September 6, 2010

There's no Place like Home..

Jumaat lepas, aku ikut SP pi bukak pose kat salah satu hotel besar kat KL nih.  Since kalau aku tak ikut karang camne ler aku nak balik, aku ikut jer lah. Hari jumaat kat off aku casual so aku takmo ler nak pakai baju kurung ke hapa. Aku pakai je jeans mcm biasa. Dalam keta ku tinggal sepasang baju kurung pink lengkap dgn tudung dan kasutnya.

Pukul 4.30 ptg SP datang amik aku kat off.  Lepas mandi, tukar baju, berwangi2an aku dgn SP pi jer terus kat hotel tu.  Kisahnya kami rupanya org yg paling awal sampai. Masa tu dah kul 7 pun.  Ramainya manusia.  Aku pasti kebanyakan mereka pun datang sbb ada org sponsor. Mgkin ada segelintir jer yg bayar sendiri.  Rates RM90++ mmg totally tak berbaloi untk buka puasa aku rasa. Seperti kebanyakkan org tu kalau nak harap aku sendiri nak byar mmg tak kuasa you.  Berpusu2 ler suma org mengambik makanan. Ada yg tamak sehingga menimbun2 bermacam2 makanan penuh dkat meja. Dari eastern ke western, chinese ke indian, malay ke authentic. You name it you get it.  Bayangkan berapa ratus jenis makanan yg ada. Dan aku pasti takkan terlalu kita melantak suma itu. Aku cuma amik sensenduk nasik putih, dgn lauk udang, kambing, ayam, daging dan sayur.  Geng2 SP yg lain seramai 17 org termasuk yg bawak anak, suami, isteri pun sama jugak.  Aku ni dah biasa makan nasik separuh dgn sikit2 lauk kat umah. Jadiknya makan sikit pun dah cukup kenyang!  Malangnya dgn rate mahal tu, satenya keras membatu. Seolah2 tak masak pun tak sesedap satay Pak Cik Jamal kat country homes tu.  Sate made in microwave manakan sama satay dibakar berasap2!.

Ada lah jugak aku mencoba sedikit bihun kari. Yg rasa nya so and so jer.  Makan sedikit desert dek kerana kecomelannya. Secawan teh tarik dan segelas air kelapa. Tu pun aku dah rasa nak termun...SP mmg bole makan. Sebanyak2 dia makan steady jer.  Kwn2 dia pun sama. Being lelaki aku rasa. Dgn kerja berat, they can eat as much as they can!.

By dekat kul 8pm aku nak solat maghrib. Its good for the hotel buat tempat solat nearby the tmpat makan, malangnya tak ada telekung!!. Tellme berapa ramai org terfikir nak bwk telekung (mcm aku walau ada kat lam keta) memikirkan hotel besar selalu sediakan telekung.  Akibatnya, aku terpaksa pulak solat kat rumah mengkada'.  Amal pun asyik kol bila nak balik. Kesian jugak aku kenangkan dorang tiga beradik kat umah.  So on the way balik aku tapaukan KFC tuk mereka. Fair enough, masing2 tak makan sbb tunggu KFC. By time aku sampai rumah pun dah kul 9 lebih.

Apapun, itu salah satu sbb aku tak suka berbuka kat luar, luar dari rumah. Susah nak memikir for solat, susah jugak nak bersolat terawikh.  Rasa rugi sgt2 kalau tak dapat buat walaupun aku cuma solat di rumah.
Yg pasti, biarlah setakat berbuka ala2 kadar jer, tpi berada di rumah bersama anak2 dan keluarga dgn masakan dari air tangan sendiri ada lebih afdal bukan?..There's no place like home..there's no other important things..than our OWN family...selamat berpuasa..tinggal bberapa hari jer lagi....................

No comments: