah pakai kat lam bilik air..means lepas mandi dok tinggai jer berlonggok2 kat situ..tuan rumah yg dok masukkan dalam mesin, dok sidai.......apaadaaaaa
  7. Yg pasti berada di sana aku rasa seolah berada di rumah sendiri. Sbb akak SP yg ni mmg sporting giler. Aku bangun pagi buat sarapan terus mengikut apa aku nak masak. MIL yg ada kat sana pun tak le ganggu2 suruh aku wat macam2...Itu yg best. Kalau kat umah MIL pg2 dah suh aku buat itu, ini...walhal aku tau masak memasak tu mmg tugas rasmi aku kan
  8. Since aku masak lauk untuk meja pengantin suka hati aku sbb sumanya abis licin!..sampai takde balance. SP pun melahirkan rasa terkilannya sbb tak dan nak rasa desert yg aku buat.....tp weekend ni akan ku buatkan lah untuk dia..sian.
    Begitulah adanya, aku malas nak cerita pjg2 pasal percutian kat sana. Yg pasti masa balik akak SP dan suaminya bekalkan beras, minyak, gula dan mcm2 barang dapur..smpai penuh keta!. Kat kawasan felda tu kalau ada kendri kendara jiran2 akan bagi brg2 dapur memacama sampai penuh satu rumah. Belum lagi tit bits, kek, kerepek ntah hape2 lagi...mmg dah jadi kebiasaan dorang. Yg pasti anak2 aku gembira sbb Pak Ngah mereka bagi sorang RM20 seblum balik. Aku puashati, walaupun tak dpt bagi byk RM pada mereka at least aku dgn SP spend byk masa menolong dorang dgn anak2 sedara yg sporting mmg best...tak sampai sebulan dari skg pulak anak sedara SP yg sorang lagi pulak nak kawin kat Felda jugak tp kali ni kat Gemas. Sbb time sekolah mmg aku tak dapat cuti pjg mngkin 2-3 hari jer....mmg tak sabar nak tunggu pasangan ni naik pelamin..bertahun2 dgn mcam2 dugaan dan cabaran..putus, sambung, putus and sambung. Yg pasti aku telah bejaya menjadi org tengah mendamaikan mereka berdua bila mereka hampir2 putus buat kali kedua..jodoh mereka panjang insya Allah. Bdak2 biasalah, ada angin ada mood. Pasang surut org bercinta katakan. Yg pasti keduanya menerima nasihat dan teguran dgn hati terbuka. Mmg aku mendoakan sgt2 moga2 sampai ke jenjang pelamin depa tuh...Addeelyn dah pun buat assement test hari tu kat dyslexia assco. Dorang recommend untuk dia dok the class for 3 bulan and cuti dari sek biasa. Cumanya aku kena fikir. Sek tu kat Titiwangsa..8 am -12.30pm, mana pulak aku nak letak lepas tu??..dgn perangai hyper dia yg makin menjadi2 satu masalah nanti nak bawk dia ke off ku or ke off SP. Aku tgh mencari2 alternatif lain. Dgrnya di sek berhampiran rumah ada menawarkan kelas untuk bdak2 mcm ni..haruslah aku mensurvey sabtu nanti. Kena juga bg dia join the class sbb teknik dan method pembelajaran tak sama di sek biasa. Moga2 lepas tu dia bole menguasai 3M dan bersekolah di sek biasa. Apapun keputusan nya nanti, harus aku pikir for Pro and kons. Yg pasti aku nak dia menguasai 3M tu sepenuhnya barulah hati ku senang. Ujung minggu dah makin hampir. Minggu ni kami bercadang nak berehat2 dirumah saja. Dah la mggu lepas penat di sunway Family day tmpat keje SP. Dgn org hampir 4000 org mmg havouc giler..aku langsung tak rasa excitementnya. Nak mandi pun penuh dgn anak beranak EON bank sja. Yg pasti Kak dibah Noor mmg superb hari tu..dapat gak aku amik gambar sekeping dgn dia..heheheh
    Hari Sabtu ni aku ada appointment kul 10am dgn Learning Centre for addeelyn. Spt plannya, nak bangun lewat sikit pi appointment then off to Sri Gombak lunch kat Mak Usu asam pedas....kalau takde apa halangan..dah berapa kali plan nak kesana tak jadi2..harap2 mggu ni jadi........
    Tak sabar nak ke hujung minggu..nak berehat. Nak merelek kan minda......................

No comments: