August 20, 2010

Raya gembira utk aku tahun ni....

Kadang2 ada benda yg tak terluah dek kata2 kan? bunyinya agak klise...tpi tu lah hakikatnya.  Byk sgt benda yg mmg aku tak pernah terluah 100% pada sparring partner aku..kerana aku masih mahu menjaga air mukanya, maruahnya dan keluarganya.

Hakikatnya aku sentiasa mengharapkan dia sendri faham atas apa yg dia lihat dan rasa.  Jadik bila time2 nak raya cam ni aku salu jadi syahdu..terutama kalau balik raya ke selatan nun...nasib baik tahun ni giliran aku..kalau tak mau parah jugak jiwa raga aku.

Aku x bole faham kalau anak2 perempuan yg takde hati pada mak dorang.  Maksud aku, sebgai anak perempuan kita harusnya peka dgn keadaan mak kita sendiri betul tak?. Mcm aku, aku salu teringat mak, kalau nak raya, apa mak masak..apa mak buat...nak jer balik jumpa mak terus..tpi apakan daya ..ada MOU yg dah di cap jarikan.

Well, honestly aku tak leh nampak tu suma pada kakak2 ipar aku.  Kalau time hari raya tu masing2 berlumba2 nak balik kg paling lewat. Pelik tp benar. Sungguhpun dorang ada keluarga, anak cucu sendiri tidakkah perasaan yg aku ada tu patut ada pada depa?...entahlah.

Bila time turn aku balik ke sana, berlumba2 jugak mereka balik selepas kami balik. Means kalau kami balik 2 hari seblum raya, dorang akan balik sehari seblum raya.  Mula2 dulu aku buat2 tak perasan buat2 tak nampak..tp kalau dh 14 thun...aku nampak..jelas dan nyata..semuanya nak escape. Escape menyediakan hidangan raya dan escape keluar duit.

Menantu2 MIL pulak, mmg aku lah yg paling malang keranamenjadi menantu yg paling rajin dan paling suka masak..kerana, setiap kali muka aku ada kt sana...akulah yg jadi mangsa. Kdg2 aku terasa sgt, bila berpuasa kat sana, subuh2 MIL akan kejutkan aku suh masak for sahur!...padahal org lain tak pun?. Anak2 perempuannya sendiri pun...samalah kalau berbuka..begitu jugak.  Pukul 3 ptg dia dah stat uarkan suh aku get ready nak masak for berbuka!.

Makin menjadi2 lagi kalau nak raya. Masing2 akan buat tatau. Maka akulah dgn SP aku kuar duit (biasanya $$ aku) untuk beli barang2 pasar, untk raya.  Bila sampai rumah, aku jugak kena siang, bersihkan dan masak!.  Bayangkan kalau sekali beli 6 ekor ayam..masak sekali pun bole abis.  Adik2 beradik SP berkeluarga besar..Anak2 dara pun besar2...tapi pemalasnya pun BESAR..

Selalu gak aku hint2 kat SP, dia perasan tak...yg setiap kali kami balik sana, aku terasa mcm bibik. Menyiapkan makanan untuk keluarga aku dan 8 keluarga besar yg lain!.  Ada ketika aku belum siap buat sarapan..masing2 melanguk menunggu di meja makan!..cuba korang bayangkan apa aku rasa?.

Sebagai manusia biasa, mmg kdg2 aku sedih. Salu jer aku cuba pujuk hati supaya sabar.  Setahun dulu mgkin...tpi untk sekian kalinya..aku tak mampu!.  Dan akhir2 ni aku perasan SP dah noticed. Kerana itu bila balik ke sana kami tak lama..paling lama 2 malam.  Dan selalu pulang ke sana, kami byk berjlan keluar. Kdg2 kami heret MIL sekali.  Sesungguhnya dulu rumah buruk MIL aku rasa bahagia..tp kini...sebesar dan seindah banglo yg dia tinggal...tidak seindah budi bahasa isi rumah tu.................

Di mana jer aku balik rumah ku or rumah MIL, aku tak kisah ke dapur. Cuma beza dirumah ku..aku dan kakak kami sama2 berbelanja di pasar, merangka menu apa nak masak dan sama2 kedapur.  Suasana sgt meriah...sbb kami bantu mmbantu seadanya....Abang ngah jugak begitu, sama2 menghulur wang semampu dia. Begitu jugak kakak sorang lagi , membantu dgn kudratnya..

Lain padang lain lain belalang..yg pasti aku suka kerana tahun ni aku beraya kat kg ku............dan sosek sosek ku dgr....isi rumah di selatan sana kecoh....risau, gabra kerana takde sapa nak siapkan hidangan for raya..................dalam hati aku bersorak, gembira, ketawa lantas hati jahat aku berkata2...Padanlah muka.....ada aku kesaaaaaaaah???, yeeeehhhhhhhhhhhhhhhhaa

No comments: