February 22, 2011

Mengapa lelaki berumur 40 ke atas salu tersasar/berubah??

Meh kita baca persoalan, mengapa lelaki miang berumur 40 ke atas dari forum ratu hati yg aku dapat..

1. Biasanya umur 40an ke atas, kedudukan kewangannya mula berlebihan, (jika bergaji besar), dan kedudukan kerjayanya di tangga tertinggi menjawat jawatan Timbalan, Penolong Ketua dan yang setaraf dengan ini, yang mempunyai kuasa di tempat kerjanya. Keadaan begini menyebabkan kegagahan kemachoannya meninggi.
-tapi yg takde wang, pangkat pun sama gak...last2 terjebak ...sapa nak jwb?? Tp bab stabil tu betul la, sbb anak2 dah besar, bini pun tolong support byk..so, wang tu ada lebihan..tu yg menerawang jer tu kan..


2. Apabila dirinya berada di atas ketinggian tangga kerjayanya ini, kuasa berada di tangannya, maka hormon testosterone nya bertambah dan berlebihan apabila dia berada dia pejabat.
-Ego ler tu..nak belagak..nak2 lagi kawan2 dok asyik cucuk manjang..suh test market..


3. Keadaan ini menyebabkan dirinya semula kembali asasinya iaitu Pemburu. Minatnya untuk memburu mula membara. Apa yang dia burukan? Terpulang kepada minat masing-masing. Jika hobinya menyimpan barang antik, maka dia mula menjadikan hobi ini galeri utamanya, jika memancing, dia akan cuba untuk memenangi GP Joran anjuran Berita harian, jika Superbike, dia akan berkonvoi dan menjadi Marshal mengetuai team convoi ke seluruh dunia, DAN jika yang minat perempuan, dia akan memburu perempuan-perempuan muda yang cantik terutama sekali yang susah untuk ditawan. Jika kesemua perkara ini dapat dicapai, maka dia merasai kepuasan yang tidak terhingga.
- Tp it takes two to tango. Lau perempuan2 yg gatal dan gedik x melayan tak jadinya. Org lelaki base ler, pantang org jual murah sikit..mula mengayat..tak gitu?



4. Kembali kita kepada lelaki 40an miang. Lelaki ini berkemungkinan hobinya memburu wanita. Perangainya ini dibawanya seawal persekolahan lagi. Jika anda kenal suami anda sejak di bangku sekolah yang ramai teman wanita di keliling pinggangnya.. maka suami ini berkemungkinan akan menjadi pemburu wanita muda selepas berumur 40an.
-Ala yg tak miang pun, kalau perempuan dok gedik2 ..dok gesel2...mula2 kata tak nak..lelama?..iman sure goyah nak2 lagi perempuan lawa ala2 Nora Danish ke..Nasha ke kan.

5. Seorang pemburu berasa bermotivasi untuk menangkap mangsanya, berusaha berbagai cara untuk mendapatkannya. Disebabkan kedudukannya yg stabil dan hormon jantannya tinggi, maka dorongannya memang hebat untuk menjerat wanita buruannya itu. WALAUPUN DIA ADA ISTERI YANG CANTIK DI RUMAH. Namun mengejar wanita buruan adalah satu nikmat dan kepuasannya. (Walaupun perempuan yg dia buru itu tidak secantik isterinya).
-Salu gitu kan..bini sikit pnye lawa cun melecun..tp lelaki still carik yg lain..still affair dgn perempuan lain..tu pasal apa?..nafsu ler


6. Sebagaimana pemburu binatang, apabila sudah menangkap buruan itu dan menyembelih, maka hilanglah mindanya terhadap binatang buruan itu. Esoknya dia akan mencari binatang yang lain pula. Maka bergitulah si pemburu wanita umur 40an ini, dia amat bermotivasi memburu wanita pilihannya. Dan akan berasa megah menceritakan pada teman2 seangkatannya kejayaannya menangkap wanita muda buruan ini. Apabila telah dapat apa yang dihajati, maka dia akan tinggalkan wanita itu dan mencari wanita lain pula.
- ni lebih kepada pengaruh..kalau kawan2 cucuk jer. Tapi yg ada makin tua makin alim pulak. Tu sbb apa, sbb mereka2 tu ingat Allah..ingat nak beribadat..maklum dah berumur.


7. Mengapa lelaki ini miang di luar rumah dan dingin di dalam rumah dengan isterinya? Ini kerana secara semula jadinya, bila umur meningkat lebih 40an, badannya hanya mengeluarkan hormon testosteronenya 50%. Tahap rendah ini menyebabkan diri lelaki ini menjadi lemah dan stress. Apa lagi jika dia balik ke rumah, dia dileteri atau tidak mendapat sokongan yang boleh membantu dia menambah hormonnya ini. Dia merasakan stres sebab di rumah dia tak dapat tambahan hormon jantannya ini. Tetapi di luar rumah, dia diminati oleh wanita muda dan dapat menguasai mereka dan menyebabkan dia mendapat menambah hormon testosteron yang meningkatkan keceriaanya dan kehebatanya.
- Alah, kadang2 manusia kan..dah ada tapi tak tau mensyukuri..yg Haram jugalah yg dia nak. Maklum setan pangkat besar dok lam kepala gitu..


8. Oleh itu, jika puan-puan inginkan suami 40an tidak miang di luar rumah, pastikan anda membantu suami anda menambahkan hormon testosteronenya setiap kali dia pulang ke rumah dengan:

a) Menyambut dia pulang dengan senyuman dan ucaplah perkataan yang dia rasai anda bahagia kepulangannya dan dirinya dirasai dihargai.
eh, kita pun penat jugak keje tau...kena sama2 memahami dan menghargai ..baru jadi

b) Teruskan beri dia kerehatan, minuman kesukaannya, biarkan dia membaca / nonton TV sesampai di rumah dalam 15-20 minit agar dia dapat mengembalikan kehilangan hormon jantannya.
-Kok bini tak keje bole ler melayan gitu...kalau dua2 keje, dua2 sama penat sampai umah...paham2 jer lah. Suami pun kena salu  bertolak ansur dgn isteri. Jgn nak pentingkan diri sendiri jer.

c) Layanilah dia hingga dia merasai dirinya dihargai. seolah-olah hanya dialah RAJA di rumah yang memberikan kebahagian kepada isteri dan anak2nya. Jangan mengeluarkan perkataan dan perbuatan yang menyebabkan dirinya berasa GAGAL membahagiakan isteri di rumah. Ini menyebabkan dia mencari KEJAYAAN di luar rumah.

-Yg pasti kejayaan tu mesti lah datang dari dua org sekali. Suami dan isteri. Kena lah salu paham memahami, bantu membantu, bertolak ansur, jujur , setia..dan yg paling penting..IMAN tu...dua2pun harus berusaha menyemarakkan cinta bukan serah kat isteri sorang jer..tak gitu??

No comments: