October 18, 2010

Rentetan itu..........

Rentetan dari cerita hari Jumaat tu ialah; aku akhirnya lembut hati dan telah mentransfer duit kat acc maybank abang ngah tuh.  Aku cuba jer ikhlas kan diri nak menolong dia.  Tpi akibat dari itu, aku dah tak cukup duit nk beri mak masa balik kg hari sabtu tuh.  Mujur ada CC, dapat gak aku belikan mak barang2 dapur dia...masa dia nak bagi duit balik kat aku..aku kata x yah lah mak, simpan jer duit tu wat belanja.  Aku ckp jer dgn mak perihal anak kesayangan dia tu x berduit.  Bulan ni jer dah 2 x mintak tolong kat aku..jadi aku x mo mak ingat aku mmg x nak bagi dia duit belanja..walaupun aku tau duit mak masih ada lagi...Mak geleng2 kepala tpi no further comments...

Aku fikir, mgkin anak sedara aku tu betul2 takde duit nak makan. Mintak kat abah, abah pulak tak berduit. Jadik Abahnya mencarik aku kan..Lembut gak hati aku walaupun pada awalnya geram sesgt.  Aku ni geram bukan apa, aku rasa mustahil akak ipar aku tu tak berduit. Kalau balik kg tu, menyoping sajer kejenya.  Pulak tu time nak raya bisness biskut raya bukan maen lagi pulun.  Well dia sendiri cerita dgn kitrang ni bape ribu dapat kan..tak sakit ati kalau tiap kali abang aku tu tak berduit, aku jugak ditujunya.

Knowing abang aku tu, aku tak rasa dia ckp dgn  bini dia kalau dia tak berduit ke hapa.  Buktinya kalau balik kg tu, dia hulur duit dgn mak pun time2 bini takde.  Moskel aku dorang ni.  Abang aku tu pulak jenis pendiam tak byk cerita.  Lgpun dia sndiri kata, dgn bini dia x leh citer lebih. Karang abis satu antero melaya sedara mara belah dia tau.  Kak ipar aku tu pun dgn adik2 dan akaknya kalau bercerita, or mengumpats mengalahkan kak Nam doblas tau.

Jadik, lepas aku diskass dgn SP aku dia kata bagilah.  Aku pun bagi. Masa balik keje ari jumaat tu aku pi masukkan kat deposit cash tu.  Harap2 dapat ler membantu dia sikit walaupun hati aku was2 yg anak buah aku tu tak cukup duit nak beli rokok.  Lepas aku masuk duit tu, aku msg abg ngah bgtau. 

Hari Sabtu tu pagi2 lagi aku bangun, sidai kain dan kemas apa patut.  Lepas suma siap baru ler kami gerak balik kg.  Sengaja aku mlas nak berkejar2.  Lebih kurang kul 9 lepas sarapan baru kami jalan.  By time sampai umah mak dah kul 10.30am.  Kebetulan ada kenduri kat kg mmg akak dah pesan tuk bawak baju kurung nak gi situ.  SP dan yg lain x mo gi. Mak pun sama x mo gi, katanya sakit perut. So aku dgn akak masak ler dulu. Pukul 12 baru jer kami gerak pi kenduri.  Yg kenduri tu  bole dikategorikan org ada2 jugak, tapi lauk kendurinya alahai idak sepertinya.  Cuma ada ayam goreng, sambal goreng dan daging masak merah.  No sambal belacan no ulam.  Aku rasa kalau takat nak tambah tu orait jer.  Tp mgkin sbb lapar, belasah jer.  Ramai aku cuma teman2 sekolah sekampung kat majlis tu.  Lepas makan, kami (aku, akak dan amal) tunggu nak tgk pengantin bersanding.  Sambil layan karaoke org2 kg.   Aku rasa dalam kul 1 lebih baru pengantin berarak.   Dapat ler nengok pengantin lelaki yg hensem dan pengantin perempuan yg comel.   Pengantin lelaki tu anak kwn pejabat akak.  Sekg dgn kami.  Masa kecik2 dulu aku tgk pengantin lelaki comot jer..tak sangka jadi jejaka tampan dan menawan, khabarnya menjadi rebutan u oll. Mgkin dah jodohnya dgn bdak lurah bilut kot.  Pengantin lelaki pun khabarnya bukan calang2. Jurutera awam bergaji 4 ribu ( heboh kat kg tu siap bgtau gaji u olls)..alah gaji aku lagi byk dari tu tak heboh pun..hhahaha bak kata akak, kalau org susah yg kenduri lauk 5-6 macam meriah dan rasa seronok jer makan..ni org kaya, lauk pun ala2 org kedekut jer..tak patut sungguh kan?

Lepas balik kenduri, lepaks2 kejap.  Lepas asar kami gerak ke Sg Besar sbb mak nak beli barang2 dapur.  Aku pun nak lepas hajat makan rojak dawwod sejak dari raya tak dapat. Rojak ni aku makan dari aku mula kenal ABC sampai skg. Rasanya tetap tak berubah.  Dolu, arwah bapak salu bawa ngeteh kat sini (dulu nama Yaacob-nama ayahnya)  Mmg masih seperti dulu.  Akak dgn anaknya order meggi goreng, mak makan nasik ayam,aku rojak, delin dgn amal share mee goreng..SP pulak mee rebus.  Kakak minum jer sebb kenyang katanya (mana tak kenyang, 4  x makan nasik ayam kg masak merah yg aku masak).

Lepas beli barang2 dapur mak semua, kami balik umah dan berposing di bendang..pi ler tgk kat FB kalau nak tgk pemandangan senja yg sungguh syahdu.

Lepas maghrib aku dgn SP dan Amal gi umah pak cik Abas sbb nak berurut.  Pak cik Abas dgn wife dia Mak cik La mmg terkenal sbgai tukang urut kat kg kami.  Lepas accident ari tu sengaja kami nak berurut.  Masa aku dtg org tak ramai. Mgkin sbb kami datang betul2 lepas maghrib.  Bila lepas 1.5 jm setengah aku sudah selesai, mak ai ramainya org dtg nak berurut. Lelaki dan perempuan.  Masa aku dah abis dalam 1/2 jam kot baru ler SP abis berurut dgn pak cik abas.  Amal pulak salu kencing tak lawas, jadik aku mintak Makcik La urutkan ari2 dan kakinya.  Amal kata sedap diurut sampai ketagih nak berurut lagi tu..

Masa aku dgn SP balik dalam ku 9.30 mlm masih ada 7-8 org menunggu giliran.  Menurut MakCik La salu kalau malam minggu sampai kul 2-3 pagi baru siap.  Kami bertiga aku cuma bagi seikhlas RM50.  Org2 kg biasa berurut bayar RM10 jer.  Aku dah biasa bagi lebih sikit. Lgpun kami bertiga.

Hari Ahad, bangun tido aduh sakit2 badan.  Biasa lepas berurut mau 3-4 hari kena rasa sakit baru baik.  Pg ahad tu kami ke pasar kat kg berdekatan, beli sayur, beli lontong feveret aku dan carik surat khabar sekali.
Lepas Asar kami gerak balik.  Sungguh pun kejap jer aku rasa lega sbb dah berurut......

Insya Allah, mgkin pertengahan bulan Nov nanti baru aku balik lagi.  Kena balik time2 tgh bulan sbb jalan clear dan sg besar tak packed sagt. Kalau ujung bulan perrgh....dgn jalan jammed tmpat makan penuh...so now i know to choose the best date nak balik sg besar..

No comments: