January 31, 2011

Dyslexia

Kalau korang tgk citer kat astro Prima 105 malam tadi pasti korang paham tajuk tuh..Dan camne keadaan budak2 yg ada masalah yg sama. The truth is anak kedua aku, Addeelyn mmg ada masalah yg sama.  Masa aku tau tu pun dia dah nak masuk jah satu.

Citer bermula bila aku antar dia ke tadika sekali dgn Amal.  Masa tu dia umor 6 thn.  Aku ingat dia mcm kakak, tak perlu ke tadika awal2. Sbb kakak sebulan kat kindy dah bole baca and nulis. Aku ingat dia mcm tu..ternyata aku salah. Telahan aku tak betul. Tiap2 satu anak kita tu tak sama dari segi perkara..walaupun mgkin rupa parasa ada sama, perkembangan minda, mental ternyata pasti ada beza.

Setahun kat tadika, aku ingat dia ok2 jer. Sbb buku tadika cikgu x pernah bgi bawak balik. No homework pun.  Kat umah dia dok baca ABC dgn lancarnya, suka buku. Bawak ke hulu hilir, suka tgk suratkhabar.  Waalupun ada masalah pelat yg teruk tp still dia masih bole bertutur walau kadangkla sukar nak difahami.

Bila cuti sekolah bulan December bermula, cikgu tadika bagi lah segala mala file, buku2 keje bawak balik. My GOD, tak ada satu keje pun dia buat. Buku2 dia suma nya kosong!.  Tak tulis apapun!.  Aku pelik sbb kalau dapat report kad masa kat tadika tu ok2 jer.  Periksa semua 80 markah ke atas, tpi sungguh aku taksangka.  Lpas tgk buku2 tu suma, aku test dia.  Rupanya ABC dia hafal tp tak satu pun dia kenal!.  Pegang pensil pun taktau. Abis macamna bole dapat markah masa kat kindy?.

Gelabah nya aku masa tu Allah jer yg tau.  Masa coti bulan Dec tu aku survey2 kat internet pasal program cahayaku.  Program utk membantu bdak2 supaya cepat baca.  Aku dpt satu kat BTP. Agak jauh dari umah, kena  ulang alik  drive lebih kurang 15min.  Lepas aku jumpa org tu, delin stat the class. Beli  buku2 dan register around RM180.  Cikgu tu suggest dia makan examo sekali.  Vitamin hemeopathi.  Class bermula setiap sabtu ahad . Sekali kelas 2 jam.  Masa berlalu, delin pun dah masuk jah satu masa tu tanpa tau apa2!.  6 bulan kami ulang alik hampir tiap minggu antar dia pi kelas, akhirnya dia bole kenal suma2 hurup2 dan tau menulis dah sikit2. Tgn dia mcm menggigil2 kalau pegang pensil. Mcm org x pernah menulis langsung.

6 bulan aku dan SP dan seluruh ahli keluarga korbankan masa ujung minggu antar dia ke kelas tu.  Pegi balik antar makan masa dkat 30 minit, jadik kami tunggu dia sampai abis kelas.  Dalam masa 2 jam tu lah kami merayap, memancing atau kadang2 cuma lepak jer kat Taman dkat2 tmpat dia belajar tu.

Sekolah dia mmg totally out. Markah periksa ada yg kosong..ada yg satu..ada yg belas2 jer.  Masa ari amik report kad sebak aku dgr bila cikgu kelas dia bagitau yg dia teruk sgt. Dari cara cikgu bercakp mmg seolah2 Delin totally useless dan tak bole terima apa jer yg dia beljar. Masa belajar dia merayau2 kat sekolah, pi kantin. Pendek kata mmg dia x mau duk dalam kelas.  Aku dgrkan apa cikgu tu ckp. Tp masa delin jah satu pun pagi2 aku antar dia ketadika gak. Bby sitter aku merangkap cikgu tadika dia dulu.  Mungkin cikgu tadika tu pun terasa kot pasal delin, tapi aku x pernah salahkan dia pun. Cuma yg aku terkilan, kenapa masa periksa kat tadika delin bole dapat markah??. Masa aku decided antar ke Program cahayaku tu pun dia tau..aku rasa dia terasa tp aku x pernah tunjukkan pun..yg pasti aku fikir delin mmg tak macam bdak lain.

Mujur cikgu kelas dia Pn Sarimah sgt prihatin masa dia kat darjah 2.  Cikgu tu salu telephone, sms kalau ada apa2 masalah dgn delin.  Aku jumpe cikgu tu dan cerita masalah delin dari mula. Dia sgt prihatin. Dia kata kesian dgn delin sbb bdn kecik nak carry bag sekolah sampai tgkat 3. Delin mmg byk masalah kat sekolah. Dari kena buli, kena cubit, kena pukul, kena pulau. Ckap jer apa semua dia dah rasa. Tp mgkin dia tak tau atau tak paham..dia buat dhek jer . Masa dia darjah satu, Kakak masih lagi kat sek yg sama dlm darjah 6. Salu delin kena buli, kakak akan pi cari bdak pembuli tu dan warning dia.  Bdak pembuli tu bdak pempuan gak. Anak indon. Mmg brutal giler. Jahat pun ya. Sbb salu mintak duit delin, salu suruh delin buat macam2 utk dia.

Masa tu pun Cikgu Sarimah bgtau, tak payah bawak buku teks..so that tak membebankan.  Masa delin kat darjah dua dia dah masuk kelas pemulihan. Masa ni aku dah stat bawak dia jumpe Dr kat Hspital Selayang.
 
Pi Hspital kerjaan mmg sgt menyusahkan. Byk hassle. Dari mula nak stat appointment. Aku kena salu amik cuti, ada kala aku amik mc jer.  Sungguh menyesakkan dada nak berurusan tp sbb delin aku gagahkan jugak.Dari mula jumpa pakar kanak2..seribu juta soklan dia tanya dari mula delin lahir sampai skg...honestly takkan aku ingat semua tu??ingat aku ada video cam suma...sama ada aku atau SP kami bergilir2 amik cuti bawak delin appointment.  Dari pakar kanak2 dia dirujuk ke pakar mata, telinga..dan segala mala pakar.  Dari pakar kanak2 gak, dia refer delin ke persatuan dyslexia.  Aku bawak delin pi sana. Buat assesment.  Jgn taktau..buat assesment pun kena bayar RM100 ok. For the test dan report. Katanya sumbangan utk persatuan.  Lepas test tu..CONFIRMED katanya delin mengidah Dyslexia tahap 4 (tahap teruk!).  Test dah buat, tpi utk mengejar report tu makan masa hampir sebulan. Hari2 aku kol, aku sms mintak report tuh. Mcm mengemis aku rasa!.  Akhirnya aku dapat gak report tu. Tu pun lepas aku mengharass mamat yg prepare report tu berkali2!.
 
At the same time, laporan mata dan telinga delin normal. Dia tak ada masalah. Sumanya ok, semuanya perfect. Tp I tell u, pi pakar mata dan telinga kat Hspital kejaan..betul2 macam sial.  Sepanjang hari kena tunggu..tp by the time setengah hari turn kita dah dapat..dia bg kita appointment hari lain pulak!. Dia ingat kita ni free sgt nak datang anytime dorang suka?.  Setelah segalah hassle. Semuanya selesai.  Dr pakar mata yg check delin tu ada kata, shes normal, mgkin dia lambat nak terima.  Aku survey kat internet pasal dyslexia, pasal AHDH, pasal learning diability dan suma2 artikel yg berkait masalah cam delin.
 
Lepas dapat laporan persatuan dyslexia, aku pi appointment dgn Dr kanak2. Dr perempuan.  Lpas baca report delin, dia kata mmg dyslexia..(based on the report assemnt tu jer OK!) pastu suggest aku antar delin belajar kat situ dan bagi borang untuk pendaftaran OKU kat kebajikan masyarakat for delin.  Seharian aku tunggu dapat jumpe dr, lepas jumpe with 5 mints jer session abis.  I was so frustrated...tak kan dr tak bole nak check further.  Ada ke dr tu kata, masalah pertuturan delin agak ketara, soh aku refer kat pakar pertuturan swasta..katanya kat selayang long list menunggu.  Katanya lagi tak mahal lah kos kat private tu bla bla bla.  Jadik kesimpulan, delin mmg ada dyslexia dan perkembangan IQ dia lambat, tak seiring dgn umor dia. Means 3 years behind!.  Dr tu then bagitau, lagi 3 bulan kita jumpe suruh aku pi dpan amik appointment date.
 
Truth is, aku mmg dah decided x mo lagi pi appoinmtn tu. Kalau setakat jumpa pok pek2 5 minit jer. Baek x payah. Buang masa aku, buang duit, buang tenaga dan buang cuti kami!.  Masa tu aku dah tnye persatuan tu, kelas 3 bulan yg dorang offer tu cost about RM450 sebulan.  Tu kelas sahaja. Lepas kelas aku kena fikir mana nak antar delin..which bbysitter cost is RM250 (around kg baru area, aku dah penat survey)..terlampau mahal. Kami tak mampu.  Pulak tu aku kena fikir camne nak bawak dia travel hari2 naek moto?.  Sbbnya jalan jammed. Kalau naek keta sure lewat, kalau ujan cam ne?.
 
Alnernatif, aku carik private centre. Kat area2 umah aku ada. Tpi kos dia RM700/sebulan sampai delin darjah 6.  Mmg mahal sgt2. Tapi aku x suka sbb katanya delin kena drop BM!.  Dah ler costly, pulak tu standard belajar cambridge ke hape..not that high expectation. Bg org yang ada duit mmg bukan masalah. But to us?. Kami masih ada 2 anak lagi yg masih sekolah.  Dah RM700 sebulan way too much untuk golongan berpendapatan sederhana mcm kami ni.
 
Jadik, for now delin masih lagi ke sekolah biasa. Dia dalam darjah 3 pemulihan.  Masih cuba membaca, menulis dah ok sikit, tapi mmbaca masih terangkak2.  Tak macam Amal. Tapi aku kena terima hakikat kan..dia slow learner. Jadik x bole paksa sgt.
 
Delin suka buku yg ada gambar2. Dia suka sgt tgk suratkhbar terutama yg ada gambar2.  Dia suka melukis. Dia bole meniru bentuk2 dan melukis cantik sekali.  Cuma dia belum develop lagi skill dia sbb mgkin dia x tau.  Pelajaran dia ada improvement walaupun slow. Markah pereksa pun dah naek sikit. Dari O dan belas2 sekg ni ada puluh2..ada sekali aku tgk markah sains dia 60. Berbanding 11 masa tahun lepas.
 
Mula2, bila aku tau masalah delin, aku sedih sgt. Mlam2 aku x leh tido, aku menangis. Sedih sgt2 kenapa..kenapa..Tpi lepas aku kembali padaNYA, aku dapat kekuatan. Mgkin ini ujian Allah pada kami. Mgkin Allah nak memberi kelebihan lain.  Yg pasti ini bukan salah sapa2.  Ini dugaan!.
 
Perangai kanak2 dyslexia ni mmg susah nak diramal. Kadang2 kita ckap dgn dia, dia buat taktau. Samada dia paham ke tak pun kita tak tau.  Mcm delin, kalau pesan berkali2 pun dia x ingat.  Kadang2 mmg naek darah jer.  Hobi dia suka buat apa yg org buat. Nak masak air, nak buat kopi. Kadang2 dia x tau benda yg dia buat tu bahaya. Contohnya, buat air.  Kalau kena air panas. Tpi makin dilarang makin dibuatnya..Ada masa dia akan kumbah balik baju2 dia yg dah dilipat kemas tu. Dia akan carik baju2 yg cantik dan pakai,  kat sekolah pun sama. Duit belanja yg aku bagi dia abiskan beli pemadam, pensil, pembaris atau apa jer yg dia tgk kat koperasi menarik perhatian dia. Padahal bapaknya dah beli peralatan tulis selori dari Maidin.
 
Kena pesan berkali2..kadang dgr komplen dari bdak2 lain aku jadi sebak pun ye marah pun ya. Mana lagi hari2 adik dan kakak dia cerita apa dia buat kat sekolah. Bila kat lam van sekolah mcm2 komplen mcm2 org mengata pasal dia pada amal dan kakak. Bila balik nanti dorang sampaikan. Kadang aku jadi bengang, jadik marah..ada kalau aku malas nak dgr..sbb ia akan buat aku marah dan naek darah kat delin...pendek kata, aku salu warning dorang, jgn bawak balik cerita pasal delin, Mama tak mau dgr.
 
Entahlah, kdg2 aku fikir aku jadik sedih. Macamana le dia besar besok!.  Aku ada fikir untk tgk apa kelebihan dia dan dorong dia untuk antar belajar benda yg dia suka.  Aku ingat bila dia dah darjah 5 or enam nanti nak antar pi belajar muzik atau menari..sbb dia suka sgt.  Tak pun antar dia pi kelas melukis. Atau culinary..sbb dia mmg suka sgt mengacau dan menyebok kalau aku buat kuih atau kek..atau memasak..dia suka nak cuba jugak.
 
Yg aku ingat sgt masa delin kecik..masa lahir dia kecik sgt2.  Lepas tu umur setahun dia x mo susu. Minum jer muntah..so kami bagi  benda lain. Milo..makan nasik. Masa tu bibik yg jaga...bibik mmg jaga sungguh bagus.  Delin lambat berjalan..umur setahun lebih baru jalan..tu pun lepas puas mcm2 petua kami ikut.  Bercakap lagi lah..lepas amal lahir ..umur amal 3 thn stat ckp baru dia ckp gak.  Pendk kata kelahiran amal beri dia dorongan dan saingan utk sampai ke tahap sekarang nih.
 
Masa aku mengandung delin, jarak dia dgn kakak jauh.  6 thun. Jadik aku ada terpk mngkin kah aku salah bagi date kat dr?. Sbb dah lama sgt mgkin aku dah lost count last period..dan delin lahir secara ceaserian dan based on counts of last period date..sbb tu dia underweigth, kecik or so so sbb tak cukup tempoh lagi??  entahlah. Susah aku nak jwp suma2 tu.  Yg pasti delin pnya body resistance mmg tak berapa kuat. Dia salu x sihat. Dia pun ada asthma.  Klau selsema mesti asthma datang.  Kami terpksa beli mesin nebuliser sbb dulu2 dia kerap sgt kena attack.  Cuma lately ni jer dia sihat, jarang sakit. Mgkin sbb makan dah nak dan berselera, pulak tu vitamin yg dia baru stat amik last year...antara delin dan amal mmg tak bayk beza..sama saiz sama tinggi..selalu org salah paham dorang ni kembar..kadang2 org tersilap..ingtkan amal abang..delin adik.... :O)  dua org ni mmg salu bergaduh pantang tersentuh..tp kalau tak jumpa sehari, mesti saling rindu2...teman gaduh..teman main  pun ya...dua2 pun sama nakal, sama hyper.  Sbb itu kalau keluar aku x kan bawak kalau takde Ayah untuk jaga delin...dia sgt licik.Pantang lepa mesti hilang. Berapa kali dah hilang kat pasar..pasar malam....ada masa nak ikat jer dia..
 
Pendek kata, masalah delin bukan faktor apa pun..dr pun x leh jawap kenapa masalah cam ni ada...kita sebagai orang Islam kena terima dgn hati terbuka kan..tgk gambar dorang berdua masa kecik2 salu jer aku senyum sendiri...masa tu dorang rapat sgt2..bergurau sama2..pendek kata dok lam stroller pun bibik akan tolak dua2 sekali dan boh dua2 elok jer tak bergaduh...tak macam sekarang. Tersentuh sikit jadik gaduh...
 
 
Jadik cerita malam tadi tu sangat menyentuh hati aku. Kerana ramai org x paham masalah dyslexia akan labelkan bdak2 tu bodoh, lembap.  Terutama paling sedih bila cikgu sekolah sendiri tak aware masalah dyslexia ni.  Sebagai guru dorang kena tau. Kena baca carik maklumat kat internet.  Semua bdak perkembangan dorang tak sama. Ada yg cerdas, ada yg tak.  Mcm malam tadi tu Atok bdak tu tak suka..dia anggap cucu dia bodoh!.  No, bukan begitu kecendurangan dorang kat tmpat lain. Kat music..sbb deria dorang amat tajam kat situ..kat melukis..sbb dorang ni sgt kreatif.  Otak kanan (logik) dan otak kiri (kreativiti) tak berkomunikasi.  Bdak2 dyslexia cuma aktif otak kiri sbb tu dorang nak buat apa jer dorang nak tanpa fikir kesan dan akibat (logik-otak kanan).  Kalau pesan apa2 dorang tak akan ingat..sbb cara penyampaian tu buat dorang tak dapat maklumat tuh.  Mcm delin, aku dah tau cara nak pesan kat dia. Panggil dia dok depan kita. Suh dia tgk mata kita dan kita pesan..mesti lebih dari 3 x pesanan tuh..lepas tu suruh dia ulang..tanya dia paham ke tak?...aku dah cuba bberapa kali and its work.  Salu pun aku pesan kat SP kalau nak pesan kena buat the same method.
 
 
 
 
Walau apapun kekurangan dia..dia ttap anak kami..zuriat dan darah daging kami..tak kira betapa nakalnya or hyperactivenya dia..tak kira berapa dia x dgr kata kadang2 kalau dimarah..zuriat yang Allah amanahkan pada kami ibu bapanya...tak kira apapun..Mama dan Ayah sentiasa sayang dan kasih kan delin tak kira apa jua keadaan pun..yg pasti antara ketiga..tak pernah ada perasaan pilih kasih pun...sbb semuanya anak mama..pewaris generasi kami akan datang...Both of us love all of u very very much!!
 
 

6 comments:

Syafinas said...

salam...leh tak berkongsi macam mana kita nak tahu yg anak kita kena dyslexsia ni.....faktor apa yg dapat mngesahkan dia ada dyslexsia...

Anna said...

Finas,
kena pi jumpe Dr dulu. Pastu wat assesment kat persatuan dyslexia..else cuba u google pastu have a read..ada symptom2 pada bdak2 yg ada dyslexia nih..i dont mind sharing my experience with you. Dyslexia salunya bdak lelaki..and very rare to bdak perempuan...anak 1 could be 1 dalam seribu dyslexia kanak2 pempuan nih..

MyZsZs NOoR said...

http://www.tahukah-kamu.com/2010/03/da-vinci-dan-picasso-sukses-karena.html

Salam kak. Pesakit disleksia ni boleh berjaya macam orang normal juga jika mendapatkatkan pendedahan pendidikan yang sewajarnya.

banyak contoh tokoh dunia dan malaysia yang asalnya adalah disleksia.

Link yang saya bagi kat atas tu adalah tentang tokoh dunia.

Salam perkenalan

Anna said...

MyZsZs Noor,
thanks for dropping by..mmg, akak pun ada baca pasal tu..so far tak nampak sgt bakat pada dia..but bole nampak asyik nak melipat ala2 gimnastik jer..joget, menari pun bukan main lembut..Mak saya salu kata, dia ada talent buat mende2 tu..bila dah besar sikit sok, mmg ada plan nak antar dia belajar apa2 yg dia minat. Dia pi program utk bdak2 cam dia tu gak tp penerimaan dia lambat dan slow..I guess I have to accept that lah kan....anyway ..thanks again fr dropping yaa..

MyZsZs NOoR said...

Kak, saya nak email akak boleh tak. Sebab saya dulu masa study ada buat assignment tentang disleksia n kita orang pun ada pengkususan dalam ni.Boleh saya email kat akak sedikit info tuh kalo akak nak.

Saya cikgu pe-muli-han kh-as dan bercadang nak buat master dalam dis-leksia Insya Allah.

Anna said...

MyZsZs Noor,
waaah..gembiranya akak dapat berkenalan dgn org yg paham masalah ni..bukan suma org tau..yg ada nak mengeji mengata jer anak kita bodoh..lembap ....thank u ye..email akak :Rohana.Sadri@Nov.com