May 7, 2011

Happy Birthday my hero!!

Hari ni 7hb Mei genap umur hero aka lelaki melayu terakhir kecik yg kami beri nama Muhammad Ekhmal Hakeemy atau lebi h manja dia bahasakan diri nya AMAL..kami pun panggil dia begitu .  Betapa 7 tahun lepas masih teringat2 akan bosannya dok kat wad sepital selayang menanti saat ceasarian.  Benarnya aku pilih 1hb May sama dgn besday aku. Tapi malangnya Dr kata..sori hari buruh takde doktor keje kecuali kecemasan. Hahaha. 

Yg best ceaserian section ni, dr akan bagi kita kalender suh pilih bila hb ko nak kena operate.  Biasanya cukup between 38-40weeks.  In my case since suma 3 pun ceaser gitu kan 2 org kakak si hero tu mmg kami pilih pagi jumaat.  So sama lah dgn hero gak. Pagi jumaat yg hening dia lahir ke dunia.  Masa scanned tu dh 4x dr kata pempuan so aku pun x mo amik port sgt. Aku terima ajer janji cukup sifat dan sihat kan.  Sbb tu masa operate tu bila nurse tunjuk kat aku baby tu first sight aku tgk tang burung dia tu aku rasa cam nak menjerit ..melompat kegembiraan gitu.  Mana taknya, lepas tu aku tak bole lagi mengandung atas faktor risiko. Dah 3x ceaser sekali miscarriage mmg sgt tinggi risiko dr kata.  Since SP aku ok jer..dia yg merelakan aku follow jer.  Karang kalau ada apa2 masalah berbangkit dia yg bertanggung jwb. Masa tu aku fikir kalau kali ni perempuan gak..Pasrah jer lah kalau2 tu jadik alasan nak cari port lain aka bini lain.  Apa nk buat kan.  Tapi Allah tu  maha kaya. Doa aku tak putus2 tu dimakbulkan. 2 minggu berkampung kat sepital, berpuluh Novel2 cinta aku abis baca..Alhamdulillah Solat aku sentiasa terjaga.  Sbb malas ke surau aku solat jer seblah katil tu..Pe ada hal kan. Tarik jer curtain tu.

Lpas selamat bersalin pun aku kena tinggal bberapa hari lagi kat sepital. Maklumlah kena jaga lagi. Tpi mmg dugaan kan, luka tu tak kering kena jangkitan plak..so berulang alik ke sepital jer buat dressing. Sib baek masa tu ada bibik so aku betul2 jaga diri aku jer. Baby suma kat bibik.



Masa dia kecik mmg sgt lah kiut lagi tembam. Suma org berebut2 nak pegang dia. Klau balik kg tu aku senang hati goyang kaki sbb suma anak2 sedara berebut2 nak dukung. Nak jaga. Dia pulak jenis belasah jer. Tak takut org so senang nak bawak.  Masa dia kecik, byk masa dia dgn bibik. Masa tu keje aku memerlukan aku keluar daerah sebulan sekurang2nya sekali. Jadik selalu aku berpergian. Bila aku takde dia akan tido dgn ayahnya. Tak pernah tido dgn bibik pun.

Dia mmg cepat serba serbi. Cepat cakap. Cepat jalan..sumanya cepat.  Compared dia dgn delin mmg dia lagi advance.  Delin yg lambat bercakap tu jadik bercakap bila amal stat potpetpet masa umor 4 tahun.  Masa tu bibik selalu bawak dorang dua dok dlam satu stroller.  Delin yg ber saiz kecik tu selalu org sangka depa ni kembar.  Ye lah dah ler jarak umor 1.5thn jer pastu saiz badan lebih kurang.  Baju pun sama size. Masa dorang kecik aku pulak suka beli baju sama. Pakai kan dorang dua sama tshirt..sama seluar. Sbb tu gaknya org ingat depa kembar.

Semakin membesarnya dia jadik sorang budak yg bijak dan keletah. Bijak bercakap biijak jugak autanya.  Masa dia dah masuk tadika pada umor 4thn, bibik dah takde. So aku terpaksa handle dorang sorang2. Dibantu gak SP. Niat tu mmg nak carik maid lain tp malas. Sbb dah serik sgt nak layan karenah minah2 indon ni.  Jadik kami decided letak kat tadika dan petang kat nuseri. Dari umor dia 4 thn sampai la skg ni. Org yg jaga tu jugak adalah owner the tadika so senang sikit aku nak ulang laik sbb sepelaung jer dari umah.

Mgkin sbb kami dok panggil2 nama dia ekhmal..maksud yg sempurna, he turned to be a very cerewet boy. Very the fussy giler and sometimes mmg mengada2. Maklumlah yg bongsu kan.  Tido pun masih nak share dalam same room biarpun terpaksa tido kat bawah. Yg penting memalam nak kencing or bangun harus panggil MAMA  dulu.

Senangnya amal ni, umor 4 thn dia langsung x pakai pampers pun. Masa mlam kalau dia rasa nak kencing dia akan bangun dan pi bilik air sendiri.  Tak pernah pun terkencing kat tilam ke apa. Paling tak dia akan kejut aku suh tgk dia masuk bilik air.  Susu mmg maha kuat minum dia ni. Sampai la ni bangun tido nak susu..nak tido pun nak susu. Kdg2 ayahnya salu jer marah sbb time2 nak susu tu mengada2 terlebih amats gitu.  La ni pun susah dah nak tunggu dia peluk sambil2 cium pipi. Kadang2 terpaksa paksa...kadang2 aku suka tanya soklan..sayang mama tak??..bila dia jawp sayang..aku tanya lagi..banyak mana?? dia akan cakap seluas langit dan bumi..seluas air laut yg membiru..oowwh...tersentuh tau aku dgr..dan aku suka dgr bila dia bagi  jawapan ayat ala2 org tua gitu. Sbb gaya bercakap dia mmg sungguh menggelikan hati sometimes..terutama bila dia membebel2 pada kakak2 nya exactly cam ne aku bebel2 dorang...well, mana tumpah kuah kan?..afterall aku dgn dia sama berbintang TAURUS gitu....dan dia adalah hadiah hari ibu yg paling berharga dalam hidupku..dalam hidup kami..


Jadik..hari ni genap udah umurnya 7 thn. Dah sekolah pun....walaupun kadang2 peel dia bikin mama salu jer sakit kepala..dia tetap satu2nya anak lelaki mama yg telah berjanji nak jaga mama sampai akhir hayat yg berjanji nak bagi mama seribu or dua ribu sebulan..dasar mata duitan mak dia kan..demand sungguh,.  Mama sentiasa doakan dia akan sihat, bijak, cerdik dan jadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan mama dan ayah. Dan menjadi harapan keluarga untuk melindungi dua lagi kakaknya tu..

Selamat hari lahir sayang.....Semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu dunia dan akhirat..Insya Allah..Mama sgt sayang kamu...seluas bumi dan langit..seluas lautan nan membiru..yg tiada tolok bandingnya kasih mama pada kamu di dunia ini.  Kamu lah pewaris generasi kami..........semoga Allah sentiasa melindungimu dan dikurniakan kebahagiaan..dunia dan akhirat..Insya Allah..







No comments: