November 3, 2010

Aku dilanda penyakit....BOSAN

Mgkin sbb penat, mgkin sbb malas atau mgkin sbb company tak declare2 lagi bape increment patut aku dapat?.  Ya itu suma bole dikategorikan punca aku jadik bohsan semenjak dua ni.  Pi mengular kat fesbuk pun aku bosan.  Yg salu muncul org2 yg takde keje aku rasa..termasuk ler aku..  Cuma aku fikir, kadang2 benda yg dorang post tu buat aku bosan.  Ada yg pantang kasik peluang asyik nak tulis benda2 lucah jer.  Yg ada pulak dok wish kat bini or laki "sayang, selamat berkerja, sayang selamat bermeeting..sayang bla bla bla"...ieee muak pulak aku membacanya.  Yg ada pulak menggalakkan dgn beri komen2.  Bg aku kalau ada org or kengkwn post ayat2 ala2 gitu..biarkan jer. Kalau dikomen menjadik ler.  Apa barang citer malam jumaat, citer atas katil suma nak masuk dalam ini citer kan..aaargghh bosan.

Dulu aku join group bdak2 kg aku kat sg besar tu.  Ada jer mende atau cerita membina yg admin post kat situ.  Lately, sejak ada admin baru..aduh...segalamala hal peribodi dia nak post kat wall tu pe hal??.  Hari ni nak masak apa..nak tido apa..bla bla..apa yg dia tulis kat personal profile dia sama dgn dia post kat group wall..haiiyooo

Sudahnya, aku malas nak ke situ lagi.  Aku join group baru. Tp dalam group ni pun ada species2 suka ckp benda2 lucah. lagi aku x larat.  Ada takde aku jenguk2 gitu jer. Malas dan bosan.

Lagi satu kes pasal fesbuk ni..aku ada sorang kawan. housemate aku masa bujang2 dulu. Terjumpa kat fesbuk then berhubungan. Dalam pada aku  komen2 dia pnye fesbuk..(dia keje kat sepital melaka) ada salah sorang offmate dia add aku.  Sbb pmpuan aku accept lah kan.  Tak berapa lama, minah tu contact aku personally..samada hp atau chat. Tanya mcm2 pasal x housemate aku tu. Pasal perangai dia bla bla bla.  Aku jwp dgn jujur, dia ok jer.  Tp pasal keje taktau lah aku kan?.  Si minah (dia ni tomboy) ni citer, ngadu and komplen memacam pasal x housemate aku ni. Xhousemat aku ni mmg cun orgnya, rupa ada body pun ada..so aku assumed dia glamer giler ler kat sana. Lgpun gambar2 dia vogue2 belaka.  Honestly, aku x tau perangai dia. Ye lah masa kenal dulu bujang2..manakan sama dgn skg..dia pun dah ada anak lima kan...mcm2 benda yg tak baik aku dgr pasal perangai x housemate aku ni.  Being natural aku tak citer apa kat dia..dan x housemate aku pun ada cite  benda2 gak pasal si tomboy ni. Tp aku simpan kedua2 apa jugak citer dorang dua.  Akhirnya aku jadik mcm tertekan, macam tension gitu.  Sbbnya jadik atas pagar kan?. 

Aku mmg plan nak ke melaka cuti deepavali ni, dua org tu pun nak jumpa aku. Tp si tomboy contact aku personally kata gini gini..yg x housemate aku pun contact aku kata gitu gitu..hakikatnya, pada aku x housemate aku tu ok jer. Cuma mgkin sbb jadik perhatian dek kerana kelawaan dia tu, ramai yg x suka.  Perangai cara keje...wallahu alam. Sbb aku dgr dari seblah pihak aje so x adil aku nak menilai kan..

Walau bagaimana pun, setakat ni aku masih berjaya untuk menyimpan rashia kedua2 pihak.  Si tomboy ni beria2 nak jumpa aku, nak berkenalan. Aku jadik takut dibuatnya. Sbbnya gambar2 kat fesbuk dia suma geng2 tomboy jer..seram pulak aku.  Pulak tu menawar diri nak bawak aku jalan2 kat melaka..mcmlah kami ni pelancong asing tak tau jalan ye dak??.

Pg tadi, x housemate aku dah meng SMS tnya jadik tak plan aku nak ke sana.  Aku malas nak mengeruhkan kedua2 keadaan, buat masa ni aku ckp dgn dorang plan tu mgkin x jadi.  Honestly, aku x kisah kalau dorang nak dtg jumpa minum2 sembang2 kejap.  Tp si tomboy dah plan baik pnye, suruh aku biarkan SP dan anak2 kat hotel then aku ikut dia ronda2..apa barang???.

Jadik, aku dah mengambil keputusan..this is a family holiday..we need privacy. Aku tak mau SP rasa tak selesa nanti or mgkin dia akan tersinggung bila kami bercuti aku sbok pulak dgn org lain kan?.   Jadik aku x mo bgtau kedua2 nya yg aku jadik datang ke Melaka...pasal gambar yg mgkin aku amik kat melaka nanti..aku fikir kemudian. Yg pasti aku nak rilek2 bercuti dgn keluarga..layan anak2..aku x mo ada gap in between yg mengacau program kami.  Tak senang nak bercuti kalau ada org lain sbok2...lagi2 memikirkan si tomboy...eiiiiiiiiiiii takuuuuuuut....


No comments: