December 16, 2010

Surat Cinta dari Boss

Semalam petang time2 nak balik gitu, bos datang kat cubicle aku and dok kat depan aku (kat each meja suma ada satu kusi ala2 nak jumpa doktor tu).  Dia tunjuk satu surat yg di atasnya ada nama aku, then daripada bberapa nama besar dalam company.

Rupanya surat pemberitahuan rasmi yg sekarang ni aku adalah termasuk dalam kategori Company Incentive Plan (CIP).  Tak semua org dalam company kami masuk dalam list ni. Well, aku pun baru jer bos masukkan pertengahan tahun ni.  Bila dah ada lam list ni, bila2 ada incentive bon dapat lah tumpang sekali.

Lepas dah nak masuk 5 tahun aku keje kat sini baru ler aku termasuk kat CIP.  Sebelum2 ni bila dorang dapat aku tumpang jer. Tumpang gembira..$$$ takdak!.  Dulu masa Adi ada, tiap kali dorang dapat tu Adi bagi ler aku beberapa ratus. Masa tu company under holdings lain. Skg ni sejak dah under Non Other Vendor (-NOV, syed yg bagi gelaran tuh) aku dgr last dorang dapat Feb baru ni..which aku telan air liur jer.  Aku tau pun sbb si K yg bgtau aku. Nak harap yg lain2 tu..usahkan belanja, nak kasik tau pun hampeh.  Tapi bab keje, invoicing, payment, load out barang2 dorang aku yg uruskan...bukan apa. At least belanja makan tghari kat cafe BSN pun ok. Busuk2 MeK D pun ok kan??..well hati org susah nak predict.

Masa tu K kata dorang dapat dkt 2 bulan.  Tapi tak kisahlah, rezeki dorang. Rezeki aku lum sampai.  Masa awal 2009 aku ada lah dapat bon sikit atas simpati bos aku..(thanks to jenab gak sbb nasihatkan boss aku supaya kasik aku bon sikit).  Ye lah, keje2 sales suma aku buat gak kan? mcm tak adil jer aku x dapat apa2 ..gitu.

So sepanjang 2009-ujung 2010, takde increment takde bonus pun untuk aku.  Harapan increment tu tinggal harapan jer sbb since April smpai sekarang sepuloh sen pun aku x nampak lam gaji aku..makin kurang dek tax adalah.  Keje makin banyak, tanggung jwap makin banyak tp company tak kasik apa2 takkan aku nak mengamuk berparang or meroyan pulak kan? hidup mesti diteruskan org kata.

Tapi aku syukur sgt2..sbb ramai bosses dah admit sumbangan aku pada company ni.  Good remarks aku dapat bukan jer dari direct bos, rakan2 sekerja di negara lain terutama singa betina kat seberang tambak tu, tpi jugak dari geng2 teratas accounting team nun di UK sana.  Gaknya sbb aku ensure all are invoice on time, kejar company D on payment and stuff tu menyenangkan dorang.  Terima kasih jer lah to mereka2 tuh.  Yg penting niat nak menyelesaikan keje dgn ikhlas tu insya Allah org kata.  Lgpun sejak Umar dah tak de, aku mmg buat semua keje2 Country Manager membantu bos aku.  Hatta, org salu ingat aku pulak yg Country Manager  :) . La ni aku ada dgr  ura2 nak tukar nama position aku cam si Pat kat Thailand tu..dulu dia cam aku gak..la ni tittle dia Asst to Country Manager gitu!..Aku x hard up pun pasal tittle tuh. Terutama kalau setakat kasik tittle besar2 gitu gaji cam tu jgak..apa barang kan???.  Since dah tukar2 org dalam company baru ni mcm2 benda gak dorang tukar.  Boss besar pun dah 2-3 x tukar. Dan nampaknya dua org baru ni so far sgt tau dan memahami kalau kita betul2 keje dgn bagus..


Jadik berbalik surat tadi tu, bukanlah surat bagi tau aku dapat 5 bulan bon ke hapa (kot kalau dpt bnyk tuh..wah...heaven oo) just bagi tau yg aku dgn rasminya menjadi ahli  CIP.  Ada lah dia bagi tau pengiraan bonus tu cam ner..sungguh complicated, so aku malas nak pening2 kepala kan..yg aku baca ayat penting ialah...semuanya akan dibayar pada gaji bulan Feb 2011.  Harapan aku untuk increment jugak lah tahun depan. Dapat gak tambah2 simpanan, dapat cover kos delin sekolah kat sekolah khas tu kan. Dan aku harap sgt aku dapat tunaikan hasrat beli dua barang yg mmg dah lama aku idamkan itu...bukan HP  yg kwn2..ada benda lain..dan Insya Allah bulan tu gak turn aku dapat duit kutus...spt aku dah janji dgn anak2..tahun depan bulan May nak ke Pulau Kapas dan aku akan gunakan duit kutus itu...

Sekejap rasa bulan Dec dan tak lama lagi dah nak abis tahun.  Mcm tahun2 sebelum aku tak la menanam azam sgt2..cuma aku berharap sgt tahun depan aku dapat lah lagi bergigih menambah simpanan aku yg tak seberapa tu. Insya Allah.

Persiapan persekolahan anak2 pun belum ready satu pun. Sementelah bapak dorang dapat bon biarlah dia yg uruskan tu semua harus tak dilupa roadtax keta dan insurans yg akan mati bulan Jan nanti. Harus ada allocation jugak tu kan.

Apapun, aku berharap dan berdoa semoga tahun 2011 akan memberi lebih rezeki, kesihatan, kegembiraan dan kebahagian pada aku, anak2 dah keluarga kami. Moga 2011 akan memberi sinar pada kami semua..dan insya Allah kalau delin boleh membaca dan menulis dgn lancar lepas bersekolah khas nanti, aku  berniat nak buat kenduri kesyukuran. Till then, aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan umur kami supaya kami dapat membesarkan anak2, menambah amalan dan ibadat dan supaya hidup kami sekeluarga sentiasa gembira dan ceria...AMIN

No comments: