March 17, 2011

Panaz..Panas

Minggu ni mmg aku rasa penuh dengan kepanasan jer tau.  Dari awal minggu lagi. Dahle hati panas dgn guest2 yg buat umah no 10 ala2 hotel budget. Check in kul 11 mlm check out kul 11 am.  Tak jumpe tuan hotel say goodbye ke, tima kasih ke..Or tuan hotel nak kirim2 salam ke.  Ni tak? guest haram pun nak tinggal salam kat penjaga2 hotel no 10 tu.  Forget about it lah.  Jgn dilayan org yg tak ada courtessy dan manners gitu.  Buat tambah dosa jer.

Minggu ni gak, hormon macam tak betul gitu. Jadi badan rasa panas sentiasa.  Nak tido  malam pun rasa tak selesa.  Dalaman2 rasa panas sgt.  Minum air kosong sejuk dari fridge tgh2 malam gitu buat mengurangkan kepanasan.  Betul la panas dalam, mulut dalam dah pecah2. Sgt susah pulak nak makan terutama nak makan sambal. Seksa gitu tau hidup tanpa sambal dan cili. Sungguh tak berseri langsung.

Hari Selasa pulak, Amal demam panas. Kami rushing balik halfday.  Tau je lah umah kami yg maha dekat Rawang tu. Kalau cepat2 pun sekurang2nya perlu satu jam nak sampai.  Masa aku tinggalkan pagi g keje tuh, dia dah komplen sakit perut. Tapi aku tak sangka pulak yg dia akan demam.  Kejap2 telefon suh balik.  Aku ingat cam salu false alarm!.  Biasalah dia tu kan anak laki sorang, bongsu pulak tu jadik ngada2 dan auta dia pun macam terlebih2 gitu.  Tpi since Ayah yg call ajak balik, balik jer lah.  Katanya sakit perut tak terkata dan asyik menangis menahan.  Aku amik hafday.  Dgn keluar time kul 12 lebih tu mmg panas sesgat tau. Rasa mcm nak terbakar jer kulit muka ku tau.  Reach home 1.30pm aku tak tertahan, so aku mandi dan solat dulu. Mana bole weh, berpeluh2 berlengas gitu.

Panas hati di cuaca panas pulak berterusan bila panel klinik yg salu dok pi tu tutup lah pulak. Sign kat depan klinik kata Dr pi Umrah. Pulak.  Memusing balik ler carik alternatif klinik ke dua.  Mmg kami salu pi panel melayu dulu. Last choice lau takde baru ler pi klinik bangsa lain tu.  Another 2 klinik pun tutop lah jugak.  Last2 pi klinik Medic.  Dr non muslim tpi dr tu not bad bagusnnya. Dulu2 salu gak bdak2 pi situ masa panel melayu lum ada.

Amal demam panas rupanya. Ada jangkitan di tekak. Sbb tu dia xmo makan, bila tak makan perut masuk angin. Bila masuk angin tu sbb perut dia sakit gitu.  Dah siap check nak menunggu ubat pulak berjanggut. Dekat setengah jam tau. Dah ada 3 misi tpi servis lembap tahap dewa gitu..panas jer hati.

Hari Rabu pulak, bos menambah lagi panas hati.  Sekarang ni aku tatau nape dia jadik gitu. Mgkin sbb dah malas nak keje gaknya. Bukan aku jer rasa tempias semua org pun.  Manager yg baru datang dari Beijing tu pun dah mula merungut.  Suma benda bos nak dump kat dia. Kat aku pun sama.  Yg sakit hati, kalau ada silap sikit ke overlooked sikit ke, sedap jer dia salahkan kita seratus peratus.  Dia sendiri tak fikir ke yg dia patut bagi arahan or bagi email. Ini tak, bos besar bagi email kat dia instruction, dia email balik kat aku. Padehal aku on CC jer email tu maknanya dia yg patut buat.  Aku pulak?.  Tapi aku takde pilihan kan. Dah dia bagi gitu, apa daya aku.

Manager baru tu pulak kesian. Baru je datang kat sini, dia dah didump dgn suma tender2 yg berlambak2.  Dahlah bos tak kasik info ke hape, men campak je sesuka hatinya. Klau ada masalah berbangkit, senang2 jer tuduh salah kita. Walhal dia sendiri yg tak bagi arahan.  Takkan kita suka suki nak antar barang kaalu dia tak bagi instruction.

Kadang2 aku rasa macam penyapu atau pun vacuum.  Dorang senang2 jer jual jual jual. Ada masalah berbangkit, ada taik tertinggal suh aku cuci sewenangnya. Mana ada jalan. Mana la aku tak panas hati gitu kan?.

Pagi ni lagi sekali, betul2 aku spoilt my mood.  Barang yg dia suruh antar itu jer. Itu lah yg aku buat dan laksanakan dgn org2 gudang.  Tiba2 bila mereka komplen barang salah begitu begini, dgn kadar segera dia menuduh dan menuding jari.  Sungguh tak adil begitu.  Berkemungkinan yg menyampai berita sudah tersalah dalam memberi penjelasan kerana mana mungkin kesilapan tu berlaku kerana barang2 tu fresh from the factory, manakan pula org nak menukar2 suis dan butangnya sesuka hati.

Berdasarkan maklumat org2 gudang pun, mereka menyatakan langsung tidak mengubah apa2 pada barangan tersebut, jadi bagaimana kesilapan itu harus berlaku??. Seharusnya dia periksa dulu samada pelanggan sendiri yg tersalah or tersilap? Mungkin bukan?.  Janganlah senang2 menuduh dan menuding jari mengatakan org itu salah, org ini salah.  Ni aku tak puashati dan panas hati tau. 

Ya, aku tau aku kena selalu bertenang dan bersabar. Sementelah umur dah meningkat ni harus berhati2 menangani stress. Tapi sebagai manusia biasa kadang aku tewas melawan amarah ku. Kerana, aku sungguh rasa dipergunakan 120% dari apa yg sepatut aku lakukan.  Itupun tidak memberi kepuasan hatinya lagi. Jadik apa yg dia mau??.  Sementelah tugas2 dia pun 80% terletak di bahu aku, itu  pun belum cukup puas? Dahla tak memikir imbuhan tambahan terhadap apa yg aku dapat setiap bulan haruslah aku merasa ketidakadilan disitu bukan?.

Yg click aku sorang tu satu lagi.  Buat keje tahap malas dia yg makin terlampau tu mmg buat aku hangin sentiasa.  Malas nak follow up dgn pelanggan dia, malas nak antar email, segala2 nya malas.   Aku jugak kena buat semua tu untuk dia.  Tiap kali ada masalah tertangguh, bayaran tersangkut aku jugalah yg perlu terhegeh2 kol sana, email sini untuk menyelesaikan masalah dia. Dia pandai janji manis mulut jer nak buat itu dan ini. Hakikatnya hampeh!!.

Macamana aku tak depressed. Ce citer?.  Mujurlah minggu ni cuti sekolah. Aku tak rushing sgt, aku tak tertekan sgt di rumah.  Tapi tekanan di pejabat minggu ni benar2 buat aku rasa nak angkat kaki dan bercuti tau.  Benci sgt !.


No comments: