January 7, 2011

2011 yg penuh cabaran

Dari mula hari orientasi sekolah Amal ari tu aku nampak kesungguhan dia nak sekolah.  Sungguh detail dan determined dia.  Malam seblum sek dia akan sediakan segala keperluan dia. Mana singlet, spenda, baju, tai sampai dan yg perlu dia pakai tersedia.  Beg dan buku2 pun teratur.  Masa hari orientasi tu aku penat menunggu dan turun naik tangga gak sbb kelas dia tingkat 3.  Yg best nama Amal kat no 1, kelas Pertama. Just because kami daftar dia awal2 lagi.  Dalam 2 minggu ni dia ada orientasi and saringan baru ler tau kelas apa dia akan dok..kelas 1 atau 2 atau 3 dan seterusnya sampai kelas ke 8.

Mula2 mmg dia nampak takut sbb tak ada kawan. Masuk ari kedua, ketiga dan seterusnya dah ok sgt2. Lucu gak aku dgr bila dia sendiri dgn jujur mengaku ada menangis 2-3 hari ni sbb kwn lambat datang.  Katanya takut kalau dia x ada kwn rehat nanti. Sambil cerita dia pun gelak2 jer.  Hari2 dia akan bawak balik cerita memacam dari sekolah.  Aku lah yg rajin melayan dan menanya dia.  Nama kawan2 dia pun aku yg ingatkan just becoz masa orientasi tu aku nampak nama2 dorang tuh.

Sek agama pulak, dah byk doa2 yg dia baca. Baru bberapa hari sekolah dah hafal. Ada doa2 tu aku sendiri pun tak tau...or dah lupa..malu  betul.  Satu yg aku suka, tupperware aku yg ku labur beratus bulan lepas tu mmg sgt berguna sgt sbb Amal hari2 nak bawak bekal.  Sek pagi dan petang.  Menu pulak lain2. Ada masa dia mintak nasik lemak. mee atau meehun atau pun setakat nugget dan hot dog jer.  Aku pulak mmg malas nak bangun awal2 pg sgt tp sek kerana dia mmg nak makan..aku gagahkan la jugak.  Dah 2 hari berturut2 dia bawak nugget dan  hotdog.  Since letak dalam tupperware, tak minyak or tumpah bole jer masuk bag sek dia..tergolek terguling tak bcor pun.  Air pulak, sbb aku nak jimat masa, hari minggu lepas aku dah siap2 masak air gula sekilo n simpan dalam peti. Pg2 aku terus campur air jer senang.  Amal pulak akan order air apa dia nak. Memacam perasa aku beli..oren, anggur, sirap, barli...u name it u got it.  Delin pulak sejak adik dah sekolah ni dia pun sama nak bawak air berbagai2.  Cuma aku x bekalkan makanan kat dia knowing dia bkan makan pun!.

Mcm2 cerita amal akan bawak balik.  2-3 hari lepas cerita kwn dia yg tak ada duit nak beli makanan. Katanya mak bdak tu x bagi duit..then aku tnya ada bekal tak??dia kata takde.  Kesian katanya tak makan..Aku taktau mana datang rasa simpati dia...dia kata bagi RM1 kat bdak tu suh beli nasik lemak..oooh anak aku..terharu aku dgr.  Tiap hari aku bagi dia Rm4.  Dua ringgit utk pagi dan bakinya utk petang. Tapi mmg x pernah abis duit tu. Adakala dia belanja singgit jer. Adakala dia mmg x beli apa tapi belanja kawan jer. Sbb dia makan bekal dan minum air yg dia bawak.

Baju sekolah pun sama.  Pagi sek agama bila balik umah baby sitter, amal akan hanger balik baju sek agama tu elok2. Bersih jer baju dia x ada kotor pun. Bkan macam delin satu hari satu..mcm belacan jadiknya.  Sek keb pun sama..kira2 sepasang pakai 2 hari. Tak la penat aku nak menyental hari2..Amal sungguh bijak dan memahami sbb katanya sian Mama nanti penat nak basuh baju hari2..oooh anak jantan aku ni sungguhlah..

Delin masih lagi sek biasa. Aku rasa kena hold dulu rancangan antar ke seklah khas tu. Sbbnya logistic dan kos ya jugak.  Mana aku nak pikir bawak dia travel hari2 naek moto..mana aku nak pikir carik tmpat dia nak duduk lepas kelas tu. Lepas aku tanya dan survey ari tu..kos baby sitter around 250rm gitu walaupun kejap. Sbbnya Kg Baru..area KL kan..yuran sekolah 450 + 250 agak tinggi gak kos tu..aku takut x termampu jer nanti. So for the time being biar dulu.

Masa 2 hari aku tunggu amal kat sekolah..aku tunggu delin sekali sampai dia rehat.  Mmg aku tgk dia tak ada kwan.  Ramai yg mcm nak buli dia jer..ejek2 dia..sbb tu dia salu lone ranger.  Tp nampak jer aku ada..delin dgn bangga annouce..tu mak saya...haaa kau, terkucit suma bdak2 tu..terus terdiam.  Bdak lelaki yg buli dan koyak baju dia tu pun ada. Cuma mak bdak tu mmg hari2 ada kat sekolah. Sampai tukang kebun, gurubesar kenal mak dia mmg dah 3 tahun hari2 ler gamaknya dia datang tunggu. Aku buat donno jer..mak bdak tu cm takut2 dgn aku..tp aku buat muka sombong ..x ckap apa2..ceewah..belagak gitu.

Yg pasti aku langsung x risau kan Amal. Aku cuma lebih risaukan delin tuh.  Salin jadual pun x lepas keje sek pun kadang2 dia x terbuat sbb taktau katanya. Aku dah berusaha...antar tuisyen..nampak  bole baca sikit tp lambat..apa lagi aku nak buat selain berdoa moga2 dia jadik mcm org laen kan.  Bkan dia mintak jadi gitu..sebagai mak mestilah aku nak yg terbaik dgn dia.

Masuk pasal keje...maknanya dah tahun ke 5 aku kat sini..sungguh takde byk komplen sbb aku pun malas nak fikir lagi carik keje lain..afterall setaun lagi aku dah masuk version 4..aduh...takut gak aku menuju umor 40 nih..jgn aku jadik cam SP sudah..sjak 40 ni sensitip sentap terlampau pulak. x leh salah ckp sikit..majuk2..kdg2 aku bosan tp aku malas nak layan. Mentelah aku nak pikir pasal bdak2 lagi..

Tahun 2011 gak jadual aku berubah. Pukul 5.45am aku dah kena bangun. Siapkan apa2 yg patut. Adakalanya sambil masak aku gosok baju...adakala balik petang aku beli jer. Sbb sampai umah dah Maghrib..mana nak tanak nasik anak2 dah merengek kelaparan.

Aku singgah jer beli nasik lemak tetek on de way balik tuh. Cuma ari jumaat sempat lah aku balik masak sbb kuar awak kul 5 kan.

Tahun 2011 gak, aku cuba nak simpan coti. Mentelah budak2 sekolah ni ada tak de nak cuti time cuti sek jer lah kan...aku harap by Dec aku ada 5-6 hari.  Ujung tahun ni aku nak balas dendam cuti lelama..abiskan cuti. Salunya by Nov cuti dah abis..tahun ni tak. Aku nak tukar.

2011 gak, kami bakal clearkan separuh isi rumah.  Barang2 tak perlu nak antar balik kg. Menunggu masa je lori nak dtng amik.  Juga nak siapkan 100% dapur tuh.  Skg ni aku dah masak kat dapur baru tu tp kena pakai selipar sbb lantai lum siap lagi. Jadik harap2 bon dapat lebih sikit bole le aku completekan.

Hall pun sama  gak, kami nak get rid sofa besar tu. Pastu aku nak panggil orang untk shining the marble.  Lepas tu baru fikir nak beli sofa ke tak. Biar kosong dulu Hall tu.  Harapan aku gak supaya personal loan SP tu diapprovekan tahun ni. Dapat lah aku tambah sikit kt depan tuh..

Aku harap2 moga 2011 bawak byk rezeki buat aku dan keluarga.  Tahun ni gak aku nak try kurang2kan balik kg aku tuh. Sbb dah terdgr sore2 sumbang kata aku ni lebih kan kg aku jer.  Jadik for the time aku malas nak ajak2 balik kg ke apa...kalau aku rasa nak balik aku balik jer...tak pun balik jer naek bas (mcm SP bagi kan??) apapun, mmg aku kena bagi alasan kat mak yg bdak2 dah sekolah susah nak balik selalu cam dulu...terpaksa aku ckp gitu. Mak bukannya paham kalau aku kata belah sana dah hint2 kerap sgt balik kg selangor..Mak tu penting kan diri dia jer..mana mgkin dia paham situasi aku yg kena dgr ckp laki ni kan???

Azam 2011 gak..aku nak bukak satu akaun bank baru..dan nak dump tiap bulan kat sana RM100. Untk suka2 jer .  Lgpun biar ada byk tempat simpan walau sikit2 kan.  Lpas abis maen kutu group ni aku akan sambung tp mgkin utk 200 jer instead of 400.  Bole la aku dump separuh kat akaun baru tu..dan separuh lagi kat akaun tabung or ASB.  Tabung and ASB tu biasalah, time x ada duit ku korek gak..jadik aku kena ada satu tmpat lagi..yg susah nak amik kuar jadik duit tu dok dendiam jer kat situ...hahaha

Walaupun aku tak harap sgt bonus tu, aku harap sgt dgn increment..harap2 dapat la lebih sikit.Harga barang dah makin naek..minyak masak pun dah mahal..sebenarnya 3-4 dah aku beli minyak zaitun or minyak jagung utk memasak.. mmg mahal sikit, tapi aku guna sikit2 jer. Kalau goreng ikan tu just ngam2 jer. Minyak ni bagus utk kesihatan dan juga x mcm minyak biasa tu..Cuma aku beli gak minyak biasa sikit2 just utk kakak kot2 dia nak goreng nugget ke telor ke..tp utk aku dgn SP mmg fully aku guna minyak jagung or minyak zaitun. Sungguh nak jaga kesihatan pun ya...its about time pun ya.  Paling best kalau buat sambal pakai minyak yg dua tu..simpan sambal dalam peti ais ..minyak tu tak beku pun u ools.. cam tu gak..cuba minyak biasa tgk??kalau tak beku berketul putih tu kan.. Lgpun SP ada masalah kolesterol ..kena lah berjaga2 bila dah tua kan..aku pun jadik penjimat..guna sikit jer.  Cumanya kalau ada org datang dok pulak 4-5 hari bersantai kat umah mmg masak ler kan..terpaksa aku sorok minyak jagung aku tuh..ye lah 3kg pun dah 20rm lebih..3 kg tu tahan aku guna for 2 bulan..buatnya org guna utk 5 hari mampus...

Kakak pulak cam biasa. Dah masuk Tgkatan 2 ni makin byk pulak keje sek dia. Hari2 aku tgk stay late sbb nak siapkan 6-8 homework.  Pagi bole aku suruh tolong2 kemas kain ke basuh kain n kemas dapur ke...masih ok lagi at least dia kurangkan beban aku nih.


Selamat datang 2011 yg penuh dgn cabaran..harapan aku moga2 anak2 sihat dan cerdas nak kesekolah..aku dan SP dikurniakan kesihatan dah kebahagiaan dan dimurahkan rezeki kami untuk anak2..Insya Allah..AMIN


No comments: