September 24, 2010

Apee ke hal???

Musim raya tak abis lagi.  Masih on.  Maksudnya chances nak menambah proses keberatan badan for sure akan berlangsung sampai mid October.  Tahun ni, aku malas tak ada mood nak buat open house ke hapa. Jadik kalau ada kenkwn, sedara, jiran dan suku sakat nak datang bg jer tau Supaya dapat aku bg excuse aku takde umah dapat ler aku bersiap2 apa yg ada untuk dihidangkan.. tak kasi tau kalu...biskut raya sama cokodok bawah cicah sos jer jwapnya.

Ahad lepas, kwan kwn lama masa belajar kat PPKA dtang.  Masa seminggu sebelum tu pun aku dah bgtau tau SP dorang nak dtang.  Idakler aku mintak kebenaran dia kan ..dah namanya ari raya.  Jadik si Dan dgn si Remli (kedua2nya lelaki ye) berjanji2 lah nk dtg bersama anak beranak depa tuh.  Si Dan dari Kuala Selangor manakala si Remli mmg dok setaman dgn aku sekian lama tapi tak pernah dtg raya pun..boleh???  since dah terjejak kasih   terjumpa kat fesbuk tu menjadik lah.

Aku plan dah awal2 buat nasik lemak nak jamu dorang. Ye lah dorang nk datang pagi buta kan, idak ler buta mana, tapi pendek kata kul 9.30am lah.  Aku tau SP tu mcm reluctant bengang   jer bila aku kata ada kwn nak dtg tp tak bgtau jantina..hahaha nasib la kan. bkan apa pun.  Lepas pagi aku siap2 buat nasik lemak bagai aku still sempat mengeteh kat country homes dulu sambil beli sorat khabar.  Ye lah, ari minggu kan, mesti dan wajib baca berita gossip kat mingguan msia, berita harian dan Metro kan.

Masa dorang sampai tu, SP mcm buat2 bodoh jer.  Buat2 tak layan. 2-3 x aku kata dorang dah sampai..bangun lah dari sofa tu jemput dorang masuk ..dia buat dheek jer.  Cis. Aku keluar sambut dua keluarga tu dari gate. Beria suruh dorang masuk tapi dorang macam tak masuk2 pun mcm ada rantai pulak yg menghalang.  Akhirnya dah berkali2 aku jemput masuk lah dorang.  SP baru ler nak terhegeh bangun ...aku rasa Dan perasan kelakuan dia tu. Tp being a gentlemen dia mcm wat2 taktau jer.  Bayangkanlah si Dan dgn bini + 5 orang anak. Si Remli dgn bini + 3 orang anak. Takkan ler aku ni nak berpoya-poya dgn depa tuh..esssh tak kuasa aku.  Suma atas dasar kwan kan.

Aku amat respect kat Dan.  Dia mcm perasan SP mcm tak suka, dia dok sebelah SP stat the converstation. Being org gomen yg salu ada majlis perpaduan..he done his role very good.  Sampai la aku perasan..amboi bukan maen bersembang goreng pulak dgn si Dan tu.  Remli pulak byk melayan Spiderman kat HBO.  Since dia tu amat terjakun kagum dgn TV 42 inch cek yg baru tu ...jadik dia dgn anak dia sama melayan.  Aku tak berani nak bersembang2 kat fesbuk dgn si Dan pasal kedatangan dorang hari tu. Yg pasti Dan cuma bgtau nasik lemak special aku dgn sambal mmg superb.  Honestly aku nak mintak maaf kalau Dan tersinggung dgn perilaku SP masa mula2 dia datang tu.  SP tu cemburu sesgt mcm la bini dia ni lawa cun melecun sgt.  Bini2 dorang pun dgn aku OK jer.  Dua pun cikgu so persembangan tu takler outdated sgt mcm sembang dgn org yg tak kje kan?

Apa pun, lepas selesai kat umah aku  kami terus pi umah Remli. Dapat aku tgk umah remli dapat merasa nasik dagang wife dia.  Aku noticed gak masa kat umah Remli SP cam mute/bisu tak banyak cakap tp still Dan gak pandai cover the situation supaya tak ketara sgt kan.

Apa lah kan...itulah susahnya. Aku ni jenis ramai kawan over peramah   mudah jer nak bercampur dgn sapa pun..cuma pasangan aku tu mmg susah sikit.  Nasib baik dia tak tau blog aku ni..kalau nak naya..yg pasti, lepas makan kat rumah remli, dorang teruskan perjalanan ke rumah Jamal dan Salleh.  Cuma aku mmg plan tak mo join mostly sbb ptg tu mmg aku ada planned ke Puncak alam..nasib baik. Kalau tidak agaknya aku dpat tgk muncung 14 Sp aku tuh..hahahaha

No comments: