October 14, 2010

Pindah Rumah???

Selepas kejadian kemalangan moto itu hari, aku ttiba terfikir akan satu perkara yg logic tpi memerlukan pertimbangan yg sedlam2nya.  Perjalanan dari rumah ke tempat keje mmg jauh, mmg jammed dan seharusnya berisiko tinggi.  Bukan risiko apa, risiko kemalangan tu mmg sgt tinggi.  Lebih lagi bagi kami yg mmg hari2 merempit nih.  Bukan tak mau berkereta, tapi kejamm man terlampau tu mmg buat aku tension tahap gaban.  Bayangkan nak kuar dari jalan Ampang ke tol duta sahaja dah memakan masa hampir 2 jam (kira2 nak sampai balik kg ku kat sg besar tuh).

Ikut jalan lama selayang - templer pulak, lagilah gamaknya memakan masa lebih lama.  Mmg tak berapa jauh tapi ke jem tahap melampau mmg buat kita jadi lemau.

Dari persembangan aku dgn kwn2..ada lah cadangan dari sorang teman suh pindah jer dari situ.  Maksudnya carik rumah disekitar kawasan KL supaya senang nak ulang alik gi keje. Dan dekat jugak.  Sesuatu yg lojik tetapi harus aku pikirkan byk perkara.  Selain dari rumah yg ada skg ni (dok bayar PBB hampir 11 thn) aku jugak pikir pasal anak2, pasal sekolah dorang, pasal sapa nak jaga dorang..pasal..pasal..macam2 lagi lah.  Takkan lah aku nak sewakan rumah aku tu.  Rates sewa kat sana sgt rendah.  Paling tinggi pun empat ratus sebulan.  Dan monthly installment aku dgn bank RM650/sebulan.  Mana aku nak pikir bayar rumah tu, dan kalau nak pindah dkat2 KL mana aku nak pikir bayar rumah tu pulak nanti.  Jual?? bole jer tp harga sgt rendah dan aku rasa tak berbaloi sama sekali.

Suasana rumah aku di Rawang tu sgt tenang, sgt tenteram.  Mmg kawasan sesuai nak membesarkan anak2. Jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari segala perkara2 melekakan yg ada kat kotaraya KL ni.  Pendek kata, dari Rawang mmg susah nak keluar sedikit sebanyak dapat mengelakkan anak2 dari terdedah dgn cara melampau.  Berapa ramai kwn2 yg dok dkt dgn KL ada segala kemudahan mengeluh sbb anak2 susah nak kawal.  Ya lah, dorang nak kuar suma ada. LRT, bas, komuter suma depan mata jer.  Hatta ada kwn aku anak baru tingkatan 1 dah pandai nak kuar dgn kwn2 melepak kat mid valley, KLCC....

Setelah berfikir dan menimbang2 aku rasa malas.  Malas nak pindah randah lagi. Malas nak pikir kuar $$$ untk carik rumah lain dan malas nak menguruskan tukar sekolah anak2..  Perihal keselamatan kami pi dan balik keje tu hanya Allah jer yg tau.  Kalau mmg takdir nak berlaku kemalangan, kecelakaan di mana2 pun boleh.  Bukan sekadar naek moto,  naek keta, naek bas pun boleh berlaku jugak kan?.

Yg penting, lepas kejadian hari tu, kami lebih berhati2.  Sering nak memastikan keadaan moto sentiasa baik dan selamat.  Menukar tayar luar setiap 3-5 bulan dan pastikan sentiasa perlahan2 bila turun dari bukit.  Kemalanga sesuatu yg kita x leh nak elak kalau berlaku ye dak?.  Sebagai manusia dan hamba kita berusaha, berdoa mintak dijauhkan Insya Allah.

Pendek kata, biarlah apa org nak kata.  Yg pasti kami sgt selesa tinggal di tempat yg kami duduk skg.  Sungguhpun rumah kecil dan sempit tapi kami  bahagia.  Kami gembira sbb anak2 membesar dgn gembira.  Itu lebih penting dari segalanya kan.  Yg pasti, kesenangan dan kebahagiaan itu bukan terletak pada apa...ianya terletak pada ikatan kami sekeluarga dan kesediaan kami menerima apa jua yg di berikan oleh Allah.  Mgkin mmg tertulis itu rezeki kami sehingga kami pencen kelak.  Apa juga rezeki yg datang adlah dari Allah..segala yg baik darinya manakala segala yg buruk dari kami..Insya Allah.

No comments: