September 27, 2010

Life began @ Forty : that what people said

Semlam 26hb Sept genap lah umur Sparring partner aku tu 40 tahun.  Semenjak2 sebok ni aku tak dan nak tempah kek ke hapa.  Lgpun for me, tak yah tunggu besday nak kasik adiah pun.  Hadiah aku pada dia bila aku rasa dia perlukannya. Contohnya jam tangan mahal yg aku dah bagi dia tahun lepas tu.  Mmg jam tu sgt2 berguna pada dia.  Handphone pun aku dah adiahkan masa hp dia rosak awal tahun baru ni.  Perfume?..aah, tiap kali aku bg perfume kat dia, dia tak guna pun. Bahkan aku rasa si Amal yg melenjan perfume yg aku beli ratus2 tu.  Salu aku tgk dia dok cilok perfume Elizabeth Arden aku tuh. Padanlah aku rasa makin ari makin susut.  Since dia keje teruk ala2 kuli jepun aku pun rasa dia tak perlu dah perfume tuh. Karang wangi2 berebut2 pulak perempuan2 dekat ye dak?.

Aku terbaca satu luahan seorang isteri kat Mingguan Malaysia baru ni perihal mendapatkan pasangan yg sempurna seratus peratus.  Jwpannya mmg kita takkan dapat Mr perfect. Kalau setakat tak romantik langsung tp bertanggung jwap, berugama, sayang keluarga dan anak2. Makan pakai cukup aku rasa tak perlu nak komen or komplen lelebih.  Soalnya kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya. Biasalah sedang lidah lagi tergigit kan.  Aku pun begitu. Ada gak benda2 kat SP aku yg aku kurang gemar or tak suka, tpi aku rsa segala apa yg selama ini kami tempuh dah 14 thn bersamanya, honestly aku takde komplen.  Syukur sgt2. Walaupun pendapatan tak ler sebyk mana Alhamdulillah cukup makan pakai.  Keikhlasan aku menerima dan bersyukur dgn segala rezeki yg Allah.

Aku berdoa semoga SP aku sentiasa di panjangkan umur dimurah kan rezeki. Supaya aku bole tumpang sekaki kekeke..Smlm aku dan anak2 dah wish dia besday, tapi since aku lum gaji dinner tu akan dipostponed pada 28hb nanti.  Hadiah tak penting, ingatan tu lagi mustahak kan.

Baru jap tadi pun aku suh kedai bunga kat bawah tu antar coklat, bunga + teddy bear 2 ekor utk dia.  Aku tak pernah pun buat tu semua seblum ni, tapi aku rasa since ni special 40 dia aku spend le sikit RM utk bg suprised kat dia.  Apalah sgt wang ringgit berbanding apa yg dia bagi pada aku, pada keluarga aku dan pada anak2 selama ini kan...

Aku harap di umur 40 ni dia makin matang dan makin bole berfikir dgn lebih bijak. Tinggalkan segala perangai2 atau kelakuan bdak2 yg masih ada dalam diri dia tu..Aku tau lah org ingat dia tu masih mcm bawah 30 an gitu, tpi tu bukan alasan nak berfoya2 ok?..aku harap2 sgt dia belajar dari kesilapan lalu tu supaya tak berulang lagi.  Buang perangai nak main2 dan nak test market tu............

Semoga hari2 mendatang ni, dia akan jadi seorang suami, ayah dan perkerja yg cemerlang.  Thanks D..for being there everytime i need.  Jadik pendengar, kwan, sahabat setia kala susah dan senang.  Aku berdoa semoga jodoh kita berpanjangan..and until death do us a part...


Happy 40th birthday dear...Kami sentiasa sayang kamu dari dulu, kini dan selamanya...........

No comments: