March 14, 2011

Adab Tuan Rumah bila org datang bertamu

Assalam, dah start pun cuti sekolah kan. Sgt2 aku gumbira, sbb tak perlu kocoh2 siapkan si Amal nak ke sek agama. Tak payah nak masak2 kelam kelibut sbb kakak cuti dia kat umah, pandai2 lah dia nak makan apa2. Mcm2 ada.  Tak pyah jugak nak pikir selama seminggu ni nak menyental baju sekolah yg kotor tahap gaban.  Pendek kata, seminggu ni bole rilek2 sikit.  Stretching dan lurus2 apa yg patut sbb x perlu kelam kelibut.

Ok, sementelah citer pasal tetamu aku nak sambung pulak rules sebagai tuan rumah. Org yg menerima tetamu.  Meh kita tgk :-
  1. Hormati tetamu seadanya : Maksudnya kita menerima tetamu dgn hati terbuka walau dalam tu tuhan saja yg tau. Jgn sesekali tunjuk bahasa kurang sedap hatta bahasa badan pun.  Nanti tetamu tersinggung.  Suka ke, boring ke belakang kira.  Buat seketika kita tolak jauh2 perasaan tu terutama kalau yg datang tu sedara mara seblah pasangan kita.\
  2. Jamu tetamu seadanya : Kalau org datang tu, agak2 lah. Takkan la tak jamu air dgn biskut kering ke at least.  Lagi kalau nak jamu up sikit lagi lah bagus. Afterall, tetamu tu membawa rezeki kepada kita kan.  Takkan la cokodok bawang, bihun goreng or mee goreng pun tak leh nak jamu kan? melampau sgt lah tu.  Kalau malas sgt lah katanya, beli le apa2 yg patut. Goreng pisang ke, goreng keledek ke kan. Tp jgn pulak ia2 kata nak datang, tuan rumah dah siap2 macam2 tak jadi pulak. Ni ingatan pada tetamu utnk memastikan kalau x jadi datang tu bagi lah tau. Mana tau tuan rumah dah siap macam2..masak macam2 ttba lagi 10 minit dari waktu dijanjikan bgtau tak jadi. Mmg dasar lah kan.  Mcm ada sekali tu, abang SP beria2 kata nak datang umah. Masa tu malam dah, since baru balik keje kami pi la tapau mee goreng kat kedai mamak. Bukan sikit tau. RM10 tuh. Sbb katanya nak dtang dgn ramai.  Alih2 tunggu pnye tunggu..dkat kul 11 baru nak kasi tau tak jadi datang. Mmg lah tau.  Tapi aku mmg harap sgt tetamu bgtau awal2 kalau nak dtang. Supaya dapat lah siapkan apa yg patut. Prinsip hidup aku dah ditrain oleh arwah Pak aku dulu. Make sure tetamu balik dgn kenyang perutnya.  Jadik, kalau kawan2 rapat, anak2 sedara yg nak datang, mmg dorang tau sgt nak bgtau awal2.  Kadang2 ada special request dari dorang tu akan cuba penuhkan jugak.  Sementelah aku mmg suker giler masak, aku akan masak apa juga permintaan kan..
  3. Sediakan keperluan mereka seadanya : Biasa aku menerima tetamu dikalangan adik2 beradik samada belah aku atau belah SP.  Tp mmg selalunya belah SP lah sbb dia ramai anak2 sedara kat KL ni yg masih bujang, yg dah beranak pinak.  Jadik salu dorang datang tu bawak baju pun x byk. Tuala pun takde, kadang kain batik ke, pelikat ke pun tak de.  Jadik aku mmg ada byk semua2 tu kat rumah.  Infact, aku mmg siap2 tuala2 bersih yg mmg untuk kemudahan tetamu2 kalau dorang dtang. If dorang ada bawak suma2 keperluan tak perlu la keluar kan. Kalau takde, aku bagi jer pinjam apa2 yg dorang nak.  Sarung2 bantal2, selimut, bilik2 suma pun aku make sure kemas dan bersih untuk menerima tetamu. Sbb tu aku kata, penting untuk tuan rumah tau bila plan dorang nak datang so and so, supaya sempatlah nak siapkan apa2 yg patut gitu.
  4. Pastikan bilik air bersih. Clean and clear :  Ni pun sgt penting tau. Dah tau org nak datang umah tu kita sebagai tuan rumah haruslah basuh bilik air tu. Bersihkan apa yg patut. Kok2 ada gantung spender, baju tido kat lam bilik air kan (pantang nenek moyang aku ni). Pernah sekali aku bertandang kat umah sedara rapat kan, nak tumpang amik air semayang dalam bilik air, ada ka spender, bra bergantung kat belakang pintu bilik air gitu.  Kok sama jantina yg masuk tak pe..buatnya yg masuk tu bukan mahram, hatta mahram pun malu weh..tak gitu?.  Pastu pastikan lah sabun, syampoo, ubat gigi dan apa2 yg patut ada kat lam bilik air tu supaya senang tetamu nanti.
  5. Bersiap sedia menerima tetamu :  Sebgai tuan rumah, mmg kita kena ikhlas hati terima tetamu seadanya. Walaupun kadang2 tetamu kita tu nan ado pulak peelnya.  Sebagai tuan rumah jugak kena selalu bersabar dan bertenang menghadapi segala dugaan2 dari tetamu yg datang. Tak kira dari segi apa pun.  Sbb tu, kalau tak suka dorang usik2 apa barang kita, kita simpan jer barang2 tu sementara dorang ada.  Makanan2 yg takmo dorang sebat abiskan tu, kuarkan la separuh jer. Yg lain tu simpan jer. Itu lebih baik kan. Lgpun tak semestinya, dorang tu kedekut tahap gaban, kita pun nak begitu. Walaupun tak lah pemurah sgt2 pun, pendek kata sederhana jer lah. Or agak2 la yg.
  6. Jaga hati tetamu seadanya : ini lagi satu penting.  Kalau lah tetamu yg datang tu buat sampah, anak2 dorang buat sepah biar jer. Toksah lah dan dan tu nak sapu depan dorang tu. Agak2 lah, bila dorang balik  nanti baru sapu. Nnti dorang pikir cam menghalau pulak kan. Walaupun kadang2 tetamu2 yg berhemah, dorang akan amik sapu kemas kan. Kita sebagai tuan rumah kalau bole biarkan jer sampah tu. Sok2 dorang dah balik baru kita kemas.  Pengalaman aku jadik tetamu kan, dalam bilik port baju2 kami mmg agak bersepah maklum dgn sampah bdak2 dan bagai2. Tuan rumah amik sapu terus sapu ko.  Terasa tetamu ni ha mcm malas ke hapa, sedangkan kita tunggu till last day seblum kita balik baru kita nak kemas.  Aku pun ada habit seblum balik pastikan bilik bersih, sampah2 dah dibersihkan. Selimut2 suma dah dibasuh dan sidai. Pendek kata takde tinggal apa2 yg tak patut dalam bilik walaupun kadang2 ada benda2 yg kita pinjam dari tuan rumah.  Contoh kalau ada pinjam tuala tuan rumah tu, bila dah nak balik tu tolong la masukkan kat lam mesin tuan rumah ataupun kat baju kotor pnye tempat kan. Bukan tinggalkan tuala lembap, baju lembap dalam bilik tidor harus kepam bilik tuan rumah tu.
  7. Lastly , Senang diri.  Bila semua dah selesai, tetamu dah balik tuan rumah harus cepat2 check satu bilik ke satu bilik. Mana tau ada barang2 tetamu yg tertinggal.  Kalau ada kutip dan simpankan dalam satu tempat. Kok bila2 kita pi umah meka, atau meka datang sok bagi lah balik. Jgn pulak ada barang2 tetamu tertinggal kita sebat jer belasah jer. Tak baik gitu.  For me, pengalaman mengajar utk aku memastikan tak ada barang2 ketinggalan kat umah org.  Supaya, tidak menyusahkan tuan rumah dan menyusahkan diri sendiri. Ya la buatnya alat mekap ke tertinggal, HP ke..takke naya?
Gitulah, pada pendapatan aku untuk menjadi seorang tetamu dan tuan rumah yg berhemah.  Perlu ada persefahaman bagi kedua2 belah pihak. Kerana kedua belah pihak adakalanya menjadi tetamu, adakala jadik tuan rumah pulak kan?. Pendek kata, attitude yg baik tak kira sebagai tetamu atau pun tuan rumah pastikan akan menjadikan kita disukai oleh tetamu dan tuan rumah.  Kadang2 kita pun pelik kenapa rumah kita jer menjadi tumpuan untuk sedara mara datang bertandang atau menumpang tido hatta dijadikan port transit seblum menuju ke destinasi seterusnya kan. Hakikatnya, layanan kita kepada tetamu dari segi material dan spiritual pasti akan menjadikan tetamu sgt selesa utk terus datang ke rumah kita.

Pendek kata, pasti hati kita senang kalau kita dgr komen2 sedara mara yg tiap kali datang umah kita dapat makan masakan kita yg best2 dan tak risau kelaparan.  Dan jugak keselesaan mereka berada di rumah kita tak kira berapa hari mereka datang menumpang tido.  Ini juga pastikan akan membuat pasangan kita sangat sayang dan menghargai kita kan?. Kerana menerima sedara maranya dgn seikhlas hati, tanpa ada rungutan ataupun komplen. (tu sbb kalau ada x puashati, dendiam jer. Ataupun nak lepaskan..release je kat blog ok?)..  Sekiranya sedara mara belah kita pulak datang, pasti pasangan kita pun akan menerima mereka seikhlas kita menerima sedara maranya ye dak?.

Syukran, selama ini aku rasa aku dah buat segala2 yg terbaik untuk semua tetamu yg datang betandang hatta bermalam di rumah. Tak kira, sedara mara, kawan2 aku, kawan2 SP atau pun kawan2 anak2.  Semuanya pasti akan pulang dgn perut kenyang dan suka hati. Bahkan, ramai antara mereka yg sgt gembira sbb tiap kali datang ke rumah kami dapat jer kami jamu dgn hidangan kegemaran mereka.

Yg pasti, bukan susah nak merasa gembira sebagai tuan rumah. Semuanya bergantung kepada keikhlasan hati menerima tetamu yg hadir.  Dan harus ada imbal balik ya. Iaitu kalau kita dok suh org datang umah kita, sesekali bila org ajak datang ke rumah mereka haruslah terima undangan dgn ikhlas hati. Bukan manjang suh org melawat kita, setahun 4-5 kali tpi kita haram nak datang kan? hatta  hari raya pun.  Ini terutama kepada sedara mara rapat lah kan.  Beria tiap2 kali suh kita datang umah dia, beraya umah dia. Sbb adik beradik rapat gitu, kita tak pernah lupa. Sementelah lagi dia yg sulong dari adik beradik belah suami kita.  Tpi dorang?. Bukan mak bapak langsung x jenguk muka. Ada lah 3 tahun sekali datang beraya.  Itupun sbb terpaksa sbb bawak MIL ke. Anak2 mereka dari bujang, dah kawin sampai dapat anak haram nak jenguk muka.  Terasa tau. Apa ingat umah kita sengkek sgt ke sampai tak sudi nak menjejakkan kaki?..Ni suma kena amik kira ok. Sbb itu kita kena ajar anak2 supaya kenal sedara mara, terutama pak2 sedara2 mak2 sedara dan sepupu.  Jangan sampai sepupu berlaga bahu pun tak kenal gitu.

Aku pun sejak kawin dgn SP, mmg tak dapat nak elak ikut dia berziarah umah sedara mara dia yg sgaaaaat ramai tu.  Tapi, hakikatnya bila kita salu pi ziarah terutama kalau mereka tu dah tua kan.  Sbb tu antara ramai2 menantu MIL bole dikatakan semua sedara mara kenal aku dan anak2. Sbb apa?  Lgpun MIL sgt pentingkan sedara maranya.  Bukan macam mak dan belah2 aku. Sejak Arwah Pak meninggal, mak mmg tak de hati nak melawat atau ziarah sedara maranya termasuk adik beradiknya. Pendek kata, ada ramai sepupu belah mak yg mmg kami tak kenal.  Serius tu, tapi nak buat mcmana, aku cuma rapat dgn sepupu2  belah arwah Pak jer. Tu pun sbb masa Pak ada kami x pernah missed melwat dan beraya umah meka.  Tp sejak Pak dah tak ada, nampaknya Mak tak mo dah meneruskan lagi. Tpi walaupun kadang2 mak x mau ikut, aku dan kakak masih lgi pergi ziarah mereka2 yg patut.

Itulah hakikat kehidupan kan. Segala yg kita buat tu akan datang balik kat kita. Kalu kita rajin ziarah, melawat org pasti org pun akan buat menda yg sama pada kita. What comes around goes around org kata kan?.

Well, updates pasal tetamu yg kami expected last weekend.  Nampaknya mereka teruskan perjalanan ke Perak Jumaat malam tu. Mereka ada kenduri belah biras pada hari Ahad. Jadik pada sabtu dan ahad semlam kami berleisure2 jer. Di samping berenang kat kondo anak sedara SP kat Gombak, kami juga sajer2 abiskan masa makan aiskerim kon MC D.  2x round membelasah aiskerim tu. Anak2 happy walaupun dah ckp cuti sekolah minggu ni x pergi mana2. I guess cukup dgn melayan dorang berendam di kolam for 3 hours dan lepas tu happy2 hour kat MC D pulak.

Lepas berleisure smlm, balik aku gosok baju pulak untuk stok satu minggu.  Pukul 10 mlm aku dah ngantuk manakala dua org dah hanyut di arus mimpi.  SP kata adiknya nak sampai malam tadi. Tp aku dah ngantuk dan hari ni dah nak keje, aku tido dulu. Yg pasti dalam tghmalam aku dgr bunyi kanak2 bising kat Hall umah tgk tv.  Aku layan mimpi jer terus gitu.  Segala makanan, air suma dah siap kat dapur, pandai2 lah dorang makan kalau lapar kan?.  Yg pasti, aku pi kerja pagi tadi, aku dah siap2 masak nasik. Lauk smlm pun masih banyak dan aku dah pesan kat kakak utk panaskan jer. Kok dorang nak makan or masak apa2..pandai2 lah ye dak. Afterall, semua pun ada dalam fridge tu.

Lgpun suma anak2 aku ada kat umah. Amal dgn delin x mau pi baby sitter pulak. Nak dok umah pulak katanya. Suka dorang lah. Aku ikut jer.

No comments: