July 20, 2010

Kesabaran itu Berbaloi...

Masa aku mula keje kat co skg ni, mmg aku tak pernah harap lebih daripada gaji pun..Bg aku dorang wiling to byar that much pun aku bersyukur sgt2. Dgn gaji byk tulah, aku berjaya selesaikan segala mala utang piutang credit card yg berhantu tu. Alhamdulillah, berjaya jugak aku settlekan.
Aku tau kat co ni, sales team dapat sales incentive 2x setahun (dulu lah) dan sekali dapat tu bergantung pada tahap jualan utk tahun tersebut. Masa syed ada, adi ada, dorang mmg dapat banyak siul...ada sekali syed kata dia dapat 30k (which equal to 3 bulan lebih gaji dia weeeh), si adi dulu masa dia dapat incentive tu dia bole kasik aku bberapa ratus untk duit raya. Just because aku tak entittle pun dapat. Masa tu aku tak pernah rasa cemburu pun. Aku salu berfikiran positif..itu rezeki dorang, rezeki aku dapat keje kat sini pun dah cukup bagus.
Lepas syed blah, adi blah, bos aku si Umar blah, aku dpat bos baru. Bos aku skg nih. Mula2 aku rasa tak ngam jer dgn dia. Ye lah tak kenal maka tak cinta org kata kan?. Sbb dia dah biasa keje kat Algeria mgkin bahasa dah biasa kasar. Cakap pun mak aii memetir kuatnya..as time flies, we can go along nicely. Mostly aku rasa aku ni byk bantu dia dari segala serbi. Pendek kata tugas dia sebagai country manager tu 45% adalah contribution keja aku..yg sepatutnya dia yg buat. Regardless pasal report, customer ke hapa. Bila aku takde, dialah org paling gelabah sekali. Pendek cerita, aku ni segala2 ..walking diary, reminder, alarm ...ntah hape2 lagi. TP aku tak kesah, janji keje siap hati aku senang.
Penghujung tahun 2008, co kami akan diambil alih oleh co lain yg lebih besar. Jadik, jenab dgn jasa baik dia mempengaruhi boss aku ni supaya bagi lah kat aku sikit bon...memandangkan aku tak termasuk dalam group sales incentive plan, menurut jenab dia tau aku sgt berkerja keras, dediakasi dan semua good remarks dia bg kat aku..termasuk attitude aku katanya. Jadi promo si jenab kat bos aku ni rupanya menjadik jugak. Bos aku pun setuju apa yg jenab cakap. Jadik awal tahun 2009 tu Alhamdulillah, dapat ler aku sebulan BOn..which aku lenjankan beli mesin basuh, kamera baru, 2 bijik hp..hehehe..lepas tu senyap. No increment, no appraisal..no nothing. Since its a bad time, i guess suma org pun dok je dendiam. Pendek kata, gaji dapat on time pun kira canteeek dah kan?
Ropanya, dalam bad time pun..geng2 sales tu dapat gak sales incentive plan tu..menurut sumber tak ler bayk dalam 1.4 moon gitu...tp hakikatnya aku mmg tak dapat pun. So bulan April tu lepas bos ada buat appraisal. Jenab pun ada bgtau nama aku naik for increment. And suh aku dendiam sbb semua org lain tak dapat..so i zipped my lips. Masa appraisal pun bos aku ckp dia puas hati sesgt dgn keje aku. Dia akan rek0men for increment cuma dia tak gerenti berapa akan dapat. Aku dgr tu pun cukup senang hati aku rasa. April, May, June senyap jer..so aku tnye jenab in June, bilernya nak dpt increment nih?..jenab cuma ckp dah submit, tggu approval. Lama tul tu..tapi aku diam jer lah..takkan nak meroyan pulak kan??...
Awal bulan July baru ni, company keluarkan memo bgtau dgn rasminya, company skg ni dah ditukar nama..nama lebih glemor lagi..hikhik..so suma2 aset akan pi kt company baru. Aku mmc dah putus harapan dah pasal increment tuh..bg aku ada adalah..takde..takde rezeki. Secara tiba2 pulak semlam Jenab bisik kat aku seblum balik, yg nama aku dah dipropose untk masuk kat Sales Incentive Plan pnye group..waaaalllaaaaawei..aku cuma harap sikit increment jer, tapi ni dah kira Allah bagi rezeki lebih. Kata Jenab bos aku pun setuju aku masuk skali memandangkan aku pun berkerja keras mcm org sales gak..ye lah make sure barang sampai, order, invoice, paid on time pun aku..jadik katanya mcm tak adil lah..yg ianya, aku buat revenue report tiap bulan, jadik aku tau berapa byk USD $$$ yg masyuk untuk bulan2 tu kan...harus. Dan pagi ni, jenab dtg bisik kat aku lagi..Hah, confirm lah nama ko dah masuk..Bos besar si tinggi dah sain pun surat tu..aku nak kasik kat bos ko nih katanya......heheheh, memandangkan jualan yg sgt memberangsangkan dari Jan - skg..rakan2 semua mengharap 3-4 bulan ...oooh, byk tu....bg aku dapat sebulan pun dah cukup baik..apatah lagi lebih kan????
Pendek kata, seperti mula2 aku masuk keje kat sini, aku harap dapat lebih seratus dua jer gaji lebih dari yg aku dpat dulu..mana tau dorang bagi aku lebih 1k dari yg aku harap..Syukur lah...harap2nya rezeki anak2 makin murah lagi tahun ni...dapat lah bersedekah lebih sedikit..pada mak, pada akak..dan pada yg lelain..tak rugi bersabar kan?...Insya Allah. Yg pasti, aku berkerja dgn ikhlas (walaupun kdg2 ngular2 kat FB gak) tapi yg pasti, org yg tak berkelulusan tinggi mcm aku ni dapat gak keje yg bagus.., Alhamdulillah gaji yg lebih dari cukup. Hanya kerana, ada ketinggian azam dan semangat untuk jadi lebih bagus. Yg penting, sabar, rajin dan ikhlas dalam kerja kita insya Allah.................so, doa2 kanlah moga2 aku dapat rezeki lebih tahun ni yek..bole open table dgn korang.....AMIN

No comments: