March 30, 2011

Kerja harus PRO.

Wah, minggu ni sangat busy di office.  Dengan month end end sales closing. Mana nak kejar salesman2 suma ni for figures and report.  Mana pulak nak ensure everything diinvoice.  Tu belum campur lagi kebizian dgn memfiling.  Salu jer malas tau nak memfiling.  Tapi later on kena buat jugak. Maklumlah bukan ada kerani suruhan ke nak kena buatkan. Semuan kena buat sendiri.

Ni pun aku decided amik break jap.  Dari pagi sampai la ni. Full barr pnye energy pun tinggal sikit2 jer lagi ni ha.  Pendek kata baru hari rabu dah terasa letih tau.  Tanda2 penuaan yg ketara gaknya. 

Awal minggu ni JLO baru balik dari cuti bersalin dia.  Biasalah mula2 masuk keje byk ler mende kena catch up.  Walaupun dulu aku sgt sakit hati dan marah dgn JLO tpi lelama aku berjaya gak buang perasaan tu jauh2.  Ye lah dah keje satu pejabat, satu teammate lak tu tak syok la nak bermasam2 muka bagai.  Aku mengaku gak, aku pun ada tersilap dgn dia dulu. Menyampah sgt dgn perangai dia.  Tp itu dulu, skg ni aku nak bekerja dgn tenang, damai dan tenteram jadik aku buang perasaan tu jauh2.

Pagi2 Isnin, aku dah nampak dia.  Masa dia datang kat aku, aku selamba kadak hulur tangan ingat nak bersalaman lah kan. Sapa tau dia hug aku gitu.  Wah, termalu i.  Sesungguhnya aku pun rasa dia dah lupa kisah antara kami dulu tu.  Yg pasti sekarang, aku dan dia saling memerlukan untk menyelsaikan segala tugasan.  Aku harap dia betul2 berubah dah tak le dengki lagi dgn aku, takde apa lah di dengki dgn aku ni. Aku cuma menjalankan kerja yg diamanakan jer. Kalau rasa tak betul, tak puashati cakap jer. Aku very open minded pnye. Tak kisah menerima teguran.

Dia pun tak kedekut idea nak berkongsi buah fikiran camna nak buat keje tu lagi mudah.  Dan aku pun rasa idea dia tu sgt bagus sbb dapat buat stok list tu lebih accurate dan senang nak refer. See?. Apa yg penting kerjasama..kerjasama.  Since dia baru jer dapat baby kan, aku pun sajer seronok  bagi adiah kat baby dia tu. Satu set pink romper dgn kasut. Alah harga biasa2 jer. Dibawah 50hengget gitu. Aku order thru kwn2 kat Fesbuk.  Masa aku bagi kat dia, dia mcm terkejut kata x payah susah2. Aku pun kata, aku beri dgn ikhlas untuk meraikan org baru. Akhirnya dia terima gak.  The next day, dia dtg jumpa aku kata romper2 pink tu cantik sgt. Sesuai sgt dgn baby girl dia.  Well, I m glad. Aku gembira dpat buat org gembira.

Minggu ni jugak aku dah 2x mintak stock list dari whse. Both kat east msia and west msia.  Yg east msia tu mmg tip top jer.  Hujung bulan jer senang terus jer ada dalam inbox aku. Sedia maklum dah kan.  Yg lagi satu tu, alahai. Kalau tak mintak, wat tatau. Mintak pulak manjang jer bertangguh dgn segala mala alasan.   Stock lists tu aku ada tpi aku still nak list barang2 based on pyhsical counts kan.  Bulan lepas tu aku mintak 2-3 kali.  Mula2 kata x sempat lah, busy lah.  Bila tanya lagi sekali, email down lah. Sudahnya bulan lepas haram tak bagi pun!.  Aku ni dah berbuih mulut menelefon mintak sampai at one stage aku give up dah. Lantak ko.

Since bulan ni kami baru jer dapat letter of award for quite big project, bos mintak aku listing on apa barang yg ada kat east msia yg bole dioffer. Ni mcm ad hoc gitu. Customer nak tau apa yg ada.   Kalau suit to thier requirement, dorang nak issue direct purchase jer instead of consignment.  Dari hari Isnin dia mintak. Aku pun dah berkali mintak gak.  Since aku ni asyik kena tekan boss jer kan, aku hilang sabar dah. Ye lah, aku  pun byk keje sgt2 minggu ni. Tak kuasa mcm nak mengemis jer mintak report.  Bear in mind, org yg bertanggung jawab tu ialah dlam kategori kawan rapat gitu.  Pulak tu, pasal dia lah yg recommend aku kat sini kan.  Harus tak rasa mcm dilemma gitu.  Buat nya kita push berkali2 karang dia bosan. Ntah apa pulak sangkaan dia kan.  Walhal, aku yg sgt tertekan bila bos asyik jer tanya. Bosan mak tau.

Dua email aku antar for request. Saja lah tak mo obvious sgt aku shoot email kat dua2 lokasi. Pelagi terperanjat ler kwan kat East Mesia tu. Boss dia baca email tu pun bising.  Bila dia kol, aku explain lah. Dorang pnye report mmg tip top and on time. Tpi yg lagi satu nih mmg lambat tahap siput.  Masalahnya bukan dia patut  buat pun. Dia ada ramai org bawahan yg bole dikerah. Tapi aku taktau apa sebenarnya masalah dia.  The last email aku antar siap boh perkataan REMINDER!!! gitu. Tapi bila aku kol still kata, tgh working on it.

Wah, asyik ditekan jer kan harus aku pun carik org lain yg bole kena tempias sama.  Jadik aku shoot email kat HQ dorang mintak bantuan.  Selalu aku tak suka buat gitu kecuali kalau terpaksa. Sbb between aku dgn whse tu mcm ada border.  Mereka tu agent jer to us.  Kalau org atasan mereka sendiri harus mereka amik serius. Aku rasa lah, sbb bberapa kali its work that way.

Aku pun  citer ler kat org yg handle our account kat KL. Ceritera masalah aku yg kena tekan since Monday nakkan report tu.  Email aku tu pendek jer.  Mana tau, lepas tu minah tu shoot email kepada suma bosses dia termasuk ler yg kat whse and boss dia tu.  Aku dgr gelabah macam cacing bosses dorang bila principal  bikin kecoh woo.  Honestly, bukan aku ada intention apa2 pun ok. Aku cuma rasa its the time aku tak bole tunggu lagi.  No more mercy org kata. Salu sgt bagi muka abis pijak kepala.

Tak sampai tengahari, Minah HQ tu antar aku satu copy email yg dia antar kat suma boss dia aku dapat email dari whse tu kata dia dah antar email.  See??. inilah aku cuba sampaikan. Kalau aku mintak bole wat excuse dan lewa2 kan. Dah boss suma melompat, bole pun kuar report listing tuh?.

Dia ada la kol aku kata dia dah antar report tu.  Aku pun katalah, bos aku tgh workout  big proposal and nak tau then and then. Bukan simply nak menyusahkan dorang bikin havouc. Tapi ada masa kalau mat salleh ni nak sesuatu dia akan chase bagai nak giler.  Apatah lagi, company baru kan. Kira new customer, mestilah org tua grumpy bos aku tu bebel semacam kan.  Aku tak nak dia salah paham yg aku sengaja kecoh2 kat HQ dia untuk pekenakan dia.

Sungguh aku tak berniat langsung buat begitu, tapi lately ni aku bole nampak yg kawan aku tu  mcm tak berapa fokus dah.  Taktau lah kenapa.  Ada gak aku dgr dia tak puashati akan increment, bonus dan bberapa perkara lagi.  Kalau ikutkan aku pun kadang2 rasa mcam tu.  Tapi selagi nama kita ni kuli yg di bayar gaji kan apa daya kita nak mengelak.

For me, kalau sesuatu keje yg aku buat tu tak selesai selagi tu aku tak senang duduk. Pada aku, buat keje biar sampai abis. Jgn wat separuh2.  Tak kira lah, kawan baik ke, adik beradik ke hatta apa pun bila termasuk dalam tanggung jwab dan tugas seharusnya kita laksanakan sebaik mungkin kan. Baru lah berkat gaji yg kita dapat tiap2 28hb tu....sekian

Perfume Durian.

Hari minggu lepas, anak buah SP wina dan mila balik kg.  Skg kat kg SP tgh musim durian. Khabarnya banyak sgt durian sampai tak termakan. Mcm  biasalah tu.  Pokok2 durian kat sekeliling umah SP mmg bnyk. Masa balik coti raya cina ari tu baru berputik2 jer.  Bdak2 mmg teruja sgt nak makan tp malangnya masa tu lum masak lagi.



Baru putik kecik jer masa bulan dua tu. So skg mmg dah cantik sgt lah. Masak dan gugur pun bnyak sgt.  Rambutan katanya baru nak mula, tak lama lagi mesti rambutan ler pulak sampai kan.  Since Wina masih bujang gitu, byk masa dia salu nak balik kg. Alah org  bujang tak payah nak pikir pasal anak2 ke, nak kemas umah ke, gosok baju sekolah bagai kan. Bila dia rasa nak balik jer zup dia balik terus gitu.  Kebetulannya dia nak balik last weekend dgn sepupunya si mila walaupun mila ada 2 handbag bergayut maklum, mila kan surirumah sepenuh masa bole la dia ikut jer.

Mila kata byk sgt durian.  Lenguh dorang kutip dgn baldi dan besen.  Dan off course MIL mmg dah siap2  simpan yg dah kopek.  Ada jugak tempoyak yg dah dibuat gitu.  Aku bukanlah penggemar tegar durian macam SP macam Amal, aku bole makan seulas dua jer.  Dorang kalau makan 4-5 biji tak hengat dunia gitu. Aku mmg suka akan rambutan jer. Terutama rambutan gading tuh. Hah, yg tu aku bole makan sebnyk2 mana yg aku nak. Rasa mcm best gitu kaalu dapat petik dari pokok and duk bawah pokok sambil sembang2.

Jadik, malam semlam kami pi Keramat umah mila purposely nak amik durian2 itu lah kan.  Mmg banyak u olls, mana taknya satu bonet pesona penuh dgn durian jer. Wina masih kata kereta dia still berbau durian gitu.  Aku rasa kalau dikira2 ada hampir 20 bijik durian.  Tu belum campur lagi yg MIL dah siap kopek dalam tupperware.


Ni lah hasil yg kami kutip ehsan dari Wina.  Katanya MIL siap bagi pesanan penaja lagik.  Kirim2 durian tpi takmo balik kg.  Wah sungguh tajam gitu tau sindiran. Since aku dah ckp dgn Wina sabtu tu SP keje, aku pulak nak kena attend mesyuarat PIBG dan bukan time cuti sekolah, susah sikit nak balik kg gitu.  Bukan lah berkira akan kos ulang alik, tp aku mesti amik kira kan bberapa perkara lain.. .  Statement MIL yg kata bole jer balik sabtu petang and balik KL ahad petang gitu and amik banyak2 durian buat SP senyum.  Well, MIL (sama gak mcam mak aku) tak paham yg hari cuti aktiviti mengemas, membasuh, menyental dan segala2 me...Maklumlah kami berdua kan keje. Klau hari sekolah lagi lah busy. Dgn nak menggosok baju sekolah, baju keje aku. Tu suma kena buat time2 ptg ahad tu. Kalau dah balik dari kg kejap2 gitu, keje2 pulak tertangguh and the next day anak2 sekolah aku rasa kureng sesuai.  Sbb itu kalau nak balik ke sana, kurang2 kami akan cuti 3-4 hari.  Ye lah perjalanan jauh satu, nanti kena amik kira jugak anak2 kepenatan nak sekolah kan.  Laenla time cuti sekolah or cuti panjang. Then bole la kita adjust

Tapi aku tak peduli sbb bukan aku yg nak. Anak dia jugak kan.  Since SP anak feveret dia kan, byk gak dia kirimkan gitu walau dgn pesanan menikam kalbu. Huhu. Pendek kata, bukan senang2 nak amik tanpa mendengar segala mala MIL pesan kat Wina. Padehalnya SP selalu telefon MIL takde pulak aku dgr dia pesan2 gitu.  Alah, belakang2 jer MIL tu. Depan2 takde nya.

Sepanjang jalan dri keramat ke rawang kereta penuh bau durian belaka.  Bdak2 pengsan ketiduran.  By time kami reach umah pun dah dekat kul 11 cam tu.  Ye lah kami pun keje Isnin tu, kuar umah dalam kul 8 and reach keramat dalam kul 9 cam tu.  Punggah durian and terus letak kat dapur.  Mujur ler dapur kami tu blum completely siap sbb ada 2 pintu in between. Pintu yg lagi satu tu blum dipecah dan dia buang lagi.  Letak jer kat dapur and tutup pintu. So idakler bau2 an sampai ke dalam rumah kan.

Cumanya sampai ari ni keta masih berbau durian.  Dah letak arang seketul pun still ada lagi.  Dah letak berhelai2 daun pandan pun masih tak mau ilang seratus peratus.  Gamaknya kena bukak tingkap on aircond dan biar bau2 an tu kuar baru nak settle kot.

Dahler Sabtu ni ada appointment nak servis keta for 20k, kalaulah bau tu tak hilang nanti takut2 budak servis tu mabuk pulak.  Ye lah kan, bukan semua org suka akan durian. Mcm aku ler, durian tak berapa gemar. Kalau makan pun takat seulas dua. Tapi kalau tempoyak, aku sangat2 suka.  Buat sambal tempoyak.  Tak pun masak cili api pucuk ubi yg diracik halus2 dgn tempoyak boh petai sikit. Dapat makan dgn nasik panas dan ikan goreng...sungguh heaven gitu .








March 29, 2011

Mind my own.





Kol me what ever. Truth is aku mmg tak suka hipokrit. Bukan style aku lah nak tegur officemate pagi2 kalau aku nampak dorang pakai baju baru, kasut baru or fesyen rambut terbaru. Selalunya aku wat2 tak nampak jer. Mind our own business org kata. Seperti mana aku tak suka menyeboks hal org begitulah juga aku harap tanggapan mereka2 terhadap aku. Aku tak suka kalau org tegur aku "eh, baju baru lah. Beli kat mana bla bbla". Eh, kasut baru lah, handbag baru lah, jam baru lah, bla bla bla. Maaf, aku bukan jenis mcm tu. Mmg susah lah aku nak cakap or puji apa2 kalau aku rasa tu bukan keluar ikhlas dari hati aku. Yg pasti aku x suka hipokrit. Cantik ke tak ke biar aku judge dalam hati aku. Aku pun tak suka org puji2 melangit kat aku ni. Kecuali kalau pujian tu dari hasil keje aku, teamwork ke. Mmg aku suka. Sbb itu dgn sendirinya akan menaikkan graf semangat kerajinan aku dan jugak harap2 graf KPI.





Aku ni bukanlah jenis mood swing, tapi sometimes aku rasa cam bengang tahap dewa bila pagi2 ada makhluk/species yg ttba datang kat cubicle and tunjuk rambut baru dia yg diwarnakan or baju baru yg dia baru beli ataupun nak tunjuk pesen rambut terbaru dia. Ish ish, aku bukan apa. Pagi2 dgn good mood nak bekerja kan, dgn semangat penuh membara (ceh ceh) ttba datang si gedik2 and buat aksi ala2 cat walk betul2 buat aku menyampah tau. Sungguh!.



Seperti mana aku tak suka kacau org laen pagi2 dgn lawak2 sengal ala2 bodoh, gitulah juga aku. For me, bila pagi2 masuk keje kena duk tmpat dulu. Aku wat checklist apa yg patut nak buat yg mana nak didahulukan. Tak lupalah pada email yg mmg hari2 ada kan. Kena baca tu dulu. Sbb tu aku selalu letak status aku as "busy" on the internal communicator, sbb aku tak suka di ganggu dowh.



Sengal tak rasa kalau dah nampak status ku itu as busy ada hati tanya soklan "u busy ke?". Ada tak korang rasa nak pi jer kat org tu and lempang? harus la gitu kan.



Yg pasti kat off aku ni mmg ada species gedik sorang ni, yg kadang2 buat aku mood aku ttba nak marah jer. Ya la, ari tu ppagi buta dah communicate dgn aku kata si polan bla bla bla...walhal org yg dia dok gossip tu bos dia. Ada masa aku tgk bukan maen baek lagi dgn minah tu. Jadik aku agak confuse dgn statement dia or kataan2 dia dgn minah tu. Harus tak aku berhati2 dgn org gini kan?. Aku x kisah kalau sekadar dia nak meluah ketension dia pasal feel bos dia mcm aku jgk kadang gitu. Tapi kalau kutuk kat org luar (dalam kes ni katerer yg supply makanan masa training ari tu). For me what ever happens in the office will remain inside. Tak molek kan citer hal umah tangga kat org luar. Apa persepsi org kat kita. Tak pro langsung.



Since aku dah serik nak layan gospen, gospan kat off ni. Kalau dia citer kat aku or mengadu bla bla bla..ada takde aku kata, yeke?..mmg, biasalah. Tu jer la statement aku. No further komen. Macam artis2 salu cakap tu ..NO KOMEN.



Dan sbb tu jugak aku tak suka kuar lunch dgn perempuan2 di off aku ni. Sbb pertama aku dah serik terkena tak lama dulu, kedua aku biasa lone ranger. tak pun aku join bdk2 lelaki engineer tu makan. Lagi senang. Kalau aku nak mengadu pasal apa2 pun at least aku rasa selamat sbb aku tau dorang tak jadi CNN menyampai sana sini mcm perempuan2 tu kan. Harus tu.



Lagi satu si gedik yg suka kepoh tu pnye habit yg aku x gemar ialah time makan dgn dia suka menghembuskan hingus dia depan2 kita. Yack yack. First time aku terkena rasa nak terkuar isi nasik dari perut aku. Lepas pada tu aku mmg mengelak kalau pun dia ajak nak lunch sekali or nak join semangkuk kalau aku bawak bekal. Biarlah aku kekal sendirian di off begini. Aku rasa lebih tenang gitu. Tak tambah dosa kan? walau pun dia tu kafirun wal munafikun. Sekian, luahan hati aku di pagi yg mendung ni.













March 27, 2011

Mesyuarat P I B G

Dulu kan, aku bukan rajin sgt nak attend meeting2 terutama meeting pIBg ni.  Seingat aku dari masa kakak darjah 1-6, tak pernah sekali pun aku join and attend the meeting. Semuanya atas batu jemala En Sleeping Partner aku tu jer.  Ye lah, malas down nak join2 crowd gitu.  TETAPI, sejak Amal dah sekolah ni, aku rasa aku perlu gak join.  Bukan apa, dia tok asyik remind jer. Ma, jgn lupa mesyuarat PIBG..jgn lupa tau..sekian hb..sekian hb.  Lagipun aku rasa since anak2 dah sekolah suma ni, aku rasa mcm tak cuak nak tinggalkan umah. Kakak pun dah besar dah nak dewasa pun harus dia tau amik sikit2 resposiblity lah kan.  Dulu2 amal dgn deelin kecik lagi, nak pi pibg pastu nak bawak dorang yg akan lari tawaf keliling sekolah tu, baek ler dok umah jer.

Mesyuarat PIBG sek delin dgn amal dah berlangsung awal bulan tadi.  La ni mesyuarat PIBG sekolah kakak pulak. Sekolah Menengah.  Entah camne, patutnya aku dgn SP yg pi. Sbb dah bagi RSVP pun sebulan yg lalu. Sekolah dah bagi form awal bulan March ari tu suh parents tanda samada nak attend ke tak.  SP pun dah tanda nak pi berdua2 an kononnya dgn aku. Tapi harapan tinggal harapan lah kan, sbb last minit dia kene keje pulak.  Ada major renovation kat HR department dan dorang kena supervise dan buat apa yg patut.  Terpaksalah aku pi sendirian.  Nak buat teman, aku bawak Amal pi sekali.

Mcm biasalah, hari sabtu byk tu aktiviti nak buat.  Terutama  menyental baju sekolah bdak 2 org yg cam belacan tu. Harus jugak menyental bilik air yg dah ala2 melicin jer lantainya tu kan.

Aku rasa dalam kul 8.45am kot baru aku sampai kat sekolah kakak. Agak lewat gak sbb majlis bermula kul 8.30am. Masa aku sampai pn Pengetua tgh berucap dah.  Sedih ko, tgk tak ramai parents yg turn up pun. Tak macam sekolah rendah dulu ramai parents sampai penuh dewan ni tak tak sampai separuh pun gitu.

Pihak sekolah pulak jemput YB cina yg tak dapat datang. Tapi ada wakilnya.  Yg tak best, biasalah apek dah berumur berucap, dah lah tak dgr dgn clear satu aku tak paham pun apa yg dia cuba sampaikan. Mcm ala itu cina apek bercakap pelat melayu. Susah betul nak tangkap apa yg dia cuba sampaikan. Nape lah tak jemput yg melayu jer datang?. Aku rasa ramai lagi org / YB kat sana bole kan. Mcm kat sek  rendah ari tu, sgt bagus dorang panggil pengerusi Kolej Polytech Mara tu datang. Dapat dgr dgn jelas pastu dapat maklumat tambahan tentang kursus anak2 yg lepas SPM gitu. Aku rsa tu lagi tepat lah.

Majli bermula dgn lancar gak. Paling best ada persembahan pelajar2. Mula2 choral speaking.  Mcm2 isu semasa yg dorang sampaikan termasuk kes buang bayi, gejala sosial dan mcam2 lagi.  Cara penyampaian dalam bentuk choir dan gaya pelajar2 sungguh mencuit hati. First time aku tgk sungguh kreatif dorang mengisi masa dgn acara begitu.  Lepas abis choral speaking, ada persembahan koir jugak.  Lepas tu persembahan joget pop yeh2...syiok jugak. Sbb Amal yg dari awal merengek ajak balik langsung takmo balik!. Seronok tgk gelagat dan gaya dorang.

Kul 10am break jap, ada lah dorang bagi meehun dgn air kotak for breakfast. Tpi meehun yg keras melentung lak tu rasa hangit.  Tak selera weh nak makan. Amal makan sesuap jer terus komplain x sedap.  Mujur kat situ aku jumpe cikgu Raja: baby sitter amal dgn delin.  Jadi ada kawan takler rasa awkward sangat gitu.

Majlis mesyuarat berakhir dkat kul 11 lebih. Aku dgr jer. Mlas nak suggest apa2.  Lagipun ada ramai parents yg aku rasa mmg sgt menonjol nak merebut jawatan dalam pemilihan AJK  baru. Bior ler dorang. Aku tak berminat nak jadi ahli ke, apa ke. Aku cuma nak attend the meeting dan observed jer. Nak low profile org kata gitu.

Dari lapuran kewangan PIBG sek tu mmg dorang takde source of income pun. Mengharap pada sumbangan PIBG tiap satu keluarga RM30 pun takat berapa jer dapat. Ada lah derma2 dari YB dan perseorangan tapi jumlah nya masih tak cukup nak buat apa2 aktitviti grand2 sekolah kan. Sebab sumber kewangan sgt terhad.

Teringat aku citer akak aku. Kat sekolah anak dia, kalau ada mesyuarat PIBG parents tak datang. Harus dorang kena denda RM10 tau.  Kalau kat sekolah menengah pulak kena denda RM50/family. Which aku rasa bagus jugak idea tu.  Disamping nak make sure parents datang join the meeting bole gak tambah dana PIBG gitu kan?.

Malangnya, akak citer lepas aku dah abis attend the PIBG meeting. Kalau dia ckp seblum tu mau jer hari sabtu tu aku suggest kat mesyuarat untuk buat gitu. Dapat 2 dalam 1 gitu. Pertama to make sure all parents participate, kedua dapat extra income for PIBG dana kan?..Harus mak bapak kalau dgr cadangan aku ada yg tak setuju. Tapi itulah kan, tepuk dada tnya diri sendiri. Kita sebenarnya patut amik tahu perihal anak2 kita dan persekolahan nya. Dan mesyuarat PIBG salah satu caranya nak get together datang dan dgr.  Abis, kalau ada parents yg sepanjang anak dia sekolah kat situ haram sekali pun tak datang, wajib ler kan didenda..Tak gitu?

March 25, 2011

Pidasanglang.blogspot.com : Please PM me

This morning, masa aku nak baca update Pida pnye blog ntah cam ne dia privatekan pulak. So masa aku nak masukkan email and password aku sbb nak baca blog dia terjadi sesuatu yg diluar jangkaan tanpa disengaja. Sbb bila aku klick kat blog Pida dia terus link kat blog aku la pulak.

Sorry dan maaf bebyk ye pida.  Mata tgh buat benda lain, tangan dok ralit menaip jer.  So, kalau pida ada baca entry saya ni PM saya thru FB ye, nanti saya bagi password saya untuk pida buang balik dari blog pida ya.

Maaf lagi sekali ye, kesilapan saya atas kekhilafan saya juga....

Berakhir Sudah penangan Begitukah Cinta.

Akhirnya, smlm abis dah citer yg betul2 buat aku terkejar2 hari2 time balik keje sbb nak tgk.  Menci tau. Aku ni bukanla taksub sgt dgn citer2 melayu terutama yg jiwang2 karat cenggini tpi sejak kena penangan NUR KASIH dulu dah terbawak2 dah.  Suka sgt aku citer ni dah abis. Jadik tak yah ler aku dok rushing hari2 gitu. Penat weh.  Masa citer NUR KASIH dulu takpe gak sbb malam kan. Tp ada masa malam takdapat ngk tv tu ala2 rugi gitu. Ntah camne ada sorang kawan antar scrip sinopsis citer NK tu kat aku. Katanya dari TV3. Pe lagi aku print mende tu. Sampai episod 26 tu.  Jadik kalau termissed episod tu at least aku tau jalan citer melalui sinopsis tu.  Fenomena oo citer tu dulu. Aku siap print sinopsis tu bgi kat kakak aku, wah berebut makcik2 kat off dia photostat tau.  Penangan Nur Kasih gitu.

Smlm tu since pagi2 hujan lebat amats, terpaksa kuar gi keje naek keta.  Bila naek keta expected lah kan kejammed terlampau tahap gaban.  Since aku dah tau citer ni finale semalam melalui FB si pelakon lelaki Nazim othman tu, harus aku kena plan baek utk reached home on time.  Kalau nak tunggu SP datang off amik and lalu ikut jalan Tun Razak yg jammed tak hengat tu sure kul bape aku sampai umah. The last time balik naek keta, it took us 2 jams nak sampai ke toll duta.  Ni tak leh jadi kan.  Smlm aku ckp kat SP aku leave bit early and jalan ke off dia kat Rj Laut tu. At least dari sana nak ke toll duta ikut short cut tak le jam sgt.

Kul 5.20pm aku dah kuar office. Maklum bos takde, suka ati jer. Alah, bukan salu aku balik awal pun.  Salu kul 6 baru turun. Sesekali balik awal sikit jer OK la kan. Ikut time base kalau jalan ala2 walk walk eating air took me about 30-40 minits nak sampai ke Rj Laut tu. Tp smlm aku jalan ala2 marathon lumba jalan kaki (sakit kaki aku) ngam2 kul 5.50pm aku sampai sana.

Jalan tak le jammed sgt tp aku sempat singgah kat restoran jejantas sungai buloh nak tapau nasek lemak.  Aku dah ckp awal2 kat SP ari tu tak mo masak dek kerana penangan citer tu lah kan.  Harus beli makanan siap2 dan layan citer tuh.  Sampai jer kat toll rawang nak hala ke rumah yg jauh dalam 3 km gitu (sama jarak tu dgn aku jalan dari off aku kat J. Ampang ke off SP kat Raja Laut) tapi jammed lah pulak.  Aiseyman, aku dah kejap2 tgk jam.  Haruslah lagi 5 minit nak kul 7 gitu kan. Pe lagi, bila dah sampai harus pi umah baby sitter pulak nak amik dua budak tu.  End up rugi 15min tau.

Tapi akhirnya dapat tengok sampailah ke endingnya. Biasaler standad citer melayu mmg dah agak dah yg Riana akan jumpa nenek dia, Mak Nazril akan insap, Amran kena tangkap.  Base ler plot dia. Cam dah bole agak gitu. Tpi aku x berapa berkenan pelakon yg berlakon jadik Riana tu.  Tak real tu.  Kalau sedih tu nak kata nangis pun tak, sedih pun tak.  Kdg2 taktau dia nanges ke atau gembira. Air mata pun tak kuar. Pendek kata lakonan tak berapa kick lah.  Aku rasa kalau si Eira Syazira (si Kemboja) tu harus real berlakon tau. Mcm ada satu citer dia belakon dulu. Tak ingat tajuk dia tp yg dia bercinta dgn anak toke kelapa sawit tuh, pastu dia pun nyanyi lagu tema citer tu.  Eira bagi aku belakon sgt real. Aku suka cara dia bawak watak tak kira apa watak. Kalau sedih, suka suma nampak.  Tak mo ler sebut yg lelain mcm Tiz ke atau pun yg dah femes tu kan. Ni kira level2 drama cereka I still rasa Eira belakon mmg best.

Sambil layan citer tu smlm, bdak2 yg baru balik sekolah kelaparan ala piranha seminggu tak makan tu terus bukak nasiklemak dan makan.  Smlm pun mujurler dapat gak butterscotch  bread tu. Tapi aku dah nampak keslow wan dorang makan roti tu so mcm ada tanda2 dah jemu gitu. Haaa, harus lah kan.  Aku kira2 bulan ni jer spend Rm 50 hengget jer tau for that roti. Lau dorang jemu dah makan bagus ler sesgt.  Apa pulak madness dorang lepas Butterscotch ni just wait n see jer.

Abis satu citer yg buat aku terketagih ni aku harap2 takde citer lain pulak lepas ni.  Kalau malam2 tu tak kisah ler kan. Ada bnyk masa. Mcm citer MANTERA ANJASMORO tu. Hak tu aku tak kesah sgt mmg timing cantik jer.   Yg aku tak suka timing balik keje, maghrib ish ish, buat aku selalu dalam rushing.

Citer2 melayu bersiri ni jarang aku follow sesgt kalau tak terjebak lah kan. Tapi citer2 omputih tu mmg aku jadik ketagihan sejak sekian lama. Terutama CSI Vegas tuh. Dari zaman season 1 si Grissom muda sampailer dia tua, ganti pulak dgn Dr Ray Langston dah sampai season 11 ko.  Bayangkan masa mula2 aku tgk dulu kat Ntv7, sampai la ni layan kat AXN pulak aku rasa jarang aku ada missed siri2 dia. Lau ada pun bila wat marathon tgk sure sumanya khatam.  Ingat aku masa keje kat company lama, ada satu mamat mat salleh nama Gerry dia ni keje kat offshore dan dia peminat tegar CSI tu.  Sanggup dia spent beratus2 USD Dollar untuk beli the whole season pnye siries korang. Masa tu baru sampai season 5 jer.  Masa sembang2 dgn dia pasal CSI, wah terkujut aku yg dia ada full set dari season 1-S5 tau.

Selain CSI Vegas, aku layan jugak semua CSI tak kira Miami ka, New York kan.  Aku suka citer2 yg ala2 gitu.  Mcm Crossing Jordan, Without a trace, Good Wife, Numbers, Criminal Minds, Bones,Ghost Whisper dan yg baru ni Hawaian Five O dgn Blue Blood. Wah byk sungguh kan.  Mana la aku ada masa nak layan suma tu.  Ada masa aku dapat chance tgk aku tgk. Lau tak biar jer le. Tpi CSI harus tu. Kalau tak tgk dalam minggu tu bole jer tunggu AXN ulang lagi.

Dulu2 aku suka gak layan Fringe season 1 tu tak pun Xfiles. Suma yg best masa mula2 jer. Season 1. Lepas bertukar season mcm mengarut2 pulak citer dia aku dah mlas nak layan. Sama mcm Numbers tu. La ni dah masuk season 3 kot, dah terlebih sudaaa pulak.  Yg pasti, kalau time2 citer aku tu on AIR harus org laen bagi laluan ok.

Between aku dgn SP mmg byk sgt perbezaan pasal citer2 kat tv nih. Dia mmg tak suka layan citer2 yg aku suka tu. Dia akan layan HBO yg bergasak2 cam Die Hard ke, ada Steven Siegal ke.  Citer melayu?? setakat ni  aku cuma tgk dia join2 kami gitu2 jer. Kalau tak Halimah Jongang (pun sama nak tak best langsung dan mengarut) atau pun Adnan Sempit.  Lelain tu takda.  Cuma Selasa malam aku terpaksa ler kasik chance dia nak layan WWF dia kat diva tuh. Maap ye, aku ni dari dulu kini dan selamanya tak paham nape org leh suka tgk Gusti WWF ke hape ke. Dah ler bergustin tak hengat, kadang ada pmpuan tuu.  Aku pun x suka kaalu Amal tgk,so far siaran gusti ala2 malam2 gitu mmg dia takde chance nak tumpang semangkuk. Lau tak dia pun tercongok sama dua beranak melayan. Tak kuasa aku. Menci sgt2 dgn wwf.  Aku mengalahlah. Hari selasa malam baek layan Ghost Whisper kat TV lam bilik. Ghost Whisper tu pun citer tahyul gak tapi ala, bukan apa2 tgk wat hiburan jer.  Cite pasal Melinda yg leh berkomunikasi dgn roh gitu. Aku suka jalan citer dia walaupun aku tau citer tu tahyul dan ala2 syirik gitu kan, tapi sekadar hiburan dan kita yg matang berakal ni harus tau beza yg mana betul dan salah kan.  Bukan taksub sgt pun. So kami tak yah nak gaduh2 tak yah nak rebut2 gitu. Lagipun bdk2 kalau hari sekolah jer tido awal, kakak pulak byk homework mana ada masa nak layan TV kan.  Bilik kakak pun ada TV kecik, salu aku tgk dia layan Glee (ntah hape2 pnye citer) .  Tapi lately dia tak ON tv pun dek kerana keje sekolah yg menimbun2 gitu.  So, mama n ayah leh layan siri kegemaran masing2 tanpa gangguan lor.

Walau apa pun aku sungguh gembira citer di atas tu dah abis ok!.  Lepas ni aku x mo stat terjebak (harap2nya) dgn ganti citer tu pulak udah ler.  Aku cuma nak tunggu NURKASIH THE MOVIE jer.

March 24, 2011

Tambah Cawangan??

Malam tadi, masa berita kat TV3 aku dgn SP tgh sibuk menyidai kain.   Since minggu ni cuaca ala2 syahdu dgn hujan hampir tiap hari, berapa banyak kain daa.  Yg sidai tak kering, yg kotor lum cuci, yg kat lam mesin tak sidai..yg berlonggok lum lipat. Aduh!!.sometimes aku rasa nak termuntah melayan kain tau.  Nak jer carik mesin utk lipat kain terutamanya. Malas sungguh!.

Masa berita tu ada le mentioned pasal gossip yg Engku Emran (somi Erra Fazira tu ler) kawin lain.  Wah, best bunyiknya kan.  SP dgn selamba bagi statement lebih kurang gini ler : Alah, kalau dia nk kawin pun ngapenye?. Ada duit tak salah tu.  Aku mcm biasa  bab2 gini malas nak further komen. As perempuan normal lah kan for sure bila sebut pasal poligami harus ada sentap sikit gitu.  Korang?. Alah, alangkan Ustazah Bahiyah tu pun kalau sebut bab2 poligami ni bole emo..apalagi org2 mcm kita ni bukan taraf alim2 gitu. Harus la dak.  Pagi ni my good friend pun ada review kat blog dia pasal ni.. ce korang baca kat blog dia ZAS. Macam dia kata gak lah kan statement Erra kata lucu pasal gossip tak agak2 kan?.

Org lelaki ni (sorrylah ye, tak suma aku rasa) Syuk hang lum kawin so tak yah pening2 nak pikir ha, akalnya ada byk. Nafsu nya ada satu. Berlainan kita org pempuan Nafsu 99, akal tu 1. Begitulah perbandingannya kan.  Sebagai org Islam mmg lah Poligami tu dihalalkan, diharuskan bahkan digalakkan kalau dapat menghindar diri dari maksiat kan.  Tapi sebelum berpoligami pun ada byk syarat2 yg harus dipenuhi dan dipatuhi. Pendek kata, kalau takde ilmu di dada, takkan sampai ke terusan suez ala2 dialog tokmoh tipu kat Hantu Kak Limah tu pnye citer kan.

Mcm yg zas citer kat blog dia tu, aku pun kenal rapat sgt dgn kwnnya yg jadik isteri no 2 tu. Bahkan kami bertiga benarnya mmg rapat sgt2 sbb urusan kerja dulu. Jadik bila dah masing2 betukar tmpat keje masih lagi berhubungan gitu. Mmg betul dia kata, dah 2 tahun lebih dorang kawin. Means somi dia tu menduakan isteri dia tpi setakat ni isteri pertama dia tak tau.  Padehal, isteri pertama tu mengalahkan polis pencen yg akan keep koling laki dia tu 24/7 gitu. Abis?? camne dorang escape?.

Aku pun taktau camne ok. Yg pasti nature of work lelaki tu memerlukan dia travel kuar daerah sekerap yg bole mgkin memungkinkan segalanya. Ye lah, senang lah nak escape kan. Hatta nikah kat Golok pun still bole cover2 line tak gitu?.  Tapi sebagai seorang perempuan tak kira camne buruk pun isteri pertama tu , still aku rasa kesian. Sbb dia tak tau. Pendek kata dia teraniaya lah kan?.  Come on lah lelaki, dah kawin 20 tahun baru ler ko nak kata bini ko tu pengotor lah, pemalas lah, panas baran lah..Apa barang???.  Selama 20 tahun dia menghambakan diri pada ko sebagai seorang suri umah tangga plak. Beranak sampai  5 org anak, uruskan anak2 hal sekolah sendirian sbb ko selalu berpergian suka2 jer ko nak carik lain ye..Suka2 nak carik konon shoulder to cry on. Abis dah 20 tahun ko melenjan shoulder yg ada tu tak ingat???.

Berbalik pada citer gossip Erra tadi, patutnya Erra x yah jawap apa2 pun. Sbb artis ni salu menidak2 ttba jadik betul kan haru. Kalau org dok ckp2 biar jer.  Doa jer yg baik2.  Tapi kalau betul lah pun, EEmran tu kan mampu byk duit ape dia kesah. Kalau dia mampu takde apa yg kita org pempuan ni bole buat kan?.

Aku menentang idak menyokong pun idak.  Soal hati perasaan tu mmg sedia maklum lah kan. Mesti ler sakit kalau di madukan. Pelagi kalau dimadukan secara rashia selama bertahun2 gitu. tak ke meroyan kalau kita sendiri berada di tempat tu kan?. Ajal maut Allah tentukan. Kalau dah tersirat mmg gitu keadaannya apa lagi kita bole buat kan?  Yg pasti Org lelaki sendiri harus ukur baju di badan sendiri, ukur ilmu, ukur poket, ukur semua2 tu bole ke dak?.  Poligami ni kena adil segala mala tau. Kalau takat stokin, spender pun masih bini dok tolong belikan baek lupakan jer lah hasrat tuh. Karang ada pulak yg kena makan maggie.  Kok  ye, ko ada baby takkan ko nak sumbat kan maggie jer hari2 kan.

Ada sorang lagi kawan aku, dia ni dimadukan jugak.  Tapi yg paling best part, lepas 4 tahun baru dia tau. Pulak tu madu tu tinggal setaman dgn dia.  Tau2 gak dah ada 2 anak lelaki gitu.  Tapi aku salute dgn dia, at least dia tak meroyan mcm org tak siuman.  Dia bole rilek n cool jer bila dapat tau dan bersemuka dgn minah tu.  Tu pun lepas satu taman kecoh. Walhal dah lama gak dia dgr citer tu tapi malas nak amik port.  Mana taknya si suami tak pernah tak balik umah pun. Outstation tu jauh sekali.  Sabtu ahad, cuti ada jer kat umah. Tapi masih bole tambah cawangan camne tuh?. and sorry to say lah kan, mamat tu completely tak mampu u olls.  Dgn gaji tak sampai 3k sebulan tanggung anak sedia ada 4 org..campur dgn anak dan pmpuan tu lagi 2 org dah berapa? End up kawan aku ni terpaksa ler fikir alternative lain nak cover belanja umah tangga dia. Abis camne? gaji si suami cukup2 buat dia jer. Tu pun towards hujung bulan tebal muka minta bini duit wat isi minyak, wat makan kat tmpat keje. Apa barang tuh?  Sungguh memalukan kaum lelaki tau. Pulak tu ego tak henggat. Tak mo mengaku  yg dia tak mampu. Still nak jugak. Skg sapa yg susah? Sendiri kan?.

Kadang2 org yg sanggup jadi no 2 tu pun dah tau dah.  Mmg tak mampu punya. tapi nak jugak. Konon tak mengharap duit dia, cuma nak menumpang kaseh jer.   Ya la, sebulan dua bole la ko cakap gitu. Buatnya dua tahun, 5 tahun duit susu anak pun x mampu nak kasik apa barang ada laki kan?.  Kita manusia ni mula2 bole la ckap tak pe..I tak memerlukan duit dia..I ada duit. .bla bla..tapi tak sampai setahun dah dgr rungutan2..Apa tu?.  Kata jumpe sebulan sekali pun tak pe..I tak kesah. Mula2 ya. dah lama2?  Mau meroyan, ada laki tapi nak jumpe pun kena curi2 kena sorok2.  Lau jumpa baru nak start gesel2 pipi, bini sana dah telefon dah SMS..tak renti2 pulak tu, korang rasa tak ala2 meroyan?.

Pendekkan cerita lah, kalau lah dorang betul nak kwin lain tak payah ckp dgn kita pun. Tak perlu kita tau pun. Berapa ramai org kawin kat Golok, kat sempadan tpi secara sulit2. Secara rashia kan?.  VIP laen citer.  Mcm Bung tuh. Dia bnyk duit. Kena denda takat 2-3 ribu tu apalah sangat kan. Yg penting dapat bini gebus cam zizie tu haruss lah.

Org perempuan ni kalau pun mulut kata rela, hati belum tau lagi.  Laenla kalau perempuan tu ala2 isteri Rasulullah SAW cam khadijah ke. Ha tu bab laen.  Ni takat manusia dan perempuan marhein cam kita2 ni mana nye?.Aku sendiri pun.  Ada sekali tu masa kat kg SP, sepupu dia yg kematian isteri tak sampai 3 bulan..dah kawin lagik.  Terkejut gak kami dgr. Kalu kita org pempuan masih bersedih lagi ye dak. Ni tak, kubur merah lagi org kata dorang dah bukak langkah. Sbb apa? Sbb itu lah nature org lelaki. Walaupun tak semua still. Masa aku suarakan wah, cepat tu dah carik ganti SP senang jer jwpnya..Ya lah kan, kok ye pun tunggulah dulu lama sikit baru ler. Aiik??? aku cuak jer bila dia ckp gitu. Tapi sbb dia cakap gitu aku sentap tau.  Sampai aku sedih dan cakap kat ..hamboi ada plan nampak. Kok ye aku mati tak sampai abis ari ko dah carik laen kan?.  Masa dia ckp tu dgn nada bergurau jer tapi aku sentap gak tau sampai beberapa hari.  See? org pempuan ni sensitip tau. Tak bole sebut2 pasal poligami ni dpan kami. Haruss gitu.

Jadik for me kalau sebulan mampu letak dalam akaun tiap2 bulan 3k, faedah percutian dan jaga diri nak spa, facial, massage dan swaktu dgnnya, duit soping bagi lain, duit belanja dapur bagi lain, keadilan hari2 pun kena amik kira ok.  Bini muda dapat baju rega 300rm harus aku pun gitu. Tu ler adil namanya. Keta paling koman VIOS sebijik hahaha. Kalau bole penuhi syarat2 tu...maybe akan dipertimbangkan gitu. Tak ada kalu?...toksah nak bermimpi hatta nak beverangans OK? Fair tak. Ni la baru FAIR..tak gitu??

Hanya kerana Nama..

Dua malam lepas, Amal ada bawak balik satu borang. Base ler dorang kat sekolah la ni rajin sgt jual memacam tau. Pass borang memacam. Konon2 siap tulis kat situ "TIADA PAKSAAN" siap bold kan lagi tu. Kalau benda2 tu penting untuk dorang pnye persekolahan, I dont mind. Ni kekadang jual pen magic lah, buku citer doraremonlah, Ben 10 lah dan ntah hape2 lagi. Salu kalau benda2 gitu, jarang lah kami setuju nak beli pun. Selain dari membazir duit yg biasanya RM10 aku rasa benda2 tu kat luar pun leh beli belambak jer. Ni tak buat promo kat sekolah. Kalau bdak2 jah satu or dua for sure salu tertarik dgn gambar2 ke hape dan2 jer nak balik.



Mujurlah Amal ni akal mcm org tua sikit. Jarang lah dia merengek nak mntak duit ke apa. Selalunya dia ckp jer tapi dia akan siap bgtau dia x mo pun. Baguslah tu. So, sama kes mcm dua malam lepas tu. Borang mengorder CD kisah2 nabi. Reganya RM10 jer. Since Ayah bgtau dia tak payahlah, buku2 cerita kisah nabi kan dah ada. Aku x leh tergambar camne gaknya kisah nabi di perform in CD yek?. Rupa nabi? Wallhua alam. Dia pun ok jer. No further request.



The next day, dalam tghari kot aku dapat panggilan telefon dari Kak Ida. Kak Ida ni aku kenal melalui kawan2 kat FB. So happen dia tinggal kat area2 taman perumahan aku gak. Dan so happen anak dia sekelas pulak dgn anakku -Amal. Nama pun ada iras2 gitu. Nama anak aku Muhammad Ekhmal Hakeemy tapi kami dok panggil Amal jer, manakala nama anak dia Muhammad Rafiq Iqmal di panggil plak Iqmal. Harus dekat2 gitu kan. Kak Ida tnya ada tak aku bg duit kat Amal wat beli CD tu. Aku pun katalah takde. Since dia kata si Rafiq Iqmal mintak rm10 pg tu wat beli CD lau tak dia xmo g sekolah, jadik dia bagi jugaklah. Masa balik sek agama tu anak dia kol bagi tau yg anak aku si Ekhmal Hakeemy sudah 'terambik' akan CD dia tu. Entah camne kot gaknya ada kekeliruan pada nama ustad dah bagi kat anak aku instead of anak dia. Aku pun katalah, nanti balik aku tnya. Kalau ada nanti aku suh Ekhmal bagi balik kat anak dia.



Masa balik sekolah semalam, aku tanyalah si Amal. One thing Amal kalau benda tu dia tak buat, dia punya tonasi sore ada tinggi sikit. Beria2 dia mengatakan dia tak ambik. So fine, malas aku nak provoke org penat baru balik sekolah kan. Lepas dinner tu dah cool skit aku pun korek lah citer. Aku citer mak si Rafiq tu kol citer gitu gini. Menurut Amal, dia tak nampak pun Rafiq beli CD tu. Dan dia kata Rafiq cuma bawak duit singit2 jer. Tk de pun duit sepuluh ringgit. Biasalah bdak2 citer kadang over excited aku pulak yg keliru. Tapi amal mmg ada mentioned yg sorang bdak lagi nama Aiman Ikmal (berapa banyak Ikmal daa dalam satu kelas?) yg terkenal dgn nakal ada amik CD org. Tp dia kata x tau pulak CD sapa. Aku benarnya nak tepon kak Ida malam tu bgtau tp no hp dia aku tertinggal lak kat off. Yg ada no off dia jer pulak. Tak pe, aku plan esok pg aku kol balik.



So pagi berikutnya, aku sms lah kak Ida bgtau yg amal takde pun 'terambik' CD tu. Sbb aku tnya dan cek2 gak beg dia mmg takde. Aku kata dia cuma ckp tak pasti Rafiq ada beli kat tak. Full stop.





Lama tu, baru kak Ida kol aku balik. Alkisahnya, bukan lah Ekhmal Hakeemy yg amik CD tu, tapi Si Aiman Ikmal tu haa. Ish ish. Katanya Aiman tu kata nak pinjam tapi takmo pulang balik. Jadik pagi tu kak Freida jumpa bdak tu kat kantin and mintak balik kat bdak tu. Haii...aku pun nak tergelak. Ya lah, aku pun suspen gak kot2 Amal yg amik kan?. Mana lah tau bdak2. Tapi Alhamdulillah, tak. Berkali2 kak Ida mintak maaf sbb anak nya tersalah sebut pulak nama anak ku tu. Yg aku tau, Amal mmg salu citer dan sebut nama2 kawan2 dia. Dan aku tau mmg dia dgn Rafiq Iqmal mmg baek dan kamceng. Siap share2 bekal gitu takkan lah dia amik. Knowing Amal, dia mmg tak kan simply amik org pnye barang. Kat rumah pun gitu, kalau apa2 biasa dia akan mintak izin dulu, hatta nak pinjam hp aku wat maen game pun mintak permission dulu kan.



Mendengar penjelasan kak Ida lega hati aku. At least bukan anakku si Ekhmal yg dia maksudkan. Berapa ramai sgt daa org suka nama Ekhmal gitu kan.

March 23, 2011

Sesat di PutrajaYa..


Hari ni nak citer ala2 mistik alam hitam sikit.  Citer perihal kawan baek aku yg sesat barat kat Putrajaya. Walhal Putrajya tu tmpat dia lalu lalang ulang alik jer.  Tpi since dah jadik mistik kan, meh aku share dgn korang. Bole gak buat pedoman dan panduan kot2 kalau korang ada rasa cam tu kan.


Lina ni dia ada keje tetap tapi pada masa sama wat bisness jual kaen2 sari. Minggu depan dia ada buat promo kat Brunei, so seblum pi sana dia dah siap2 pack aku rasa dalam 200 pasang kain yg dah dipack cantk sbb nak masuk kargo and antar dulu ke Brunei.  Isnin tu dia coti nak uruskan tu suma.  Package tu dia kena antar ke LCCT bonded area dan uruskan kastam and everything la kan.  So, petang Isnin tu dia, Nadia (anak dia) dan Sue (pembantu dia off ke LCCT).

Kata Lina, mmg dari awal byk sgt rintangan dari mula dia masuk area tu sampai settle everything.  Mula2 masa kat kastam, dia suruh Nadia uruskan kat dalam bonded tu, tp since based on Nadia pnye IC tu baru 16 thn tak cukup umur nak buat declaration and everything.  Dahler masuk dalam bonded tu jauh giler.  Terpaksa ler Nadia jalan keluar and tunggu kat Kastam guard tu.  Lina masuk dalam bonded. Sesat pulak kat dalam tu. Berkali2 kol budak yg janji nak jumpe tu tapi tak terjumpa. Berpusing keliling dia kat dalam tu sampai letih.  Akhirnya jumpa gak budak tu. Buat declaration dan suma2 tu cost some money. Si Lina ni bawak ngam2 seribu hengget jer plus 50 hengget just for minum2 dia kata.  Suma tu dia dah kira so dia agak2 dalam 9ratus lebih lah charges suma2 tu.  Ntah camne lepas kira2 suma nya berjumlah RM1038.  Ngam2 jer dgn duit yg dia ada tu.  Selesai segala urusan, dia kuar dari bonded area tu pi  balik kat kastam guard house tu.  Tgk2 si Nadia dgn Sue pulak takde kat situ.  Kol2 nadia, rupanya phone nadia ada kat lam keta yg dia drive tu.  Pusing berkali2 kat kastam guard house tu baru le dia nampak nadia tgh  minum kat kedai dekat seblah pondok tu.  Padehal dia dah 4-5 kali pusing2 tapi tak nampak pun Nadia.

Lepas abis minum and makan roti, dorang off nak balik KL.  Si Nadia ni tak tertahan nak terkencing.  Lina kata tunggu singgah kat Petrol pump sbb kawasan tu dah ler gelap, sunyi dan tandas tu macam menyeramkan gitu. Tapi si Nadia ni mmg jenis brutal, dia pun x tahan lagi so dorang pi gak toilet tu dgn hati cuak.  Lina mmg rasa meremang jer masuk tandas tu tp dia buat2 berani. Malu lah jadik takut sdgkan anak dia selamba jer kan.

Dah sudah tu jam hampir kul 7 ala2 maghrib.  Start keta terus dorang jalan.  Pusing pnye pusing tu, lina kata dia nak masuk precint 2 (aku pun baru sekali 2 pi PUJ so aku pun x tau jalan) and terus amik kiri naek ke KL katanya. Entah macamna dia bole termissed junction tu dan konon nak buat u turn or pusing balik.  Dalam masa pusing balik tu dia sesat.  Sesat barat kat dalam area tu.  Tak jumpa dah precint 2 punya simpang. Yg dia dok ulang alik2 tempat yg sama.  Area jalan sunyi dan hutan tu. Tapi aku tak pasti kat precint mana.  Dah 3 kali dia kata berpusing2 tempat yg sama gak.

Tak bole jadi ni dia kata.  Dia berenti keta, tarik nafas and ckp kat Nadia and Sue utk baca 3 kul, ayat kursi, fatihah dan ayat2 apa yg dorang ingat.  Start ler kumat2 kamit dorang baca baru dia start kereta, baca bismillah dan terus jalan.  Alhamdulillah, lepas tu baru jumpe precint 2 pnye simpang.  Si Nadia bole ckp eh, Ibu kita kan dah 3x tau pusing2 tempat yg sama padahal simpang precint tu dkat situ jer... Lina diam jer, pe lagi dia masuk simpang tu pecut terus.

Sampai kat tol Sg besi barula dia berani bersuara. Tanya dorang apa yg dia rasa. Nadia mcm  biasa lah kata takde apa2. Cuma pelik nape dorang dok pusing2 tmpat yg sama. Tp nak tnya mcm tak terkeluar kata2 gitu.  Si sue pulak kata, masa dorang kuar toilet tadi nampak macam ada cahaya silau jer ikut kat kereta, tp dia x berani nak ckp apa2.  Semestinya bulu tengkuk dia pun masa tu meremang giler mcm lina jugak.

Aku bila dgr citer tu ckp kat Lina, lenkali bawak surah yassin tinggalkan kat lam kereta.  Pas tu kalau maghrib2 tu nak pi tmpat2 yg kita tak biasa pi atau ada rasa apa2 cepat2 baca ayat kursi Insya Allah.

Moralnya, time2 maghrib mmg setan2 jin, berkeliaran kan. Sbb tu masa Maghrib kita tak digalakan merayau2. Apa lagi tempat2 kat PUJ tu mmg dulu kawasan hutan belantara kan. Yg mcm2 ada makhluk di dalamnya.  Wallahu Alam.

Itulah dia kisah misteri hari ini.  Jadik kwn2 kalau ada anak2 kecik ke, yg lemah semangat ke, elak2 lah pi tmpat cam tu ye.  Dulu pun aku pernah alami masa kakak kecik. Kami melawat adik ipar kat hspital BP. Masa tu kakak baru umur 5 bulan gitu.  Balik dari sana, dia tak henti2 menangis.  Semalaman x leh tido. Mata dia terbeliak2 mcm takut. Sudahnya sampai ke pagi aku terpaksa pangku dia tu. Sampai lenguh tangan.

Bwak kat ustad the next day, rupanya ada makhluk dari hspital mengikut gitu. Maklum hospital mcm2 ada kan.  2-3 hari jugak mandikan dia air yassin baru ler ok. Klau tak mmg memangku dia jer tiap malam supaya tak nangis.

Makhluk2 halus dan syaitan mmg ada kat mana2 jer. Terutama kat tempat2 kotor, hutan2, semak2..umah tinggal. Jadik kena berhati2 lah ye.  Semoga kita sentiasa dilindungi Allah. Yg penting bacalah ayat Kursi byk2 kalau pi tmpat2 gitu.. Wasalam

March 22, 2011

Madness over Butterscotch Bread


Suatu waktu dahulu, anak2 sgt taksub akan oreo.  Suma pengaruh iklan ler tuh.  Aku pun pulun beli orea bermacam2 perisa sampai satu tahap meka mcm tak heran langsung dah dgn oreo. Pendek kata mmg tak pandang or tak pernah mintak dibeli Oreo. Lama sgt dah.  Lepas tu pulak meka sgt taksub dgn biskut chipsmore tu.  Suma akibat pengaruh iklan.  Bermacam perasa jugak aku beli. Pantang singgah isi minyak mesti salah sorang turun dan mintak beli chipsmore tu.  Pendek kata dorang makan, makan dan makan sampai lebam. Sampai jemu.





Abis kegilaan terhadap dua biskut tu meka beralih arah ke Famous Amos pulak.  Famos amous tu secara tak sengaja aku bawak balik bila ada org bagi masa kat office. Pe lagi sejak dapat merasa sekali dorang mcm ketagihan.  Nak dan nak lagi.  Famos amos tu pun bukan murah. 400gm jer reganya dah RM13.99 gitu. Tp since anak2 sgt suka, aku pun beli. Tiap kali ter pi KLCC aku kan beli sekotak, kadang dua kotak.  Tgk kepada budget purse lah, ada lebih means lebih lah aku beli. Lau tak sekotak jer.  Bila bawak balik umah dorang akan terus bukan dan bertiga2 tu akan makan dan makan. Sampai kadang2 sampai the last pc tu aku terpaksa patah dua.  Mana taknya delin dgn amal tu kalau tak dapat ada lah yg menangis dan bergaduh. To be fair, aku siap bagikan berapa pc sorang.   After awhile, dorang tak pernah pun mintak dibelikan lagi biskut tuh. Aku pun dah lama tak rasa nak beli sbb the last time aku beli mcm ada balance bberapa keping yg akhirnya lemau.  Kalau dah sampai tahap macam tu means dorang dah totally fed up and jemu lah tu. 

Dan since bberapa minggu yg lalu, mereka mendapat kegilaan baru pulak. Kali ini terhadap roti butterscoth kat mcm kat bawah ni.   Mula2 aku kenal roti ni bila salah sorang rakan sekerja bagi try makan sekeping. Lepas rasa tu aku rasa sedap pulak dan aku beli satu loaf konon wat breakfast for few days kat off. Hmm, tak sampai 2 hari, aku bole abiskan satu loaf gitu. Sbb rasa rotinya mmg unik dan sedap sgt tu.  Aku ni not a bread lover. Mmg tak suka dan jarang makan roti2 nih. Tapi lepas dapat makan ni aku ttba berubah to 360 darjah u olls.  Since aku dah terkemaruk roti ni, aku try beli satu loaf bawak balik umah.  Dorang pun macam first time try gitu. Dah lama gak aku tak beli roti lepas toaster tu jahanam ari tu.  Salu  beli gardenia yg biasa tu jer.  Anak2 mmg suka buat roti bakar. Tpi kalau aku tukar brand beli roti laen alamatnya berkulat ler.  Masa dorang kemaruk dgn roti tu dulu pun gitu gak. Dorang akan bakar dan makan roti dari pagi, petang dan malam.  Beli satu loaf abis. Beli satu lagi dan abis. Sampai aku beli loaf yg besar tu yg mana akhirnya berkulat dan buang gitu saja. Thats is a sign yg dorang dah jemu.

Bberapa hari lepas aku beli 2 loaf roti kat bawah ni. Tak sampai dua hari dah abis tau.  Amal mintak lagi dibelikan.  Smasa cuti sekolah tu dalam satu minggu tu 4 bungkus roti kat bawah ni abis. Tinggal plastik jer tau.  Kedai pulak bukan selalu ada roti ni. Sbb dorang ada jenis lain yg choc raisins tu.  Aku beli gak roti tu tapi tidak mendapat sambutan hangat dari meka bukan macam roti dibawah ni.   2 hari lepas aku beli lagi satu peket masa on the way balik keje.  Balik jer masing2 terus layan. Sampai tinggal bberapa keping.  The next day abis dah gitulah adanya mcm bela piranha gitu.

Semalam masa singgah isi minyak kat Caltex, aku beli lagi sebungkus.  One thing, roti ni reganya mahal tak hengat. RM4/sepeket gitu.  So kalau dua bungkus dah lapan hengget. Kalau 2 hari 2bungkus mau bengkrap tokeh balak.  Semlam masa balik keje, aku wat nasik goreng express jer tuk seisi rumah sbb aku dok mengejar nak melayan itu citer . Begitukah Cinta.  Sambil goreng nasik sambil tgk dan dgr citer.  They keep eating the roti. Nasik goreng makan jugak. Roti pun makan jugak.  Gitula adanya bela bdak2 yg sedang membesar. Nak2 lagi balik sekolah sumanya lapar ala2 dinosaour gitu.  Sambil tgk tv pun ada yg mengunyah gak roti tu. Regardless dgn kakak yg buat keje sekolah kat bilik dia tu dok sambil makan jugak. 

Tapi kan, aku mmg dari dulu pelik but benar.  SP mmg tak layan langsung benda2 kunyahan gini.  Biskut ke roti ke.  Kadang2 kalaupun dia makan tu sbb tempting tgk kami kunyah tu pun terhad pada kerepek pisang, rempeyek, kerepek melinjau tu jer.  Lelain mmg dia tak akan makan. Dia bukan jenis mengunyah2..lepas makan nasik dia takkan makan apa junk.  Bukan mcm aku ni, lepas makan still need somthing to munch gitu.  Mlm tdi puas aku suh dia try roti butterscoth ni. Tapi dia tak mo.  Then idakle aku memaksa kan.


Gardenia Butterscotch bread - packaging

Pagi tadi masa bangun dan masak, aku tgk roti ni ada 5 keping jer lagi kat atas meja.  Aku leh agak by today petang sure tinggal plastik jer.  Rupanya, masa nak pi tadi, Amal yg dah siap2 pakai baju sekolah agama cakap nak 2 keping roti butter.  End up tinggal ler 2 keping campur kulit sekeping. Kulit dia pun sedap tau. Atas moto dah sekeping dia makan. Sampai jer kat umah baby sitter, dia pun sama kata kat umah dia pun jadik kegilaan gak roti tu. gamaknya kena beli 12 bungkus baru cukup seminggu katanya..

Jadik, nampak gayanya petang ni kenalah mendapatkan lagi sebungkus roti ni, harus gitu kalau tak ada yg merungut2 nanti.  Biarlah, selagi dorang nak selagi tu aku beli jugak. Biar dorang makan sampai lebam sampai jemu. So that, kalau pi umah org idak ler heran mcm jakun gitu kan. Mak pak kedekut sgt nak kuar duit beli barang2 makan anak2. Bila datang or bertandang umah org makan mcm tak hengat. Macam tak pernah jumpa gitu.

So far, taktik aku ni berjaya. Since dorang nak makan dan tak membazir beli jer.  Sampai masa dorang dah muak esok sure dorang pun tak mo lagi mcm chipsmore dan yg sewaktu dgnnya tu kan..tak gitu??

March 21, 2011

Hari Santai sedunia

Lepas balik dinner tuh, aku pack kan SP segala baju, seluar dan apa2 yg patut dia bawak ke team building camp tuh.  Senang nya jadi suami kan. Ckp jer apa aktiviti, berapa hari. Pandailah isteri mithali ni nak pack gitu.  Baju tshirt, tracksuit, suar luar dan dalam, stokin, kasut sniker, selipar dan segala mala toliteries. Complete tu dgn sejadah, kaen pelikat lagi.  Dah siap pack2 tu, letak kat luar berserta baju n tracksuit yg nak dipakai.  Since theme for saturday is black suite. Baju dgn topi company bagi kan.

Seawal 5.30am aku dah bangun dan kejut SP.  Dorang nak kena naek bas at office by 7am, SP pulak nak tumpang offmate dia, Bond.  Tpi since nak tumpang org kan kenala tunggu dia kat jalan yg dia lalu.  For that, kul 6am aku ditemani Amal antar SP kat Rawang town. Dropped dia kat masjid for solat subuh and aku off balik umah.  Knon nak tido balik ler, tpi harapan tinggal harapan. Tak mo tido pulak. Pelagi layan ler astro sementara tunggu siang. 

Since SP takde, aku leh leisure2 sikit.  Cuaca pun agak mendung seharian.  Pagi2 kuar kejap dgn amal beli suratkhabar dan nasik lemak.  Aku malas nak masak, tpi ada plan nak buat lontong and kuah kacang. Pagi2 dah masak nasik impit kat rice cooker. Lepas mandi, sidai kain apa yg patut aku tido kejap.  Budak2 bising amat.  Dan since SP takde, dorang mmg bebas je. Apa tak, dgn aku dorang mcm tak heran. Jeritlah cam tarzan pun suh mandi dorang dgr tak dgr jer. Belum lagi aktiviti bersepah dorang tu. Kalau dgn Ayah, sekali ckp jer suma terus buat. Mmg tau. 

Aku ingat since SP sebok dgn acara outdoor dan memacam, dia takkan ada masa telefon.  Sorry, ternyata aku salah. Sungguh aku tak sangka dan harap dia akan kol tp dia kol jugak. Masa aku tgh sbok masak, dia tgh break lunch sempat juga dia telefon sekadar nak tnya buat apa.  Dan petang tu dia telefon lagi sekadar nak bercakap dgn bdak2 dan mak budak semestinya, walaupun sekadar nak citer nak makan..bla bla bla...

Dari lepas bf, layan marathon CSI lah, Blue Blood lah..ntah hape2 citer lagi sampai lebam. Bdak2 tak kacau sbb dorang sbok layan hantu kak limah, khurafat dan hape2 CD lagi kat bilik. Mama bole bersantai dgn tenang layan suma2 cite yg termissed mggu lepas. Aman dan tenteram gitew.

Tengahari sikit aku wat lah kuah lontong and kuah kacang. Itulah yg dorang dan aku makan sampai petang.  Tapi perut mmg selalu nak makan nasik jugak, petang tu perut dah meragam. Mcm tak sedap jer.  Tak boleh jadi, mula2 aku plan nak masak, tp pikir pnye pikir karang watnya membazir jer takguna. Asyik buang nasik jer kan.  So, kul 6 lebih tu aku kuar kejap dgn delin pi tapau nasikgoreng ayam kat area2 taman bayu tuh.

Citer malam minggu pun macam hape jer.  HBO yg dok ulang berkali2 movie buat boring jer.  Last2 tido awal jer gayanya.  The next day, Ahad mmg lari dari kebiasaan. Kalau Ayah ada sabtu ahad tak sah kalau tak mengeteh sarapan pagi kat kedai. Mmg jadi routine dan kemestian gitu. Maklumlah sabtu ahad jer ada masa nak layan dorang kan. Hari2 biasa sebok dgn keje, kalau ari sekolah sibuk dgn sekolah.  Tp since smlm ayah takde, aku malas nak kuar jauh2. Malas nak drive and carik parking kat pasar yg mmg selalu susah nak park keta tu. Pendek kata malas dowh..  Jadi aku kuar pi kedai kat area umah beli paper, pastu balik umah buat breakfast.  Goreng cokodok bawang and kentang utk bdak2. Ok lah tu cukup buat alas perut kan.

Layan suratkhabar sampai abis then baru masak. Masak sempoi2 jer. Ikan kembung masak sambal, sayur kobis dan sambal sotong. Mlas nak buat lelain tu.  Siap masak, layan lagi CSI yg masih ada belum tgk. Marathon jugak lah.  Abis suma yg termissed tu dah complete gitu.  Tghari sikit, SP kol lagi bagtau dorang akan leaving janda baik at 3.30pm.  Kebetulan pulak ujan lebat dan petir semalam.  Nk tgk tv pun takut2 gitu. Ada takde aku paksa suma bdak2 tu tido sampai kul 5ptg.

Kul 6 ptg kami kuar ke pekan nak amik SP.   Banyak jugak hadiah SP bawak. Antaranya toaster (bgus gitu, sbb toaster kat umah dah jahanam), speaker. Pastu the best part, dorang pnye team menang no 1 untuk persembahan bangau oh bangau tuh..wah menang hadiah besar katanya. Tapi belum dapat hadiah tu lagi.  Disamping hamper ada lagi benda2 lain yg aku pun tatau apa.

Ni le gambar persembahan dorang tu. Props yg kreatif jadi punca kemenangan..sbb dorang buat props suma dgn bahan2 tak guna gitu..



Bangau yg kurus buat aksi.  Aku tolong buat topi yg kepala bangau pakai tu. Nak pulak bangau tu pandai buat aksi..


Ni le team Maintenance Unit yg menjadi juara masa teambuilding tu..Siap ada anakonda gitu...

Hujan lebat turun dari petang sampai malam.  Since dah nak bukak sekolah balik, mmg sbok lah kakak mengosok baju, susun jadual adik2nya. Dan mcm biasa, my leisure day dah berakhir dgn berakhirnya cuti sekolah.  Bermula lah semula rushing day and looking forward for the next weeknd dgn aktiviti yg lain pulak...what a day.

March 20, 2011

Jumaat dan agendanya

Hari Jumaat lepas tu, aku amik halfday. Sbbnya asal plan SP ada teambuilding kat janda yg baik Pahang dari Jumaat (lepas keje-Ahad).  So aku dah cantik2 apply halfday supaya aku senang nak balik Rawang awal. Jumaat tau jer lah, kuar lambat mmg jammed tak hampun punya nak2 lagi kalau ujan gitu.

Cantik2 leave dah approved gitu, ttba tak jadi pulak dorang leaving on Friday. Katanya leaving Saturday  morning pulak.  Since aku malas nak cancel ke hape, aku blah awal jugak friday tu.  Niat awal nak pi National Library knonnya nak menambah ilmu gitu.  Berjanggut tunggu bas ke sana, tapi takde. Panas hati pnye pasal, aku amik teksi pi maju Junction jer.  Sambil jalan2 kat KK Deco kat Jalan TAR tu, sempat gak pi Avon.  Sebenarnya SP yg jadi ahli  bukan aku. Tp yg memastikan ada beli something every month tu ialah aku ni ha.  Paling koman pun beli deodarant atau lipstick for kakak jer. Once a while borong bra jugak kalau ada sales.  Mentang2 lah aku ni bukan faverite dealer dorang kat situ yek, dorang layan mcam sial jer.  Aku berdiri lama tunggu giliran, bole pulak bdak counter yg cakap macam2 pelat tu (dia tu dah lama sgt kat situ ok) cut the que and attend feveret dealer dia boleh??. Mentang lah aku tak beli banyak.  Apa pnye customer service gitu? Mcm suwei jer tau.  Aku beralih kat budak counter yg lgi sorang. Walau dalam keadaan nak tak nak dia attend gak aku ni ha.  Menci sgt dgn mental customer service yg macam hape tau. Nak je aku sembur. Tpi ari jumaat kan, sabar..sabar. Lepas bayar RM17.90 aku blah.  Next time jgn harap aku nak gi lagi ye.  Tu pasal nak avoid dari nama kena potong jer so aku beli somthing.  Baek aku pi yg kat Sg Besar tu lagi tip top layanannya. Ownernya CINA ok?..

Lepas tu aku lepak kat maju sambil pekena cendol durian. Sengaja buang2 masa sementara nak tunggu SP balik kul 4.45pm.  Lebih kurang kul 4 gitu aku terus pi off dia. Dorang tgh sebok buat props for the team building tu.  Kena buat persembahan. Dorang choose untuk nyanyi lagi bangau oh bangau dan buat props berdasarkan lagu tu. So adalah yg jadik bangau, ular, kayu, katak, ikan..lalang etc.  Since aku dah ada kat situ, aku tolong SP dgn officemate dia buat kepala bangau.  Buat ekor kerbau.  Dorang mmg kreatif.  Sbb siap buat ular sebesar anankonda, kayu balak dan ikan yg mmg cantik tau.  Padehal dept dia tu kebanyakkannya lelaki jer.  Knowing SP mmg pandai buat2 tu suma, so dia diberi tugas melaksanakannya.  Bab melukis, mereka cipta kalau untk anak2 mmg dia lah yg buat. I keras tangan ok, tak reti langsung.  Jumaat tu aku balik lewat sgt. Sbb tunggu dorang praktis.  Kiranya kul 7 lebih baru sampai umah.

Since dah lewat tiba umah, bdak2 di rumah harus di rasuah.  Dorang betiga sepakat nak makan kat Restoran Azura.  Restoran feveret seisi keluarga dari dulu lagi. Tiap kali dapat gaji, sini lah tempat yg dorang pilih untuk makan. Dorang bole lupa KFC, MC D dan yg sewaktu dgnnya kalau dapat makan di Azura nih.  Mmg suma makanan dia mantap dan sedap2 belaka.  Kalau bulan puasa, at least sekali kami akan berbuka kat sini. And kena book dulu kalau tak alamat tak de tempat jawapnya.


Ini lah hidangan kami order.  Ikan siakap 3 rasa tu mmg terbaeeek!!.  Bnyk tmpat dah kami cuba tapi kat azura jugak tetap menjadi pilihan. Rasanya mmg maintain dari dulu. Pendek kata mmg best.



Kangkung goreng belacan, sayur paprik, tomyam seafood kerabu sotong dan paling penting :


Ikan Siakap tiga rasa yg mmg superb gitu!!.

Terlupa plak nak amik gambar lepas makan tau. Abis licin semua. Pendek kata tak rugi spend RM54.60 untuk hidangan yg takde baki langsung tau. Berbaloi sgt sbb masa tu mmg lapar. Dan saat paling bahagia bila tgk anak2 makan dgn bersemangat dan gembira. Hidangan ikan tu pulak mmg feveret ketiga2nya dari dulu lagi. Dan feveret sekeluarga jugak.



March 18, 2011

Maher Zain - Insya Allah (Malay Version with Lyric + Download)



Sungguh rasa sayu je bila dgr lagu ni. Lagu ni menjadi kegilaan delin dan amal skg nih. Berulang2 kali dimainkan dari Hp aku yg aku download lagu ni kedalamnya.

Kalau dalam English version tak terasa sgt kesan dia. Bila dah dibahasa melayukan macam sayhdu gitew.  Terutama bila diamati bait2 lirik lagu tersebut kan.  Yg menyatakan dalam apa jua keadaan resah gelisah, suka duka kembalilah padanya. Insya Allah.

Selamat berhujung minggu dan mengemas rumah (bgi org2 yg macam aku, tunggu wkend baru nak mengerjakan segalamala).  Semoga kita semua di rahmati dan diberkati Allah sentiasa. Insya ALLAH

March 17, 2011

Panaz..Panas

Minggu ni mmg aku rasa penuh dengan kepanasan jer tau.  Dari awal minggu lagi. Dahle hati panas dgn guest2 yg buat umah no 10 ala2 hotel budget. Check in kul 11 mlm check out kul 11 am.  Tak jumpe tuan hotel say goodbye ke, tima kasih ke..Or tuan hotel nak kirim2 salam ke.  Ni tak? guest haram pun nak tinggal salam kat penjaga2 hotel no 10 tu.  Forget about it lah.  Jgn dilayan org yg tak ada courtessy dan manners gitu.  Buat tambah dosa jer.

Minggu ni gak, hormon macam tak betul gitu. Jadi badan rasa panas sentiasa.  Nak tido  malam pun rasa tak selesa.  Dalaman2 rasa panas sgt.  Minum air kosong sejuk dari fridge tgh2 malam gitu buat mengurangkan kepanasan.  Betul la panas dalam, mulut dalam dah pecah2. Sgt susah pulak nak makan terutama nak makan sambal. Seksa gitu tau hidup tanpa sambal dan cili. Sungguh tak berseri langsung.

Hari Selasa pulak, Amal demam panas. Kami rushing balik halfday.  Tau je lah umah kami yg maha dekat Rawang tu. Kalau cepat2 pun sekurang2nya perlu satu jam nak sampai.  Masa aku tinggalkan pagi g keje tuh, dia dah komplen sakit perut. Tapi aku tak sangka pulak yg dia akan demam.  Kejap2 telefon suh balik.  Aku ingat cam salu false alarm!.  Biasalah dia tu kan anak laki sorang, bongsu pulak tu jadik ngada2 dan auta dia pun macam terlebih2 gitu.  Tpi since Ayah yg call ajak balik, balik jer lah.  Katanya sakit perut tak terkata dan asyik menangis menahan.  Aku amik hafday.  Dgn keluar time kul 12 lebih tu mmg panas sesgat tau. Rasa mcm nak terbakar jer kulit muka ku tau.  Reach home 1.30pm aku tak tertahan, so aku mandi dan solat dulu. Mana bole weh, berpeluh2 berlengas gitu.

Panas hati di cuaca panas pulak berterusan bila panel klinik yg salu dok pi tu tutup lah pulak. Sign kat depan klinik kata Dr pi Umrah. Pulak.  Memusing balik ler carik alternatif klinik ke dua.  Mmg kami salu pi panel melayu dulu. Last choice lau takde baru ler pi klinik bangsa lain tu.  Another 2 klinik pun tutop lah jugak.  Last2 pi klinik Medic.  Dr non muslim tpi dr tu not bad bagusnnya. Dulu2 salu gak bdak2 pi situ masa panel melayu lum ada.

Amal demam panas rupanya. Ada jangkitan di tekak. Sbb tu dia xmo makan, bila tak makan perut masuk angin. Bila masuk angin tu sbb perut dia sakit gitu.  Dah siap check nak menunggu ubat pulak berjanggut. Dekat setengah jam tau. Dah ada 3 misi tpi servis lembap tahap dewa gitu..panas jer hati.

Hari Rabu pulak, bos menambah lagi panas hati.  Sekarang ni aku tatau nape dia jadik gitu. Mgkin sbb dah malas nak keje gaknya. Bukan aku jer rasa tempias semua org pun.  Manager yg baru datang dari Beijing tu pun dah mula merungut.  Suma benda bos nak dump kat dia. Kat aku pun sama.  Yg sakit hati, kalau ada silap sikit ke overlooked sikit ke, sedap jer dia salahkan kita seratus peratus.  Dia sendiri tak fikir ke yg dia patut bagi arahan or bagi email. Ini tak, bos besar bagi email kat dia instruction, dia email balik kat aku. Padehal aku on CC jer email tu maknanya dia yg patut buat.  Aku pulak?.  Tapi aku takde pilihan kan. Dah dia bagi gitu, apa daya aku.

Manager baru tu pulak kesian. Baru je datang kat sini, dia dah didump dgn suma tender2 yg berlambak2.  Dahlah bos tak kasik info ke hape, men campak je sesuka hatinya. Klau ada masalah berbangkit, senang2 jer tuduh salah kita. Walhal dia sendiri yg tak bagi arahan.  Takkan kita suka suki nak antar barang kaalu dia tak bagi instruction.

Kadang2 aku rasa macam penyapu atau pun vacuum.  Dorang senang2 jer jual jual jual. Ada masalah berbangkit, ada taik tertinggal suh aku cuci sewenangnya. Mana ada jalan. Mana la aku tak panas hati gitu kan?.

Pagi ni lagi sekali, betul2 aku spoilt my mood.  Barang yg dia suruh antar itu jer. Itu lah yg aku buat dan laksanakan dgn org2 gudang.  Tiba2 bila mereka komplen barang salah begitu begini, dgn kadar segera dia menuduh dan menuding jari.  Sungguh tak adil begitu.  Berkemungkinan yg menyampai berita sudah tersalah dalam memberi penjelasan kerana mana mungkin kesilapan tu berlaku kerana barang2 tu fresh from the factory, manakan pula org nak menukar2 suis dan butangnya sesuka hati.

Berdasarkan maklumat org2 gudang pun, mereka menyatakan langsung tidak mengubah apa2 pada barangan tersebut, jadi bagaimana kesilapan itu harus berlaku??. Seharusnya dia periksa dulu samada pelanggan sendiri yg tersalah or tersilap? Mungkin bukan?.  Janganlah senang2 menuduh dan menuding jari mengatakan org itu salah, org ini salah.  Ni aku tak puashati dan panas hati tau. 

Ya, aku tau aku kena selalu bertenang dan bersabar. Sementelah umur dah meningkat ni harus berhati2 menangani stress. Tapi sebagai manusia biasa kadang aku tewas melawan amarah ku. Kerana, aku sungguh rasa dipergunakan 120% dari apa yg sepatut aku lakukan.  Itupun tidak memberi kepuasan hatinya lagi. Jadik apa yg dia mau??.  Sementelah tugas2 dia pun 80% terletak di bahu aku, itu  pun belum cukup puas? Dahla tak memikir imbuhan tambahan terhadap apa yg aku dapat setiap bulan haruslah aku merasa ketidakadilan disitu bukan?.

Yg click aku sorang tu satu lagi.  Buat keje tahap malas dia yg makin terlampau tu mmg buat aku hangin sentiasa.  Malas nak follow up dgn pelanggan dia, malas nak antar email, segala2 nya malas.   Aku jugak kena buat semua tu untuk dia.  Tiap kali ada masalah tertangguh, bayaran tersangkut aku jugalah yg perlu terhegeh2 kol sana, email sini untuk menyelesaikan masalah dia. Dia pandai janji manis mulut jer nak buat itu dan ini. Hakikatnya hampeh!!.

Macamana aku tak depressed. Ce citer?.  Mujurlah minggu ni cuti sekolah. Aku tak rushing sgt, aku tak tertekan sgt di rumah.  Tapi tekanan di pejabat minggu ni benar2 buat aku rasa nak angkat kaki dan bercuti tau.  Benci sgt !.


March 15, 2011

Antara kepuasan kerja versus tekanannya

Hari minggu lepas, aku pi ke kondo Wida (anak sedara SP) kat Gombak.  Wida anak kpd kakak SP yg no2.  Berkelulusan Ijazah Multimedia dari Unisel. Baru grad last year.  Sementelah tak de keje lagi, Wida tolong abangnya menjaga kedai dobi kat kondo tu. Abg wida ni keje bank tp beli kedai dobi tu dari kawannya dan sambung bisness.  Pekerja abangnya tu dah berenti sbb berkahwin. Dalam terdesak mencarik pekerja dia suh Wida jaga dobi tu katanya buat sementara waktu.  Well sementara waktu dah bertukar menjadi hampir 3 bulan now and takde pun tanda2 abg si Wida ni nak carik pekerja lain.  Masa aku pi sana tu gak Wina (anak sedara SP dari kakak no 3) dia pun ada join sama. Wina bekeja  sebgai Quantity Surveyor kat GLC Company.  Once a while, kami jumpe kat kondo. Sambil SP dan bdak2 berkubang2 kat pool, biasanya kami bertiga kat dobi. Lepak2 sambil gosip2 pan cerita apa jer.

Since aku adalah antara auntie dorang yg bole dikatakan can get along mgkin sbb sporting, tak bekira dan outgoing gitu, kami bole je share apa2 citer termasuk hal2 peribadi.  Disamping wida dan wina ada 2 org lagi anak sedara  perempuan dari kakak no 4 SP jugak duk kat area2 KL ni.  Mmg kerap kami suma kumpul2 lepaks2 samada kat KL, umah kami ataupun umah dorang.  Kadang2 kami picnic kat air terjun sama2.  Gitulah rapat nya dorang dgn kami sekeluarga. Anak2 pun bole ngam dgn dorang so no hal.

Dalam bersembang2 tu, Wida melahirkan rasa bosan dan boring nya dok kat kedai dobi dari pukul 9am-9mlm.  Cuti cuma pada hari rabu. Manakala hari minggu berkerja selama 12 jam gitu. Dengan waktu keje yg lama, keje menguruskan kaen baju kotor pelanggan, menggosok mengering dan melipat mmg meletihkan. Tambahan pulak, hari2 keje wida cuma sorang2 kat situ.  Pendek kata,  makan tido suma kat situ.  Wina pulak hari jumaat-hari minggu kalau tak ada apa2 keje mmg kat situ lah dia melepak.  Manakala 2 lagi anak sedara SP tu masing2 dah kawin dan bekeluarga mmg agak susah nak join.

Dengan kelulusan Ijazah yg wida ada tu, bukan senang jugak dia nak carik keje. Seingat aku berpuluh2 permohonan dah dia antar, berpuluh intvew dia dah pi tapi nampaknya belum ada rezeki lagi.  Nak tak nak terpaksa gak stay kat dobi tu tolong abgnya.  Yg mmbuat dia tertekan ialah, kepenatan.  Maklumlah, pakaian pelanggan bukannya sikit.  Semua pun kena buat sendiri.  Aku nak layan kain sendiri kat umah pun nak pitam inikan pulak kaen org. Pulak tu kena menggosok baju berbakul2 sehari. Sungguh pitam aku tgk tau.  Kebanyakkan customers kat kondo tu student2 UIA berbangsa asing.  Jadik kalau hari sabtu dan ahad tu berbondong2 kaen baju kotor dorang tu nak cuci.  Blum lagi kemeja2 yg nak digosok gitu.

Aku bole paham tekanan wida kat situ. Sekarang ni pun wajah dia tak seceria macam selalu. Macam susah hati jer.  Tiap kali kami datang dia happy sgt. Apalagi kalau aku datang, aku siap2 masak lauk2 kegemaran dia.  Gembiranya dia.  Sungguh dia tak luah dgn kata2 secara detail aku tau dia sgt tertekan. Sgt stressed tapi kaki agak terikat di situ.  Ini semua sbb abangnya dah amik kereta Proton saga baru untknya. Semuanya atas urusan abangnya tadi. Pendek kata installment pun abangnya tu yg bayar.  Aku tak pasti berapa gaji abangnya bayar kat Wida keje kat dobi tu. Tapi seharian aku kat situ, aku tgk receipt dan bil untk charges pun tak sebanyak mana.

Honestly, aku rasa abg wida kena banyak  belajar lagi pasal berbisnes ni.  Cuba bayangkan, sabun2 dan segala pencuci pakaian dia beli kat pasaraya jer.  Aku ada cadangkan supaya dia beli jer direct kat supplier. Lebih murah, lepas tu  bole beli bulk.  Concentate liquid bole didiluted lagi.  Hanger pun sama. Ada supplier direct yg bole bagi harga murah.  Aku tau sedikit sebanyak pasal ni sbb dulu masa Syed sama keje dgn aku dia salu citer.  Wife syed ada kedai dobi juga. Jadik aku tau yg syed selalu aku survey supplier yg bagi harga paling murah sekali.  Dan bole pulak dapat credit terms at least 30 -45 days.  Dapat mengawal aliran tunai.  Kalau beli kat supermarket, harga mesti agak mahal sikit dan tak bole nak berjimat.  Tapi abg Wida ni bkan jenis nak terima pendapat org.  Aku pun malas nak ckp lebih2 kan.  Pulak tu dgn keuntungan tak seberapa tolak pekerja, barang2 sewa dan sebagainya aku taktau ler nettprofit kat laundry tu berapa.  Yg pasti customer mmg ramai. Maklumlah student2 mesti suma pun malas nak cuci baju kan.

Bila Wida kata dia nak all out carik keje, aku bole agak. Mmg dia sgt tertekan keje kat situ. Dgn tiada kawan.  Sibok dgn kaen baju dari pagi sampai malam. Mengalahkan buruh indon keje kontrak gitu.  Kontrak pun kul 6 bole abis keje dah kan.  Aku jugak kesian dgn wida, jadik aku pun turut busy sama mencarikan keje untuk dia kat internet. Harap2 dgn tu nanti dia kembali ceria seperti yg aku kenal tu. Seorang yg jovial dan happy go lucky. Bukan menjadi murung dan pendiam gitu.

Yg si Wina pulak keje mmg bagus. Gaji pun agak lumayan walaupun jawatan bertaraf kontrak.  Cuma bezanya, dia sgt tertekan jugak bukan dgn kerja. Tapi dgn persekitaran dan org2 di pejabatnya.  Wina sgt sukat keje berkaitan ukur bahan ni.  Jadi dia sgt enjoy buat benda yg dia suka.  Cuma dia sgt2 tension.  Kerana org2 di pejabatnya yg mmg 100% melayu sbb company bumi kan?. Dengan kaki kipas, kaki bodek, kaki report dan segalamala kaki lagi lah. Oleh kerana wina berjawatan kontrk maka yg berjawatan tetap kat situ mostly dah level2 makcik2 terlampau gitu.  Dengan sifat suka mengata, mengumpat (malu gitu dah tua2 berperangai gini), mengadu domba dan hape2 lagi.  Dengan tahap dan level as Makcik2 gitu, dorang mmg ada clan2 dorang tersendiri.  Sapa yg bukan dari clan mereka, pasti jadik sasaran dan kutukan.

Dari gambar2 dinner Wina yg aku tgk..aduh, smua ala2 makcik2 terlampau tak sedar diri gitu. Dgn pakaian yg tak seperti dan seharusnya dipakai oleh wanita berumur dkat 50an.  Terkesima tau tgk pesen dorang tu.Ish ish...tak ingat hari nak Kiamat gitu.  Jadi dgn umur wina yg baru pertengahan 20an dan masih single, harus dorang ala2 jeles dan tertekan gitu.

Office wina ni pulak mmg kerap buat majlis. Tahlil lah, doa selamat lah. Maklum company melayu, bumi Islam pulak tu kan.  Bila ada kenduri kendara dan makan2 tu, mcm tak cukup tanah dorang membungkus masing2.  Read me : semuanya dilakukan oleh golongan2 ini lah.  Macam hard up sgt ke makanan tu. Majlis lum abis, org tgh makan dorang sibuk mempack.  Kok ye pun tunggulah dulu. Kot2 ada balance later bole jer tapau. Dasar perangai org jakun gitu. Sungguh memalukan.

Cuma mgkin sbb Wina sgt cintakan kejanya, dia tak berapa amik port sgt dorang2 tuh.  Pendek kata dia buat tatau jer. Buat bodoh. Selalu jugak dia mintak pandangan aku dan nasihat camne nak handle org2 gitu terutama org2 bawahan dia level2 kerani yg memanjang jer menjawap bila dia suruh buat keje. Nampak sgt semua pun terpengaruh dgn budaya makcik2 clan tu yg salu abiskan masa mengompat hal org dari membuat keje sendiri.

Sungguhpun gitu, seperti Wida dia juga sedang mengintai2 peluang pekerjaan di tempat lain. Dgn pengalaman dan kelulusan yg dia ada, aku rasa tak susah mana utk Wina carik kej lain berbanding Wida yg mmg fresh grad dan takde pengalaman.  Semua ni adalah antara kepuasan dan tekanan. Kalau kita suka dan cinta perkerjaan yg kita lakukan, segala rintangan halangan dan dugaan yg mendatang ibarat macam daki jer.  Biarkan jer berlalu dan yg paling penting, kita buat keje kita bersungguh2.  Tetapi, kalau lah pekerjaan itu memberi seribu tekanan dan kita pulak langsung tidak cinta akan perkerjaan itu (contoh si wida yg terpaksa gitu) pasti akan membuat kita semakin depressed dan tertekan kan?.

Bagi aku senang jer.  Kalau aku suka akan pekerjaan yg aku buat tu, segala tekanan tak kira dari org atau persekitaran aku cuma buat bodoh jer. Buat taktau.  Just do our work.  Lebih2 lagi Boss pun tak byk hal dan byk songeh. Pendek kata org laen lebih2 terover dari boss senang jer. Kita ignored jer org2 tu suma.  Talk only on work matters. Other than that just keep our self silently.  For that aku rasa the main reason aku bertahan dah kat sini untuk tahun ke 5 gitu.  Kerana aku sgt suka dan cinta dgn apa yg aku buat.  Semuanya atas kebebasan sendiri. Bos tak pernah pun bising2 kecuali kalau benda2 tu mmg dia mahukan segera.

Yg pasti, yg urgent didahulukan dan keep our things up to date.  Jadik bila2 masa bos tanya org or org tanya, its all on our fingertips. Duit dan ganjaran tu penting jugak, tapi bagi aku kalau dpat apa yg kita harapkan dan keje juga jalan with less stressed, thats much better.  Dalam dunia ni mana ada segalanya sempurna kan. Tapi tak bermakna kita tak harus berusaha menepati kesempurnaan itu walaupun mgkin tak capai 100%.  Life goes on org kata. Treat everything easily. Jgn stressed2 karang kena penyakit kan susah.  Cuma sejak menempuh alam pekerjaan ku hampir 20 over years ni aku bole simpulkan bahawa kita mesti sentiasa nak mencabar diri sendiri untuk menjadi yg lebih baik.  Pendek kata kena rajin.  Benda2 tak kan datang bergolek kalau kita tak berusaha.  If kita dah berusaha keras, tapi belum dapat hasilnya..kita berserah jer lah.   Dan kalau diberi pilihan : i would say, jaga BARANG lebih senang dari jga ORANG...setuju tak???.  Kerana barang tak ada karenah, tak reti berkata2 hanya kita melaksanakannya. Manakala jaga org..dgn 1001 karenah, peel, perangai dan attitude mmg kadang2 merentap jiwa raga gitu.

Akhirnya, sabar dan bertenang menghadapi segala2 adalah kunci.  Untuk daptkan keduanya tu, haruslah banyak2 beristighfar.  Dan paling penting, jgn buat jahat atau mendengki dgn org tak kira apa bangsa atau pun agama. Sekiranya dorang buat tu kepada kita, kita biarkan jer.  Bak kata org, salah satu cara membalas perbuatan jahat org kepada kita ialah dgn berbuat baik kepadanya....I've tried and its totally works tau. Kita bole hidup dgn aman dan tenang....tak caya try lah....selamat berkerja...


March 14, 2011

Adab Tuan Rumah bila org datang bertamu

Assalam, dah start pun cuti sekolah kan. Sgt2 aku gumbira, sbb tak perlu kocoh2 siapkan si Amal nak ke sek agama. Tak payah nak masak2 kelam kelibut sbb kakak cuti dia kat umah, pandai2 lah dia nak makan apa2. Mcm2 ada.  Tak pyah jugak nak pikir selama seminggu ni nak menyental baju sekolah yg kotor tahap gaban.  Pendek kata, seminggu ni bole rilek2 sikit.  Stretching dan lurus2 apa yg patut sbb x perlu kelam kelibut.

Ok, sementelah citer pasal tetamu aku nak sambung pulak rules sebagai tuan rumah. Org yg menerima tetamu.  Meh kita tgk :-
  1. Hormati tetamu seadanya : Maksudnya kita menerima tetamu dgn hati terbuka walau dalam tu tuhan saja yg tau. Jgn sesekali tunjuk bahasa kurang sedap hatta bahasa badan pun.  Nanti tetamu tersinggung.  Suka ke, boring ke belakang kira.  Buat seketika kita tolak jauh2 perasaan tu terutama kalau yg datang tu sedara mara seblah pasangan kita.\
  2. Jamu tetamu seadanya : Kalau org datang tu, agak2 lah. Takkan la tak jamu air dgn biskut kering ke at least.  Lagi kalau nak jamu up sikit lagi lah bagus. Afterall, tetamu tu membawa rezeki kepada kita kan.  Takkan la cokodok bawang, bihun goreng or mee goreng pun tak leh nak jamu kan? melampau sgt lah tu.  Kalau malas sgt lah katanya, beli le apa2 yg patut. Goreng pisang ke, goreng keledek ke kan. Tp jgn pulak ia2 kata nak datang, tuan rumah dah siap2 macam2 tak jadi pulak. Ni ingatan pada tetamu utnk memastikan kalau x jadi datang tu bagi lah tau. Mana tau tuan rumah dah siap macam2..masak macam2 ttba lagi 10 minit dari waktu dijanjikan bgtau tak jadi. Mmg dasar lah kan.  Mcm ada sekali tu, abang SP beria2 kata nak datang umah. Masa tu malam dah, since baru balik keje kami pi la tapau mee goreng kat kedai mamak. Bukan sikit tau. RM10 tuh. Sbb katanya nak dtang dgn ramai.  Alih2 tunggu pnye tunggu..dkat kul 11 baru nak kasi tau tak jadi datang. Mmg lah tau.  Tapi aku mmg harap sgt tetamu bgtau awal2 kalau nak dtang. Supaya dapat lah siapkan apa yg patut. Prinsip hidup aku dah ditrain oleh arwah Pak aku dulu. Make sure tetamu balik dgn kenyang perutnya.  Jadik, kalau kawan2 rapat, anak2 sedara yg nak datang, mmg dorang tau sgt nak bgtau awal2.  Kadang2 ada special request dari dorang tu akan cuba penuhkan jugak.  Sementelah aku mmg suker giler masak, aku akan masak apa juga permintaan kan..
  3. Sediakan keperluan mereka seadanya : Biasa aku menerima tetamu dikalangan adik2 beradik samada belah aku atau belah SP.  Tp mmg selalunya belah SP lah sbb dia ramai anak2 sedara kat KL ni yg masih bujang, yg dah beranak pinak.  Jadik salu dorang datang tu bawak baju pun x byk. Tuala pun takde, kadang kain batik ke, pelikat ke pun tak de.  Jadik aku mmg ada byk semua2 tu kat rumah.  Infact, aku mmg siap2 tuala2 bersih yg mmg untuk kemudahan tetamu2 kalau dorang dtang. If dorang ada bawak suma2 keperluan tak perlu la keluar kan. Kalau takde, aku bagi jer pinjam apa2 yg dorang nak.  Sarung2 bantal2, selimut, bilik2 suma pun aku make sure kemas dan bersih untuk menerima tetamu. Sbb tu aku kata, penting untuk tuan rumah tau bila plan dorang nak datang so and so, supaya sempatlah nak siapkan apa2 yg patut gitu.
  4. Pastikan bilik air bersih. Clean and clear :  Ni pun sgt penting tau. Dah tau org nak datang umah tu kita sebagai tuan rumah haruslah basuh bilik air tu. Bersihkan apa yg patut. Kok2 ada gantung spender, baju tido kat lam bilik air kan (pantang nenek moyang aku ni). Pernah sekali aku bertandang kat umah sedara rapat kan, nak tumpang amik air semayang dalam bilik air, ada ka spender, bra bergantung kat belakang pintu bilik air gitu.  Kok sama jantina yg masuk tak pe..buatnya yg masuk tu bukan mahram, hatta mahram pun malu weh..tak gitu?.  Pastu pastikan lah sabun, syampoo, ubat gigi dan apa2 yg patut ada kat lam bilik air tu supaya senang tetamu nanti.
  5. Bersiap sedia menerima tetamu :  Sebgai tuan rumah, mmg kita kena ikhlas hati terima tetamu seadanya. Walaupun kadang2 tetamu kita tu nan ado pulak peelnya.  Sebagai tuan rumah jugak kena selalu bersabar dan bertenang menghadapi segala dugaan2 dari tetamu yg datang. Tak kira dari segi apa pun.  Sbb tu, kalau tak suka dorang usik2 apa barang kita, kita simpan jer barang2 tu sementara dorang ada.  Makanan2 yg takmo dorang sebat abiskan tu, kuarkan la separuh jer. Yg lain tu simpan jer. Itu lebih baik kan. Lgpun tak semestinya, dorang tu kedekut tahap gaban, kita pun nak begitu. Walaupun tak lah pemurah sgt2 pun, pendek kata sederhana jer lah. Or agak2 la yg.
  6. Jaga hati tetamu seadanya : ini lagi satu penting.  Kalau lah tetamu yg datang tu buat sampah, anak2 dorang buat sepah biar jer. Toksah lah dan dan tu nak sapu depan dorang tu. Agak2 lah, bila dorang balik  nanti baru sapu. Nnti dorang pikir cam menghalau pulak kan. Walaupun kadang2 tetamu2 yg berhemah, dorang akan amik sapu kemas kan. Kita sebagai tuan rumah kalau bole biarkan jer sampah tu. Sok2 dorang dah balik baru kita kemas.  Pengalaman aku jadik tetamu kan, dalam bilik port baju2 kami mmg agak bersepah maklum dgn sampah bdak2 dan bagai2. Tuan rumah amik sapu terus sapu ko.  Terasa tetamu ni ha mcm malas ke hapa, sedangkan kita tunggu till last day seblum kita balik baru kita nak kemas.  Aku pun ada habit seblum balik pastikan bilik bersih, sampah2 dah dibersihkan. Selimut2 suma dah dibasuh dan sidai. Pendek kata takde tinggal apa2 yg tak patut dalam bilik walaupun kadang2 ada benda2 yg kita pinjam dari tuan rumah.  Contoh kalau ada pinjam tuala tuan rumah tu, bila dah nak balik tu tolong la masukkan kat lam mesin tuan rumah ataupun kat baju kotor pnye tempat kan. Bukan tinggalkan tuala lembap, baju lembap dalam bilik tidor harus kepam bilik tuan rumah tu.
  7. Lastly , Senang diri.  Bila semua dah selesai, tetamu dah balik tuan rumah harus cepat2 check satu bilik ke satu bilik. Mana tau ada barang2 tetamu yg tertinggal.  Kalau ada kutip dan simpankan dalam satu tempat. Kok bila2 kita pi umah meka, atau meka datang sok bagi lah balik. Jgn pulak ada barang2 tetamu tertinggal kita sebat jer belasah jer. Tak baik gitu.  For me, pengalaman mengajar utk aku memastikan tak ada barang2 ketinggalan kat umah org.  Supaya, tidak menyusahkan tuan rumah dan menyusahkan diri sendiri. Ya la buatnya alat mekap ke tertinggal, HP ke..takke naya?
Gitulah, pada pendapatan aku untuk menjadi seorang tetamu dan tuan rumah yg berhemah.  Perlu ada persefahaman bagi kedua2 belah pihak. Kerana kedua belah pihak adakalanya menjadi tetamu, adakala jadik tuan rumah pulak kan?. Pendek kata, attitude yg baik tak kira sebagai tetamu atau pun tuan rumah pastikan akan menjadikan kita disukai oleh tetamu dan tuan rumah.  Kadang2 kita pun pelik kenapa rumah kita jer menjadi tumpuan untuk sedara mara datang bertandang atau menumpang tido hatta dijadikan port transit seblum menuju ke destinasi seterusnya kan. Hakikatnya, layanan kita kepada tetamu dari segi material dan spiritual pasti akan menjadikan tetamu sgt selesa utk terus datang ke rumah kita.

Pendek kata, pasti hati kita senang kalau kita dgr komen2 sedara mara yg tiap kali datang umah kita dapat makan masakan kita yg best2 dan tak risau kelaparan.  Dan jugak keselesaan mereka berada di rumah kita tak kira berapa hari mereka datang menumpang tido.  Ini juga pastikan akan membuat pasangan kita sangat sayang dan menghargai kita kan?. Kerana menerima sedara maranya dgn seikhlas hati, tanpa ada rungutan ataupun komplen. (tu sbb kalau ada x puashati, dendiam jer. Ataupun nak lepaskan..release je kat blog ok?)..  Sekiranya sedara mara belah kita pulak datang, pasti pasangan kita pun akan menerima mereka seikhlas kita menerima sedara maranya ye dak?.

Syukran, selama ini aku rasa aku dah buat segala2 yg terbaik untuk semua tetamu yg datang betandang hatta bermalam di rumah. Tak kira, sedara mara, kawan2 aku, kawan2 SP atau pun kawan2 anak2.  Semuanya pasti akan pulang dgn perut kenyang dan suka hati. Bahkan, ramai antara mereka yg sgt gembira sbb tiap kali datang ke rumah kami dapat jer kami jamu dgn hidangan kegemaran mereka.

Yg pasti, bukan susah nak merasa gembira sebagai tuan rumah. Semuanya bergantung kepada keikhlasan hati menerima tetamu yg hadir.  Dan harus ada imbal balik ya. Iaitu kalau kita dok suh org datang umah kita, sesekali bila org ajak datang ke rumah mereka haruslah terima undangan dgn ikhlas hati. Bukan manjang suh org melawat kita, setahun 4-5 kali tpi kita haram nak datang kan? hatta  hari raya pun.  Ini terutama kepada sedara mara rapat lah kan.  Beria tiap2 kali suh kita datang umah dia, beraya umah dia. Sbb adik beradik rapat gitu, kita tak pernah lupa. Sementelah lagi dia yg sulong dari adik beradik belah suami kita.  Tpi dorang?. Bukan mak bapak langsung x jenguk muka. Ada lah 3 tahun sekali datang beraya.  Itupun sbb terpaksa sbb bawak MIL ke. Anak2 mereka dari bujang, dah kawin sampai dapat anak haram nak jenguk muka.  Terasa tau. Apa ingat umah kita sengkek sgt ke sampai tak sudi nak menjejakkan kaki?..Ni suma kena amik kira ok. Sbb itu kita kena ajar anak2 supaya kenal sedara mara, terutama pak2 sedara2 mak2 sedara dan sepupu.  Jangan sampai sepupu berlaga bahu pun tak kenal gitu.

Aku pun sejak kawin dgn SP, mmg tak dapat nak elak ikut dia berziarah umah sedara mara dia yg sgaaaaat ramai tu.  Tapi, hakikatnya bila kita salu pi ziarah terutama kalau mereka tu dah tua kan.  Sbb tu antara ramai2 menantu MIL bole dikatakan semua sedara mara kenal aku dan anak2. Sbb apa?  Lgpun MIL sgt pentingkan sedara maranya.  Bukan macam mak dan belah2 aku. Sejak Arwah Pak meninggal, mak mmg tak de hati nak melawat atau ziarah sedara maranya termasuk adik beradiknya. Pendek kata, ada ramai sepupu belah mak yg mmg kami tak kenal.  Serius tu, tapi nak buat mcmana, aku cuma rapat dgn sepupu2  belah arwah Pak jer. Tu pun sbb masa Pak ada kami x pernah missed melwat dan beraya umah meka.  Tp sejak Pak dah tak ada, nampaknya Mak tak mo dah meneruskan lagi. Tpi walaupun kadang2 mak x mau ikut, aku dan kakak masih lgi pergi ziarah mereka2 yg patut.

Itulah hakikat kehidupan kan. Segala yg kita buat tu akan datang balik kat kita. Kalu kita rajin ziarah, melawat org pasti org pun akan buat menda yg sama pada kita. What comes around goes around org kata kan?.

Well, updates pasal tetamu yg kami expected last weekend.  Nampaknya mereka teruskan perjalanan ke Perak Jumaat malam tu. Mereka ada kenduri belah biras pada hari Ahad. Jadik pada sabtu dan ahad semlam kami berleisure2 jer. Di samping berenang kat kondo anak sedara SP kat Gombak, kami juga sajer2 abiskan masa makan aiskerim kon MC D.  2x round membelasah aiskerim tu. Anak2 happy walaupun dah ckp cuti sekolah minggu ni x pergi mana2. I guess cukup dgn melayan dorang berendam di kolam for 3 hours dan lepas tu happy2 hour kat MC D pulak.

Lepas berleisure smlm, balik aku gosok baju pulak untuk stok satu minggu.  Pukul 10 mlm aku dah ngantuk manakala dua org dah hanyut di arus mimpi.  SP kata adiknya nak sampai malam tadi. Tp aku dah ngantuk dan hari ni dah nak keje, aku tido dulu. Yg pasti dalam tghmalam aku dgr bunyi kanak2 bising kat Hall umah tgk tv.  Aku layan mimpi jer terus gitu.  Segala makanan, air suma dah siap kat dapur, pandai2 lah dorang makan kalau lapar kan?.  Yg pasti, aku pi kerja pagi tadi, aku dah siap2 masak nasik. Lauk smlm pun masih banyak dan aku dah pesan kat kakak utk panaskan jer. Kok dorang nak makan or masak apa2..pandai2 lah ye dak. Afterall, semua pun ada dalam fridge tu.

Lgpun suma anak2 aku ada kat umah. Amal dgn delin x mau pi baby sitter pulak. Nak dok umah pulak katanya. Suka dorang lah. Aku ikut jer.