March 23, 2011

Sesat di PutrajaYa..


Hari ni nak citer ala2 mistik alam hitam sikit.  Citer perihal kawan baek aku yg sesat barat kat Putrajaya. Walhal Putrajya tu tmpat dia lalu lalang ulang alik jer.  Tpi since dah jadik mistik kan, meh aku share dgn korang. Bole gak buat pedoman dan panduan kot2 kalau korang ada rasa cam tu kan.


Lina ni dia ada keje tetap tapi pada masa sama wat bisness jual kaen2 sari. Minggu depan dia ada buat promo kat Brunei, so seblum pi sana dia dah siap2 pack aku rasa dalam 200 pasang kain yg dah dipack cantk sbb nak masuk kargo and antar dulu ke Brunei.  Isnin tu dia coti nak uruskan tu suma.  Package tu dia kena antar ke LCCT bonded area dan uruskan kastam and everything la kan.  So, petang Isnin tu dia, Nadia (anak dia) dan Sue (pembantu dia off ke LCCT).

Kata Lina, mmg dari awal byk sgt rintangan dari mula dia masuk area tu sampai settle everything.  Mula2 masa kat kastam, dia suruh Nadia uruskan kat dalam bonded tu, tp since based on Nadia pnye IC tu baru 16 thn tak cukup umur nak buat declaration and everything.  Dahler masuk dalam bonded tu jauh giler.  Terpaksa ler Nadia jalan keluar and tunggu kat Kastam guard tu.  Lina masuk dalam bonded. Sesat pulak kat dalam tu. Berkali2 kol budak yg janji nak jumpe tu tapi tak terjumpa. Berpusing keliling dia kat dalam tu sampai letih.  Akhirnya jumpa gak budak tu. Buat declaration dan suma2 tu cost some money. Si Lina ni bawak ngam2 seribu hengget jer plus 50 hengget just for minum2 dia kata.  Suma tu dia dah kira so dia agak2 dalam 9ratus lebih lah charges suma2 tu.  Ntah camne lepas kira2 suma nya berjumlah RM1038.  Ngam2 jer dgn duit yg dia ada tu.  Selesai segala urusan, dia kuar dari bonded area tu pi  balik kat kastam guard house tu.  Tgk2 si Nadia dgn Sue pulak takde kat situ.  Kol2 nadia, rupanya phone nadia ada kat lam keta yg dia drive tu.  Pusing berkali2 kat kastam guard house tu baru le dia nampak nadia tgh  minum kat kedai dekat seblah pondok tu.  Padehal dia dah 4-5 kali pusing2 tapi tak nampak pun Nadia.

Lepas abis minum and makan roti, dorang off nak balik KL.  Si Nadia ni tak tertahan nak terkencing.  Lina kata tunggu singgah kat Petrol pump sbb kawasan tu dah ler gelap, sunyi dan tandas tu macam menyeramkan gitu. Tapi si Nadia ni mmg jenis brutal, dia pun x tahan lagi so dorang pi gak toilet tu dgn hati cuak.  Lina mmg rasa meremang jer masuk tandas tu tp dia buat2 berani. Malu lah jadik takut sdgkan anak dia selamba jer kan.

Dah sudah tu jam hampir kul 7 ala2 maghrib.  Start keta terus dorang jalan.  Pusing pnye pusing tu, lina kata dia nak masuk precint 2 (aku pun baru sekali 2 pi PUJ so aku pun x tau jalan) and terus amik kiri naek ke KL katanya. Entah macamna dia bole termissed junction tu dan konon nak buat u turn or pusing balik.  Dalam masa pusing balik tu dia sesat.  Sesat barat kat dalam area tu.  Tak jumpa dah precint 2 punya simpang. Yg dia dok ulang alik2 tempat yg sama.  Area jalan sunyi dan hutan tu. Tapi aku tak pasti kat precint mana.  Dah 3 kali dia kata berpusing2 tempat yg sama gak.

Tak bole jadi ni dia kata.  Dia berenti keta, tarik nafas and ckp kat Nadia and Sue utk baca 3 kul, ayat kursi, fatihah dan ayat2 apa yg dorang ingat.  Start ler kumat2 kamit dorang baca baru dia start kereta, baca bismillah dan terus jalan.  Alhamdulillah, lepas tu baru jumpe precint 2 pnye simpang.  Si Nadia bole ckp eh, Ibu kita kan dah 3x tau pusing2 tempat yg sama padahal simpang precint tu dkat situ jer... Lina diam jer, pe lagi dia masuk simpang tu pecut terus.

Sampai kat tol Sg besi barula dia berani bersuara. Tanya dorang apa yg dia rasa. Nadia mcm  biasa lah kata takde apa2. Cuma pelik nape dorang dok pusing2 tmpat yg sama. Tp nak tnya mcm tak terkeluar kata2 gitu.  Si sue pulak kata, masa dorang kuar toilet tadi nampak macam ada cahaya silau jer ikut kat kereta, tp dia x berani nak ckp apa2.  Semestinya bulu tengkuk dia pun masa tu meremang giler mcm lina jugak.

Aku bila dgr citer tu ckp kat Lina, lenkali bawak surah yassin tinggalkan kat lam kereta.  Pas tu kalau maghrib2 tu nak pi tmpat2 yg kita tak biasa pi atau ada rasa apa2 cepat2 baca ayat kursi Insya Allah.

Moralnya, time2 maghrib mmg setan2 jin, berkeliaran kan. Sbb tu masa Maghrib kita tak digalakan merayau2. Apa lagi tempat2 kat PUJ tu mmg dulu kawasan hutan belantara kan. Yg mcm2 ada makhluk di dalamnya.  Wallahu Alam.

Itulah dia kisah misteri hari ini.  Jadik kwn2 kalau ada anak2 kecik ke, yg lemah semangat ke, elak2 lah pi tmpat cam tu ye.  Dulu pun aku pernah alami masa kakak kecik. Kami melawat adik ipar kat hspital BP. Masa tu kakak baru umur 5 bulan gitu.  Balik dari sana, dia tak henti2 menangis.  Semalaman x leh tido. Mata dia terbeliak2 mcm takut. Sudahnya sampai ke pagi aku terpaksa pangku dia tu. Sampai lenguh tangan.

Bwak kat ustad the next day, rupanya ada makhluk dari hspital mengikut gitu. Maklum hospital mcm2 ada kan.  2-3 hari jugak mandikan dia air yassin baru ler ok. Klau tak mmg memangku dia jer tiap malam supaya tak nangis.

Makhluk2 halus dan syaitan mmg ada kat mana2 jer. Terutama kat tempat2 kotor, hutan2, semak2..umah tinggal. Jadik kena berhati2 lah ye.  Semoga kita sentiasa dilindungi Allah. Yg penting bacalah ayat Kursi byk2 kalau pi tmpat2 gitu.. Wasalam

No comments: