April 26, 2011

Dugaan Pagi Selasa


Dalam hidup kita, berbagai cara Allah bagi ujian utk menguji tahap kesabaran kita sehari2. Samada kita terima dgn redha ataupun kita mengeluh dgn segala keluh kesah dan sumpah seranah.  Kami gak tak terkecuali.  Maklumlah, pegi keje balik keje dgn merempit. Bermacam2 lah cabarannya. Kalau org kata aku kedekut simpan keta kat umah jer...jawapannya ya..aku kedekut. Sbb apa? Sbb aku x mau nak bayar tol yg cost us RM6.60 ulang alik. Termasuk parking RM7/sehari. Belum campur minyak lagi yg kurang2 cost dekat RM50 perjalanan pegi dan balik.  Belum amik kira jammed lagi kan. Lambat pulak nak tiba kat office dan nak sampai ke umah ptgnya karang.  Pahtu, aku mmg cepat jer nak stressed, sakit kepala kalau terperangkap berejam2 kat jammed terutama kat jalan tun razak hala ke jalan duta. Ada masa amik 2 jam nak kuar dari KL jer. Tak kuasa. Dgn merempit kami bole tiba di rumah dalam masa 40min jer. Gitulah gak pepagi, tak yah nak terperangkap kat jammed dan tiba lewat ke off. Kalau nk berkereta kena kuar umah kul 6.30am. Sdgkan kalau merempit, bole leisure2 kuar kul 7 atau lewat2 10-15min and still sampai off kul 8am gitu. Dan lagi nak bekfest ke hape kan.


Pagi Isnin semlam kami dah pun diuji pepagi. Bila mana sampai jer kat Selayang area bukit tu tayar belakang moto terpancit. Smlm tu sbb kuar awal so sempat gak reach off on time. Aku lambat sikit takpe. Tapi SP tu x bole. Sbb dia tu kena punchkad. Lambat means merah. Merah means bersoal jawap ler dgn bos. Tapi smlm tu still dan lagi. Ada benda tajam seolah jarum tu tercocok kat tayar tu SP tunjuk kat aku masa menukar tiub tuh..



Pagi ni turun bukit sikit selepas junction ke Hspital tu lebih tepat lagi kat kolam air panas Selayang, lagi sekali pancit. Mujur le smlm SP dah beli tiub spare dua bijik. So time pun cantik jer. Sbb baru kul 7.30am masa tu. SP pun dgn gigih menukar tiub tu. Mmg ada benda tajam exactly cam semalam tu. Kali ni bukan satu tapi bberapa. Ada 2-3 aku tgk. Kecik2 dan halus terbenam kat dalam tayar luar tu.



Ok, lepas tukar tayar dgn beria SP berpeluh2 kami meneruskan perjalanan. Mana tau sampai kat Jalan Kuching lagi sekali pancit. Masa tu pulak tgh laju dan dok kat lorong tengah. Mujur lah masa tu agak jammed. Aku sempat bagi signal tangan kiri nak memotong ke arah kiri tu. Tima kasih ler kat pemandu2 keta yg sgt memahami dan berenti beri laluan. Kalau tak camne nak ke kiri dan masuk susur kat BHP petrol tu.  Korang sgt berhemah. 



Bukan keje senang nak menukar tayar tu. Aku tgk pun rasa tertekan. Pe lagi org yg menukarnya ye dak. Kalau semlam sementara SP tukar tayar aku leh duduk tepi jalan sambil baca metro, ari ni takde mende pulak. Sbb x singgah mana2 isi fuel so takde ler aku bole tumpang semangkuk beli suratkhabar. Dulu2 masa SP x pandai nak tukar tiub sendiri, kami terpaksa tunggu mat2 yg keje dorang berulang alik kat jalan carik pelanggan tuh. Beberapa kali kena tukar kami kena charge RM25/satu tiub. Kadang2 ada charge RM20. Mgkin sbb charges dorang yg giler2 tu, SP amik inisiatif belajar bukak tayar and tukar sendiri. Bebrapa kali gak aku tgk dia buat esperimen dan percubaan kat umah masa weekend. First2 tu mmg terkial2 gak. Alih2 lama2 tegal bisa jadik biasa org kata.  Segala mala pump kaki, screw, tempat buka tayar dan memacam lagi mmg dia hangkut hari2.  Dalam tgh2 moto tu ada space yg agak besar leh simpan benda2 tu suma termasuk ler playar lah, minyak gris lah. Kat situ gak dia simpan spares tiub tu.



Teringat satu masa dulu masa kami ulang alik naek moto gunakan lebuhraya utara selatan, satu hari tayar pancit lepas restoran jejantas Sg Buloh tu dan masa tu takde tiub spares. Masa kami dok tunggu tepi jalan tu ada lah sorang good soul mamat yg mmg bermoto gak berenti. Tanyakan apa masalah. Kebetulan pulak masa tu mmg ada Rm10 jer kat lam purse. Tak dan nak singgah bank kuar duit apa. Aku mmg sentiasa ada spare salu RM50 for apa2 berlaku kat jalan kan. Malangnya hari tu mmg takde. Mamat tu pun offer tiub spares yg dia bawak. Sambil tu dia pun tolong SP tukar. Lepas dah sudah tu, SP nak bagi duit RM10 tu kat dia. Tapi dia taknak. Dia kata dia mmg ada bawak 2-3 spare tyre untuk kegunaan sendiri. Jadik dia niat sedekah jer. Dia pulak kata dia dok Sg Buloh. Tu sbb dia mmg bawak lebih. Terharu tau, sbb masih ada good soul dan org yg berhati ikhlas cam dia tu. Muda pulak budaknya.



Ada satu ketika mcm pesta moto pancit plak kat highway tu . Mana tak ada masa 7-8 buah moto sekali pancit serentak. Berderet2. Masa tu mmg heboh kes menabur paku tekan kat tepi jalan tu. Kami pun beberapa kali terkena. Pjg sungguh paku tekan tu. Gamaknya bila pancit jer, berebut ler runner2 tukar tayar tu akan datang mengofferkan servise. Imagine satu tayar dia charge RM25 x 8=? bape byk bole dia buat duit kan. Padahal, harga tiub tu satu Rm 5 jer. tak pun yg agak elok sikit less than sepuloh ringgit. Mmg bole buat duit sgt. Tu sbb keje dorang berlegar2 jer kat highway tu. Kalau tak pun korang mesti notis yg no2 telefon bersepah kat mana2 tepi jalan tu utk perkhidmatan tukar tayar kan. Siap tulis servis 24jam gitu.



Tapi sekarang ni kami tak jalan ikut highway lagi. Pertama2 sbb jauh nak KL kalau bermotosikal. Keduanya keselamatan ya gak. Maklum keta laju2 belaka kat sana. So, skg ni kami ikut jalan lama. Jalan Rawang-Selayang -KL. Selain jalan tu dah upgrade skg ni, agak dekat gak. Kedai2 pun byk along the way incase kalau jadik apa2. Ingt tak kes eksiden kami jatuh moto tak lama dulu. Mujur kan guna jalan lama. Bole gak anak sedara SP, abang SP datang tolong angkat moto bawak balik umah dorang. Kalau tak entah apa jadik moto tu. Sure tinggal rangka jer. Maklum byk sgt penyamun skg ni. Pantang tinggal moto tepi jalan mesti selamat pnye.



Intention tu mmg ada nak menukar moto ke moto baru yg elok sikit. Tpi kena la tunggu seblan dua lagi. Budget belum ada. Insya Allah bulan June/July nanti kalau ada rezeki nak tukar dan siap tukar dua2 tayar tu dgn tayar mati. Tayar mati, means tayar yg takde tiub. Mcm tayar keta tu. Lau pancit pi isi angin jer kat kedai. Tapi in able to do that, rim moto tu harus ditukar gak. Jenis rim 3 daun tu. Dan harganya bukan murah pun. Sepasang rim tu may cost dua ratus lebih. Mmg agak mahal tapi chances pancit tu mmg takde. Kalau dah agak botak bunganya tukar jer dgn tayar baru which cost arount 40-50 rm bergantung pada jenis.



Itulah namanya dugaan. Nak mencarik rezeki macam2 rintangan akan kita lalui. Samada kita bole terima dgn redha dan sabar jer. Yg pasti kalau berlaku gini kami ok2 jer. Tak pernah pun aku dgr SP merungut atau mengomel. Terutama kalau kena sampai dua kali. Ada ketika kami leh gelak2 pulak. Apa tak, dalam sehari sampai 2x. Berulang2 pulak tu selama dua hari berturut2. Mcm sajer nak test jer. Masa tu akan berebut2 le runner berenti dan tanya nak tukar tayar ke tak?. Aku noticed ada satu apek tua yg mmg keje dia menukar tiub jer. Pepagi dia akan dok belah kanan. Hala jalan ke KL. Port dia salu kat area2 jalan kuching tu ler.  Time petang org balik keje pulak dia tukar port. Dia pindah kat belah kiri pulak hala jalan kuar KL. Same location tapi arah berlainan. Gamaknya mmg keje dia dok tunggu kat situ during peak hours jer.  Bukan susah mana pun kan. Klau satu hari dapat tukar 10tiub byk dah tu.  Tu sbb ada ramai org kata, paku2 yg ditabur kat sepanjang jalan tu mmg keje2 dorang tu lah. Wallahu Alam kan.  Menangguk di air keruh org kata.  Cumanya agak mencabar kalau time2 bulan puasa terpancit. Nak2 time berkejar2 nak balik tu kan.  Biasa kalau bulan puasa, SP antar jer kat Kedai tepi2 jalan tu.  Mujurlah, bulan puasa selalu nye jarang pancit. Alhamdulillah lah. Kalau kena pun sekali sekali. No choice lah kan. Dugaaan...



Tu sbb arini sgt kelewatan melampau. Tpi mujur sempat gak SP reach his off on time for punch kad. For me? alah no worries. Aku sms jer kat Qaypo Manager bgtau yg aku terlambat. Bos pagi2 mmg masuk lewat. Biasa kul 10am baru dia masuk so, aku x risau apa pun. Koknya dia masuk awal Qaypo manager sure bgtau dia pnye. Kalau nak marah pun marah lah. Aku x kisah pun. Bukan hari2 aku lambat kan ? sendiri mau ingat.





No comments: