October 19, 2010

Terlampau baikhati kah aku ini???

Kalau korang baca blog aku yg awal2 dulu mesti korang tau betapa aku menempuh suka duka untuk terus bertahan selama 5 tahun di syarikat aku berkerja skg ni..Ada satu makhluk kat office aku ni yg tak pernah insaf dari perbuatan dia menganiaya, mencucuk ataupun membatu apikan org yg dia dengkikan.

Aku pernah terkena dulu.  Siap bos panggil dan warning aku atas tuduhan menyebarkan gossip2 tidak sihat di dalam pejabat ini.  Walhal, bila aku tnya bos balik apa benda yg aku ckp sampai aku kena begini sekali?..jwapan bos mudah. Dia taktau apa benda dan tak mau tau yg pasti dia tak mau ada perkara2 remeh yg akan menjadikan office ni tempat yg tak harmoni.

Aku terima teguran bos tu seadanya.  Aku mengaku, kadang2 aku tension kat click pasal keje dan cuba meluahkan di meja makan.  Aku kira, siapa pun yg mendengar harus menganggap itu semua keluhan aku dan tak seharusnya menyampaikan kepada empunya badan menjadi batu api.  Tidak kah si batu api yg patut menjadi kepala jahat bukan aku?.  Kalaulah apa yg aku luahkan itu di salah tafsir oleh org lain dek kerana si batu api salah aku kah itu???

Lepas sekian lama, aku buang rasa marah, dendam ku terhdap si J LO jauh2.  Niat aku cuma tak mau mengeruhkan keadaan di tempat keje.  Selama mana kita harus bermusuh sedangkan kita hari2 jumpe ye dak?.  Aku dah berjaya buang perasaan aku tu jauh2..hinggalah ....hari ini.

Si JLO ni dah termengandung pulak tahun ni.  Khabarnya bakal beranak bulan Jan nanti.  Sejak dia mengandung sumpah demi Allah aku tak pernah ingat perbuatan2 jahat dia pada aku dulu.  Hatta, sejak dia mengandung nih, aku tak kisah nak belikan dia apa2 makanan dgn ikhlas. Tanpa harap apa2.

Baru ni dia teringin nak makan kopok leko, kebetulan aku ada nampak org jual. Aku belikan dia.  Aku belanja dia nasik lemak yg dia teringin.  Niat aku ikhlas. Lagpun dia kan mengandung!. Kesian.

Tpi pagi ni hati aku sungguh panas dan terbakar.  Rakan sekerja dtg memberitahu aku, supaya berhati2 bila berbicara dgn JLO.  Kerana sudah ada gossip2 fitnah pasal rakan sekerja yg lain sampai ke telinga si jenab.  Si jenab pulak menanya ke rakan sekerja ku itu..apa cerita.

Terkesima aku...sesungguhnya aku ada meluahkan rasa tak puas hati pada si A kerana skg ni aku rasa dia tak bersungguh berkerja. Terutama ketika follow up invoice dgn pelanggan.  Aku ada kata, si A skg kerap berangan, janji macm2 tapi selalu tak buat pun.  Dan aku dah give dgn si A, aku skg kalau follow up apa2 pasal client dia, aku akan antar email dan CC bos.  Baru lah kerja tu jalan.  Si JLO pulak aku tatau sudah pusing cerita, sampai jenab sangka aku menyebar cerita x baik pasal si A.

Aduhai....apalah malang or shall i call my self BODOH??..sbb cepat sgt melupakan kejahatan JLO pada aku?  Yg pasti, aku tak mo menyimpan dendam.  Tapi inikah balasan nya?  JLo berbaik2 dgn aku, cuma untk menikam aku lagi buat ke sekian kalinya??.  Aku tak paham apa yg JLO dengkikan sgt dgn aku nih??.  Kalau customer dia sendiri kata nak berurusan dgn aku masa dia cuti beranak  nanti..itu salah aku kah??.  Aku baik dgn suma org tak kira pelanggan, kawan atau lawan.  Mgkin sbb itu dorang senang berurusan dgn aku...aku berkerja dgn ikhlas dan jujur. Tanpa ada niat lain.  Sbb itulah mereka suma suka dgn aku..bukan customer JLO sahaja..bahkan customer org lain juga..bahkan customer boss jugak..itu salah aku kah???.

Boss jugak begitu..tiap kali aku buat keje untuk customer dia, dia sgt puashati...dia salu memuji.  Salah aku kah kalau dia memuji sbb aku buat kje ku dgn jujur?.  Kalau aku MC, atau emergency aku msg bos...bos akan balas msg aku samada OK ataupun panjang lebar....salah aku kah?.  Salah aku ke kalau bos sendiri tak pernah jwb sms dia kalau dia on MC or EL?.

Entahlah, buntu aku memikir..salah aku kah semua itu.  Dia sendiri tak berjaya nak urus kerjanya sendiri..salu ada masalah anak, umah tangga..maid. Salah aku jugak?.  Aku percaya, sbb hati dia salu dengki dan busuk Allah mmg salu beri kesusahan pada dia..dapat maid mcm keldai.  Anak2 mcm setan??. Nasib baik dia bukan Islam.  Klau dak mau jer aku bersolat hajat mintak Allah beri balasan.  Nak je aku doakan dia dapat anak esok...tak sempurna..tapi dia bukan Islam..jadik segala kejahatan dia tu mmg dari hati nya yg hitam dan jahat!!..

Ya Allah, lindungilah aku. Beri lah aku kekuatan menghadapi suma ni..jauhkan aku dari fitnah, dengki dan irihati. Jadikan aku sentiasa rendah diri, ikhlas dan Jujur.....insya Allah....

No comments: