August 16, 2010

Bayar Hutang tidor and ke dapur...

Hari Sabtu lepas, mmg ku bantai dgn mengkada segalamala tidorku. Tk pernah dalam sejarah aku mem'bangkong' org jawa kata hingga jam 11 pg.  Tu dia.  Lepas sahur dan solat aku terus tidor..bangun kejap, sambung lagi tidor, tidor. Seingat aku Hari sabtu aku x byk tgk tv pun. Byknya TV yg tgk aku. Menjelang petang kul 5 baru le aku stat masak, yg sempoi2 jer sbb keinginan nak mengintai bazar ramadan kat Tasek Puteri.  Mmg ramai betul org yg menjual, tp aku sendiri rasa tak selera mana pun nak beli apa2..adatak de, beli air jagung and tepung pelita untk kakak. Selebihnya aku cuma beli kerabu mangga dgn cucur udang jer.

Aku tgk ramai betul yg beli air tebu.  Sejak kecoh2 virus kencing tikus tu, kami mmg banned air tebu. Takut2 kalau2 tebu tu dikencing dek tikus kan.  Lgpun air tebu tak bagus untk tekak, akan menyebabkan batuk dek kerana serdak2 nya tuh.

Aku tak tau org lain, tp aku mmg jarang membeli lauk bulan2 pose sbbnya, Tuan tanah aku tu mana nak makan lauk kedai.  Paliing koman lauk ikan masin pekasam dgn sambal pun jadik tuk dia. Lgpun kalau time berbuka masak lauk esok2 sahur aku panaskan jer..dah berapa hari lebih nasik, aku dapat idea baru tuk tidak membazir. Untk buka aku masak 4 pot. Jadik masa sahur, aku panaskan jer nasik belance yg ngam2 untk 3 org tu..well taktik tu menjadi..so far dah takde balance nasik basi. Sayang jer kan kalau terpaksa ku buang.

Smlm, dari kul 3 ptg aku dh ke dapur. Kakak sbok sgt nak mintak buatkan pengedil.  Mujur ler sempat menuntu ilmu dari bibik (walau secara curi2)..dia kedekut ilmu weeh. Akhirnya kul 6 petang selesai suma keje aku kat dpur. Pengedil, sayur lemak nangka, ikan goreng, sambal belacan...daging masak cincai (yang aku lebur je suma rempah2 jintan, ketumbar segala bwg+ kicap manis + sos sikit).  Tak sangka pulak sedap daging tu.  Salu depa ni tak layan jer, tp smlm hmm bertambah2 nasik. Sahur td pun aku tgk dorang berselera jer makan daging masak cincai aku tu (ntah hape nama aku pun tatau). Hari2 berpuasa aku pasti org lain pun mcm aku pening kepala, apa lah menu nak masak.  Kalau tnye jer org lelaki..jwpannya..entahlah yer..apa pun boleh la..Lg senang ler aku. Maksudnya aku masak ikut apa yg aku rasa nak makan..ikan bosan ganti ayam, bosan ayam ganti daging, udang, sotong, telur...sumanya pun ada. Cuma aku rasa bulan poser ni kalau masak sardin sure tak termakan gaknya...

Hari ini? entahlah, mgkin aku masak ayam masak kicap dgn sambal telur jer gamaknya..terpaksa masak dua jenis lauk kerana kdg2 kakak tu klau dia tak suka, dia tak makan langsung lauk tu.  Mcm ari tu aku buat kurma ayam dgn kentang, sambal bilis kering...sayur cendawan..yg dimakannya cuma nasik dgn kentang jer. Kesian pulak aku tgk. Jadiknya tiap kali aku masak, aku makesure ada satu lauk kesukaan dia. Kalau tak karang mcm takde mood dia makan...kesian pulak aku.

Si Amal pulak, beriya2 nak pose siap bangun sahur, alih2 balik umah gelabah carik air.  Bila aku tnya..aiik? kata poser..dijwpnya..mmg Amal nak pose..tp cikgu (bbysitter aku dipnggilnya) asyik paksa2 amal makan dgn elisha..jadik amal terpaksa makan..ceeeeh..auta!

Deelyn pulak mmg aku tak expect dia pose, lemah sgt aku tgk dia sejak baik demam ni. Biarlah dulu.  Esok2 bila dia dah ready..ok lah tu.

Kalau isi rumah dah biasa nak mak masak..mmg lah mak kena masak jwpnya..no escape. Gaknya air tgn hikmat aku memasak lagi sedap dari kat kedai or bazar....... :)

No comments: