December 29, 2010

Bercuti dgn banyak duri dalam hati..

Plan bercuti kali ni sebenarnya Adhoc jer. Sbbnya MIL turun KL. Jadik sengaja nak carik tmpat bwk dia jenjalan kononya.

Apartment yg kami tinggal tu sungguh selesa sekali.  Kat Puncak Arabella Tanah Rata. Sbb kami dapat rate yg bagus so kami decided stay 3hari 2 malam.  Bilik tidur ada 3 sgt selesa. Dua bilik with queenbed dan satu bilik lagi ada 1 single bed.  Dapur dan peralatan suma cukup.Siap ada disediakan gula lagik.

Cuaca asyik ujan mengekang kami nak berjalan2 sgt.  Lagpun MIL tu mcm nak tak nak jer kuar.  Ada takde pi puncak Cameron, pastu singgah taman kaktus dan strawberry.  Ladang teh pulak singgah kejap masa on the way.  Tu pun x turun sbb ujan.

Susah sungguh bawak org tua ni. Regardless tak kira mak aku or mak dia.   Yg pasti, next time there will be no more vacation dgn kehadiran org lain.  Tak syok, sakit ati, makan ati..sumanya ada.  Sometimes aku salu fikir org tua ni terlebih ngengada. Sama macam mak aku gak.  Tanya nak beli apa2 tak?..sayur, jagung, buah?..sumanya tak mo. Mcm duit aku tu tak laku gamaknya.  Tp bila dkat dgn anaknya bukan main lagi memborong. Sungguh aku sakit hati tau.  Padahalnya duit yg aku pegang tu pun duit anak dia juga. Dasar sgt kan.

Masa kat puncak tu mcm2 ada jual dari baju2 sayur2 dan segala mala  hasil Cameron.  Parking susah nak dpat so SP drop aku, amal, kakak dan MIL dulu sementara dia carik parking. Bawak delin.  MIL nak beli tshirt tuk cucu2 kesayangan dia tu kat situ. Tp aku kata kat situ mahal sesgt.  Kalau nak beli nanti turun bawah kat Brinchang bole beli.  Aku rasa dia mcm tersinggung kot aku ckp gitu.  Ye lah tshirt cekai rega sampai rm29.90 kan. Dah ler tak berbaloi dont you expect aku nak beli for your cucu2 yg mak pak dorang kedekut tak hengat tu..please lah. I dont mind spending for dia beli buah ke sayur ke..Ni tak strawberry aku offer nak beli ke tak pun tak mo!.  Lepas SP dapat parking dia terus dtang kat aku. Masa tu aku dah borong sikit2 coklat and sayur2.  MIL masa tu masih x li apa pun!.  Majuk aku rasa.

Aku bawak kakak, alin dan amal pilih2 keychain yg dorang nak. Masa tu aku nampak SP dgn MIL dah pi kat kedai lain. Amboi bukan maen lagi memborong u olls. Sakit tak ati??.  Sungguh aku berusaha cover line muka aku yg bengang ni. Cuba manis2 kan muka.  But maybe SP perasan kot? dont know. Aku beli strawberry 3 kotak with RM30.  Pastu ada la beli buah2 tangan untuk kawan2.

Masa dah turun kat Brinchang dah kul 11 lebih. Aku suggest makan kat food court tu. Masa tu pun aku tnya MIL nak makan apa?. dia geleng kepala.  Tp aku ni malas nak ikut perasaan sgt kan org kata, aku order 2 nasik ayam, kakak order nasik goreng nenas dan aku order sikit satay.

Makan pulak?..susah sgt ke ckp nak makan apa.. Bukan kita expect dia bayar pun?.  Dah tu aku tgk ok jer makan nasik ayam tu. Berselera pun. No doubt masa pagi2  buta aku dah masak nasik kat aprtment siap lauk dan sayur bagai.  Aku dah makan bnyk thats why aku x mo makan berat2.  Tp dia seolah protes mentang aku x mo order dia pun tak. Tp bila diorder ok jer.

Masa ronda2 kat kedai beli tshirt, dia beli empat helai.  Aku sengaja drag SP jauh2 dari situ. Sbb aku mmg x mo bayar pun. Dan aku cuba elakkan SP dari bayar.  Itu untuk cucu2 dia kan. Pe de hal aku nak campur?.  Aku ni  malas nak berkira tapi since mak pak dorang tu bekira..aku pun nak jadi gitu.

Tiap kali balik kg, aku x pernah x beli apa2 untuk makanan/bekalan kami selama mana kami kat kg.  Bila dorang datang umah aku pun sama gak. So, mana rasionalnya?.  Kalau 10 hari kami kat kg means selama tu lah kami kena kuarkan duit beli semua barang2 makan, masak dan melantak.  Dorang??..seboleh2 nak jimat.  Hatta kalau dtg umah aku pun haram nak beli apa..mengabiskan ada. So haruskan aku bermurah dgn org begini?? NO WAY.

Endup MIL beli baju tshirt which way more cheaper dari di atas sana.  4 helai for RM27 ok lah kan?.  Lepas tu kami balik apartment je lepaks. Since Jumaat petang tu dah pi pasar, Sabtu petang tu cuma aku 4 beranak jer yg pi. MIL dgn kakak tinggal.

Malam MIL dah siap ingatkan anak2 yg esok (AHAD) kena bangun awal sbb nak balik. Malas aku nak argue aku diam jer. Masa on the way turun kami pi breakfast dulu.  MIL ikut SP order roti canai. Aku pilih mihun dan nasik goreng untk aku dan kakak n delin. Amal choose for nasik lemak.  Yg aku agak upset ialah menggelabah MIL nak balik katanya takut nanti di tinggalkan oleh adik SP yg baru nak balik dari Slim tu.  Kelam kabut semua org just because dia yg kelam kabut!.  Mlm tu gak aku dgn SP dah pack siap2 sayur2 yg SP beli tu.  Aku sengaja nak protes..tak tau SP noticed ke tak. Aku kata bagi jer suma sayur2 tu pada MIL bawak balik kg. Aku tak rasa nak amik pun!.  But being honest aku bet SP tak paham maksud aku tuh.  Dia cuma amik 3 biji kobis, satu celeri dan satu kobis bunga. Yg lain dia bungkus bagi MIL. RM50 pnye sayur u can imagine berapa byk tu.

Masa on the way turun, amal merengek2 nak ajak singgah ladang teh lagi dan turun bawah nak bergambar. Masa on the way naik ari tu ujan so dorang x berpeluang nak turun bawah.  MIL dah sound dari belakang. Ada apa nak pegi lagi, ari tu kan dah pegi..tak payah pegi lai. Aku diam jer. Aku pujuk amal, x payah pegi lah. Ari tu kita dah pegi. Next time kita pi lagi..kita singgah lagi. 

Mujur amal dengar pujukan aku dan kami terus balik Rawang. By the time sampai dah kul 11. Aku terus masak. MIL menggelabah dok tnya byk kali mana dorang dari Slim x sampai2.   Akhirnya pukul 3 lebih baru dorang sampai.  Dorang rupanya pi ngantar pengantin  bagai.  Fair enuff kan itu sedara mara biras aku biar dia lah nak pi mana. Yg aku kurang gemar, MIL korek dari cucu2 dia mana dorang pegi, siapa yg datang.  Siap buat muka mengejek sbb mak biras aku yg baru kuar hspital tu pun ada sama..Amender ler??..  Anak dia yg buat kenduri, suka hati dia walau pun sakit kan. She has no right to say ANYTHING on that.

Aku mmg noticed MIL ni dia kurang senang kalau anak2 menantu pi memana time dia datang. For her kalau dia datang dorang suma tak bole pi mana-mana.  Masa dia pi umah abang sulong SP dorang nak ke Langkawi. Wah bberapa hari dia mengata dorang tu pi bercuti time2 dia datang.  Aku dah paham sgt perangai dia tu kan, bila dia mengata menantu yg lain aku diam jer. No further comment.  If she can say anything about other DIL mesti dia pun ada mengata aku kan.

Masa dia pi umah abg no 2 SP pun sama.  Dah bgtau dorang tu tak duk umah time cuti sekolah ni, nak jugak tido sana. Sudahnya baru satu malam dah gelisah nak balik umah kami balik.  Udah dikhabarkan gitu. Pulak tu siap bercerita memacam perihal menantu kat sana..which totally aku x suka.

So masa adik SP dah sampai umah dorang nak lepak2 dulu seblum off to BP.  Tp MIL dah gelabah nak balik tak nyempat2 walhal dorang baru sampai!.  Biras aku pun ada bercerita apa yg MIL bising2 bila tido kat umah abang no 2 dorang tu. So many complains!. Until adik SP sendiri pun fed up. So that dorang malas nak layan bawak jer dia antar kat umah kami!. Ish ish..salute aku kat biras aku tu lah, mcmana dia leh tahan dok dgn org tua tu?,. Kalau aku sure dah mereng. Kata biras aku dia malas nak layan so dia diam jer..Boleh?? aku x bole la.  Sdgkan sometimes anak dia sendiri pun fed up nak layan so dorang diam jer..

SP sgt baik dgn mak dia. Sgt2. So aku ni sentiasa berjaga2 agar tak terlepas geram or cakap pasal MIL. Dia sejak2 dah forty ni amat sensitif sgt. Tak bole tersalah cakap sikit majuk.  Jadik aku jadik hipokrit utk konon2 terima semuanya sedangkan dalam hati ni. Hanya Allah yg tau.  Tp nak buat cam ne. Kena berkorban demi org lain kan?.

So lepas kul 5 dorang off ke BP.  Aku suruh jer MIL hangkut segala mala sayur mayur tu.  Ada gak sikit teh aku bagi.  Strawberrry and jem?..takde. Aku cuma beli untuk aku, untk kwn2 ku jer....sorry ya.

Sebelum balik sempat MIL sound kat SP. Next time nak bercuti jgn lupa ajak dia sekali. Huh?? Please!!!. ddalam hati aku "haaa. malam sikit"...pastu ada hati nak suh book kat Cameron lagi so that dia nak pegi lagi ajak sekali anak beranak, ipar duai SP..ooh No way man!!. past is past. PD pnye hal pun lum leh aku lupa ada hati nak suh organise lagi..

For sure, aku dah sound suma org dalam rumah. Next year kita akan pergi bercuti ke tempat2 yg kita belum pernah pegi..Spt, penang, sg petani or perlis or Kelantan. Tak pun kita pi pulau2.  Yg pasti, aku dah sound awal2..kita takkan pegi time cuti sekolah. Kita akan pi time cuti umum or weeknd..Alasan paling kukuh: sbb time cuti sekolah sure pack..Hakikatnya : Aku x ingin orang lain yg tak berkenaan nak mengikut seh..tak kira dari family aku or family dia..full stop!.

No comments: