February 9, 2011

Dyslexia Part II

One of my blog reader share with me infos on dyslexia.  I was so fortunate that dia seorang guru pemulihan khas yg mmg paham sgt2 masalah kanak2 dyslexia.  Ni aku share kan info yg dia antar thru email. Thank you Noor..its help alot lepas akak baca note tu. Nanti kalau ada lagi jgn lupa share dgn akak ye.

Mmg suma tanda2, symptom2 dan ciri yg ada kat delin menyakinkan masalah yg dia hadapi tu..harap dgn paste all the info and notes Noor kat sini kita sama2 dapat menafaat.  Aku pun nak print satu set cantik2 dan bagi kat Puan Suhana, Penyelia Petang sekolah delin bila aku jumpe dia end of this month.

Here goes..

DISLEKSIA

1.0 Pendahuluan

Masalah disklesia dalam pembelajaran yang wujud kepada kanak-kanak di Malaysia sebenarnya amat menakutkan ibubapa penghidap. Ramai kalangan ibubapa yang gentar dan takut kepada kewujudan masalah ini yang berlaku kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan bahawa penyakit ini adalah satu penyakit seperti kecacatan kekal yang memungkinkan anak-anak mereka tidak dapat menikmati dan mengikuti pembelajaran di sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Anggapan ini sebenarnya adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan bagi mengelakkan ada di antara kanak-kanak disleksia ini dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan di sekolah.

Di Malaysia sendiri sebenarnya penyakit ini mula diperkenalkan kepada umum hanya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaaan disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak.

2.0 Definisi

Berikut adalah beberapa definisi disleksia yang didapati daripada beberapa pakar dan sumber rujukan :

Definisi 1

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation Of Neurology (1968). Menurut definisi ini, disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak di amna meskipun melalui pengalaman bilik darjah konvesional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2006), Apa itu Disleksia?,PTS Professional

Definisi 2

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html

Definisi 3

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh Mereka ini mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1154953076975

Definisi 4

Sebagian pakar mendefinisikan disleksia sebagai visiual, disleksia auditori dan disleksia kombinasi (visual-auditori). Ada juga yang mendifinisikan disleksia berdasarkan apa yang dipersepsi oleh mereka yang mengalaminya yaitu persepsi pembalikan konsep (suatu kata dipersepsi sebagai lawan katanya), persepsi disorientasi vertical atau horizontal (huruf atau kata berpindah tempat dari depan ke belakang atau sebaliknya, dari barisan atas ke barisan bawah dan sebaliknya), persepsi teks terlihat terbalik seperti di dalam cermin, dan persepsi di mana huruf atau kata-kata tertentu jadi seperti “ menghilang”.

Definisi 5

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

 Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

 Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

 Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

Definisi 6

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

 mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk

 mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung

 mereka sukar mengeja

 mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik

 mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman

 mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

http://www.das.org.sg/malay/malay.htm

Definisi 7

Di tahun 1994 Orton Dyslexia Society mendefinisikan dyslexia sebagai berikut :“satu diantara beberapa ketidakmampuan belajar, merupakan penyebab utama terjadinya kesulitan berbahasa yaitu kesulitan menguraikan kata tunggal, biasanya menunjukkan ketidak kemampuan dalam memprosesan fonologis. Kesulitan dalam menguraikan kata tunggal ini berkaitan dengan usia dan kemampuan kognitif serta akademik lainnya; itu semua bukan akibat dari ketidakmampuan perkembangan / fase perkembangan secara umum (generalized developmental disability) atau kelemahan penginderaan (sensory impairment). Disleksia ditunjukkan dengan kesulitan yang mencakup bahasa atau disebut juga masalah dalam membaca, dan paling menonjol masalah prestasi dan kemampuan menulis dan mengeja” (Lyon 1995:9)

http://pomg-smbc.blogspot.com/

Definisi 8

Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang emmpunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, disleksia ini merupakan satu masalah.

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.





3.0 Masalah-masalah dalam disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

a) Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

b) Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

c) Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

 Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v

 Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba

Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat – cat

 Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik



 Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.







 Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :

a. 3 – 5 - 8

b. 9 – 6



 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.

- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.

- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah .

