January 25, 2011

Bila Balik Kampung..

Ada bberapa ari lagi seblum raya cina. Means cuti panjang.  Bdak2 akan coti seminggu tuh straight, aku plak hari Isnin kena keje sbb month end closing for January. No way to escape.  So, mggu depan aku keje seharik jer seblum coti...ye beda bedu.

Memula, plan nak balik kg SP sbb ada sepupu dia nak kwin.  Mcm yg aku cite kat entry lepas, masa MIL datang ari tu dah uar2kan suh kami balik walaupun secara indirectly.  Tapi, Allah tu maha kaya.  Allah tau aku tak mo berlama2 kat sana nanti bertambah2 dosa..ceeeh. Coti SP pada 2hb Feb tu ngak diluluskan, bermakna 1hb tu coti ari Wilayah, 2hb dia keje then baru ler coti tahun baru cina.  Sumpah, aku tak terpikir pun yg coti SP tu x kan diluluskan. Sbbnya aku dah redha kan hati dan bersedia nak balik kg kat BP tu sekian sekian hb kan.  Wah, sungguh aku gembira kerana Hari Khamis baru ler kami gerak balik.  Kenduri tu ari Sabtu.  So maybe mlm ahad tu balik or pgi2 ahad tu gerak dari sana.

Honestly, mmg aku x berapa suka balik sana berlama2.  Banyak perkara yg aku fikir bila nak balik sana.  Pertama sekali, kena siap mental dan fizikal mcm biasa tu.  Kena masak, pi pasar, siap makan tuk suma org.  Ngemas?..no no no..bkan umah aku so aku x kesah nak bersepah ke hape. Biar tuan rumah yg uruskan tu. Afterall, dia bukan buat apa pun kan. Barang pasar suma aku siapkan.  Masak suma aku settlekan abiss?? apalagi dia nak buat.

Kadang2 aku rasa sgt bila kami balik sana tu. Anak2 biasalah suka wat sepah. Bkan anak2 aku jer ok. Anak2 dorang tu pun.  Tiap kali tuan rumah akan kemas. Akan sapu. Mmg honestly aku rasa x pernah aku sapu sampah kat sana kecuali kalau anak aku tertumpah nasik ke hape. Other than that No no no.

Dah 14thn aku kawin. Da 14 thn gak aku buat segala2 kan. Kalau tu dorang nak komplen lagi x dapek den nak menolong. Termasuk aku, MIL ada 4 menantu, 4 anak lelaki. 3 anak perempuan dan berpuluh cucu +cicit.  Masa mula2 baru kawin dulu, aku rasa tension sgt2 kalau balik sana. Aku kat dapur terkontang kanting sorang2 takde pun yg nak nolong.  Aku ingat first 3 years sgt menyeksakan perasaan aku. Apatah lagi masa tu baru2 jer jadi ahli kuarga dorang kan. Tapi aku tak peduli.

Time2 nak raya kalau dulu giliran raya kat Johor dulu, kami akan balik 3-4 awal seblum raya. Maknanya sempat sambut posa kat sana. Guess who yg masak dan siapkan makanan?.  Kadang2 aku terkilan sgt2. Sbb ada menantu2 lain. Ada anak2 perempuan MIL sendiri, tp still dia kejutkan aku utk masak sahur!.  Tapi lama2 aku malas nk layan. Tiap kali kejadian macam tu berlaku aku salu pujuk hati aku, takpe aku msak utk suami tercinta. Dorang tu tompang makan jerk.

Biras2 aku plak sepesen jer. Biras yg kwin dgn abg sulong SP tu lagi ler teruk sesgt.  Dorang dok sekampung, tapi x pernah pun dia datang tolong2 masak2 sbelum raya.  Kdang2 ramai2 berkompol kat umah MIL dia tetap dok umah mak dia.  Time2 nak makan tu pandai jer datang. Sakit jer ati.  Masa ramai2 tu ada lah biras2 lain tong2 beli bahan2 nak masak. Ye lah, family suma besar2 belaka. Dah anak2 teruna dan anak2 dara. Kalau takat beli ayam 10 ekor tu gaknya 2x makan jer dah abis.  Selalunya mmg aku dgn SP yg akan uruskan beli2 bahan mentah. Ada masa dorang contribute ler. Ada masa wat bodo jer. Tak pe lah..Niat sedekah jer kan.  Yg ada biras tu pulak, abang SP siap2 nak kasik sekian2 duit, bole pulak dia kata kat laki dia..alah bg dua ratus jer cukup bang..bla bla bla..sakit jer ati aku.  Mujur lah abang SP yg no 2 tu sgt memahami. Dia salu sponsor byk.  Biasanya 5 ratus.  Aku dgn SP kadang2 tambah sikit2 jer.  Nak hrap kakak2 n abang ipar SP yg lain?, well dorang tu bkan org senang. Org Felda, jadi salu jer ada alasan. Biarkan lah.

Yg anak2 sedara pulak pun sama. Yg dah keje, yg dah beranak pinak. Tau makan jerk. Nk nolong tu alahai payah nya lah. Yg ada buang masa maen fesbuk lagi dari nak nolong2 aku kat dapur ni ha.  Tu sbb bila turn aku raya kat Sg besar dulu, aku rasa cam nak melompat kegembiraan.  Salu jer aku dgr MIL bebel2 bila kami tiba sana raya ke 2 or ketiga, tak de org beria2 nak memasak cam aku.  Standard ler time nak raya kan. Ketupat, rendang, kuah kacang dah sebagainya.  Itu mmg juadah wajib bg aku dan family mak aku. Jadi camne2 pun raya mesti nak sediakan gak. Dorang? kalau aku dgn SP takde means takde ler org nak wat or masak ketupat. Rendang pun ala2 rendang pakai perencah segera..apa barang???

Tapi kan 2-3 tahun kebelakangan ni, SP salu dapat cuti lepas raya. Means dia salu keje sampai last mnit.  Maknanya esok raya, ari ni masih keje.  Kalau turn ke kg SP tu, salu malam raya baru kami balik.  Pastu dok sana sampai raya kedua dah balik sg besar. Best gitu!! aku suka.hahhaha.

2thn lepas, seblum raya aku dah amik cuti awal2.  Tp lepak kat umah jer. Since malam raya baru dapat gerak balik kg sbb SP keje, aku dah siap2 masak ketupat, rendang, kuah kacang suma2 kat umah. Siap suma.  Ada rendang daging, rendang ayam.  By the time kitaorang sampai BP masa tu dah kul 1 am korang. Esok raya pulak tu.  Ada ka patut...sampai2 jer MIL suh aku masak!.  Suh aku siap2 for raya esok. Gilors. Dah ler kami baru jerk sampai.  Kat umah tu ada adik bongsu SP tinggal dgn MIL. Binik dia tu x reti2 nak prepare. Ada ka biras aku tu kata, 'Daging lom potong kak, ingat nk tunggu akak balik baru nak suh akak masak"..siul ke tak?? u all tell me. Dah ler meredah malam nak balik kg..disuruh masak pulak sungguh x lojik kan?.

Walhal kakak SP ada jer yg dok kat area tuh.  Biras dia yg dok se kg tu pun ada..takkan sorang2 pun x terpikir yg sok nak raya??..sengal sungguh.  Biras yg kat umah tu sorry to say lah kan. Masak x reti. Anak bederet. Nak buat rendang pun pakai perencah Brahims segera pe hal?

Bengang pnye pasal aku sound jer..Tak yah susah2. Akak dah siap masak semuanya. Nak aku bagi tupperware mangkuk tingkat aku 3 set tuh penuh segala mala..amik ko.  Tu sbb aku kata, kdg2 SP pun tak terkata!. Ye lah, adik beradik dia kan. Yg pasti MIL salu jerk ngata biras2 aku yg lain tu..tpi tak ngata anak2 perempuan dia pulak?? pelik sungguh.

Yg pasti, aku dgn akak2 aku suma mak dah ajar. Suma dah biasa. Kalau nak raya, or kalau balik kg, siap2 sendiri nak masak ke hape. Mak mmg x pernah masak pun. Semua kami bereskan.  Beli barang kongsi sama2. Msak pun divided tugas masing2. No hal. 

Kadang2 benda  yg kita bengang dan tak puashati pasal kat umah MIL pun x leh nak suara lebih2 kat SP. Karang dia merajuk susah nak pujuk. Kita pun paham..camne dia sayang,cinta maut kat kita apa dia nak buang mak dia? tentu lah idak kan.

Jadik aku klau balik sana salu jer jadi hipokrit. Buat muka manis2. Cakap baek dgn MIL. respect dia giler. Dia cakap apa jer ye kan je.Yo lah.  Dalam hati ada duri tu simpan jer. Nk luah kalu luah dgn org lain not to our Sleeping Partner ok?..bahaya.  Salu kalau aku bengang or ever aku ngadu kat kakak aku tu lebih senang.

Yg aku tau, MIL sgt suka lau aku balik sana. Dia bole lepaks tgk tv or layan cucu jerk. Dari breakfast sampai lunch sampai dinner aku kautim.  Salu nya aku dah siap buat bekfast baru ler suma2 bangun n terus makaan boleh??.. kdgkala lum siap masak nak melanguk tunggu kat meja makan..sakit ati ke tak.  Kadang2 kita bergelumang masak kat dapur dorang leh lepak2 makan..Sakit ke tak ati tu?.

TAPI: skarang pun aku ada startegi gak. Salu pagi2 aku siap2 buat sarapan, aku ajak SP aku tu kuar. Kadang merayap sampai bandar Batu Pahat. Makan nasik briyani ke hape..dorang kat umah? sendiri mau ingat lah....kadang2 SP yg ajak aku merayap...salu mak dia akan tanya nak pi mana...alasan paling ketara..; Pi pasar, Gi Bank or Gi Jumpa kawan kat bandar...salunya dia jarang nak ikot..kalau ikut pun kami tukar lokasi..pi pasar , ngeteh then balik!!..

Ini suma dari didikan mak bapak ok. Aku dgn akak2 aku ok jer. Tak pernah MIL komplain sbb kami ni keturunan yg rajin masak...sedap ke tak tu belakang kira..tp kalau tak pernah ada balance pun apa yg kita masak sendiri mau ingat haaa...

So strategy for CNY holiday ialah..jalan pelan2 hari khamis..by time sampai sana Lunch..terus makan..or rather singgah mana2 dulu makan kenyang..sampai2 jer lepaks..tido. Mlm merayap ler gi mana for dinner...
Jumaat satu hari jer nak kecoh2 kedapur sbb sabtu sure seharian gi kenduri......................yg pasti aku sangat suka sbb SP cam setujur jer apa2 pun plan bini dia nih..yessssss

Gitulah adanya.

4 comments:

Ale said...

terbaik la. boleh jd guidelines tu..err...tatau la sy nnt camne..huhuhu..neway, dtg melawat ke blog sy..:)

Ale said...

oh ya..sg. besar kat mana?

Anna said...

Thank you cik for dropping by :) I salu berazam to be the best MIL in the world yg sporting bila sampai masa..hopefully..hahaha..ooh..saya mmg lahir, dibesarkan di sana...kawasan bendang..jalan hala ke Tg malim

Anna said...
This comment has been removed by the author.