September 27, 2010

Life began @ Forty : that what people said

Semlam 26hb Sept genap lah umur Sparring partner aku tu 40 tahun.  Semenjak2 sebok ni aku tak dan nak tempah kek ke hapa.  Lgpun for me, tak yah tunggu besday nak kasik adiah pun.  Hadiah aku pada dia bila aku rasa dia perlukannya. Contohnya jam tangan mahal yg aku dah bagi dia tahun lepas tu.  Mmg jam tu sgt2 berguna pada dia.  Handphone pun aku dah adiahkan masa hp dia rosak awal tahun baru ni.  Perfume?..aah, tiap kali aku bg perfume kat dia, dia tak guna pun. Bahkan aku rasa si Amal yg melenjan perfume yg aku beli ratus2 tu.  Salu aku tgk dia dok cilok perfume Elizabeth Arden aku tuh. Padanlah aku rasa makin ari makin susut.  Since dia keje teruk ala2 kuli jepun aku pun rasa dia tak perlu dah perfume tuh. Karang wangi2 berebut2 pulak perempuan2 dekat ye dak?.

Aku terbaca satu luahan seorang isteri kat Mingguan Malaysia baru ni perihal mendapatkan pasangan yg sempurna seratus peratus.  Jwpannya mmg kita takkan dapat Mr perfect. Kalau setakat tak romantik langsung tp bertanggung jwap, berugama, sayang keluarga dan anak2. Makan pakai cukup aku rasa tak perlu nak komen or komplen lelebih.  Soalnya kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya. Biasalah sedang lidah lagi tergigit kan.  Aku pun begitu. Ada gak benda2 kat SP aku yg aku kurang gemar or tak suka, tpi aku rsa segala apa yg selama ini kami tempuh dah 14 thn bersamanya, honestly aku takde komplen.  Syukur sgt2. Walaupun pendapatan tak ler sebyk mana Alhamdulillah cukup makan pakai.  Keikhlasan aku menerima dan bersyukur dgn segala rezeki yg Allah.

Aku berdoa semoga SP aku sentiasa di panjangkan umur dimurah kan rezeki. Supaya aku bole tumpang sekaki kekeke..Smlm aku dan anak2 dah wish dia besday, tapi since aku lum gaji dinner tu akan dipostponed pada 28hb nanti.  Hadiah tak penting, ingatan tu lagi mustahak kan.

Baru jap tadi pun aku suh kedai bunga kat bawah tu antar coklat, bunga + teddy bear 2 ekor utk dia.  Aku tak pernah pun buat tu semua seblum ni, tapi aku rasa since ni special 40 dia aku spend le sikit RM utk bg suprised kat dia.  Apalah sgt wang ringgit berbanding apa yg dia bagi pada aku, pada keluarga aku dan pada anak2 selama ini kan...

Aku harap di umur 40 ni dia makin matang dan makin bole berfikir dgn lebih bijak. Tinggalkan segala perangai2 atau kelakuan bdak2 yg masih ada dalam diri dia tu..Aku tau lah org ingat dia tu masih mcm bawah 30 an gitu, tpi tu bukan alasan nak berfoya2 ok?..aku harap2 sgt dia belajar dari kesilapan lalu tu supaya tak berulang lagi.  Buang perangai nak main2 dan nak test market tu............

Semoga hari2 mendatang ni, dia akan jadi seorang suami, ayah dan perkerja yg cemerlang.  Thanks D..for being there everytime i need.  Jadik pendengar, kwan, sahabat setia kala susah dan senang.  Aku berdoa semoga jodoh kita berpanjangan..and until death do us a part...


Happy 40th birthday dear...Kami sentiasa sayang kamu dari dulu, kini dan selamanya...........

September 24, 2010

Apee ke hal???

Musim raya tak abis lagi.  Masih on.  Maksudnya chances nak menambah proses keberatan badan for sure akan berlangsung sampai mid October.  Tahun ni, aku malas tak ada mood nak buat open house ke hapa. Jadik kalau ada kenkwn, sedara, jiran dan suku sakat nak datang bg jer tau Supaya dapat aku bg excuse aku takde umah dapat ler aku bersiap2 apa yg ada untuk dihidangkan.. tak kasi tau kalu...biskut raya sama cokodok bawah cicah sos jer jwapnya.

Ahad lepas, kwan kwn lama masa belajar kat PPKA dtang.  Masa seminggu sebelum tu pun aku dah bgtau tau SP dorang nak dtang.  Idakler aku mintak kebenaran dia kan ..dah namanya ari raya.  Jadik si Dan dgn si Remli (kedua2nya lelaki ye) berjanji2 lah nk dtg bersama anak beranak depa tuh.  Si Dan dari Kuala Selangor manakala si Remli mmg dok setaman dgn aku sekian lama tapi tak pernah dtg raya pun..boleh???  since dah terjejak kasih   terjumpa kat fesbuk tu menjadik lah.

Aku plan dah awal2 buat nasik lemak nak jamu dorang. Ye lah dorang nk datang pagi buta kan, idak ler buta mana, tapi pendek kata kul 9.30am lah.  Aku tau SP tu mcm reluctant bengang   jer bila aku kata ada kwn nak dtg tp tak bgtau jantina..hahaha nasib la kan. bkan apa pun.  Lepas pagi aku siap2 buat nasik lemak bagai aku still sempat mengeteh kat country homes dulu sambil beli sorat khabar.  Ye lah, ari minggu kan, mesti dan wajib baca berita gossip kat mingguan msia, berita harian dan Metro kan.

Masa dorang sampai tu, SP mcm buat2 bodoh jer.  Buat2 tak layan. 2-3 x aku kata dorang dah sampai..bangun lah dari sofa tu jemput dorang masuk ..dia buat dheek jer.  Cis. Aku keluar sambut dua keluarga tu dari gate. Beria suruh dorang masuk tapi dorang macam tak masuk2 pun mcm ada rantai pulak yg menghalang.  Akhirnya dah berkali2 aku jemput masuk lah dorang.  SP baru ler nak terhegeh bangun ...aku rasa Dan perasan kelakuan dia tu. Tp being a gentlemen dia mcm wat2 taktau jer.  Bayangkanlah si Dan dgn bini + 5 orang anak. Si Remli dgn bini + 3 orang anak. Takkan ler aku ni nak berpoya-poya dgn depa tuh..esssh tak kuasa aku.  Suma atas dasar kwan kan.

Aku amat respect kat Dan.  Dia mcm perasan SP mcm tak suka, dia dok sebelah SP stat the converstation. Being org gomen yg salu ada majlis perpaduan..he done his role very good.  Sampai la aku perasan..amboi bukan maen bersembang goreng pulak dgn si Dan tu.  Remli pulak byk melayan Spiderman kat HBO.  Since dia tu amat terjakun kagum dgn TV 42 inch cek yg baru tu ...jadik dia dgn anak dia sama melayan.  Aku tak berani nak bersembang2 kat fesbuk dgn si Dan pasal kedatangan dorang hari tu. Yg pasti Dan cuma bgtau nasik lemak special aku dgn sambal mmg superb.  Honestly aku nak mintak maaf kalau Dan tersinggung dgn perilaku SP masa mula2 dia datang tu.  SP tu cemburu sesgt mcm la bini dia ni lawa cun melecun sgt.  Bini2 dorang pun dgn aku OK jer.  Dua pun cikgu so persembangan tu takler outdated sgt mcm sembang dgn org yg tak kje kan?

Apa pun, lepas selesai kat umah aku  kami terus pi umah Remli. Dapat aku tgk umah remli dapat merasa nasik dagang wife dia.  Aku noticed gak masa kat umah Remli SP cam mute/bisu tak banyak cakap tp still Dan gak pandai cover the situation supaya tak ketara sgt kan.

Apa lah kan...itulah susahnya. Aku ni jenis ramai kawan over peramah   mudah jer nak bercampur dgn sapa pun..cuma pasangan aku tu mmg susah sikit.  Nasib baik dia tak tau blog aku ni..kalau nak naya..yg pasti, lepas makan kat rumah remli, dorang teruskan perjalanan ke rumah Jamal dan Salleh.  Cuma aku mmg plan tak mo join mostly sbb ptg tu mmg aku ada planned ke Puncak alam..nasib baik. Kalau tidak agaknya aku dpat tgk muncung 14 Sp aku tuh..hahahaha

September 21, 2010

Raya punya cerita

Sekadar melepas lelah dgn kesibukan kerja lepas bercuti panjang nih, aku rasa akan terasa release sedikit tension kalau dapat take a short break org kata.

Raya masih berjalan. Tahun ni, honestly aku sgt2 enjoy beraya di rumah mertua berbanding rumah mak ku sendiri. Kenapa?.  Ia sesuatu yg sukar diluahkan dgn kata2. Tapi aku pasti org2 yg rapat dgn aku tahu kenapa aku katakan sedemikian.  3 hari di rumah mak di kg kurasakan begitu lama.  Ku rasa begitu bosan sekali.  Aku tak tau kenapa mak menjadi begitu. Pada aku dan akak, mgkin itu sesuatu yg Allah bagi bagi setiap perbuatan, tingkah laku dan kata2 nya terhadap arwah bapak maybe?.  Sejak bapak meninggal, aku tau jiwa kosong, fikirannya bercelaru. Tidor malamnya terganggu.  Dia akan mula merepek dan meraban membebel perkara yg bukan2..kenapa yek?.  Aku pun tak tau. Yg pasti skg, aku bukan tak mau balik kg jenguk mak pun, cuma paling lama aku bole tahan ialah 3hari. Selebihnya aku mula tension, merasakan sekiranya makin lama di kg makin byk nanti dosa aku pulak?.  Susahnya nak jga hati org mcm mak.  Dia cepat berprasangka buruk suka menafsir benda2 negatif seblum benda yg sebenar terjadi.

Sungguh mmg aku paling rapat dgn dia, bahkan ramai org kata aku dan abang ngah anak2 kesayangan mak, hakikatnya aku tak suka.  Bagi aku itu hanya akan mewujudkan double standard pada adik beradik yg lain.  Mak akan membebel tanpa henti atas perkara2 kecik. Ada masa bergaduh dgn amal dan delin mcm bdak2 kecil.  Mgkin mak nak jadi mcm arwah nenek?...Arwah nenek dulu seblum mendpt penyakit nyanyuk begitulah kelakuannya.  Aku dgn Kakak sgt takut kalau2 mak sakit terlantar. Bukan kami tak mau jaga..insya Allah kami akan. Cuma, mak takde sifat sabar yg tinggi...harus sering keluar perkataan maki hamun dalam tutur katanya...itu yg kami takutkan benarnya, bagaimana dia menerima ujian Allah kalau ditakdirkan begitu.. Arwah bapak seorang yg tenang dan sabar..justeru ketika 4 thn terlantar, tak pernah aku dgr dia mengeluh bahkan memaki hamun..di akhir2 hayatnya dia hanya berdiam diri, seolah tau saat2 dia akan pergi dari kami.  Tpi mak?  semasa dia menjaga arwah bapak, dia sering merungut2, menyumpah2 bahkan aku selalu dgr kadangkala perkataan maki  hamun jer yg kuar dari mulut dia?

Sungguh aku terkilan.  Seblum raya, aku belikan mak kek lapis betawi. Mahal harganye ..hampir seratus ringgit sekilo.  Tujuan aku  hanya satu..aku tau mak suka kek tu...tapi, apa mak buat??. dia nak distribute kek tu pada abang long yg tak pernah peduli pasal dia?..sungguh aku dan akak sakit......Mak sedikit tak mau menghargai yg kek itu aku beli dgn harapan dia dapat makan puas2...ni tak? entahlah...byk lagi benda yg aku nak luahkan tapi tak terluah dek kata..bimbang pulak org salah erti.  Yg sebenarnya berat mata memandang dan telinga yg mendengar, berat lagi bahu kami yg memikul.

Raya pertama aku tolong akak sbb ramai org dtang. Tu pun mak tak abis2 membebel. Ada sajer benda yg tak kena. Malas melayan kami diam jer.  Dek kerana abang ngah ada, aku biar jer dia yg melayan sbb kami semua sibuk didapur.  Sebagai anak2 kami tak pernah harap mak nak buat apa2 pun di dapur.  Duduk jer lah, rehat. Tp mak berprasangka. Dia ingt kami tak suka sbb dia tak buat apa, lantas dgn kaki yg sering sakit tu sbok mengangkat air kesana kemari..sudahnya merungut, membebel dan memaki diri sendiri...

Biasanya kalau beraya di Johor, pagi raya kami akan sebok mengadakan sessi photography..tapi tidak di rumah mak.. tak ada org peduli pun nak bergambar bersama2 mcm masa arwah bapak ada dulu.  Yg kami perempun masing2 jugak sbok di dapur.  Petang raya kedua, aku dah balik ke rawang.  Tak kuasa rasanya aku mendengar mak membebel2, melabel amal dan delin sebgai bdak degil!.  Pukul 5 ptg aku cabut!.  Seblum balik aku sempat mohon ampun maaf dari dia..dalam hati, aku berdoa moga2 mak di beri sinar dan hidayah agar dapat sifat2 mahmudah dari dalam diri dia tu...agar sifat2 mazmumah dia hilang terus.. Seburuk mana perangai, kelakuan dia..dia tetap mak kami.

Raya kedua selepas maghrib kami jalan bergerak balik ke rumah SP di Johor pulak.  By the time kami tiba dah pukul 1 pagi.  Mak mertua dah menunggu.  Dah disediakan untk kami tempat tidor jugak pun!.  Betapa gembiranya dia sbb kami balik ke sana dan bercuti dgn lebih lama.  Di Johor, mcm biasa.  Segalamala barang basah keperluan kami beli mcm biasa.  Aku dah malas nak fikir dan malas nak berkira.  Aku rasa kalau semua kita buat dgn rasa enjoy dan ikhlas, pasti kita rasa tenang.  Betul!.  Aku tak kisah pun bangun awal dan siapkan sarapan pagi.  SP sentiasa menolong aku kat dapur. Bayangkan 5 hari aku kat sana, suma isi rumah bangung tido jer..sarapan dah siap!.  Yg pasti mak mertua sgt suka. 5 hari, dgn lima menu berbeza untuk sarapan. Ada nasik lemak, ada mihun. Kadang ada mee goreng...paling tidak cucur bilis cicah sambal tumis.  Sungguh penat sikit, aku rasa happy rasa puas. Duduk dirumah SP aku rasa sungguh tenang.  Jiwa aku sungguh aman dan damai..tak ada dgr maki hamun, takde dengar bebelan..bahkan tak pernah sekali mulut mak mertuaku  bersuara atau melabel cucu2 nya dgn apa2 panggilan pun.  Itu beza antara mak dan mak mertua ku!.

Hubungan saudara mara keluarga SP jugak sgt kuat. Dorang sgt rapat. Hari raya, kami mesti pergi menziarah rumah sedara mara dia. Tahun ni hampir 30 rumah sedara mara dapat kami pegi.  Harus, semua kebiasaan tu dah jadik tradisi. Bukan macam sebelah aku.  Mak dari dulu mmg tak pernah peduli kami kenal ke tak sedara mara dia.  Percaya tak, yg kami sampai sekarang tak kenal sepupu2 dari belah adik beradik mak..kalau kenal pun ada lah 2-3 kerat.  Selebihnya suma sedara belah arwah bapak.  Sepupu dari belah2 bapak je yg kami rapat.  Hari raya, mak cuma ikut pergi beraya ke rumah Pak su (adik arwah bapak), selebihnya dia TAK NAK.  hatta rumah kakak kandung nya sendiri.  Bahkan yg aku tak berapa gemar mak mcm menghasut kami supaya jgn pergi beraya ke rumah sedara2 mara bapak yg lain.  Masya Allah..kenapa agaknya mak jadi gitu?. Dulu masa arwah bapak ada, merata kami bawak beraya. Masa tu kami ada Van, bapak suka sgt kalau dapat pergi beraya mcm tu. Masa tu mak tak pernah bantah pulak???. Ikut jer. Mgkin takut sama arwah bapak?..

Masa di johor, anak2 pun suma suka dapat kenal sedara mara dorang. Sepupu sepapat, anak sedara, cucu2..suma dorang kenal.  Tahun ni pulak koleksi duit raya paling banyak kata anak2 ku.  Mujur aku dapat hidup dgn SP.  Belajar cara hidup keluarganya yg nyata lebih lebih baik dari belah aku.

Macam aku ktakan, kalau ikut kan hati aku mmg geram dgn perangai dan kelakuan biras2 yg lain. Mana tak yg hanya tau makan, tak reti basuh pinggan. Tak reti kemas meja lepas makan..bagaimana dorang..begitulah anak2 dorang jugak!.  2 x 5. 

Kalau aku terlampau memikir perihal dorang, mmg lama2 aku yg jadik sakit jiwa..jadik aku biarkan jer berlalu suma tu. Yg mana nak balik ke KL..menapau segala makanan yg aku masak dan hanya meninggalkan kami yg ada dirumah untuk dapat makan sesenduk nasik lemak sorang, mana yg datang cuma bawak perut, mana jugak yg datang buat bodoh...tak taulah. Kesian jugak aku kat mak mertua bila dia mengadu si anu begini, si anu begitu...apa lah daya aku?..cuma mendengar luahan dia.  Yg aku pasti, mak mertua aku jadik sangat gembira bila aku sekeluarga balik sana...mgkin sbb keikhlasan aku membuat segala keje rumah?, memasak untuk seisi rumah? atau berbelanjar barang2 pasar walaupun yg lain buat tak peduli?...entahlah...aku cuma nak dia sentiasa senang dgn aku..tak kira di mana...ku kira, atas keikhlasan aku sekeluarga tu menjadi sebb kenapa rumah kami sentiasa jadik tumpuan untk dorang dtang?...ataupun kerana SP sentiasa menjaga hati maknya sebaik mungkin berbanding abang2 nya yg lain?.. Hanya Allah yg mengetahui....cuma yg aku sering terfikir..kenapa lah mak tak bole jadi seperti mak SP?............

Wallahu Alam..hanya Allah yg tahu. Mgkin Allah nak menguji kami agaknya?...

September 7, 2010

Ready for Raya..

Umah dah siap cat. Touch done.  Lampu baru pun dah pasang. Sungguh tak sangka cantik betul jadinya.  Lampu 3 beradik bulat berjuntaian yg dibeli dgn RM99 sgt2 berbaloi.  Langsir baru pun dah pasang. Cumanya sofa lama masih memenuhi ruang.  Cita2 nak antar balik kg nampaknya kena buat lepas raya.  Sbbnya lori ngak ada.

The best part, smlm akak sms. TV 42inch LCD yg kami beli kat kg mak dah sampai. Wah, seronot dorang membega tv baru kami tu. Takpa..kasi chance. Tgklah puas2..karang lepas raya ke 2 akan ku hangkut balik ke rawang tv itewww..

Aku berharap jugak dgn ada nya tv baru tu, ada alasan esok bila balik Batu Pahat balik kejap2 jer. Sbb tak sabar nak menikmati kebesaran dan kesyokkan menonton Tv baru itew.

Abg ngah yg dikhabarkan tak balik raya tu, akhirnya tak tahan menahan semangat raya.  Sementelah gaknya dapat bonus RM500 tu aku dgr dia gak akan balik esok.  Kakak no 2 dah ada kat umah mak sejak ari isnin lagi.  As usual, petang raya pertama kot dia akan cabut ke umah MIL nya kat Raub.

Adik yg bongsu?..harap2 taun ni dia bawak bini dan anak2 dia balik umah mak dulu. Tahun ni first time bini dia beraya w/o Mak ayah yg baru meninggal few months back. I hope suma dapat bersama2..Forget about abang long lah. Sungguh duk dekat, since dia yg menjauhkan diri..i couldnt be bother more. Lantak korang lah.

2 years ago masa turn raya kat kg aku, aku spend almost RM300 for mercun.  Mmg meriah, siap ada mercun KLCC ala2 taun baru lagi.  Masa tu adi ler supplier haram.  Since adi dah lama blah, takdapat ler aku nak order mercun berbagai2.  La ni pun spend RM100 lebih dapat mercun ala2 buat syarat jer. Jgn terkejut kalau penyupplier tu org yg tak sepatutnya yek..betul ini fakta bkan auta.  Akak dpat beli dari talibarut yg mmg datangnya dari org yg bertugas sebagai pasukan keselamatan..so apa barang nak cegah segala2 kalau tu suma dorang yg jadik baruanya kan..

Apapun, aku sedang nak abis2 keje2 yg patut nih. Tahun lepas masa aku beraya, sebok phone aku berdering mcm bursa saham..gilos. Sampai SP asyik jeling2 jer.  Taun ni aku buat trick lain.  Aku mintak JLO relief on stok. Ala Jlo cuti beranak esok aku jugak kena cover, jadik aku amik kesempatan seblum tolong dia..dia kena tolong aku dulu boleeeeeh?.

Baju ke, hape ke blum pack lagi pun.  Esok2 la kot. Esok aku kena pi bawk deelyn appointment dgn pakar pertuturan kat selayang tu. Hmm nak raya pun kena pegi jugak apa nak buat kan?.  Duit raya? tahun ni duit aku tak banyak sgt keluar (tp pelik abis gak??) sbb SP baru dapat segala mala backdate, haruslah dia sponsor kan...and stat bulan depan duit nafkah yg SP bagi pun akan di up sikit ( doa bini dia mintak dimurahkan rejeki selalu  tu)  Alhamdulillah.   Duit raya tahun ni cam tahun2 sudah, cuma aku rasa akan byk baki, sbb by time balik Johor sok, suma dah blah..

Anak2 tak sabar2 nak balik kg. Hari2 menanya bila nak raya. Terutama si delin tuh.  Si amal pulak tak sabar nak maen mercun katanya.  Apapun, lagi 3 hari nak abiskan Ramadan. Semoga amalan, ibadat aku diterima. Semoga aku dikurniakan lailatul qadar. Mana tau lepas raya ttba naek gaji pulak kan??..I wish.  Kereta pun dah siap servis...ready we go. Tak sabar aku nak bercuti panjang u olls..

Apapun, selamat hari raya buat kwan2 semua..maaf zahir batin andai ada salah silap..Ada umur kita jumpe di hari raya.......adioss...hati2 di jalan raya!!

September 6, 2010

There's no Place like Home..

Jumaat lepas, aku ikut SP pi bukak pose kat salah satu hotel besar kat KL nih.  Since kalau aku tak ikut karang camne ler aku nak balik, aku ikut jer lah. Hari jumaat kat off aku casual so aku takmo ler nak pakai baju kurung ke hapa. Aku pakai je jeans mcm biasa. Dalam keta ku tinggal sepasang baju kurung pink lengkap dgn tudung dan kasutnya.

Pukul 4.30 ptg SP datang amik aku kat off.  Lepas mandi, tukar baju, berwangi2an aku dgn SP pi jer terus kat hotel tu.  Kisahnya kami rupanya org yg paling awal sampai. Masa tu dah kul 7 pun.  Ramainya manusia.  Aku pasti kebanyakan mereka pun datang sbb ada org sponsor. Mgkin ada segelintir jer yg bayar sendiri.  Rates RM90++ mmg totally tak berbaloi untk buka puasa aku rasa. Seperti kebanyakkan org tu kalau nak harap aku sendiri nak byar mmg tak kuasa you.  Berpusu2 ler suma org mengambik makanan. Ada yg tamak sehingga menimbun2 bermacam2 makanan penuh dkat meja. Dari eastern ke western, chinese ke indian, malay ke authentic. You name it you get it.  Bayangkan berapa ratus jenis makanan yg ada. Dan aku pasti takkan terlalu kita melantak suma itu. Aku cuma amik sensenduk nasik putih, dgn lauk udang, kambing, ayam, daging dan sayur.  Geng2 SP yg lain seramai 17 org termasuk yg bawak anak, suami, isteri pun sama jugak.  Aku ni dah biasa makan nasik separuh dgn sikit2 lauk kat umah. Jadiknya makan sikit pun dah cukup kenyang!  Malangnya dgn rate mahal tu, satenya keras membatu. Seolah2 tak masak pun tak sesedap satay Pak Cik Jamal kat country homes tu.  Sate made in microwave manakan sama satay dibakar berasap2!.

Ada lah jugak aku mencoba sedikit bihun kari. Yg rasa nya so and so jer.  Makan sedikit desert dek kerana kecomelannya. Secawan teh tarik dan segelas air kelapa. Tu pun aku dah rasa nak termun...SP mmg bole makan. Sebanyak2 dia makan steady jer.  Kwn2 dia pun sama. Being lelaki aku rasa. Dgn kerja berat, they can eat as much as they can!.

By dekat kul 8pm aku nak solat maghrib. Its good for the hotel buat tempat solat nearby the tmpat makan, malangnya tak ada telekung!!. Tellme berapa ramai org terfikir nak bwk telekung (mcm aku walau ada kat lam keta) memikirkan hotel besar selalu sediakan telekung.  Akibatnya, aku terpaksa pulak solat kat rumah mengkada'.  Amal pun asyik kol bila nak balik. Kesian jugak aku kenangkan dorang tiga beradik kat umah.  So on the way balik aku tapaukan KFC tuk mereka. Fair enough, masing2 tak makan sbb tunggu KFC. By time aku sampai rumah pun dah kul 9 lebih.

Apapun, itu salah satu sbb aku tak suka berbuka kat luar, luar dari rumah. Susah nak memikir for solat, susah jugak nak bersolat terawikh.  Rasa rugi sgt2 kalau tak dapat buat walaupun aku cuma solat di rumah.
Yg pasti, biarlah setakat berbuka ala2 kadar jer, tpi berada di rumah bersama anak2 dan keluarga dgn masakan dari air tangan sendiri ada lebih afdal bukan?..There's no place like home..there's no other important things..than our OWN family...selamat berpuasa..tinggal bberapa hari jer lagi....................

September 3, 2010

Anak2, Puasa dan Cuti Raya

Alhamdullillah..tak lama lagi sempurnalah Ramadhan.  Beraya ler kita semua kalau diizinkan Allah.  Aku sungguh tak puas hati dgn Si Jenab nih.  Byk company hari Khamis 9hb dah tutup.  Berkira sgt.  Sudah ku katakan, byk syarikat pelanggan mmg dah tutup hari Khamis tu.  Dia degil. Seolah mcm dia tau sgt2 lah raya hari Jumaat.   Apa lah salahnya tutup jer hari Khamis tu, then yg tak beraya tu stat keje on Monday.  Smlm, secara x sengaja Jenab terkata yg dia sendri nak cuti tu jadik bgitu. Maksudnya Boss aku yg mat salleh tu tak kesah pun.  Khamis tu aku terpaksa keje.  Sbbnya Addeelyn ada temu janji dgn dr kat Hspital pada 8hb.  Sbb itu, aku terpaksa swap cuti khamis ku kepada Rabu.  Khamis tu terpaksa dtg jugak..half day!.  Mmg buang masa.  Tapi apakan daya. Aku terpaksa berkorban kerana nak pi appointment addeelyn tu.

Hari ni off SP ada buat majlis berbuka puasa kat salah satu hotel kat KL ni. Memandangkan aku mmg pi keje dan balik keje dgn SP, aku ikut jugak.  Kalau dak camne aku nak balik?.  Kesian kat anak2 tapi since dorang ok jer. Aku ikutkan.  Subuh2 tadi aku dah siap masak lauk untk kakak buka puasa petang nanti.  Tinggal dia panas2 kan jer. Selesai tugas aku, walaupun being a mother, jauh disudut hati aku kesian gak kat dorang.  Cumanya, bak kata SP sekali ni jer. Bukan selalu. Biarkan anak2 tu berdikari sikit..

Umah pulak dah siap cat.  Tinggal nak touch up sikit jer.  Amal lah yg paling excited sbb dia berpeluang menolong ayah mengecat. Railing curtain pun dah siap cuma nak pasang langsir jer.  Jadik weeknd ni kami dah kena stat spring cleaning seluruh rumah.

Persiapan anak2 dah siap pun semua.  Mercun pun ada beli sikit.  Tp yg pasti tak bahaya. Setakat bunga2 api jer. Aku share dgn akak beli sedikit.

Yg pasti, mood keje mmg totally gone dah.  Dek kerana lagu2 raya kat sinar tu lah..Skg ni cuma menanti.  Aku harap2 sgt raya jatuh pada hari khamis..baru padan muka si jenab...

September 1, 2010

Cuti Merdeka...tpi aku tak merdeka

Semalam cuti sempena merdeka. Mmg plan aku nak mengemas rumah, nak melipat kain dan berbagai2 lagi kerja .. sementelah keuzuran tak puasa ni lantak segala mala keje..sbbnya masih bole makan dan minum di siang hari.  Pepagi bangun kami dah ke kedai gunting rambut. SP, Amal dan delin nak bergunting.  Awal gak kami tiba dalam kul 9 tapi still kena menunggu. Ramai org deh.

Abis menggunting, kami pi kedai hardware. Cari cat untuk cat rumah dan beli tmpat gantung curtain baru jenis ring tu.  Cat pilihan, kaler hijau (green peace) untk feature wall dan light soft green untuk kiri dan kanan.  Sebelum2 ni, byk kain baju kat lam bilik berlipat tapi aku letak kat atas lantai and dalam bakul jer. Jadik SP bermurah hati nak membeli dua buah almari pakaian minggu lepas.  Itu pun salah satu plan aku nak buat bila balik umah.

Lepas selesai beli barang kat hardware, kami terus balik umah. Kakak belum bangkit tidor lagi.  Check kat mesin kain baju dah siap di basuh..terus jer aku sidai.  Then kedapur, dua org tu merengek2 kelaparan dah.  Adaka amal ajak mengeteh makan roti canai..ahahaa...lupa gaknya dia yg bulan pose. Karang kena tangkap naya naik van jenazah..ooo tak kuasa.

Masak nasik sikit, buat sayur labu tumis air jer.  Baki ketam cili smlm ada lagi. So itulah yg dorang makan.  Siap mengemas pinggan mangkuk kat dapur aku terus masuk bilik untuk lipat kain2.  Masa tu dah jam 11pgi pun.  Aku stat mengemas, melipat dan buang2 apa yg patut.  By the time siap dah kul 3.30...aduhsss penat tak terkata. Naik kematu belakang aku ni. Hasilnya..waah bersih dan kemas.  takde lagi kain baju di atas meja, tepi katil. Kemas dan bersih.  Skg ni next aim nak get rid katil dan few almari.  Insya Allah, nak repaint bilik dgn kaler baru.  Plannya nak hantar sofa dan few almari balik ke kg ku jadi kena stat mengemas dari skg.  This time since ada sikit budget, kami betul2 nak buat transformasi untuk seluruh rumah. Termasuk dapur. Dapur tu insya Allah, sikit hari lagi bila tingkap and pintu dipasang..tiles bole mula letak. Untungnya tak payah pikir nk upah org sbb semuanya SP buat sendiri.  Next aim gak nak dpatkan 40" LCD TV mengganti TV Toshiba bomba yg gambarnya dan senget2 ke tepi. Tp tu suma insya Allah lepas raya nanti.

By time siap mengemas gitu gini dah dkat kul 4. Apalagi sambung pulak ke dapur. Since kakak nak makan pegedil, berusaha gak aku  buat. Goreng kentang, daging, tumbuk bla bla..siap.  Aku cuma goreng ikan kembung, tambah santan pada sayur labu yg ku buat pg for bdak2 and campur sikit pucuk dan suun.  Sambal belacan, ulam sengkuang. Siap.  Pukul 5.30pm lepas siap suma, kami pi bazar kt Country Homes. Sengaja nak tgk sbb tak pernah ada peluang aku gi sana. Masa tu ujan dah rintik2.  Cuma beli air jagung tuk kakak, rendang ayam mamak buat tambah lauk dan beberapa jenis kueh (suma beli RM1 jer).

Lepas buka, rehat2 kejap, dah kena mula mengemas hall pulak. Sbb SP nak mengecat.  Mmg takde rezeki, Cat for feature wall tu tertumpah dek Delin. Dah ler cat kecik tinnya dan mahal lak tu..tp dah takde rejeki apa nak buat. Sudahnya SP cat kiri dan kanan dulu guna kaler light.  Malam ni nak sambung lagi mengecat, dan SP nak tukar rod curtain tu.  Aku pulak kena pelan2 untk kemas bilik tengah pulak. Bilik tu mmg diguna tuk simpan baju delin dan amal dan tempat mengosok dan menghanger baju. Jugak baju2 lama2 yg dah tak pakai disimpan lam kotak. Hajat nya nak mengemas sikit2 sbb delin asyik menyepah jer bilik tu dgn baju, buku dan ntah hape2 lagi.  Last but not least, will be mengemas dapur.  Ni mmg kena buat malam or lepas sahur sbb ada major cleaning nk buat.

Apapun, tahun ni mmg aku x buat open house or apa.  Kalau ada yg nak dtg tu, beritau jer. Sbbnya, lepas raya kami sibuk dgn kenduri belah lelaki anak sedara yg hari tu. Pulak tu October nanti ada lagi anak sedara SP yg nak kawin dan Abg ipar dan wifenya mintak tolong kami nak buat memacam. Jadiknya sabtu ahad dari minggu lepas raya mmg kami pasti sibuk.  Kena plan betul2 kalau org nak dtg beraya sbb kami takkan ada dirumah hampir stiap weeknd.

Alhamdulillah, semua persiapan tuk bdak2, bapak budak dah ready. Tinggalnya kueh raya jer. Tu seblum raya 2-3 hari jer baru amik. Tahun ni aku order kueh2 yg biasa dari Kak Salmi kawan ku tu. Selebihnya ada kek betawi aku order tuk mak. Tu jer.  Tahun ni mood raya aku lebih pada nk cuti panjang.  Tu pun aku cuma beli 2 pasang kasut kat KL Sentral on the way balik keje hari selasa tu.  Lain2 suma yg biasa2 jer.

So, sekarang meneruskan baki2 terakhir ramadhan.  Semoga menjelang akhir2 ni, aku jadik semakin rajin nak bangun malam dan beribadah...dan semoga aku mendapat Lailatul Qadar...AMIN