Secara lebih khusus, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami masalah-masalah berikut :

i. Masalah fonologi

ii. Masalah mengingat perkataan

iii. Masalah penyusunan bersiri

iv. Masalah ingatan jangka pendek

v. Masalah kesedaran sintaks



 Masalah fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan antara paku dan pasu. Mereka juga tidak dapat mendengar rima akhir yang sama perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataaan yang akhir bunyi akhirnya sama dalam “Jack and Jill went up the hill”, mereka akan menjawab Jack and Jill. Ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam bahasa Inggeris, sama ada fifty cents atau fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).



 Masalah mengingat perkataaan

Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Walaubagaimanapun mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan.



Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan, mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan, malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai “kawan saya di sekolah” ataupun “budak lelaki itu”. Ini juga bermaksud mereka sukar mengingati fakta-fakta di sekolah apabila disoal oleh guru. Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses ‘penyebaran’ dalam subjek sains dengan panjang lebar tetapi mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisme penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.



 Masalah penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersisri, seperti susunan bulan dalam setahun, sesunan hari dalam seminggu, susunan huruf serta nombor. Justeru mereka mengahdapi masalah dalam mengahafal sifir ataupun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan “ berapakah nilai 2 x 4?” Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai ekpada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha, masalah yang sama berlaku dalam operasi pembahagian.



 Masalah ingatan jangka pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi maslaah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat du stor ingatan jangka pendek yang tidak digunakan pada masa itu. Dalam kata lain, kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru. Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti “Lipat dua kertas manila, potong di garisan tengah dan dan seterusnya.” Apabila arahan itu melibatkan lima langkah ataupun lebih, lazimnya kanak-kanak disleksia terus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak itu disangka tidak memberikan perhatian.



 Masalah kesedaran sintaks

Kesedaran sintaks atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia di amna mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks dalam bahasa. Umpamanua bahasa Inggeris dan bahasa melaysia mempunya peraturan sintaks berbeza, di mana frasa “black cat” dalam bahasa Inggeris disebut sebagai kucing hitam dalam bahasa Malaysia. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dalam bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama.



4.0 Ciri-ciri penghidapnya

Secara amnya, para penghidap disleksia ini akan mengalami ciri-ciri seperti berikut:

i. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

ii. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

iii. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

iv. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

v. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

vi. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

vii. Sering berlaku di kalangan lelaki.

viii. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

ix. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa

Namun demikian, cirri-ciri penghidapnya boleh dipecahkan lagi kepada beberapa peringkat umur atau perkembangan seperti berikut:

a) Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

i. Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

ii. Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

iii. Mengalami kesukaran sebutan atau rima

iv. Sukar menulis nama sendiri

v. Payah mengenal bentuk atau warna

vi. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

vii. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

viii. Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

ix. Tidak merangkak semasa bayi

x. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

xi. Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak



b) Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

i. Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

ii. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

iii. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik)

a. 15 dengan 51

b. “was” menjadi “saw”

c. ‘b’ dengan ‘d’‘

iv. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

v. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

vi. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

vii. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Secara khususnya ciri-ciri ini boleh diperincikan mengikut peringkat umur seperti berikut :

i. 6 hingga 9 tahun

o Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

o Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

o Keliru dengan kiri dan kanan

o Tulisan cermin atau terbalik



ii. 9 hingga 12 tahun

o - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

o - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

o Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

o - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

o - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

o - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :

o - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

o - Kesukaran menulis karangan

o Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

o - Kesukaran mempelajari bahasa lain

o - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

o - Jenis orang yang suka senyap

o - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

o - Kurang kemahiran bersosial



5.0 Punca-punca Disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a. Keturunan atau genitik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

b. Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

c. Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Sehubungan itu, bolehlah disimpulkan bahawa punca Disleksia adalah dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

6.0 Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.



a) Langkah-langkah membantu kanak-kanak Disleksia

• Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya

• Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

• Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

• Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

• Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

• Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

• Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

• Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai



b) Apa yang dapat dilakukan

• Adanya komunikasi dan pemahaman yang sama mengenai kanak-kanak disleksia antara ibubapa dan guru

• Kanak-kanak disleksia duduk di barisan paling depan di kelas

• Guru senantiasa mengawasi / mendampingi saat kanak-kanak disleksia diberikan tugas, misalnya guru meminta dibuka mukasurat 15, pastikan anak tidak tertukar dengan membuka mukasurat lain, misalnya halaman 50

• Guru dapat memberikan toleransi pada kanak-kanak disleksia saat menyalin soal di papan tulis sehingga mereka mempunyai waktu lebih banyak untuk menyiapkan latihan (guru dapat memberikan soal dalam bentuk tertulis di kertas)

• Kanak-kanak disleksia yang sudah menunjukkkan usaha keras untuk berlatih dan belajar harus diberikan penghargaan yang sesuai dan proses belajarnya perlu diselit dengan waktu rehat yang cukup.

• Melatih kanak-kanak disleksia menulis sambung sambil memperhatikan cara kanak-kanak disleksia duduk dan memegang pensilnya. Tulisan sambung memudahkan murid membezakan antara huruf yang hampir sama misalnya ’b’ dengan ’d’. Kanak-kanak disleksia harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf sambung karena kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu saja. Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak disleksia harus dilatih menulis huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Misalnya huruf-huruf dengan bentuk bulat: ”g, c, o, d, a, s, q”, bentuk zig zag: ”k, v, x, z”, bentuk linear: ”j, t, l, u, y”, bentuk hampir serupa: ”r, n, m, h”.

• Guru dan ibubapa perlu melakukan pendekatan yang berbeza ketika belajar matematik dengan kanak-kanak disleksia, kebanyakan mereka lebih senang menggunakan sistem belajar yang praktikal. Selain itu kita perlu menyedari bahwa kanak-kanak disleksia mempunyai cara yang berbeza dalam menyelesaikan suatu soal matematik, oleh karena itu tidak bijaksana untuk ”memaksakan” cara penyelesaian yang klasik jika cara tersebut sukar diterima oleh kanak-kanak disleksia

• Aspek emosi. Kanak-kanak disleksia dapat menjadi sangat sensitif, terutama jika mereka merasa bahwa mereka berbeza dibanding teman-temannya dan mendapat perlakukan yang berbeza dari gurunya. Lebih buruk lagi jika prestasi akademik mereka menjadi demikian buruk akibat ”perbezaan” yang dimilikinya tersebut. Keadaan ini akan membawa kanak-kanak disleksia menjadi individu dengan ”self-esteem” yang rendah dan tidak percaya diri. Dan jika hal ini tidak segera diatasi akan terus bertambah parah dan menyulitkan proses terapi selanjutnya. Ibubapa dan guru adalah orang-orang terdekat yang dapat membangkitkan semangatnya, memberikan motivasi dan mendukung setiap langkah usaha yang diperlihatkan kanak-kanak disleksia. Jangan sekali-sekali membandingkan kanak-kanak disleksia dengan temannya, atau dengan saudaranya yang tidak disleksia.



7.0 Kesimpulan

Masalah disleksia ini bukanlah satu penyakit yang tidak dapat dirawat dan bukan juga merupakan satu masalah kepada ibubapa dan guru. Kesedaran awal terhadap kanak-kanak yang menghidapi masalah ini akan memungkinkan kanak-kanak disleksia ini mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan yang paling penting guru tahu bagaimana caranya untuk menghadapi dan merawat kanak-kanak disleksia ini.

Kejayaan mendidik kanak-kanak disleksia ini melibatkan pelbagai aspek termasuk penerimaan dan persediaan guru dan ibubapa, latihan guru, perancangan yang teliti bagi perkembangan, penggunaan akreditasi yang eferktif, penggunaan bahan yang praktikal dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah dan kesedaran pentingnya motivasi.


1 comment:

MyZsZs NOoR said...

Sama2 kak. Yang saya email ni adalah assignment saya so ia adalah dari pelbagai sumber yang cilok sana sini. So sebarang kekurangan minta maaf banyak2 yer.

Semalam saya dapat satu kes lagi kanak2 dis-leksia ni. Boleh kenal huruf tapi tulisan semua terbalik.

Insya Allah semua mereka ada harapan untuk berjaya macam kanak2 normal dan tak mustahil untuk lebih berjaya dari orang lain