August 30, 2010

Shoping nak raya..

Weekend baru ni aku balik kg ku. Sungai Besar. Tujuan utamanya ialah nak rasa berbuka kt kg. Sbbnya mgkin malam raya baru dapat balik dek kekangan kerja.  Bukan aku..tp sparring partner aku.  Dah menjadi tradisi di tmpat keje dia harus bercuti mengikut giliran. Samada ambil awal seblum raya or selepas raya.  Nampaknya dah menjadi tradisi pulak dah masuk 2 tahun dia amik selepas. Sebagai isteri yg solehah...aku ikut jer lah :)

Hari Sabtu pepagi aku anak beranak dgn akak keluar ke pekan. Pegi Pasar beli barang2 basah untk masak buka dan tunggu kedai nak soping baju raya.  Aked Man, tmpat yg paling jadik tumpuan sbb byk pilihan baju melayu, baju kurung dan segala mala. Pening kepala aku, kerna terlampau ramai org walaupun ketika itu baru jer kul 9.30am. Shoping dgn bdak2 mmg menambah pening kepala ku..sini panggil Mama, sana mama..belum lagi nak memilih sorang dah menjerit kat sana.  Tahun ni tema soft purple, jenuh jugak nak mencarik kematchingan.  Dapat ler sorang sepasang.  Itupun entah berapa kedai lepas akid man kami dok survey.  SP dapat sepasang baju melayu ala2 Raihan gitu gak amal. Baju melayu sepasang lengkap sampin dan songkok. Delin dan kakak amik jubah purple. AKu?. entahlah aku takde mood langsung nak beli apa2. Hatta pi kedai kasut pun sorang satu depa rembat tapi aku ttap takde hati nak beli apa pun. Mgkin sbb baju dah ada 5 pasang ataupun mmg aku malas gaknya.

Pnya lah panas hari sabtu tu..end up pukul 11 baru kami balik umah.  Hari ahadnya pulak aku cuma keluar dgn akak jer. Pagi2 aku pi berurut dulu dgn mak. Pukul 9.30am baru aku dgn akak keluar. Aku malas nak naek moto, so aku drive avanza aku..just 2 org jer.  Lepas habis facial, merata kami pi. Mcm2 jugak. Tp takde satu pun aku pnye barang.  Singgah Pasaraya Sakan, dapat gak aku grabbed 4 helai tshirt Polo and Paul Smith untk SP. Sungguh cantik spend about RM80 dapat 4 helai.  Beli barang2 yg mak pesan dah lastly kami pi ke Avon. Ada promosi bagus2 untk pakaian dalam. Endup aku beli berhelai2. Hmmm maklumlah promosi RM10 sehelai . Mana nak dapt apa lagi.

By pukul 2 baru kami jalan balik . Wah cuaca panas dan sg besar jammed bagai nak rak. Sungguh panas bedengkang begitu, org masih tahan bersoping.  Balik dar sg besar, akak terus pengsan. Aku pun. Kami tidor kejap seblum masak for berbuka.  Kami masak lebih sbb aku nak tapau balik umah for sahur.

Lepas buka, kami terus balik ke Rawang dan tiba umah jam 9 malam. Letih sungguh. 

No comments: