March 27, 2011

Mesyuarat P I B G

Dulu kan, aku bukan rajin sgt nak attend meeting2 terutama meeting pIBg ni.  Seingat aku dari masa kakak darjah 1-6, tak pernah sekali pun aku join and attend the meeting. Semuanya atas batu jemala En Sleeping Partner aku tu jer.  Ye lah, malas down nak join2 crowd gitu.  TETAPI, sejak Amal dah sekolah ni, aku rasa aku perlu gak join.  Bukan apa, dia tok asyik remind jer. Ma, jgn lupa mesyuarat PIBG..jgn lupa tau..sekian hb..sekian hb.  Lagipun aku rasa since anak2 dah sekolah suma ni, aku rasa mcm tak cuak nak tinggalkan umah. Kakak pun dah besar dah nak dewasa pun harus dia tau amik sikit2 resposiblity lah kan.  Dulu2 amal dgn deelin kecik lagi, nak pi pibg pastu nak bawak dorang yg akan lari tawaf keliling sekolah tu, baek ler dok umah jer.

Mesyuarat PIBG sek delin dgn amal dah berlangsung awal bulan tadi.  La ni mesyuarat PIBG sekolah kakak pulak. Sekolah Menengah.  Entah camne, patutnya aku dgn SP yg pi. Sbb dah bagi RSVP pun sebulan yg lalu. Sekolah dah bagi form awal bulan March ari tu suh parents tanda samada nak attend ke tak.  SP pun dah tanda nak pi berdua2 an kononnya dgn aku. Tapi harapan tinggal harapan lah kan, sbb last minit dia kene keje pulak.  Ada major renovation kat HR department dan dorang kena supervise dan buat apa yg patut.  Terpaksalah aku pi sendirian.  Nak buat teman, aku bawak Amal pi sekali.

Mcm biasalah, hari sabtu byk tu aktiviti nak buat.  Terutama  menyental baju sekolah bdak 2 org yg cam belacan tu. Harus jugak menyental bilik air yg dah ala2 melicin jer lantainya tu kan.

Aku rasa dalam kul 8.45am kot baru aku sampai kat sekolah kakak. Agak lewat gak sbb majlis bermula kul 8.30am. Masa aku sampai pn Pengetua tgh berucap dah.  Sedih ko, tgk tak ramai parents yg turn up pun. Tak macam sekolah rendah dulu ramai parents sampai penuh dewan ni tak tak sampai separuh pun gitu.

Pihak sekolah pulak jemput YB cina yg tak dapat datang. Tapi ada wakilnya.  Yg tak best, biasalah apek dah berumur berucap, dah lah tak dgr dgn clear satu aku tak paham pun apa yg dia cuba sampaikan. Mcm ala itu cina apek bercakap pelat melayu. Susah betul nak tangkap apa yg dia cuba sampaikan. Nape lah tak jemput yg melayu jer datang?. Aku rasa ramai lagi org / YB kat sana bole kan. Mcm kat sek  rendah ari tu, sgt bagus dorang panggil pengerusi Kolej Polytech Mara tu datang. Dapat dgr dgn jelas pastu dapat maklumat tambahan tentang kursus anak2 yg lepas SPM gitu. Aku rsa tu lagi tepat lah.

Majli bermula dgn lancar gak. Paling best ada persembahan pelajar2. Mula2 choral speaking.  Mcm2 isu semasa yg dorang sampaikan termasuk kes buang bayi, gejala sosial dan mcam2 lagi.  Cara penyampaian dalam bentuk choir dan gaya pelajar2 sungguh mencuit hati. First time aku tgk sungguh kreatif dorang mengisi masa dgn acara begitu.  Lepas abis choral speaking, ada persembahan koir jugak.  Lepas tu persembahan joget pop yeh2...syiok jugak. Sbb Amal yg dari awal merengek ajak balik langsung takmo balik!. Seronok tgk gelagat dan gaya dorang.

Kul 10am break jap, ada lah dorang bagi meehun dgn air kotak for breakfast. Tpi meehun yg keras melentung lak tu rasa hangit.  Tak selera weh nak makan. Amal makan sesuap jer terus komplain x sedap.  Mujur kat situ aku jumpe cikgu Raja: baby sitter amal dgn delin.  Jadi ada kawan takler rasa awkward sangat gitu.

Majlis mesyuarat berakhir dkat kul 11 lebih. Aku dgr jer. Mlas nak suggest apa2.  Lagipun ada ramai parents yg aku rasa mmg sgt menonjol nak merebut jawatan dalam pemilihan AJK  baru. Bior ler dorang. Aku tak berminat nak jadi ahli ke, apa ke. Aku cuma nak attend the meeting dan observed jer. Nak low profile org kata gitu.

Dari lapuran kewangan PIBG sek tu mmg dorang takde source of income pun. Mengharap pada sumbangan PIBG tiap satu keluarga RM30 pun takat berapa jer dapat. Ada lah derma2 dari YB dan perseorangan tapi jumlah nya masih tak cukup nak buat apa2 aktitviti grand2 sekolah kan. Sebab sumber kewangan sgt terhad.

Teringat aku citer akak aku. Kat sekolah anak dia, kalau ada mesyuarat PIBG parents tak datang. Harus dorang kena denda RM10 tau.  Kalau kat sekolah menengah pulak kena denda RM50/family. Which aku rasa bagus jugak idea tu.  Disamping nak make sure parents datang join the meeting bole gak tambah dana PIBG gitu kan?.

Malangnya, akak citer lepas aku dah abis attend the PIBG meeting. Kalau dia ckp seblum tu mau jer hari sabtu tu aku suggest kat mesyuarat untuk buat gitu. Dapat 2 dalam 1 gitu. Pertama to make sure all parents participate, kedua dapat extra income for PIBG dana kan?..Harus mak bapak kalau dgr cadangan aku ada yg tak setuju. Tapi itulah kan, tepuk dada tnya diri sendiri. Kita sebenarnya patut amik tahu perihal anak2 kita dan persekolahan nya. Dan mesyuarat PIBG salah satu caranya nak get together datang dan dgr.  Abis, kalau ada parents yg sepanjang anak dia sekolah kat situ haram sekali pun tak datang, wajib ler kan didenda..Tak gitu?

2 comments:

dyea irdina said...

wahhhhhhhhhh sy lagi la tak pernah p pibg...hahahhaha almaklum la anak br sekolah tadika..tp best ke ek mesyuarat tu..tunggu dua 3 taun lagi la bleh try joint...

Anna said...

Dyea,
dulu2 pun saya x penah amik port pasal PIBG meeting..sbb masa tu somi jer yg handle. Skg ni bila dah 3 org suma sekolah, harus kami divide tugas2 masing2 gitu..Nak tak nak kena lah buat gak...