September 1, 2010

Cuti Merdeka...tpi aku tak merdeka

Semalam cuti sempena merdeka. Mmg plan aku nak mengemas rumah, nak melipat kain dan berbagai2 lagi kerja .. sementelah keuzuran tak puasa ni lantak segala mala keje..sbbnya masih bole makan dan minum di siang hari.  Pepagi bangun kami dah ke kedai gunting rambut. SP, Amal dan delin nak bergunting.  Awal gak kami tiba dalam kul 9 tapi still kena menunggu. Ramai org deh.

Abis menggunting, kami pi kedai hardware. Cari cat untuk cat rumah dan beli tmpat gantung curtain baru jenis ring tu.  Cat pilihan, kaler hijau (green peace) untk feature wall dan light soft green untuk kiri dan kanan.  Sebelum2 ni, byk kain baju kat lam bilik berlipat tapi aku letak kat atas lantai and dalam bakul jer. Jadik SP bermurah hati nak membeli dua buah almari pakaian minggu lepas.  Itu pun salah satu plan aku nak buat bila balik umah.

Lepas selesai beli barang kat hardware, kami terus balik umah. Kakak belum bangkit tidor lagi.  Check kat mesin kain baju dah siap di basuh..terus jer aku sidai.  Then kedapur, dua org tu merengek2 kelaparan dah.  Adaka amal ajak mengeteh makan roti canai..ahahaa...lupa gaknya dia yg bulan pose. Karang kena tangkap naya naik van jenazah..ooo tak kuasa.

Masak nasik sikit, buat sayur labu tumis air jer.  Baki ketam cili smlm ada lagi. So itulah yg dorang makan.  Siap mengemas pinggan mangkuk kat dapur aku terus masuk bilik untuk lipat kain2.  Masa tu dah jam 11pgi pun.  Aku stat mengemas, melipat dan buang2 apa yg patut.  By the time siap dah kul 3.30...aduhsss penat tak terkata. Naik kematu belakang aku ni. Hasilnya..waah bersih dan kemas.  takde lagi kain baju di atas meja, tepi katil. Kemas dan bersih.  Skg ni next aim nak get rid katil dan few almari.  Insya Allah, nak repaint bilik dgn kaler baru.  Plannya nak hantar sofa dan few almari balik ke kg ku jadi kena stat mengemas dari skg.  This time since ada sikit budget, kami betul2 nak buat transformasi untuk seluruh rumah. Termasuk dapur. Dapur tu insya Allah, sikit hari lagi bila tingkap and pintu dipasang..tiles bole mula letak. Untungnya tak payah pikir nk upah org sbb semuanya SP buat sendiri.  Next aim gak nak dpatkan 40" LCD TV mengganti TV Toshiba bomba yg gambarnya dan senget2 ke tepi. Tp tu suma insya Allah lepas raya nanti.

By time siap mengemas gitu gini dah dkat kul 4. Apalagi sambung pulak ke dapur. Since kakak nak makan pegedil, berusaha gak aku  buat. Goreng kentang, daging, tumbuk bla bla..siap.  Aku cuma goreng ikan kembung, tambah santan pada sayur labu yg ku buat pg for bdak2 and campur sikit pucuk dan suun.  Sambal belacan, ulam sengkuang. Siap.  Pukul 5.30pm lepas siap suma, kami pi bazar kt Country Homes. Sengaja nak tgk sbb tak pernah ada peluang aku gi sana. Masa tu ujan dah rintik2.  Cuma beli air jagung tuk kakak, rendang ayam mamak buat tambah lauk dan beberapa jenis kueh (suma beli RM1 jer).

Lepas buka, rehat2 kejap, dah kena mula mengemas hall pulak. Sbb SP nak mengecat.  Mmg takde rezeki, Cat for feature wall tu tertumpah dek Delin. Dah ler cat kecik tinnya dan mahal lak tu..tp dah takde rejeki apa nak buat. Sudahnya SP cat kiri dan kanan dulu guna kaler light.  Malam ni nak sambung lagi mengecat, dan SP nak tukar rod curtain tu.  Aku pulak kena pelan2 untk kemas bilik tengah pulak. Bilik tu mmg diguna tuk simpan baju delin dan amal dan tempat mengosok dan menghanger baju. Jugak baju2 lama2 yg dah tak pakai disimpan lam kotak. Hajat nya nak mengemas sikit2 sbb delin asyik menyepah jer bilik tu dgn baju, buku dan ntah hape2 lagi.  Last but not least, will be mengemas dapur.  Ni mmg kena buat malam or lepas sahur sbb ada major cleaning nk buat.

Apapun, tahun ni mmg aku x buat open house or apa.  Kalau ada yg nak dtg tu, beritau jer. Sbbnya, lepas raya kami sibuk dgn kenduri belah lelaki anak sedara yg hari tu. Pulak tu October nanti ada lagi anak sedara SP yg nak kawin dan Abg ipar dan wifenya mintak tolong kami nak buat memacam. Jadiknya sabtu ahad dari minggu lepas raya mmg kami pasti sibuk.  Kena plan betul2 kalau org nak dtg beraya sbb kami takkan ada dirumah hampir stiap weeknd.

Alhamdulillah, semua persiapan tuk bdak2, bapak budak dah ready. Tinggalnya kueh raya jer. Tu seblum raya 2-3 hari jer baru amik. Tahun ni aku order kueh2 yg biasa dari Kak Salmi kawan ku tu. Selebihnya ada kek betawi aku order tuk mak. Tu jer.  Tahun ni mood raya aku lebih pada nk cuti panjang.  Tu pun aku cuma beli 2 pasang kasut kat KL Sentral on the way balik keje hari selasa tu.  Lain2 suma yg biasa2 jer.

So, sekarang meneruskan baki2 terakhir ramadhan.  Semoga menjelang akhir2 ni, aku jadik semakin rajin nak bangun malam dan beribadah...dan semoga aku mendapat Lailatul Qadar...AMIN

No comments: