March 15, 2011

Antara kepuasan kerja versus tekanannya

Hari minggu lepas, aku pi ke kondo Wida (anak sedara SP) kat Gombak.  Wida anak kpd kakak SP yg no2.  Berkelulusan Ijazah Multimedia dari Unisel. Baru grad last year.  Sementelah tak de keje lagi, Wida tolong abangnya menjaga kedai dobi kat kondo tu. Abg wida ni keje bank tp beli kedai dobi tu dari kawannya dan sambung bisness.  Pekerja abangnya tu dah berenti sbb berkahwin. Dalam terdesak mencarik pekerja dia suh Wida jaga dobi tu katanya buat sementara waktu.  Well sementara waktu dah bertukar menjadi hampir 3 bulan now and takde pun tanda2 abg si Wida ni nak carik pekerja lain.  Masa aku pi sana tu gak Wina (anak sedara SP dari kakak no 3) dia pun ada join sama. Wina bekeja  sebgai Quantity Surveyor kat GLC Company.  Once a while, kami jumpe kat kondo. Sambil SP dan bdak2 berkubang2 kat pool, biasanya kami bertiga kat dobi. Lepak2 sambil gosip2 pan cerita apa jer.

Since aku adalah antara auntie dorang yg bole dikatakan can get along mgkin sbb sporting, tak bekira dan outgoing gitu, kami bole je share apa2 citer termasuk hal2 peribadi.  Disamping wida dan wina ada 2 org lagi anak sedara  perempuan dari kakak no 4 SP jugak duk kat area2 KL ni.  Mmg kerap kami suma kumpul2 lepaks2 samada kat KL, umah kami ataupun umah dorang.  Kadang2 kami picnic kat air terjun sama2.  Gitulah rapat nya dorang dgn kami sekeluarga. Anak2 pun bole ngam dgn dorang so no hal.

Dalam bersembang2 tu, Wida melahirkan rasa bosan dan boring nya dok kat kedai dobi dari pukul 9am-9mlm.  Cuti cuma pada hari rabu. Manakala hari minggu berkerja selama 12 jam gitu. Dengan waktu keje yg lama, keje menguruskan kaen baju kotor pelanggan, menggosok mengering dan melipat mmg meletihkan. Tambahan pulak, hari2 keje wida cuma sorang2 kat situ.  Pendek kata,  makan tido suma kat situ.  Wina pulak hari jumaat-hari minggu kalau tak ada apa2 keje mmg kat situ lah dia melepak.  Manakala 2 lagi anak sedara SP tu masing2 dah kawin dan bekeluarga mmg agak susah nak join.

Dengan kelulusan Ijazah yg wida ada tu, bukan senang jugak dia nak carik keje. Seingat aku berpuluh2 permohonan dah dia antar, berpuluh intvew dia dah pi tapi nampaknya belum ada rezeki lagi.  Nak tak nak terpaksa gak stay kat dobi tu tolong abgnya.  Yg mmbuat dia tertekan ialah, kepenatan.  Maklumlah, pakaian pelanggan bukannya sikit.  Semua pun kena buat sendiri.  Aku nak layan kain sendiri kat umah pun nak pitam inikan pulak kaen org. Pulak tu kena menggosok baju berbakul2 sehari. Sungguh pitam aku tgk tau.  Kebanyakkan customers kat kondo tu student2 UIA berbangsa asing.  Jadik kalau hari sabtu dan ahad tu berbondong2 kaen baju kotor dorang tu nak cuci.  Blum lagi kemeja2 yg nak digosok gitu.

Aku bole paham tekanan wida kat situ. Sekarang ni pun wajah dia tak seceria macam selalu. Macam susah hati jer.  Tiap kali kami datang dia happy sgt. Apalagi kalau aku datang, aku siap2 masak lauk2 kegemaran dia.  Gembiranya dia.  Sungguh dia tak luah dgn kata2 secara detail aku tau dia sgt tertekan. Sgt stressed tapi kaki agak terikat di situ.  Ini semua sbb abangnya dah amik kereta Proton saga baru untknya. Semuanya atas urusan abangnya tadi. Pendek kata installment pun abangnya tu yg bayar.  Aku tak pasti berapa gaji abangnya bayar kat Wida keje kat dobi tu. Tapi seharian aku kat situ, aku tgk receipt dan bil untk charges pun tak sebanyak mana.

Honestly, aku rasa abg wida kena banyak  belajar lagi pasal berbisnes ni.  Cuba bayangkan, sabun2 dan segala pencuci pakaian dia beli kat pasaraya jer.  Aku ada cadangkan supaya dia beli jer direct kat supplier. Lebih murah, lepas tu  bole beli bulk.  Concentate liquid bole didiluted lagi.  Hanger pun sama. Ada supplier direct yg bole bagi harga murah.  Aku tau sedikit sebanyak pasal ni sbb dulu masa Syed sama keje dgn aku dia salu citer.  Wife syed ada kedai dobi juga. Jadik aku tau yg syed selalu aku survey supplier yg bagi harga paling murah sekali.  Dan bole pulak dapat credit terms at least 30 -45 days.  Dapat mengawal aliran tunai.  Kalau beli kat supermarket, harga mesti agak mahal sikit dan tak bole nak berjimat.  Tapi abg Wida ni bkan jenis nak terima pendapat org.  Aku pun malas nak ckp lebih2 kan.  Pulak tu dgn keuntungan tak seberapa tolak pekerja, barang2 sewa dan sebagainya aku taktau ler nettprofit kat laundry tu berapa.  Yg pasti customer mmg ramai. Maklumlah student2 mesti suma pun malas nak cuci baju kan.

Bila Wida kata dia nak all out carik keje, aku bole agak. Mmg dia sgt tertekan keje kat situ. Dgn tiada kawan.  Sibok dgn kaen baju dari pagi sampai malam. Mengalahkan buruh indon keje kontrak gitu.  Kontrak pun kul 6 bole abis keje dah kan.  Aku jugak kesian dgn wida, jadik aku pun turut busy sama mencarikan keje untuk dia kat internet. Harap2 dgn tu nanti dia kembali ceria seperti yg aku kenal tu. Seorang yg jovial dan happy go lucky. Bukan menjadi murung dan pendiam gitu.

Yg si Wina pulak keje mmg bagus. Gaji pun agak lumayan walaupun jawatan bertaraf kontrak.  Cuma bezanya, dia sgt tertekan jugak bukan dgn kerja. Tapi dgn persekitaran dan org2 di pejabatnya.  Wina sgt sukat keje berkaitan ukur bahan ni.  Jadi dia sgt enjoy buat benda yg dia suka.  Cuma dia sgt2 tension.  Kerana org2 di pejabatnya yg mmg 100% melayu sbb company bumi kan?. Dengan kaki kipas, kaki bodek, kaki report dan segalamala kaki lagi lah. Oleh kerana wina berjawatan kontrk maka yg berjawatan tetap kat situ mostly dah level2 makcik2 terlampau gitu.  Dengan sifat suka mengata, mengumpat (malu gitu dah tua2 berperangai gini), mengadu domba dan hape2 lagi.  Dengan tahap dan level as Makcik2 gitu, dorang mmg ada clan2 dorang tersendiri.  Sapa yg bukan dari clan mereka, pasti jadik sasaran dan kutukan.

Dari gambar2 dinner Wina yg aku tgk..aduh, smua ala2 makcik2 terlampau tak sedar diri gitu. Dgn pakaian yg tak seperti dan seharusnya dipakai oleh wanita berumur dkat 50an.  Terkesima tau tgk pesen dorang tu.Ish ish...tak ingat hari nak Kiamat gitu.  Jadi dgn umur wina yg baru pertengahan 20an dan masih single, harus dorang ala2 jeles dan tertekan gitu.

Office wina ni pulak mmg kerap buat majlis. Tahlil lah, doa selamat lah. Maklum company melayu, bumi Islam pulak tu kan.  Bila ada kenduri kendara dan makan2 tu, mcm tak cukup tanah dorang membungkus masing2.  Read me : semuanya dilakukan oleh golongan2 ini lah.  Macam hard up sgt ke makanan tu. Majlis lum abis, org tgh makan dorang sibuk mempack.  Kok ye pun tunggulah dulu. Kot2 ada balance later bole jer tapau. Dasar perangai org jakun gitu. Sungguh memalukan.

Cuma mgkin sbb Wina sgt cintakan kejanya, dia tak berapa amik port sgt dorang2 tuh.  Pendek kata dia buat tatau jer. Buat bodoh. Selalu jugak dia mintak pandangan aku dan nasihat camne nak handle org2 gitu terutama org2 bawahan dia level2 kerani yg memanjang jer menjawap bila dia suruh buat keje. Nampak sgt semua pun terpengaruh dgn budaya makcik2 clan tu yg salu abiskan masa mengompat hal org dari membuat keje sendiri.

Sungguhpun gitu, seperti Wida dia juga sedang mengintai2 peluang pekerjaan di tempat lain. Dgn pengalaman dan kelulusan yg dia ada, aku rasa tak susah mana utk Wina carik kej lain berbanding Wida yg mmg fresh grad dan takde pengalaman.  Semua ni adalah antara kepuasan dan tekanan. Kalau kita suka dan cinta perkerjaan yg kita lakukan, segala rintangan halangan dan dugaan yg mendatang ibarat macam daki jer.  Biarkan jer berlalu dan yg paling penting, kita buat keje kita bersungguh2.  Tetapi, kalau lah pekerjaan itu memberi seribu tekanan dan kita pulak langsung tidak cinta akan perkerjaan itu (contoh si wida yg terpaksa gitu) pasti akan membuat kita semakin depressed dan tertekan kan?.

Bagi aku senang jer.  Kalau aku suka akan pekerjaan yg aku buat tu, segala tekanan tak kira dari org atau persekitaran aku cuma buat bodoh jer. Buat taktau.  Just do our work.  Lebih2 lagi Boss pun tak byk hal dan byk songeh. Pendek kata org laen lebih2 terover dari boss senang jer. Kita ignored jer org2 tu suma.  Talk only on work matters. Other than that just keep our self silently.  For that aku rasa the main reason aku bertahan dah kat sini untuk tahun ke 5 gitu.  Kerana aku sgt suka dan cinta dgn apa yg aku buat.  Semuanya atas kebebasan sendiri. Bos tak pernah pun bising2 kecuali kalau benda2 tu mmg dia mahukan segera.

Yg pasti, yg urgent didahulukan dan keep our things up to date.  Jadik bila2 masa bos tanya org or org tanya, its all on our fingertips. Duit dan ganjaran tu penting jugak, tapi bagi aku kalau dpat apa yg kita harapkan dan keje juga jalan with less stressed, thats much better.  Dalam dunia ni mana ada segalanya sempurna kan. Tapi tak bermakna kita tak harus berusaha menepati kesempurnaan itu walaupun mgkin tak capai 100%.  Life goes on org kata. Treat everything easily. Jgn stressed2 karang kena penyakit kan susah.  Cuma sejak menempuh alam pekerjaan ku hampir 20 over years ni aku bole simpulkan bahawa kita mesti sentiasa nak mencabar diri sendiri untuk menjadi yg lebih baik.  Pendek kata kena rajin.  Benda2 tak kan datang bergolek kalau kita tak berusaha.  If kita dah berusaha keras, tapi belum dapat hasilnya..kita berserah jer lah.   Dan kalau diberi pilihan : i would say, jaga BARANG lebih senang dari jga ORANG...setuju tak???.  Kerana barang tak ada karenah, tak reti berkata2 hanya kita melaksanakannya. Manakala jaga org..dgn 1001 karenah, peel, perangai dan attitude mmg kadang2 merentap jiwa raga gitu.

Akhirnya, sabar dan bertenang menghadapi segala2 adalah kunci.  Untuk daptkan keduanya tu, haruslah banyak2 beristighfar.  Dan paling penting, jgn buat jahat atau mendengki dgn org tak kira apa bangsa atau pun agama. Sekiranya dorang buat tu kepada kita, kita biarkan jer.  Bak kata org, salah satu cara membalas perbuatan jahat org kepada kita ialah dgn berbuat baik kepadanya....I've tried and its totally works tau. Kita bole hidup dgn aman dan tenang....tak caya try lah....selamat berkerja...


No comments: