April 21, 2011

Ekhmal yg cerewet

Antara tiga org anak2ku, ternyata si jantan sorang ni mmg cerewet sgt2. Tahap dewa. Yg kadang2 mmg made my blood goes up stairs tau hari2.


Dia pnye tahap kecerewetan dia tu terutama pagi2 nak kuar umah buat bapaknya salu jer menahan geram mengetap bibir. Dgn aku tahan lagi, sbb kang kalau aku marah2 buatnya dia melalak satu hal pulak nak kasik berenti.  Dia ni kalau melalak 2 jam pun tahan. Mmg sesuai sgt lah dgn nama dia Ekhmal Hakeemy tu (Kesempurnaan dan bijak). Semuanya nak sempurna, semua nak perfect which aku rasa perkataan yg sesuai merujuk pada perangai dia tu ialah FUSSY.

Bayangkan pepagi nak mengejutkan dia tu satu hal. Very unpredictable mood. Lau mood crancky, harus le merengek mcm bdk umor 3 thn nak susu.  Sbb tu aku kalau nak kejut dia kena baik2. Supaya mood dia baik2 belaka. Lau bad mood kalu abis ler spoilt suma.  Pulak tu nak bangun tu kena hulur 2 tangan tarek atau pun nak kena angkat kena bukakka suar.  Ye lah darjah satu pun still nak menempel tido dgn mak lagi.  Since ayahnya dah marah ari tu menyempit jer, dia angkut tilam ben10 and sanggup tido kat bawah. Ada masa ngengada dia dtg sblum tido nak pegang tangan aku dulu. Alahai..

Kalau sakit pun aku sgt susah hati. Sbb dia akan merengek2 sesgt. Tu sbb aku paling tak suka dia sakit, selesema ataupun batuk sbb alamatnya malam akan menangis ler tak pun aku dok kena urut2 bdan, belakang dan dada dgn vicks sepanjang malam.   Tak macam delin, kalau sakit diam jer. takde pun menangis ke, merengek ke. Diam jer. Sampai kadang2 baby sitter salu kata risau kalau delin sakit sbb dia x berbunyi langsung.

So masa nak masuk bilik air tu satu hal, make sure air panas dah pasang. Level air panas pulak mesti memenuhi tahap piawaian kehendak dia kalau tak mulalah mulutnya bising. Dah gosok gigi pun nak aku amikkan ubat gigi hulur kat dia. Pastu sabunkan badan dia..syampu dan baru ler aku bole kuar dari situ.  Dia akan mandi dan gosok2 ..bila dah siap..mama, mama dijeritnya suh lap kan badan pulak. Lap pala, kaki..aduh..sabar je lah.

Dah siap tu nak pakai baju singlet pun takes 10 minit. nak belek dulu lah. Nak pusing lah. Pahtu nak pakai spender pun sama. Nak belek. Pakai baju suar, baju sikat rambut bla bla bla..sumanya amik masa dkt 15 min.  Sedangkan aku ni tak siap2 lagi dok melayan dia jer.  Kdg2 yg sakit ati, kita suh dia pakai dan kita kuar masuk bilik nak pakai bdak gitu gini dia tak gerak2 bole?? kita gak nak pakaikan. Aduhai.

Dah gitu, sampin sek agama satu hal gak. Dia takmau kakak gosokkan sampin tu. Dia nak aku yg gosok dan make sure side dia tu tajam leh luka oK. Pah tu dah pakai tu harus kasi sama dan make sure kedut2 tu lurus. Lengan baju plak kena lipat dua kali dan lipatan tu kiri kanan harus sama. (siap ukur tu!!).  Pah tu pulak sikat rambut. Kena boh gel dulu (padehal pakai songkok) dgn lemah lembik dia.  Aku bole bersiap in 10 minit complete dgn bedak2 bertudung, sangkut nametag dan siap  pakai helmet ok.

Dah siap suma tu aku bg 7 bijik kismis tuk dia makan hehari. Harus suap or campak kat mulut ok!. Lau tak berjanggut karang nak tunggu dia.  Selalu kakak mmg a big help to me. Sbb dia yg akan tolong packkan kasut delin masuk kat bag. Dia gak  yg angkut bag2 dorang ni kat moto. Yg Ayah dah stat moto ni tunggu dia aku kena berdiri. Dia plak baru nak pakai stokin. Pakai stokin pun satu hal. Kalau stoking tu dia tak suka dia akan request for stokin lain. Kotor sikit ke yg getah dah longgar ke harem nak pakai.  Dah masuk kaki kanan tu akan tarik2 belek2..it takes him 2-5 minit nak pakai sebelah stoking jer.  Dah siap dua belah pakai kasut pun satu hal. tarik sana, tarik sni. Kat situ another 3 minit gak.  Ok dah siap berdiri tu, suh aku betulkan sampin yg dah kedut tu pulak. Yg aku ni dah 10 min berdiri lengkap dgn baju sek kebangsaan dia dgn delin kat tangan kanan, beg sek agama dia kat tgn kiri. Bagpack aku mmg dah siap kat belakang dan siap berhelmet.  Dah siap betul2kan sampai bagai barulah naek moto tu pun kena pegang sampin tu supaya betul2 ok. Oh dalam pada tu pun sempat mintak roti butterscoth atau apa2 roti yg ada utk dia makan sementara sampai umah bbysitter. Hari2 cam tu. La ni butterscotch dah boring aku tukar lak roti inti strawberry atau pun kaya purposely for him for BF.

Mujurlah Ayah tu sabar dan diam jer. Ada kala gak aku hilang sabar aku jerit gak kat dia suh cepat.  Masalahnya bdak tu lau kita marah suh cepat lagi ler di lewa2kannya..hissh geraaaaaaam jer tau.  Dari kul 6.30am -7.00am nak melayan lewa dan cerewet dia tu tau.

Ok dah naek moto, off terus pi umah baby sitter sbb uncle yg kutip bdak2 pi sek agama amik kat sana kul 7.15am. Turun moto pun harus aku kena betulkan sampin. Betulkan songkok or kdgn2 betulkan lengan tu.  My great relieved tau bila dah pass baju2 seklah kat baby sitter bersama2 bag2 dorang.  Lepas salam dia masuk tunggu umah baby sitter aku dgn SP pun vrroooooooom pi keje.  Kelegaan tak terhingga sebb azab nak melayan dia berakhir. Tunggu esok pulak gitu!.

Gitulah adanya hari2.  Sbb tu time is so precious to me. Sbb tu gak malam seblum tido aku dah siap2 segala mala nak bawak for them. Baju sek kebangsaan yg harus dah siap digosok.  Beg sek keb yg dah ready termasuk beg persalinan dorang yg ada towel lah, stokin dan singlet delin lah..termasuk ler spender mender dorang tu.  Tiap pagi 5 bag harus kena bawak. Ini termasuk bag aku sendiri selain beg dorang. Tu belum masuk  bag bekal (kalau kami bawak bekal).



Beg2 ni semua mmg dah tersiap sedia kat luar pada malam sebelumnya. Selain dari tu aku kena pastikan yg duit belanja dorang pun dah masuk dalam kocek baju sekolah masing2.  Sbb kakak takde KoKo dan dia sek petang, selalunya delin akan tidor sampai kul 9 lebih sebelum dia kejut pi mengaji dan lepas mengaji baru dia antar ke baby sitter. Lau kakak ada kegiatan KO KO kat sekolah semua akan berubah sbb Delin terpaksa gak bangkit pepagi dan ikut ke baby sitter. Delin tu sungguh ada temperr tantrum tp dia tak secerewet Amal. Sgt senang nak handle dia. Sgt mudah nak nak suruh dia  mandi dan bersiap2 dari si jantan seorang tu.

Kdang2 SP salu marah kata aku manjakan sgt Amal tu sbb tu dia jadik gitu. Mmg lah aku x nafikan, sbb dia bongsu kan pulak tu dia mmg sgt rapat dgn aku pun jadik takkan lah aku nak treat cam nan ado kan?.  Sedang dia mmg menempel jer dgn aku setiap masa dan ketika. Duduk kat riba kalau tgk tv..makan nak bersuap2. Nak meleseh2 lagi kalau aku lepak depan tv..kena tolong kaler2 atau tgk dia wat keje sekolah..sib baik tugas menggosok baju, menyusun jadual, basuh dan kapur kasut kakak tolong kalau tak...Tapi dalam pada gitu peel..Amal anak yg sgt pandai amik hati, senang nak berbicara dgn dia..senang nak bagi dia paham.  Senang jugak nak datang dan hug2 aku tiap kali dia ada.... aku walau pun ngengada dan cerewet dia tu mengalahkan lelaki melayu terakhir kan?.

My self dan my sis salu jer kata bila beso esok haruslah si Amal ni jadik mat smart. Yg pakai smart2. Kemas2 tu.  Dan masa tu berebut ler anak2 dara nak jadik GF sok..salu jer aku kata kat dia..jgn cerewet dan fussy sgt nanti dapat bini pemalas..dia cuma sengeh2 jer lau aku ckp gitu... Mungkinkah sbb nama dia Ekhmal yg mmg nak kan kesempurnaan dan perfectness jadikan dia cenggitu. Wallahu Alam..yg pasti itulah dia anak jantan aku yg sorang, buah hati pengarang jantung yg mmg cerewet dan bakal jadi calon lelaki melayu terakhir abad ini..




No comments: