January 24, 2011

Sekolah Ganti..satu keperluan atau buat syarat jer??

This is from my point of view as a mother lah kan. Tak ada kena mengena dgn org lain samada  yg hidup ataupun yg telah tiada. :)  Semua ibu (aku rasa) which termasuk ler aku ni, tiap kali anak2 bawak surat tuk sekolah ganti in Saturday salu jer rasa...alahai. Alamak...antara suka dan tidak tapi selalunya terima jer.

Its what happened for last Sat.  I think hari Khamis kot, kids bring home the letter kata kena buat sekolah ganti for 2 Saturday.  Which sabtu 22hb dan sekali lagi karang 19th February 2011.  Dua hari tu untuk ganti cuti raya cina yg mana sekolah dorang amik one whole week stretch.

For me, sekolah lima hari seminggu dah cukup.  Mana taknya, kalau tambah satu hari lagi sekolah, semua nya kena berubah kena rombak.  Not to worry all my kids this year sekolah petang but still?.  Mak ler yg paling memberi kesan.  Sbbnya dah 5 hari seminggu kena bertungkus lumus make sure semua barang2 dorang siap. Baju, kasut sekolah semuanya. Kakak tu i m not that worry. Sbb dia dah bole urus semua. But yg dua org tu.  Kasut baju. Dah ler baju dorang tu kotor jer manjang. Lau tak direndam then kena berus dan sental mana nak bersihnya.

Smlam kat Mingguan Malaysia ada artikel pasal persekolah hari sabtu tu.

Ponteng sekolah sebab cikgu tak mengajar

Oleh Noraini Abd. Raza

1

BERSEKOLAH pada hari Sabtu bukan berita gembira bagi murid dan juga ibu bapa. Guru-guru tak tahulah pula. Selepas lima hari bekerja dan bersekolah, kehadiran Sabtu dan Ahad sememangnya ditunggu-tunggu. Itulah hari untuk membasuh baju sekolah, kasut sekolah, bangun sedikit lewat berbanding hari biasa. Bila dapat pekeliling anak-anak perlu bersekolah pada Sabtu ada yang kelat wajah. Anak-anak apatah lagi, liat semacam terutama jika tahu telah ada perancangan untuk ke mana-mana.



Seorang teman menitip catatan sekolah hari Sabtu di Facebooknya. Dia yang juga seorang guru bertanya mungkinkah sekolah hari Sabtu ganti cuti Tahun Baru Cina akan mengulangi sejarah satu kelas satu murid. Satu guru mengajar satu murid.



Sebagai guru, tentunya sahabat itu amat arif perihal kehadiran murid setiap kali sekolah ganti diadakan pada Sabtu. Pasti kelas yang selalunya penuh dan riuh dengan pelbagai tata laku murid-murid agak sepi lantaran ramai yang ponteng. Ada ibu-bapa yang sengaja tidak mahu anaknya ke sekolah pada hari Sabtu. Alasannya mudah, mahu mencuci baju sekolah sekali gus pada pagi Sabtu. Lalu anak-anaknya diberi ‘pengecualian’ hadir ke sekolah atas alasan itu.



Ada juga murid tidak ke sekolah pada hari Sabtu kerana terikat dengan jadual ibu bapa. Oleh kerana ibu bapa telah membuat perancangan awal untuk bercuti atau menghadiri kenduri kahwin dan pelbagai majlis lagi, maka anak-anak terpaksa akur.



Boleh saja diandaikan ramai ibu bapa yang tidak peka tentang sekolah ganti pada hari Sabtu. Ada juga yang merungut setiap kali dimaklumkan tentang jadual persekolahan pada Sabtu. Bagi mereka cukuplah lima hari anak-anak bersekolah pagi dan petang (belum dicampur tuisyen pada waktu malam). Sabtu dan Ahad bagi kebanyakan ibu bapa adalah masa untuk bersama anak-anak biar pun dalam keadaan mana sekali pun. Kalau diberi cuti maka jangan minta diganti, kata mereka.



Mengajar



Ada juga ibu bapa yang berdisiplin mengikuti arahan sekolah atau pihak kementerian. Maka ‘berperanglah’ memujuk anak-anak bersekolah pada pagi Sabtu. Bukan mudah menyakinkan anak supaya bersekolah pada hari Sabtu. Apatah lagi jika adik beradik yang bersekolah di tempat lain tidak bersekolah. Mereka (anak-anak) ada alasan tersendiri untuk ponteng kelas. Alasan yang sering diberi cikgu tak mengajar. Kalau masuk kelas pun cikgu suruh buat kerja sendiri. Bila buat kerja sendiri faham-fahamlah, tentu ada rasa bosan. Nak buat bising takut cikgu ada di depan, nak baca buku, semestinya bukan itu pilihan mereka. Lalu apabila disuruh ke sekolah pada hari Sabtu tentu alasan tersebut meniti di bibir anak-anak. Ibu bapa pula apabila dengar cikgu tidak mengajar dan anak-anak tidak diajar maka cairlah hati mereka. Lalu termeterailah persetujuan bersama mengizinkan anak ponteng sekolah walaupun secara diam.



Yang pasti bersekolah pada Sabtu bagi menggantikan cuti peristiwa yang diambil oleh sekolah untuk menyambung cuti pendek sememangnya perlu. Tetapi sebagai guru yang berhadapan dengan cabaran dunia inovatif dan kreatif, apa kata wujudkan sedikit kelainan bagi hari persekolahan setiap Sabtu. Selain aktiviti biasa seperti merentas desa atau bersukan, tidak salah jika Sabtu dijadikan hari untuk mengenali alam semula jadi tanpa perlu pergi jauh. Jadikan kawasan sekeliling sekolah untuk bercakap tentang keindahan alam, pencemaran, kebersihan dan keselamatan. Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda murid-murid sekali gus memberi nafas baru dalam pembelajaran secara tidak formal mesti dicetuskan oleh guru-guru. Apa kata Sabtu juga dijadikan hari untuk mengeratkan hubungan warga sekolah dengan penduduk di kawasan kejiranan terdekat. Terap nilai-nilai kejiranan, saling bantu-membantu, bekerjasama dan kenal-mengenali supaya persekolahan hari Sabtu menjadi umpama acara yang ditunggu-tunggu.

Mula2 kakak kata nak ponteng. Sbb ramai rakan2 nak ponteng. Not for Amal, he is so excited nak pegi sekolah walaupun hari Sabtu, maklumlah baru jah satu. Tgh seronok org kata. Delin pulak cam baser jer.  Bila adik kata nak sekolah dia pun on jer.
 
Kami pun pi ler antar. Sessi petang bermula kul 1ptg. Cuma Kakak di sekolah menengah stat awal . 12.35pm sbb katanya balik pukul 6.10ptg.  Dalam pada kata tak mo pi sekolah, kakak tu gagahkan jugak. Malu la dgn adik2 kan nak ponteng. Anak jiran, anak penjaga semuanya dah pakat ramai2 nak ponteng. Apa nak buat kan?.
 
Masa antar dorang kat sekolah tu, mmg tak berapa ramai sgt yg datang. Van sekolah pun khabarnya bnyk yg tak jalan. Mujur ari sabtu, petang pulak tu bole gak mak bapak antar.  Tpi lau mak bapak yg kena keje?. Van sekolah pulak takde?. Mmg ponteng ler jawapnya kan.  Tahun lepas ada bberapa kali anak2 ponteng sek ari sabtu. Sbb ada kenduri sedara, kena balik kg. Pi berjalan (hotel dah book n bayar much much earlier). Sudahnya on jer plan ponteng sekolah ler dorang tu.
 
Fair enuff,  masa balik amik dorang dari sekolah Delin kata ada 7 org jer kat kelas dia. Out of 40.  Amal pulak kata ramai yg tak datang pun kat kelas dia jugak.  Separuh.  Kakak pun sama. Out of 42, cuma 27 turn up.  Dan kakak kata tak belajar pun. Cuma kemas2 kelas. Banyak masa diabiskan dgn sembang2 kosong tunggu waktu balik.
 
Aku rasa, kalau pun dorang nak buat sekolah ganti ari Sabtu, buat je ala2 gotong royong macam artikel kat atas tu. Pi je pakai baju sukan. Jadi tak perlu mengotorkan baju sekolah which mean double work for ppl like me.  Of course satu keperluan nak ganti cuti tu, tp mgkin sekolah bole fikir cara lain.  Contoh buat ceramah motivasi ke, peraduan ke kuiz ke. Jadik bdak2 still bole pegi sekolah but not to burden nak tambah homework ke apa.  Since sekolah anak2 ada 2 sessi, sessi petang mmg menyakitkan. Bayangkan time2 petang tu masa dorang main n tido. Sure mengantuk ler. Mcm amal kata, Amal tertido kat kelas sbb ngantuk!!!.
 
Macam kalau ada sambutan hari guru. Boleh jer sekolah dorang buat satu sessi. Suma murid2 datang sambut hari guru, tp petang tak perlu ada sessi sekolah lagi. Senang for murid, guru2 dan parents jugak kan?.  Mcm kem solat yg salu sekolah adakan pada pertengahan tahun pada hari sabtu. Murid2 bole datang pakai baju biasa, belajar solat. Dgr ceramah dan belajar kan?.
 
Yg pasti, mmg aku x nak galakkan anak2 ponteng kecuali kalau terpaksa.  Bak kata Amal, cikgu pesan jangan ponteng sekolah. Tpi kalau sakit atau demam, mmg cikgu kata  x payah datang sekolah. Rehat sajer dirumah..Fair kan?.
 
Tpi tak semua parents berfikiran gitu.  Yg ada tu tak kesah sikitpun anak2 nak ponteng.  Ponteng ni lambat laun akan jadik habit dan attitude pada anak2.  Esok2 dah keje pun manjang nak monteng jer..Amik MC. Kan tak bagus kan.
 
Seboleh2 mmg aku x bagi anak2 ponteng. Tpi macam aku kata, ibaratnya mmg kta dah plan lama nak pi bercuti, balik kg or kenduri kawin sedara mara mmg x dapat nak nolong. Nak2 lagi plan bercuti tu dah berbulan kita set, hotel pun dah siap bayar. Abis cam no....
 
Cikgu2 pun sama gak. Aku pun rasa, suka tak suka dorang kena gak gi sek. Cikgu pun manusia gak. Ada anak2 ada keluarga. Banyak nya aku rasa cikgu pun x suka nak dtang ari sabtu kan?.....Sesuatu yg pihak sekolah kena fikir dan ambil berat pasal ni...supaya, sekolah ganti ari sabtu akan jadi lebih bermenafaat pada suma. Bukan sekadar lepas batuk di tangga. Buat syarat sebagai ganti cuti panjang..ye dak??

No comments: